Khamis, 1 Disember 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Dipetik dari Berita Hairan...Kahkahkah....!!!

Posted: 01 Dec 2011 08:05 PM PST


Kahkahkah...!!

HUBUNGAN SEMAKIN RENGANG – berita hairan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tiadk menolak andaian sesetengah pihak terutama dakwaan pembangkang bahawa hubungan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak tidak begitu baik dan semakin renggang

Hubungannya dengan Perdana Menteri semakin dilihat umum sebagai 'tak ngam'. Timbalan Presiden Parti ini telah lama letih dan bosan membantu pemimpin nombor satu negara itu terutama apabila berhadapan kes pembunuhan model dari Mogolia dan perangai isteri Presiden.

Timbalan Presiden UMNO itu mengakui beliau memang seorang yang sentiasa setia untuk menjalankan semua urusan parti dan pentadbiran negara tetapi dalam kes pribadi amat susah untuk dipertahankan.

"Bagi saya kes pribadi terlibat dalam pembunuhan ini cukup tinggi malapetakanya. Saya tak sanggup ucap terima kasih kerana dari apa yang saya difahamkan kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Paris.Semua ini akan memburukkan Parti dan Presiden parti," katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Katanya lagi, dakwaan pembangkang konon hubungan beliau dan Perdana Menteri tidak begitu baik memang betul tetapi tidak tepat seratus peratus. Menurut beliau pihak pembangkang telah gagal untuk memahami makna ayat ' jangan tikam dari belakang...' dalam teks ucapan Presiden.

"Hubungan kami memang semakin renggang. Saya bekerja rapat setiap hari dengan pasokan saya secara sulit. Mereka (pembangkang) bercakap betul tentang Presiden Parti yang dilihat tidak dapat lagi mengawal isterinya. Saya terima pandangan pembangkang kerana ini akan membantu pasokan saya yang sedang berusaha untuk mengumpulkan kekuatan. Dalam setiap urusan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi beberapa jawatankuasa dan tindakan yang saya lakukan adalah di luar pengetahuan beliau. Kita bekerja sebagai dua pasukan yang semakin beertelagah," tegasnya.

"Kita tidak harap pembangkang puji kita. Dengan Pakatan, ia memang begitu, tiada yang baru. Walau kita buat baik mereka tetap menyerang kita dengan apa saja cara. Seperti juga laman media sosial yang menentang kita seperti anda (wartawan). Kita tahu dan terima kenyataan ini," katanya.

Drebarpun x boleh settle...nak cerita pasal pentadbiran negara. Piiirrraaaaaahhhh!!

Posted: 01 Dec 2011 07:13 PM PST



Tajuddin: Dengarlah aku merepek...
Oleh Clara Chooi December 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Dis — DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak.

Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik "perdana menteri boneka" sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman....

Sempena Persidangan Lembu Terakhir: Artikel terbaik Che Det....(relevan dulu, kini dan selamanya)!!

Posted: 01 Dec 2011 06:36 PM PST

UMNO

NOV30 2009 WRITTEN BY CHEDET

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Lebih melayu dari melayu.....

Posted: 01 Dec 2011 05:33 PM PST




The Mamak Dilemma – Shame, Opportunity, Assimilation, and an Identity Lost


I have no disrespect for the Malay culture which is beautiful. We can all learn a thing or two from Malay adat. However, I do hold a grudge against the deliberate extermination of one's own heritage. I further find it offensive when Indian Muslims, in their eagerness to convert, use Machiavellian means to identify themselves as Malay. It demonstrates a lack of dignity and self-worth.

By Mohd Ikhram Merican

"How shall a man escape from his ancestors, or draw off from his veins the black drop which he drew from his father's or mother's life?" - Ralph Waldo Emerson

For some time now I've felt that the Indian Muslim or Mamak community at large suffers from a pitiful cultural and identity crisis. Being a Muslim of Indian origin, I have first-hand experience with the dilemma afflicting this community that has contributed so much to the culture, politics, and economy of Malaysia for well over a few centuries. I also worry that so many members of this, my community, are shedding their identity by becoming over-zealous converts.

Some of the offensive and snide remarks by an individual with clear Indian ancestry at the on-going UMNO General Assembly have motivated me to finally pen this letter.

My ancestral beginnings in Malaysia start with my great-grandfather, K.K Daud, in Penang in the early 20th century; although I suspect earlier generations were already making trade excursions to the Malay Peninsula. My grandfather, D Mohamed Ibraheem, born in India, was brought to study at the Methodist Boys School in Penang. He was a scholar, a sportsman, and a gentleman. These exact traits, decades later, were to become my obligation at my Alma Mater, the Victoria Institution.

My grandfather was a linguist of sorts. He learned Latin, was sufficiently proficient in Malay, and a master in English and Tamil. All of his children bore a combination of Tamil and Muslim names, a testament to his pride as a Tamilian and an unashamed celebration of his Indian roots. He worked hard, contributed to Penang's economy, was a well respected member of his community, and raised a good family. For all intents and purposes, he was well assimilated into the fabric of Penangite society. He did not have to shed his cultural identity to do this.

My father and his generation, like their preceding generations, spoke excellent Tamil. Most of them were privileged to have an English education. A significant number of them have gone on to becoming prominent captains of industry in Malaysia and abroad. None of them coveted handouts from the government or needed to shake-off their "Indian-ess" to progress in Malaysia. It was never an option. Their parents worked hard to educate them.

My generation does not speak Tamil as well as the previous generations. Most of us speak English or Malay. Suddenly it has become important to be seen as practicing Malay culture. Article 160 of the Constitution states that a "Malay" is a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and -

was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore, or was on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or
is the issue of such a person;
Many Indian Muslims have used or would like to use this provision to "convert".

I have no disrespect for the Malay culture which is beautiful. We can all learn a thing or two from Malay adat. However, I do hold a grudge against the deliberate extermination of one's own heritage. I further find it offensive when Indian Muslims, in their eagerness to convert, use Machiavellian means to identify themselves as Malay. It demonstrates a lack of dignity and self-worth.

Naturally, I feel sick when I read of the charades of UMNO politicians, academicians, and community leaders masquerading as Malays, spewing hatred against other races, sometimes against their own roots. Even when they're challenged as to their real identity, they shamelessly defend their false Malay roots. For some, Tamil is still spoken in whispers, in the privacy of their homes, like it were a "dirty" parlance.

Why? For special rights? For economic handouts? My grandfather worked very, very hard for providence. So did the men of his generation. The early Indian Muslim traders who came to these shores were an industrious lot who earned their bread. They contributed to Malaysia's rich heritage without becoming cultural orphans. They cherished their roots. Hardship and experience polished them. It earned them monopolies in certain trades that last till today.

This legacy is being destroyed. A culture and heritage is disappearing only to be replaced by a false sense of security. In the process, the Indian Muslims are offending not only their own race and the Chinese, but many Malays too. In the long run, we as a community will isolate ourselves from our roots and the nation in which we want so much to assimilate with.

"Distinguished ancestors shed a powerful light on their descendants, and forbid the concealment either of their merits or of their demerits." - Gaius Sallustius Crispus

Rasuah di Malaysia: Antara dua ribu lima ratus dengan dua ratus lima puluh juta...

Posted: 30 Nov 2011 10:31 PM PST

Mendiang Teoh Beng Hock mati sebab jadi saksi kes rasuah melibatkan wang berjumlah cuma RM2,500.00.

Ada orang tu rasuah RM250,000,000.00, kena jentikpun tidak.

Jadi, kalu alang2 nak rasuah bior ler juta-juta atau billion-billion... hmm make sure cow-tim dengan menteri sekali. Gerenti selamat. Kat dunialah...kat akhirat kena bakor jugak.

Tiada ulasan: