WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MASIH BERKUMANDANG DI PWTC-PERSIDANGAN POK AMAI-AMAI
- UMno HABIS MODAL-KUTUK PARTI LAIN SELINDUNG RASUAH
- MAK Aiiii...POLIS DAN TENTERA DIPERKUDA???TAK PATUT NIH..
- Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar-Pakar Dari Sektor Swasta?
MASIH BERKUMANDANG DI PWTC-PERSIDANGAN POK AMAI-AMAI Posted: 01 Dec 2011 08:00 AM PST |
UMno HABIS MODAL-KUTUK PARTI LAIN SELINDUNG RASUAH Posted: 01 Dec 2011 07:48 AM PST "DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan," DAP: Serangan jijik Umno bukti tandus modal politik, tebal fitnah December 01, 2011 KUALA LUMPUR, 1 Dis – DAP menyifatkan Umno sudah membuktikan ia ketandusan modal politik tetapi tebal dengan fitnah selepas pemimpin dan perwakilannya menggunakan kata-kata jijik dan berbaur perkauman dalam perhimpunan tahunan mereka kali ini. Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng (gambar) berkata, nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno. "Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran Umno yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan," kata beliau dalam satu kenyataan dengan merujuk bahawa Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat. "Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta menyasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.( INI MANUSIA YANG TAK PERNAH KE PULAU PINANG.TERBODOH DGN LAPORAN UTUSAN) "Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata," kata Lim. Jelas beliau, statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70 peratus daripada tindakan di pulau dan 85 peratus di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. "Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," katanya lagi.(NI MANUSIA YANG TIDAK BERADA DI PULAU PINANG...MANGKOK HAYUN) Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, katanya, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya Umno mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Malah katanya, sekali lagi Umno telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1 Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan Umno. "Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas Umno di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. "Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan 'tweet' yang berbunyi 'mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada', yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu," katanya.(KETUA PEMUDA YANG TIDAK DILANTIK MEMEGANG SEBARANG JAWATAN DALAM KABINET-AMAT HINA SEKALI-SEJARAH BAGI KETUA PEMUDA UMNO) Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan Umno, kata beliau. Tambah beliau, bermula dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan Umno untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. "Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang menteri persekutuan. "Soalan patut ditanya kenapa pak cik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa?" katanya sambil menegaskan, "tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak." Kata beliau lagi, semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah. "DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor Umno. "DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan," kata beliau lagi. |
MAK Aiiii...POLIS DAN TENTERA DIPERKUDA???TAK PATUT NIH.. Posted: 01 Dec 2011 04:31 AM PST PKR: Terbukti polis, tentera diperkuda Umno pilih calon December 01, 2011 KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam bahawa polis dan tentera terlibat proses pemilihan calon bagi pihak parti itu membuktikan kedua-dua sayap keselamatan tidak bertindak bebas, kata seorang pemimpin PKR hari ini. Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas. Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai "calon boleh menang." Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan. "Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini," katanya. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy. Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." "Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata polis dan tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno," kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan. Ketua cabang Rembau itu yang mesra dikenali "Chegubard" berkata pegawai-pegawai tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia perlu tampil menjawab kenyataan itu. "Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno," katanya lagi. Badrul Hisham yang menyaingi Khairy di kerusi Parlimen Rembau tiga tahun lalu berkata, kenyataan wakil rakyat itu juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua Pemuda Umno sendiri memperakui perkara ini secara terbuka dengan bangga memperakui parti itu memperkudakan dua agensi penting negara. "Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno. "Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar, berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional," katanya lagi. Zahid yang kini Menteri Pertahanan merupakan bekas ketua Pemuda Umno. Kata Badrul Hisham, dengan kenyataan Khairy sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan tindakan. "Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno," katanya lagi.
|
Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar-Pakar Dari Sektor Swasta? Posted: 01 Dec 2011 03:59 AM PST Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar-Pakar Dari Sektor Swasta?Melihatkan cadangan jawatan JUSA TURUS akan dirombak, kami dapat rasakan cadangan ini datangnya daripada PEMANDU. PEMANDU ini pun "bijak", mereka pergi ke setiap kementerian dan minta kementerian buat pembentangan, dan terus bawa balik. Makeup sikit-sikit slide, terus jadi mereka punya idea. Akhirnya, kementerian melopong…. Jawatan Jusa TURUS Dirombak : Menjangkaui Kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN)?
Sebenarnya sebelum ini pun, memang dah ada usaha bawa beberapa orang dari sektor swasta pegang GLS, tetapi ada di antara mereka tak sampai berapa bulan dah cabut lari. Sebab? Tak tahan dengan campurtangan "geng-geng atasan". Ehem…. Cuma persoalan yang bermain di fikiran kami sekarang ini, adakah kelompok yang "benar-benar pakar" dari sektor swasta berminat nak serta perkhimatan awam?
Siapa yang kerja kerajaan lebih tahu, bagaimana situasi yang berlaku sebenarnya. Tetapi apabila difikirkan semula, ada baiknya dan bagus juga cadangan ini bagi kami. Kami nak lihat sendiri berapa ramai & berapa lama yang "mampu bertahan" kelompok-kelompok swasta yang akan berkerja dengan kerajaan. Yang boleh tahan biroksasi dalam pentadbiran apatah lagi campurtangan "orang atasan".
Kalau ikutkan gaji JUSA ini tidaklah banyak mana, mereka "lebih" di bahagian elaun sahaja. Okey, kami berikan contoh :
Secara hierarkinya, untuk jawatan JUSA ada :
Manakala untuk TURUS pula ada :
Kalau yang muda-muda nak mengharapkan jawatan-jawatan seperti di atas, lupakan sahaja. Dalam sektor kerajaan kenaikan pangkat mengikut seniority, bukan kebolehan. Walaubagaimanapun, kami optimis nak lihat dahulu hasilnya bagaimana selepas dilaksanakan nanti. Harap-harap membawa kebaikan kepada perkhidmatan awam. P/S : Bagaimana dengan pendapat anda dengan cadangan rombakan jawatan JUSA TURUS ini? |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan