Selasa, 27 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tazkirah Dari Sheikh Ibrahim Ali

Posted: 27 Dec 2011 06:39 AM PST

'DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,' kata Ibrahim Ali

Oleh Mohd Farhan Darwis December
KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

"PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah," katanya di sini.
Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.

"Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan," katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.

"Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk," katanya lagi.

"Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan," jelasnya.

Mengulas berkenaan isu Hasan Ali yang dipelawa Perkasa untuk meyertai mereka, Ibrahim menjelaskan keputusan itu terletak di tangan bekas Pesuruhjaya PAS itu sendiri.

"Itu pendirian beliau, dari segi perjuangan Perkasa melihat kami mempunyai persamaan, memartabatkan institusi Raja, mempertahankan Bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi sekiranya dia (Hasan) menolak, itu haknya.

"Sekiranya Hasan benar-benar ikhlas mempertahankan tiga perkara berkenaan, matlamatnya akan jelas, namun sekiranya itu sekadar kenyataan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu kerana cakap-cakap orang dirinya tidak dicalonkan, kita akan tahu kebenaranya nanti.

"Pelawaan kami terhadapnya masih terbuka," tambahnya lagi.

Kenyataan Akhbar SU Parti KeAdilan Berhubung Isu Cetus Huru-Hara 9 Januari

Posted: 27 Dec 2011 01:49 AM PST

KENYATAAN AKHBAR :SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej
pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang
kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi
Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,
yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan
menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam
setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak
dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada
hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

SMM Anjur Himpunan Bela Adam Di UPSI Pada 31 Disember

Posted: 26 Dec 2011 11:21 PM PST

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Perdana Menteri oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli.

Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Khairul Naim berkata mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.

"Himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baharu-baharu ini," kata Khairul dalam kenyataan medianya.

Menurut Khairul Naim lagi, ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

"Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal.

Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini," katanya.

Tambah Khairul Naim, UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara. Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara-gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

"Justeru, SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut Perdana Menteri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin," katanya.

Dalam pada itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor semalam berkata tidak ada satu catitan dalam kanun acara jenayah mahupun kanun keseksaan yang membawa kepada satu kesalahan sekirannya sesorang itu menurunkan gambar mana-mana pemimpin politik,"

Shamsul yang juga seorang peguam berkata mana-mana pihak samaada pihak termasuk pihak polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap Adam.

Sebelum ini pelbagai provokasi dan tindakan tidak bermoral dilakukan oleh Parkasa dan Umno tetapi tiada tindakan diambil.

Usaha Cetus Huru-Hara Pada 9 Jan 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah Oleh Umno

Posted: 26 Dec 2011 10:18 PM PST

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi diseru keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab, kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.

"Telah sampai kepada pengetahuan saya, bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnyasedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng hartarakyat dan negara,"kata Saifuddin dalam kenyataan medianya.

Menurut Saifuddin wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Pada 9 Januari nanti,hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan nasib Anwar Ibrahim berhubung kes Fitnah Liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

UMNO selepas PRU : adakah UMNO akan jadi seperti George Foreman?

Posted: 26 Dec 2011 06:11 PM PST

Di mana-mana kita pergi kita kedengaran orang ramai bertanya di antara satu dengan lain. Pertanyaan wajib apabila mereka bertemu ialah, bila pilihanraya akan di adakan. Saya pun selalu juga ditanya soalan itu dan saya memberikan jawapan yang standard: bila BN akan kehilangan kuasa. Maksud saya bila-bila pun boleh tetapi keputusannya ialah UMNO dan BN akan hilang kuasa. Itulah dia tarikh pilihanraya umum.

Saya yakin yang UMNO itu akan akhirnya menghadapi realiti yang masa untuk parti ini berehat sudah semakin hampir tiba. Seperti orang yang bermain gasing; sudah tiba UMNO untuk mengambil giliran untuk memusing dan orang lain pula yang memangkah mereka. UMNO sudah memangkah begitu lama, kali ini biarlah orang lain pula untuk memangkah.

Apa yang UMNO patut membuat perkiraan, di antara 56 kerusi yang mereka menangi di Semenanjung ini berapa yang mereka masih mampu untuk mengekalkannya dan di antara 13 kerusi di Sabah berapa pula jumlah kerusi yang UMNO boleh kekalkan berada dalam tangan mereka. Bagi kerusi-kerusi MCA dan Gerakan serta MIC rakyat sudah membuat keputusan lebih awal sebelum pilihanraya sebenarnya di adakan. Patah-patahkan jari, kiralah sendiri.

Sabah dan Sarawak merupakan tempat pertarungan hebat politik selepas ini. Cerita Sabah dan Sarawak menjadi 'fixed deposit' BN sudah berlalu dibawa angin yang lalu. Rakyat di kedua-dua buah negeri ini nampaknya dengan deras sedang melakukan perubahan selepas menjalani 'soul searching' sejak beberapa ketika dahulu.

Di seluruh negara samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak angin untuk membawa perubahan itu sudah mula bertiup kencang dan tidak mudah untuk mengalihkan arah tiupan angin itu. Pendeknya perubahan itu akan tetap berlaku kerana angin itu semakin hari semakin kencang tiupannya.Apabila saya memikirkan nasib UMNO dan sekutu-sekutunya, saya teringat pula kepada pertarungan tinju di antara Muhammad Ali dan George Foremen lebih dari dua dekad dahulu.

Dalam pertarungan itu George Foreman telah jatuh kalau tidak silap saya dalam pusingan yang ke-lima. Apabila Foreman kalah dan jatuh secara knock out itu, media telah membuat interview dengan Foreman. Pemberita sukan telah bertanya kepada Foreman kenapa beliau tidak bingkas bangun setelah dijatuhkan oleh Muhammad Ali, Foreman menjawab, "Saya tidak boleh bangun lagi kerana saya tidak pernah jatuh rebah"

Adakah UMNO akan menghadapi nasib seperti George Foreman? Saya tidak tahu jawapannya. Kita tengok sahaja apabila sampai waktunya. Saya bukan seorang wali atau aulia untuk memberikan jawapannya. Jika saya tahu pun jawapannya biarlah jawapan itu berada di dalam benak saya sendiri.

Tetapi saya pernah menulis dan membuat anologi yang ahli-ahli UMNO itu ibarat ayam daging peliharaan. Ayam daging jika dilepaskan di luar kandang mereka tidak boleh mencari makan sendiri dan akhirnya menjadi kurus dan mati. Ayam daging ini tidak ada kerja lain selain dari mematuk makanan siang dan malam yang diberikan oleh tuannya. Apabila sudah sampai 40 hari ayam ini menjadi gemuk dan akan di bawa dengan lori untuk disembelih dan dagingnya akan dijual di pasar-pasar di seluruh negara untuk dimasak kari dan kurma serta rendang tetapi dagingnya lembik dan cepat hancur.

Tetapi ahli-ahli PAS dan pembangkang yang lain, mereka itu ibarat ayam kampung, mampu mengutip dan mencari makan sendiri. Itulah sebabnya dagingnya mahal….sekarang ayam kampung harganya RM13 sekilo…..itu pun harga sebelum di sembelih dan di bersihkan. Ayam kampong ini tinggi nilainya.

Tunggu dan lihat sahaja samada UMNO akan menjadi seperti peninju George Foreman dan menjadi seperti ayam daging tadi.

Aspan Alias

Tiada ulasan: