DUNIACACAMARBA |
- Duda dan Dara Dicekup 3:15 Pagi
- [Wajib Baca] Kajian: Pil Suplemen Boleh Menyebabkan KANSER dan SERANGAN JANTUNG
- Wanita Separuh Abad Tipu Suami untuk "Ehem-ehem" dengan Mat Bangla
- Sepasang Kekasih Berpelukan Telanjang Bulat di dalam Rumah Orang
Duda dan Dara Dicekup 3:15 Pagi Posted: 27 Dec 2011 04:36 AM PST Saya petik: [SH] LEDANG - Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik berkenaan, kelmarin. Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut. Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa. Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan. "Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan. "Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini. "Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa," katanya. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas," katanya. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing- masing," katanya. Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. | ||
[Wajib Baca] Kajian: Pil Suplemen Boleh Menyebabkan KANSER dan SERANGAN JANTUNG Posted: 27 Dec 2011 01:33 AM PST Pil suplemen merupakan salah satu keperluan harian masyarakat di seluruh dunia. Dengan mengambilnya, mereka berharap untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik dan dalam masa yang sama menghindari pelbagai penyakit. Walaupun berjuta-juta wang dibelanjakan untuk pil suplemen, namun pil tersebut didakwa tidak mendatangkan apa-apa untuk kesihatan penggunanya. Hal ini dedahkan berdasarkan dapatan beberapa kajian utama. Penyelidik menghabiskan lebih daripada enam tahun menemu bual dan mengkaji 8 000 orang dan mendapati bahawa mereka yang mengambil pil suplemen berhadapan dengan kemungkinan diserang kanser atau penyakit jantung. Apabila ditanyakan tahap kesihatan mereka, kajian itu mendapati hampir tidak ada perbezaan antara kumpulan yang mengambil pil suplemen dengan kumpulan yang tidak mengambil pil tersebut. Pakar berkata kajian itu menyatakan bahawa berjuta-juta pengguna hanya membazirkan wang mereka terhadap pil suplemen. Banyak pengguna pil ini beranggapan bahawa pil tersebut dapat mengelakkan mereka daripada menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Hal ini didedahkan oleh Catherine Collins, Ketua Pakar Pemakanan di Hospital St George di London. Kata Catherine: "Golongan ini mengambil pil untuk melindungi diri mereka daripada penyakit Alzheimer serangan jantung, dan strok. 'Tetapi mereka hanya membazirkan wang. Kajian yang dijalankan merupakan kajian berskala besar yang mengikuti perkembangan responden untuk tempoh masa yang panjang serta menilai segala-galanya dari segi mobiliti, tekanan darah, sama ada mereka gembira atau berasa sakit." Kajian ini merupakan antara yang paling terperinci dilakukan terhadap pil suplemen. Berdasarkan trend semasa, multivitamin tambahan kian popular sebagai cara yang pantas dan mudah untuk menambah nutrien di dalam badan. Namun, banyak penggunanya tidak menyedari bahawa pengambilan pil-pil tersebut sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada sesetengah orang. Dua kajian yang diterbitkan tahun lepas menyatakan bahawa pil suplemen boleh meningkatkan risiko kanser. Salah satu kajian itu menyebut bahawa pil yang mengandungi vitamin E, asid askorbik, beta-karoten, selenium dan zink dapat meningkatkan risiko sebanyak empat kali ganda pengguna untuk menghidap melanoma malignan, iaitu sejenis kanser kulit yang sangat berbahaya. Kajian lain pula menyebut bahawa wanita yang mengambil pil multivitamin setiap hari meningkatkan risiko diserang kanser payu dara sehingga 20 peratus. Artikel ini dikutip dan diubahsuaikan dari DM. Sambung baca di sini. | ||
Wanita Separuh Abad Tipu Suami untuk "Ehem-ehem" dengan Mat Bangla Posted: 26 Dec 2011 10:08 PM PST
Saya petik: [HM] ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat. Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan. Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam. Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan. Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet. "Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu. "Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, " katanya. Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah. P/s: Kegilaan sebelum menopause! | ||
Sepasang Kekasih Berpelukan Telanjang Bulat di dalam Rumah Orang Posted: 26 Dec 2011 08:00 PM PST Saya petik: ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin. Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran. Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan. Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh. "Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan. "Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami," katanya. P/s: GILA!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan