Sabtu, 24 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®

Pemergian Dr Muhammad kehilangan besar buat PAS

Posted: 24 Dec 2011 04:40 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 24 Dis: PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti.

Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya.

Menurutnya, PAS sangat menghargai pengorbanan Allahyarham dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya di Kelantan sepanjang berada dalam bahtera parti dan berkhidmat sebagai Adun.

Katanya, beliau serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti berdoa semoga Allah membalas jasa beliau dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang soleh yang istiqamah memperjuangkan agama Allah.

"Saya juga mendoakan semoga ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan Islam di Malaysia diberi kesabaran dan kekuatan berhadapan dengan pemergian beliau," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Pemergian Allahyarham, menurut Nasaie, sememangnya amat mengejutkan Abdul Hadi, tetapi ia mesti diterima dengan reda kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berharap semoga seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang masih hidup dapat meneruskan usaha Allahyarham yang terbukti istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.

Allahyarham Dr Muhammad Md Daud, 64, telah pulang ke rahmatullah jam 12.55 malam tadi kerana dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di suraunya di Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Lorong Haji Daud di kampung tersebut.

Solat jenazah diketuai Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diikuti pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Turut hadir menyembahyangkan jenazah beliau bersama Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam yang terletak tidak jauh dari surau tersebut selepas solat Zohor hari ini.

Pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas bagi mengambil bekalan banjir untuk diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Dun Tendong merupakan satu Dun di bawah Parlimen Pasir Mas, selain Dun Chetok dan Pengkalan Pasir yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Posted: 24 Dec 2011 01:22 AM PST

Oleh : Mohd Ezli Mashut

KUALA SELANGOR, 24 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor.

Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini.

Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat.

"Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara.

"Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus.

"Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya.

MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Posted: 24 Dec 2011 01:20 AM PST

Kerajaan Setuju Lanjut Masa Pusat Hiburan Untuk Rakyat Miri. Rosak Akhlak Bila Ada Pemimpin Macam Ni!

Posted: 23 Dec 2011 11:56 PM PST

Pusat hiburan buka hingga 3.30 pagi sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baharu Cina

PUSAT BANDAR, 23 Disember— Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di bandar raya ini sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baharu Cina.

Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai berkata, tempoh operasi dilanjutkan ialah pada 24 Dis, 31 Dis dan 23 hingga 25 Jan 2012.

"Sebelum ini Majlis Bandaraya Miri (MBM) menghantar surat permohonan agar melanjutkan masa operasi pusat hiburan dan ia telah pun diluluskan," katanya semasa sidang media di MBM hari ini.

Menurut Lai, pada waktu biasa pusat hiburan dibenarkan beroperasi mulai pukul 12 tengah hari hingga 2.30 pagi dan untuk tarikh tersebut ia dilanjutkan hingga pukul 3.30 pagi.

Dalam pada itu, Lai mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Krismas kepada warga Miri yang meraikannya dan beliau berharap orang ramai yang balik kampung sentiasa berwaspada di jalan raya.

"Harus diingat Sarawak mempunyai 370 kes dengan kadar satu kes kemalangan setiap hari. Justeru, berhati-hati di jalan raya, periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan jangan memandu dibawah pengaruh alkohol," katanya.

Hasan Ali Tibai HARAKAH Tapi Puji UTUSAN

Posted: 23 Dec 2011 10:49 PM PST

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

"Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

"Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini," katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

"Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?" kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

"Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah)," katanya.

‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Posted: 23 Dec 2011 09:39 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.
Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).

"Sekali lagi Mustafa Ali terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.

"Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan," katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan 'stop-short' di situ.

"Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno," katanya.

Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’ kata Hasan Ali

Posted: 23 Dec 2011 09:34 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai "keterlanjuran kata", Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau "bersetuju" dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sedekah Alfatihah Untuk Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas

Posted: 23 Dec 2011 04:38 PM PST

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun.

Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi.

Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT.

Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba2Nya yang soleh.

By: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tiada ulasan: