Sabtu, 24 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Utusan bohong lagi, fitnah mahasiswa pula

Posted: 24 Dec 2011 02:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 DIS – Lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia sekali lagi melemparkan fitnah apabila menuduh Penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif Adam Adli memijak dan mengoyak bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman mahasiswa menuntut kebebasan akademik 17 Disember lalu.

Menurut Adam yang mengakui beliau hanya menurunkan tetapi kemudian menaikkan kembali bendera itu sebagai tanda protes aman, fitnah 'memijak' dan 'mengoyakkan' bendera tersebut dilaporkan Utusan mencerminkan ketakutan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kepada gerakan mahasiswa.

"Sebagai mahasiswa, apa yang anda takut sangat dengan kami? Kami bukan ahli politik, kami adalah mahasiswa.

"Jika kerana ini (menurunkan bendera) anda memusuhi kami, maka benarlah kami berada di jalan yang betul," katanya dalam sidang media ringkas selepas memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung insiden Adam hampir ditumbuk di hadapan balai polis Bukit Aman, Isnin lalu.

Dalam sdaing media itu juga peguam kepada Adli, Fadiah Nadwa berkata demonstrasi yang oleh gerakan mahasiswa pada 17 Disember lalu tidak menunjukkan sebarang tindakan jenayah telah dilakukan.

Jelasnya, tindakan menurunkan bendera oleh Adam hanyalah satu "tindakan ketidaksetiaan awam" yang diterima di seluruh dunia yang semakin terbuka dengan kebebasan untuk rakyat di negara masing-masing.

"Kita juga lihat bagaimana pakar-pakar dari PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengutuk kerajaan Malaysia kerana meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011," katanya.

Pada 20 Disember, melalui portal Utusan Online, dengan tajuk "Tidak layak digelar mahasiswa – Reezal," lidah UMNO itu dipetik sebagai berkata:

"Dua sayap UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu."

Manakala pada 21 Disember lalu, Utusan dengan tajuk "SMM jangan biasab – Megat Zulkarnain", akhbar itu sekali lagi telah memfitnah dengan berkata, "Tidak setakat menurunkan bendera itu, malah kumpulan mahasiswa tersebut turut memijaknya selain menaikkan bendera mereka sendiri."

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Utusan memohon maaf daam tempoh 24 jam berikutan fitnah tersebut.

"Laporan itu berniat jahat degan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)," kata kenyataan SMM.

Dalam pada itu, SMM menyatakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak perlu meletak jawatan selagi isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau pindaannya belum selesai.

SMM menyifatkan seseorang Menteri wajar meletak jawatan sekiranya terlibat degan skandal yang mengaibkan negara seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang

Dalam isu Saifuddin, SMM berpendapat beliau menjadi sasaran dalam kerajaan yang disertainya kerana beliau tegas dalam memperjuangkan hak mahasiswa sebagai sebahagian dari rakat Malaysia. – Roketkini.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA HANYA 12 BULAN

Posted: 24 Dec 2011 06:39 AM PST



Macam mana dengan sistem keadilan negara kita ni...?
kalau pemimpin UMNO yang menyamun duit rakyat berjuta-juta macam Khir Toyo tu kena hukum penjara selama 12 bulan jer...

Semalam Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta...
songlap RM3 juta hanya penjara 12 bulan...
Tetapi apabila rakyat biasa yang menyamun hanya RM20..
dikenakan hukuman penjara 36 bulan..



Apakah kalau nak buat jahat di Malaysia ni...
kita kena jadi pemimpin UMNO terlebih dahulu,barulah kita tidak dikenakan hukuman berat oleh mahkamah...??

Memang betullah mahkamah kita ni mahkamah UMNO...

lianglahad

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wanita Ini Mempunyai 2 Kemaluan Dan 2 Rahim

Posted: 23 Dec 2011 05:00 PM PST

Dilihat dari keadaan tubuhnya, Lauren Williams layak dipanggil wanita biasa. Yang mengejutkan, ada hal yang membuat wanita yang berusia 29 tahun dari United Kingdom ini berbeza dari wanita normal lainnya. Dalam rancangan talk show Tyra Banks, Lauren mengaku terlahir dengan memiliki dua vagina!.Keadaan itu membuatkan Lauren juga memiliki dua uterus dan dua rahim . Itu sebabnya dia juga menghadapi kitaran haid yang tidak normal. Jika umumnya wanita haid sekitar 5 hingga 10 hari, namun masa haid Lauren boleh mencapai 21 hari.Didalam rancangan talk show tersebut, Lauren mengaku kerana rasa menderita dengan keadaannya.Apabila dia pergi membuat pemeriksaan diri dengan  doktor, dari situlah doktor mendapati terdapat kelainan pada Lauren yang disebut didelphys Uterus atau dua rahim .Kes yang dialami Lauren tergolong dalam kes-kes aneh. Menurut Roger Harms, seorang konsultan kebidanan dan ginekologi di Mayo Clinic, mengatakan sebanyak 2 hingga 3 peratus dari seluruh wanita di dunia yang memiliki keadaan tersebut. Gejala dari keadaan dua rahim ini antara lain menyebabkan jangka haid berpanjangan serta pendarahan yang terlalu banyak selama datang bulan. Sayangnya menurut Harms, masih banyak wanita mengabaikan keadaan ini.Harms menambah, dia telah menemui lapan wanita yang mempunyai dua rahim pada tahun ini. Sebahagian wanita yang mengalami didelphys Uterus memiliki dua rahim.Harms mengungkapkan, pembedahan umumnya tidak diperlukan, kerana keadaan pesakit tidak mengancam jiwa. Wanita yang didapati dengan keadaan dua rahim harus berbincang dengan doktor jika mereka menghadapi 3 perkara ini. Jika mereka mengalami gejala yang tidak normal biasa, merancang untuk  hamil atau sudah hamil. "Sebab selain boleh mengganggu kehidupan seksual, didelphys Uterus boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan menyebabkan keguguran atau kelahiran bayi yang tidak cukup matang. "Namun ada juga wanita yang mengalami kelainan ini bisa menjalani kehidupan selayaknya wanita normal. Seperti halnya yang dialami Lauren. Meski dibedah tapi doktor tidak membuang apa yang telah dimilikinya. Misalnya rahim, dia boleh hamil seperti wanita normal. Lama-kelamaan janinnya akan bergerak dengan sendirinya ke janin utama."Kemungkinan kehamilan akan berjaya dengan keadaan ini sebenarnya cukup baik," Harms menambahkan seperti diberitakan dari laman Aol.Tapi menurut Harms, Lauren harus hati-hati saat bercinta. Kerana jika hamil dia juga harus melakukan pencegahan awal kerana ditakuti boleh terjadi pembuahan di rahim kedua. Jika kedua rahim 'terisi', keadaan ini boleh jadi  sangat membahayakan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: