Sabtu, 24 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pegawai Kastam Ditembak Di Hadapan Rumah

Posted: 24 Dec 2011 03:32 PM PST

Post Pic


MELAKA : Seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di sini mengalami kecederaan parah selepas dia ditembak beberapa kali oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika sedang keluar dari rumahnya di Tanjung Minyak di sini pada Jumaat.

Pegawai berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan di bahu kiri dan tangan, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, pegawai penyiasat tersebut sedang bersiap-siap untuk keluar rumah apabila sekumpulan lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan beberapa das.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan kejadian itu sambil menegaskan berdasar laporan para saksi, empat lelaki dilihat berada di hadapan kediaman mangsa sebelum kedengaran beberapa das tembakan.

Beliau juga berkata, sebagai tindak balas mempertahankan dirinya, mangsa turut melepaskan beberapa das tembakan menggunakan revolvernya.

"Keadaan mangsa kini stabil dan kita sedang meneruskan siasatan," ujarnya lagi.

Identiti 'Datuk' NFC Cuba Sogok Polis Diketahui

Posted: 24 Dec 2011 03:30 PM PST

ANTARA POS.COM

Post Pic



KUALA LUMPUR : Seorang individu bergelar 'Datuk' yang ditahan polis bersabit siasatan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dipercayai memiliki beberapa syarikat.

Usahawan bersia 45 tahun itu difahamkan memiliki satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri.

Beliau juga dikatakan turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP.

Profil itu juga mendakwa lelaki tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion.

Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam dilaporkan sebagai berkata, lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada hari Rabu berhubung cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Syed Ismail juga berkata suspek pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Syed Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan skandal NFC.

Polis telah mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Azura 2012 - Aziz M.Osman dituduh Kering Idea Bikin Filem?

Posted: 24 Dec 2011 03:22 PM PST

Radhi Razak

Filem Azura pernah menggegar dunia Perfileman Negara pada era 1980an benar-benar memberi kelebihan buat barisan pelakon dan pengarah filem pada ketika itu. Filem yang dibintangi Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Jamal Abdillah itu telah mencapai kutipan Box Office dan sehingga hari ini jeritan 'Azura' melalui lagu soundtrack yang dinyanyikan Hero filem ini dikenali.

alt

Lantas, Pengarah Drama dan Filem Aziz M.Osman mengambil langkah berani memberi nafas baru melalui Filem tersebut dengan mengeluarkan sebuah Filem yang diberi judul 'Azura 2012'. Fiem Adaptasi ini dengan memberi sentuhan dan plot cerita yang bersesuaian dengaan peredaran minda dan plot cerita baru ini memberi ruang kepada 2 bintang yang sedang menempa nama di persada perfileman iaitu Shahz Jaszle dan Neelofa selaku pemegang watak utama.

Sememangnya filem ini mempersembahkan jalan cerita yang agak mencabar dan mampu menyentuh perasaan penonton. Jikalau tidak, tidak mungkin hampir kesemua masyarakat mengingati filem ini sehingga kini malah generasi yang lebih muda dari filem ini sekalipun tahu akan filem ini.

alt

Aziz M.Osman telah mengambil risiko besar dengan mengadaptasi sebuah Filem Blockbuster diilhamkan seorang Pengarah Vateran Deddy M. Borhan. Aziz bakal berdepan dengan satu perbandingan besar malah ianya telah menjadi bualan mulut masyarakat yang meminati filem-fiem tempatan.

Namun, terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai hal ini. Melihat dari sudut pandang preview Filem ini di Laman Youtube, sememangnya ada tarikan yang tersendiri. Malah Fauziah Ahmad Daud sendiri turut diundang menyumbang lakonan di dalam Filem tersebut.

Nantikan tayangan Filem Azura 2012 di pawagam pada 2 Februari 2012.

RM20 - Rekabentuk Wang Baru dikeluarkan.

Posted: 24 Dec 2011 03:20 PM PST

shahril shaid

alt

KUALA LUMPUR - Dengan menerapkan budaya Malaysia dan keunikan yang terdapat di Negara ini serta peningkatan ciri ciri berteknologi terkini maka Bank Negara telah Memperkenalkan siri mata wang baharu.

wang syiling 5 sen 10 sen 20 sen dan 50 sen turut diberi wajah baru,kesemua wang syiling tersebut telah dilancarkan pada 25 julai lalu dan akan mula diedarkan pada Januari depan.

Tidak ketinggalan juga wang kertas RM1,RM5,RM10,RM20 dan RM100 akan diedarkan pada pertengahan tahun hadapan manakala RM50 telah berada di pasaran untuk kegunaan orang ramai.

"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.

"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan .

MP Wangsa Maju nafi Arah Tutup UPTOWN Danau Kota.

Posted: 24 Dec 2011 03:12 PM PST

Radhi Razak

alt

WANGSA MAJU - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Wangsa Maju menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat sebarang usaha yang dirancang Ahli Parlimennya YB. Wee Choo Keong untuk menutup serta merta Bazaar Larut Malam (UPTOWN) Danau Kota.

Menurut Pegawai Khas MP Wangsa Maju En. Yakub Abdul Hamid, setakat ini isu Bazaar tersebut sedang dikaji melibatkan maklum balas semua pihak termasuklah melibatkan penduduk-penduduk berhampiran.

"Ianya satu tuduhan yang datang dari cakap-cakap orang semata-mata. Setakat yang saya diberitahu tiada sebarang penutupan Bazaar secara rasmi akan dibuat," katanya menjawab soalan KL POS sebentar tadi.

Beliau turut mengesahkan menerima memorandum daripada wakil 333 Peniaga Bazaar Larut Malam UPTOWN Danau Kota dan berjanji akan memastikan ianya dimaklumkan kepada Wee Choo Keong untuk tindakan susulan.

Beberapa wakil Peniaga Bazaar Larut Malam (UPTOWN) Danau Kota telah berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Khidmat Masyarakat MP Wangsa Maju setelah mendapat maklumat bahawa Wee Choo Keong merancang untuk menutup Pusat Perniagaan tersebut. Demonstrasi tersebut turut dianjurkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) IKHLAS.

Menurut beberapa wakil peniaga, penutupan Bazaar tersebut turut melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mustapa, Hasan Sudah Lenguh Mulut

Posted: 24 Dec 2011 04:23 AM PST

MSO


ALHAMDULILAH pertelagahan dan tembak menembak menerusi media massa di antara Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dengan Exco Selangor Hasan Ali sudah agak mengendur. Sudah ada tanda-tanda keduanya sedar bahawa 'keterlanjuran' mereka sehari dua ini yang memberi makanan lemak kepada media penjilat buntut merugikan parti.

Nampaknya awan hitam yang menebal yang menyelimuti bulan sudah pun berarak dan bulan akan kembali cerah bersinar esok lusa.

Inilah yang kita harapkan dari mereka berstatus pemimpin dapat menyelesaikan dengan baik apa juga perselisihan faham dan salah tafsir. Apa yang berlaku sehari dua ini anggaplah sebagai exercise mental untuk menghadapi pilihan raya umum. Secara peribadi saya bangga dengan kenyataan kedua pihak hari ini. Mustapa berkata game is over, manakala Hasan Ali pula kata, stop-short. Tetapi saya percaya kalau ada salah seorang 'tercepelak' mulut tidak mustahil mereka akan 'berembah' kembali.

Makanya lebih baik lagi kalau mereka cepat-cepat berjumpa di mana-mana restoran Korea atau Jepun, bersalaman dan berpelukan ala-ala Arab, cium pipi jamah janggut. Malangnya kedua tidak ada janggut!

Paling merujakan bila mana Hasan menarik balik kritikan beliau terhadap Negara Berkebajikan. Kita kena faham mengapa Hasan terlajak begitu. Bila duduk dalam studio atau di hadapan kamera kalau lemah minda kita akan terkata apa-apa yang tidak terfikir oleh kita.

Saya kira begitu apa yang berlaku terhadap Hasan. Dia memberi komen itu bukan dia sengaja mahu mengkritik dasar Negara Berkebajikan tetapi dia meluahkan pandangannya. Mungkin Hasan jujur kerana terlalu lebih menyayangi Pas. Salahnya dia terluah kepada media, kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas masih kira okey lagi.

Selepas ini hendaknya tidak ada usik mengusik membawa porak peranda lagi. Baik Mustapa, Hasan Ali dan mana-mana pemimpin Pas hendaklah berhati-hati. Anggaplah khutbah nasihat Presiden panjang lebar itu dan juga teguran Nik Aziz agar tidak menggunakan media musuh itu sebagai sempadan dan dipatuhi oleh semua.

Kalau semua mendengar kata, prihatin dan sayang kepada perjuangan dan mengeratkan ukhwah Pas tidak ada masalah. Saya tenguk barisan kepimpinan yang ada dalam Pas kini baik yang memegang jawatan atau tidak memang layak, berkualiti dan mempunyai keterampilan tersendiri dan padan untuk berdepan dengan Umno.

Mengenang pergaduhan ini saya teringat kepada permohonoan seorang bekas eksekutif yang kini menjadi perunding kepada institusi kerajaan. Katanya; tuan tolonglah bagi tahu kepada pemimpin Pas jangan kuat sangat bergaduh. Saat ini rakyat termasuk saya yang menyokong Umno selama 35 tahun sudah meletak perhatian kepada Pas.

"Saya yakin Pas lebih baik daripada Umno terutamanya dalam menjaga khazanah negara. Saya bimbang kalau Pas dalam keadaan bergaduh sesama sendiri menyebabkan harapan ramai itu akan terjejas. Tolonglah!" begitulah rayu bekas eksekutif berumur 60 tahun itu bersungguh dan penuh mengharap.

Jangan risau kebimbangan eksekutif itu tidak akan berpanjangan. Perkembangan - kenyataan Mustapa dan Hasan Ali yang dilihat menjadi anchor kepada pergaduhan dan mengegerkan Pas kini sudah pun reda.

Sehubungan itu cadangan agar ketiga mereka ini dipanggil secara rasmi seperti mana disebut Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu diteruskan. Kalau dipanggil nampak sangat ia serius. Dan pertemuan itu nanti akan menjadi kerumuni media massa. Masalahnya bila sesuatu itu diulas berbagai oleh media massa yang memang suka kepada perpecahan Pas.

Tunggulah mesyuarat jawatankuasa agung mereka boleh berjumpalah di situ. Bila berjumpa nanti jernihkan keadaan pulihkan semangat dan penuhkan keyakinan untuk bertempur dengan Umno.

Ingatlah harapan rakyat diluar bukan saja seorang seperti eksekutif tadi tetapi ramai. Rasanya sejak mereka bergaduh dan bergasak, ramai ahli dan penyokong Pas bermunajat dan bersolat hajat agar Tuhan satukan semula hati-hati mereka yang retak dan terguris itu. Dan saya rasa doa dan harapan yang kudus dan suci itu didengari telah dimakbulkan Allah kerana itu Mustapa dan Hasan Ali sudah sejuk.

Apakah Mustapa dan Hasan Ali masing-masing bertanya kepada isteri mengenai telatah mereka sehari dua ini? Mungkin... kerana kalau mereka merujuk kepada isteri yang solehah... isteri akan memberi pandangan, "bang kenapa sampai begitu sekali, tak bolehkah abang berbaik di antara satu sama lain? Kata-kata dan harapan isteri itu pasti akan lebih terasa lagi kalau mereka berbicara atas ranjang dengan kesejukan aircon bawah 18 celcius. Lalau jiwa Mat Maslan pun kembali serabut kembali.

Jenazah Dr Abdul Hamid selamat disemadikan

Posted: 24 Dec 2011 04:21 AM PST

MALAYSIA KINI
Jenazah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, dekat Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang hari ini.

Terdahulu, jenazah dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ialah antara kenamaan dan sahabat handai yang menziarahi jenazah pagi ini.

Dr Mahathir yang kelihatan menahan sebak, menolak daripada ditemuramah pemberita.

Abdul Hamid, yang juga Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd, meninggal dunia kira-kira 4.45 petang semalam akibat angin ahmar ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction.

Semasa hayatnya, arwah dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima cucu.

Turut menziarahi jenazah ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.- Bernama

UM setuju potong caj WiFi

Posted: 24 Dec 2011 04:19 AM PST

Pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) bersetuju mengurangkan yuran WiFi sebanyak RM40 daripada jumlah asalnya RM100, ekoran perkhidmatan internet yang tidak memuaskan di dalam kawasan kampus.

Bagaimanapun, kira-kira 50 pelajar yang diketuai oleh anggota Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia (MPPUM), meneruskan juga protes petang semalam.

Isu tersebut telah berterusan selama 15 minggu dan masih tiada perubahan, kata naib presiden MPPUM, Tan Tiong Yi ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, selepas pihaknya berkata mahu mengadakan protes, pihak pentadbiran mengurangkan kadar yuran sehari sebelum ia diadakan.

"Bagaimanapun, kami mahu yuran tersebut dihapuskan," katanya.

Sejurus selepas kompromi dicapai, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM telah mengumumkan pengharaman protes tersebut di Facebook.

Pihak pentadbiran kampus mengenakan yuran ICT sebanyak RM100, yang meliputi perkhidmatan WiFi dan aplikasi perisian, pada awal tahun ini.

we are all for adam adli student bannerBagaimanapun, para pelajar mengadu bahawa perkhidmatan WiFi
telah semakin merosot.

Selain membantah yuran ICT, Tan berkata, pelajar juga berkumpul menyokong Adam Adli Abdul Halim dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam menghadapi tindakan disiplin daripada pihak universiti kerana didakwa menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno semasa protes kebebasan akademik minggu lepas.

Karpal minta Ramasamy letak jawatan TKM 11

Posted: 24 Dec 2011 04:17 AM PST

MALAYSIA KINI

Pertelingkahan antara pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh dengan timbalan setiausaha agung parti itu Prof P Ramasamy semakin tegang apabila Karpal Singh hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

NONEKarpal Singh (kanan) , yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, berkata
Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di George Town.

Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian berbahasa semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal Singh berkata dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.

"Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

penang dap convention 111211 ramasamyKarpal Singh mencabar Ramasamy (kiri) supaya memberikan nama mereka
yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah," kagtanya.

Pengerusi DAP itu berkata Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya.- Bernama

PAS: Solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim angkara Umno

Posted: 24 Dec 2011 04:16 AM PST

Apabila orang Umno gagal menguasai masjid, mereka mendesak supaya membina masjid sendiri.



PETALING JAYA: Solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim yang masih berlaku di Terengganu angkara Umno, dakwa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Saiful Bahri Mamat.

Beliau mendakwa, apabila orang Umno gagal menguasai masjid, mereka mendesak supaya membina masjid sendiri.

"Ini berlaku di Kampung Pinang Merah, Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah – semuanya di daerah Dungun," katanya.

Beliau mengulas titah Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang kecewa kerana masih berlaku solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim di Terengganu.

Dilaporkan ada 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu mukim berbanding 23 masjid sebelum ini.
Saiful juga mendakwa pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS di Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Juga berlaku di Felda

Katanya, ini berlaku kepada masjid Sura Lama dalam DUN Paka.

"Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang PAS itu menimbulkan rasa tidak puas-hati pimpinan Umno-BN . Mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada masjid Sura Lama.

"Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahyang di masjid yang dibina oleh orang PAS," tambahnya.

Saiful mendakwa perkara serupa juga berlaku di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3.

Dakwanya, masjid baru dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

PAS bidas Jamil guna wang zakat MAIWP

Posted: 24 Dec 2011 04:12 AM PST

"Apakah Datuk Jamil Khir tidak terfikir kemungkinan pinjaman dana tersebut boleh menafikan mereka yang layak mendapat zakat daripada menerimanya."



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menggunakan wang zakat sebagai deposit untuk membayar kos guaman tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang mengesahkan sejumlah RM 63,650 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digunakan sebagai deposit bagi membayar kos guaman yang dihadapi Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwaraya Shamsuddin Hussain.

Timbalan Ketua DPPWP Mohd Suhaimi Abdul Aziz berkata, meskipun MAIWP menjelaskan wang zakat itu telah pun dibayar kembali namun keadaan ini boleh menimbulkan persepsi negatif bahawa dana zakat boleh diselewengkan dengan begitu mudah untuk tujuan peribadi oleh mereka yang berkuasa dalam menjaga dana zakat tersebut.

"Umum mengetahui bahawa dana zakat hanya boleh disalurkan kepad asnaf yang berkaitan dan tidak boleh digunakan dengan tujuan yang lain, apatah lagi jika ianya bersifat peribadi.

"Walaupun dana itu hanya berstatus pinjaman sementara dan telah pun dipulangkan kembali, namun sebagai entiti yang menjaga kepentingan umat Islam khususnya dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan, tindakan tersebut menimbulkan pertikaian," kata Mohd Suhaimi dalam satu kenyataan hari ini.

`Menafikan yang layak'

Katanya, isu ini pastinya menimbulkan kekecewaan di kalangan umat Islam kerana dalam keadaan ramai yang mengadu sukar mendapat zakat di Wilayah Persekutuan ini meskipun layak dan amat memerlukan, sebaliknya dana tersebut dengan mudah dikeluarkan dan dipinjamkan untuk tujuan membayar kos guaman pihak tertentu.

"Apakah Datuk Jamil Khir tidak terfikir kemungkinan pinjaman dana tersebut boleh menafikan mereka yang layak mendapat zakat daripada
menerimanya, ataupun zakat kepada pihak yang layak menerimanya tertangguh disebabkan oleh penggunaan duit tersebut untuk tujuan yang lain," soal beliau.

Sehubungan itu, Mohd Suhaimu berkata pihaknya mengingatkan Jamil Khir dan MAIWP supaya menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan jangan pula amanah tersebut diselewengkan bagi tujuan peribadi kerana menjaga dana zakat adalah suatu kewajipan manakala menyelewengkannya pula merupakan suatu dosa yang amat besar di sisi Allah SWT.

"Bagi DPPWP ini merupakan suatu dakwaan yang serius kerana melibatkan integriti dan kepercayaan pihak yang berkepentingan menjaga dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan," katanya.

‘Terima kasih Ibrahim Ali, saya masih bersama PAS’

Posted: 24 Dec 2011 04:11 AM PST

Dr Hasan Ali menegaskan beliau masih mahu berjuang dalam PAS dan fokus terhadap usaha untuk menyampaikan mesejnya selama ini.



KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menolak tawaran Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mempelawanya menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Perkasa pada dasarnya memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu dan kedaulatan institusi Raja.

Malah Dr Hasan menegaskan beliau masih mahu berjuang dalam PAS dan fokus terhadap usahanya untuk menyampaikan mesejnya selama ini.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata sudah sampai masanya Dr Hasan membuat keputusan menyertai Perkasa jika merasakan perjuangannya dalam PAS tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu memandangkan Adun PAS Gombak Setia itu sudah pun dipinggirkan oleh parti sendiri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Dr Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Jumpa presiden

"Saya ucapkan terima kasih kepada Ibrahim Ali kalau ada tawaran tapi beri saya peluang untuk berjuang dalam wadah sedia ada yang diberikan kepada saya untuk tentukan wadah ini memberi impak dan kesan kepada 28 juta umat Islam di negara ini.

"Di peringkat ini saya tak terima," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tentang pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu ini, beliau berkata
setakat ini tidak mendapat apa-apa arahan atau surat daripada pimpinan, namun tetap bersedia bila-bila masa sekiranya dipanggil.

"Saya perlu berjumpa dengan pimpinan parti kerana saya patuh kepada pimpnan parti, saya perlukan bimbingan mereka tentang polemik yang berlaku, selain ada beberapa cadangan yang nak disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi," katanya.

Beliau turut akur dengan perintah pimpinan parti untuk tidak membuat kenyataan terbuka dan menganggap ini sidang media terakhir dalam isu ini, namun mempertahankan tujuannya hari ini adalah kerana Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencabarnya supaya menjawab dakwaan tentang perjumpaan dengan orang Umno Julai lalu bagi mengelakkan tanggapan negatif ahli dan masyarakat lain.

`Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah’

Posted: 24 Dec 2011 04:09 AM PST

Dr Hasan Ali mendakwa sejak dua minggu lalu beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.



KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas, malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

"Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

"Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain, kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri," katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot 'Soal Jawab' Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa'

"Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

"Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali," katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS yang lain mengenai isu ini.

Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.

Sementara itu, Dr Hasan berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.

"Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.

"Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini," katanya.

LDHN dalam proses kumpul data pemohon BR1M

Posted: 24 Dec 2011 04:05 AM PST

Sejak dilancarkan dua minggu lalu, LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan di seluruh negara.


IPOH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

"Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh.

"Jangkamasa yang diberikan kini kurang dari sebulan dan dengan itu kita memerlukan maklumat yang lebih tepat mengenai kawasan yang berpenghuni bagi memudahkan pendaftaran," katanya kepada pemberita.

2.4 juta borang

Ahmad Husni berkata proses pendaftaran BR1M berjalan lancar dan sejak dilancarkan dua minggu lalu, LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan di seluruh negara.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sebelum tamat tempoh yang ditetapkan iaitu pada 10 Jan tahun depan.

Beliau juga menjelaskan kesemua 304,000 penduduk yang tersenarai dalam daftar e-Kasih akan menerima bantuan secara automatik.

Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup

Posted: 24 Dec 2011 03:51 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

Ibu bersyukur Mary Yuranda dihanyut Lautan Hindi selamat


MEULABOH- Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai maut dalam tsunami yang menyerang Indonesia lapan tahun lalu kembali semula ke rumahnya di perkampungan kecil di Aceh Barat dalam keadaan selamat.

Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mary Yuranda kini 14 tahun, baru berusia lapan tahun ketika gelombang tsunami melanda perkampungan Ujong Baroh pada 26 Disember 2004.

Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu.

Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali.

Bagaimanapun, Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru.

Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri. Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya.

"Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim," kata pemandu teksi berkenaan.

Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary.

Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun.

"Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya," katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya.

"Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya," katanya.

Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh.

Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya.– Agensi/AFP

Permainan dlm Umno: Broker-broker kuasa dan siapa yang disokong mereka?

Posted: 24 Dec 2011 03:46 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Empat orang mahu mengawal UMNO atau sekurang-kurangnya mahu mengawal Presiden UMNO, sesiapa sahaja pada bila-bila masa atau tahun.

Dari keempat-empat lelaki ini yang paling berkuasa dan mempunyai peluang terbesar ialah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Kemudiannya adalah bekas menteri kewangan yang terlalu kaya Daim Zainuddin, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan seorang lagi bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, yang memegang pengaruh terkurang di kalangan 4 broker kuasa yang paling berpengaruh dalam UMNO.

Menganalisis pelan permainan semasa elit UMNO, ia kelihatan seperti dapur Mahathir pada masa ini adalah yang paling sibuk. Pemimpin berusia 85 tahun yang bersemangat itu yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikatakan telah memberi sokongan kepada Najib. Tetapi dalam realiti, ia adalah lebih kepada tanda selamat tinggal!

Selamat tinggal Najib yang tamak

Mahathir kini menyedari bahawa Najib mempunyai agenda sendiri; untuk berkuasa dan menubuhkan keluarga dan saudara-mara dalam perniagaan jangka panjang yang kemudiannya boleh bertanding atau bersaing dengan kepentingan yang dipegang oleh anak-anak Mahathir - Mokhzani, Mirzan dan juga Mukhriz.

Walaupun Mahathir bercita-cita tinggi, kerana tiadanya bakat dalam UMNO, beliau hanya boleh bergantung kepada Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Hubungan di antara Mahathir dan Muhyiddin sudah terlalu lama, apabila Muhyiddin bersama-sama dengan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah sebahagian daripada puak UMNO yang dinamakan pasukan Wawasan 2020 yang diketuai olehAnwar Ibrahim.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, ketika itu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Mahathir takut kehilangan kerusinya kepada Anwar yang paling popular, memutuskan untuk memecat beliau denga tuduhan liwat yang direka cipta.

Kuda Mahathir

Kedua-dua Muhyiddin dan Zahid telah menjadi leftenan 'setia' kepada Anwar ketika itu.Oleh itu, untuk menarik mereka kembali ke sisinya, Mahathir menjanjikan kedua-dua mereka beberapa kedudukan yang sangat penting yang akan menghasilkan faedah yang besar dalam jangka masa panjang, walaupun mereka tidak mungkin kelihatan lumayan ketika itu. Mahathir berusaha keras bagi mengasingkan Anwar,

dan ini adalah mengapa Muhyiddin dan Zahid masih orang kuat Mahathir.

Baru-baru ini, Muhyiddin cuba untuk melawan Mahathir dengan berterusan mendesak dengan larangan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Tetapi mengajar dua mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris adalah warisan berharga Mahathir dan sudah pasti, Mahathir serta-merta mengeluarkan komen yang menjadi cemuhan awam untuk Muhyiddin.

Penyokong Muhyiddin tiada pilihan selain untuk menerima peluru.

Muhyiddin hanya mencuba untuk mengutip mata positif dengan pengundi Melayu, mereka menjelaskan, dengan mendakwa bahawa Mahathir juga perlu Muhyiddin untuk menjadi "kudanya".

Daim, Badawi and Ku Li lebih suka menyebelahi Najib

Bagi Daim, bekas Menteri Kewangan itu hanya akan menyokong Najib kerana Muhyiddin sudah di pihak Mahathir. Daim telah ditangkap merancang di bawah hidung Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Semua bank-bank dan jutawan Melayu yang kaya adalah orang-orang Daim. Setakat ini Najib tidak terjumpa sebarang kekotoran digali pada Daim. Malah untuk RM12bil kejatuhan kewangan PKFZ, Najib telah menjadi korban untuk memastikan bahawa hanya bahagian-bahagian yang berkaitan kepada Mahathir didedahkan.

Badawi juga tiada pilihan tetapi untuk menyokong Najib kerana Mahathir masih marah dengannya kerana menterbalikkan beberapa projek-projek mega termasuk jambatan bengkok ke Singapura. Sejauh tahun 2004 dahulu, Badawi yang menjadikan Muhyiddin Menteri Pertanian, yang dianggap sebagai satu kementerian hina. Namun pada masa itu, Badawi tahu Muhyiddin di pihak Mahathir.

Walaupun meluluskan projek ternakan lembu NFC dan pemberian pengawasan projek kepada keluarga Shahrizat Jalil, Muhyiddin tidak sepenuhnya mempertahankan kejatuhan dan dia membiarkan menantu Badawi Khairy Jamaluddin menjawab segala-galanya.

Mahathir juga sangat marah dengan Khairy. Mahathir juga membenci Rosmah. Khairy tidak mempunyai harapan lain dan menjajarkan dirinya dengan Najib.Khairy adalah satunya orang yang mempertahankan Najib apabila beliau dituduh menggunakan wang awam untuk menghadiri parti pertunangan anaknya di Kazakhstan

. Tetapi juga, jika Khairy telah lebih bijaksana berkenaan Kazakh, semakin kurang orang akan mengetahui tentangnya, mendorong syak wasangka bahawa Khairy boleh bermain "talam dua-muka".

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika diberi pilihan antara Muhyiddin dan Najib, beliau pasti akan menyokong Najib kerana beliau juga tahu bahawa Muhyiddin di pihak Mahathir.

Jadi, ia kelihatan seperti Mahathir dan Muhyiddin adalah satu pasukan, manakala Badawi, Daim dan Najib membentuk pasukan yang lain.

Mahathir Mohamad

Pertama dan yang paling penting, Mahathir mahukan kuasa. Beliau meletak jawatan dengan perasaan bercampur-baur. Beliau tidak dapat mencapai banyak perkara dan sebenarnya amat keberatan untuk kehilangan kuasa. Namun beliau tahu bahawa beliau telah melakukan kesilapan yang terlalu banyak dan Malaysia jatuh terlalu cepat, beliau tahu beliau mesti mencuci tangan dan membiarkan orang lain untuk menerima kejatuhan.

Dari ekonomi kepada rasuah kepada integrasi sosial, badan kehakiman kepada pihak polis kepada institusi-institusi, Mahathir telah terkhilaf dalam semua keputusan. Beliau terdesak untuk melindungi nama dan warisan.

Beliau juga mempunyai masa depan anak-anaknya, perniagaan dan kerjaya politik mereka untuk diambil berat. Belum lagi, kroni dan penyokong gigih harus dilindungi juga. Mereka semua adalah orang-orang yang telah bertungkus-lumus menyokong beliau dari hari pertama hingga sekarang.

Jangan silap, Mahathir masih mahu memegang kuasa.

Daim Zainuddin

Daim berbeza. Dia hanya mahu memastikan bahawa tidak ada orang akan menggali ke masa lalu dan merosakkan segala-galanya yang telah dibinanya, sekurang-kurangnya semasa beliau masih hidup. Ada yang mengatakan beliau berminat untuk membuat lebih banyak wang dan mempunyai anak-anak gadis muda sebagai sahabatnya. Selain daripada itu,

dia tidak kidah sama ada UMNO menang PU-13 atau tidak.

Tetapi jika dia masih dapat mengekalkan status quo yang ada sekarang, mengapa tidak? Ia akan lebih mudah untuk dia menjalani kehidupan harian tanpa diganggu oleh politik yang tidak berkesudahan. Daim adalah seperti harimau yang sedang tidur; hanya mahu tidak diganggu.

Abdullah Badawi

Badawi pula lain, bimbang dan takut. Beliau mengambil kisah dan perlu untuk memastikan bahawa abangnya dan saudara mara yang lain, termasuk anak lelaki dan menantunya tidak akan diambil oleh pihak berkuasa atau dibenci oleh rakyat.

Kita semua tahu bahawa Kamaluddin, anaknya telah terlibat dengan Scomi yang dituduh membekalkan mesin empar kepada sebuah negara yang agresif untuk memperkayakan Uranium. Ibrahim, saudara-nya dan beberapa orang lain telah dituduh menggelapkan keuntungan daripada MAS.

Mungkin, apa yang Badawi mahu yang paling penting adalah untuk melihat menantunya yang tercinta Khairy Jamaluddin memanjat keluar dari masalah sekarang dan kembali berkuasa penuh sekali lagi. Badawi bukan sahaja mempunyai baik terhadap Khairy, tetapi Khairy dianggap lebih daripada seorang mennatu. Khairylah yang terjun ke dalam kubur terbuka untuk menerima badan Endon, arwah isteri tercinta, apabila dia diturunkan ke tempat berehat terakhir. Khairy melakukannya dengan teliti dan hormat malah tidak ada anak Badawi sendiri dapat menandinginya.

Itulah yang paling tidak dapat dilupakan dan menyentuh perasaan Badawi, dan ia mempunyai kesan yang kekal kepadanya dan kasih sayang bagi Khairy.

Sentimen dan perasaan diketepikan, Badawi juga percaya bahawa Khairy mempunyai potensi untuk menjadikannya sebagai pemimpin teratas. Beliau melihat Khairy sebagai satu-satunya harapan untuk UMNO dan mahu Khairy diberi sokongan penuh dan tidak boleh diketepikan. Badawi mengambil berat tentang anak-anak lelaki dan saudara-maranya. Beliau juga tahu bahawa jika Khairy berada dalam kuasa, Kamaluddin dan saudara-mara yang lain akan selamat!

Tengku Razaleigh Hamzah

Di usia 74, Ku Li masih bercita-cita tinggi. Dia telah membuat wang yang banyak, mempunyai segerombolan penyokong yang stabil dan telah membina imej dirinya sebagai sejenis negarawan yang mulia dan diraja. Dia masih tidak boleh melupakan bagaimana dia ditipu jawatan presiden UMNO oleh Mahathir, satu peristiwa yang membawa kepada kematian "lama" UMNO dan pembentukan Semangat 46 yang kini tidak lagi berfungsi. Seperti gunung berapi yang tidak aktif, Ku Li masih mempunyai beberapa tenaga dan kuasa.

Keinginan untuk jawatan teratas masih ada, membakar semangat di siang dan malam, tetapi dia telah terlalu berhati-hati. Jawatan itu berada di dalam pegangan beliau dan beliau menentang Mahathir yang paling berkuasa secara sendiri, jadi tali barut seperti Badawi dan Najib semata-mata sepatutnya lebih mudah.

Namun tiada peluang untuk dia terjun ke dalam. Oleh itu, Ku Li yang sentiasa berkeliaran mencari mangsa seperti ketiga-tiga broker kuasa utama yang lain. Dia tidak berminat dalam perkara-perkara lain kecuali untuk menjadi PM, tidak kira bagaimana dan bila. Namun, masa bukan di sisinya.

Oleh kerana Ku Li tidak lagi mempunyai hubungan utama di dalam system UMNO, beliau telah mendapatkan bantuan dari luar. Beliau telah melakukan usaha sama kerana terdapat peluang nipis, tetapi masih juga peluang - bahawa dia boleh mencapai cita-cita hidupnya. Dan ini adalah mengapa dia membentuk Amanah, untuk terus berinteraksi dan menjadi lebih akrab dengan parti-parti pembangkang.

Ku Li juga tidak mengkritik Pakatan Rakyat tetapi adalah kritikal kepada kerajaanUMNO-BN. Tidak perlu untuk dia terus mencabar Najib, Muhyiddin atau malah Mahathir pada masa ini. Dia tidak perlu merumitkan perkara ini, dia hanya perlu bermain dengan selamat. Beliau adalah pemangsa senyap. Ku Li mempunyai dasar pintu terbuka dan bukan seperti Mahathir, Daim dan Badawi, beliau hanya mahu menjadi PM.

Bagaimana pula dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin timbalannya? Mereka hanya panglima perang yang kecil di wilayah mereka sendiri. Tiada seorang pun daripada mereka benar-benar mempunyai kuasa untuk berdiri sendiri. Malaysia Chronicle

PAS kesal dengan langkah LPF

Posted: 24 Dec 2011 03:45 AM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: PAS amat kesal dengan langkah Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak penerbit dan pengarah sepenuhnya dalam urusan penapisan filem di negara ini.

Tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan sekadar memperlihatkan sikap lembaga itu yang ingin lari dari melaksanakan tugas pentingnya, tetapi diyakini akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, penapisan filem merupakan satu perkara amat penting yang sepatutnya mesti dilaksanakan oleh sebuah agensi kerajaan yang berwibawa.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan dengan baik, tetapi langkah terbaru LPF untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja itu mulai tahun depan jelas menunjukkan badan tersebut atau pihak kerajaan hanya memandang mudah perkara itu.

Katanya, langkah terbaru LPF itu pasti menimbulkan kehairanan kepada pelbagai pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan pihak kerajaan tidak peka dengan tanggungjawabnya sendiri.

"Dengan melepaskan tanggungjawab itu dibimbangi akan lebih memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong turut ditonton oleh orang ramai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Meletakkan tanggungjawab menapis hanya kepada pihak penerbit filem dan pengarah, menurutnya, pasti akan menimbulkan pelbagai risiko bagi perlaksanaan tanggungjawab moral kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah filem yang dihasilkan oleh mereka.

Begitu juga dengan adegan-adegan yang terdapat di dalam filem yang mereka hasilkan itu kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri meskipun tidak disenangi pihak lain.

"Disebabkan perkara itu, dapatkah pihak penerbit dan pengarah itu sendiri yang diharapkan memainkan peranan itu dengan baik, apatah lagi jika mereka itu bukan beragama Islam?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau yakin tindakan LPF itu bukan akan membantu mengatasi masalah gejala sosial di negara ini, malah akan mempertingkatkannya, ekoran filem-filem yang akan ditayangkan di negara ini nanti lebih banyak mempunyai adegan yang berunsur negatif.

"Ini tidak terkecuali sama ada filem-filem tempatan dan dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini kerana bagi filem-filem dari luar negara, tanggungjawab itu juga akan diserahkan kepada mereka yang membawa masuk filem-filem itu sendiri," ujarnya.

Jika sebelum ini di bawah tanggungjawab agensi itu sendiri pernah berlaku adegan-adegan yang sepatutnya dipotong tidak juga dipotong sehingga turut ditayangkan kepada umum, kejadian seperti itu diyakini lebih berleluasa setelah LPF mengambil langkah itu.

Pada hal di bawah tanggungjawab LPF, kejadian itu diyakini berlaku kerana masalah-masalah tertentu yang mungkin tidak disengajakan atau terlepas pandang.

"Dengan langkah baru LPF itu nanti, jika berlaku pasti bukan lagi masalah terlepas pandang, tetapi disengajakan oleh pihak penerbit dan pengarah ekoran perbezaan anutan agama, budaya dan tahap tanggungjawab moral di kalangan mereka," tambahnya.

Untuk mengimbangi langkah itu, pihak LPF digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada pihak penerbit, pengarah dan mereka yang terbabit dalam urusan membawa masuk filem-filem dari luar negara ke negara ini.

Katanya, menerusi garis panduan itu, pihak LPF mestilah menyatakan dengan jelas tentang filem-filem dan adegan-adegan yang tidak boleh ditayangkan di negara ini agar masing-masing dapat mengelakkan dari memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam filem masing-masing.

Beliau turut menyarankan LPF agar menguatkuasakan undang-undang berhubung perkara itu untuk dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhinya agar mereka tidak memandang ringan terhadap tanggungjawab moral.

"Hanya dengan itu yang dapat diharapkan agar filem-filem yang dihasilkan dan ditayangkan di negara ini bebas dari unsur-unsur negatif termasuk unsur lucah, mempersendakan Islam, jenayah dan sebagainya," ujar beliau.

Ahli saman KPF, FGVH mohon injunksi

Posted: 24 Dec 2011 03:44 AM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Menurut peguam mereka Mohd Harris Abdullah, beliau meminta disegerakan pengurusan kes tersebut sebelum 5 Januari ini bagi memohon ditangguhkan mesyuarat agung luar biasa itu ke satu tarikh selepas perbicaraan saman ini.

Dalam sidang medianya Harris berkata, defendan kedua (FGVH) tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk membolehkan penyenaraian ke Bursa Malaysia oleh yang demikian Felda Holding Berhad (FHB) akan memberi pajakan selama 99 tahun ke atas tanah seluas 360,067 hektar iaitu Felda Plantations.

"Walau bagaimanapun tanah-tanah tersebut telah dimajukan dengan menggunakan wang peneroka. FGVH juga bercadang untuk mengambil alih keseluruhan ekuiti milik KPF dan 10 anak syarikat yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.13 bilion.

"Bagi tujuan melupuskan ekuiti 10 anak syarikat KPF satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas akan diadakan pada 5 Januari depan. Mesyuarat yang dijadualkan itu tidak mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF sebab itu empat ahli KPF selaku plaintif hari ini memohon injunksi," katanya.

Turut memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong serta kira-kira 300 peneroka Felda.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, isu paling penting ialah kenapa penyenaraian ke Bursa Malaysia itu menggunakan harta Felda Plantations yang hasrat asal Allahyarham Tun Razak dibuka kepada peneroka.

"Perolehan daripada ladang Plantations pada masa ini sekitar RM2 bilion setahun bagaimana pula mahu dipajak sehingga 99 tahun dan sedangkan prestasi FGVH sendiri sangat buruk dan dalam keadaan kami kenal orang nombor satunya.

"Oleh itu bagi pihak Anak kami tidak akan berdiam diri dan selepas ini akan membuat bantahan sekali lagi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedang beliau tidak layak.

"Demi menyelamatkan harta institusi Melayu dan peneroka ini kami juga sanggup mengumpul rakyat untuk turun menghadap Yang di-Pertuan Agong mohon penyelesaian," katanya.

Mazlan mahu semua pihak mengenang semula apa jadinya nasib peneroka-peneroka di Felda Sungai Buaya, Sendayan dan Labu Johnson yang kehilangan tanah apabila terlalu ghairah untuk kaya dengan segera.

"Peneroka juga sepatutnya sedar apa yang terjadi kepada syarikat Beras Nasional (Bernas) dan Bank Bumiputera yang lenyap dalam sekelip mata hasil daripada permainan pemimpin politik negara.

Ahmad Said takut bayang-bayang sendiri

Posted: 24 Dec 2011 03:41 AM PST

Khairul Azlam Mohamad


KUALA TERENGGANU: Polisi baru kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengurangkan penghantaran pelajar ke Mesir merupakan satu kesilapan besar dari sudut keilmuan.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar) menyifatkan tindakan itu sebagai kesilapan besar yang menunjukkan Umno BN negeri takut kepada 'bayang-bayang' sendiri.

Katanya, polisi baru kerajaan Umno BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi di Universiti al-Azhar, Mesir.

Menurut Yahaya, pusat pengajian tersebut merupakan universiti tertua di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya.

"Kita rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu membuat keputusan mengurangkan penghantaran pelajar kita ke Mesir.

"Kenapa takut dengan 'bayang-bayang' kononnya pelajar di Mesir terlibat dengan politik pembangkang dan tidak bersama kerajaan.

"Ini bukan salah sistem (Al-Azhar) jika pelajar terlibat dengan politik tetapi pendedahan dengan aktiviti berpersatuan dan ilmu membawa kepada kebenaran dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan akan mengurangkan jumlah penghantaran pelajar dari negeri ini ke Mesir.

Ahmad dipetik sebagai berkata pelajar yang di hantar ke Mesir bukan untuk belajar tetapi terlibat dengan aktiviti lain termasuk berpolitik.

"Pada tahun (2011) ini, kerajaan (sudah) mula mengurangkan penghantaran pelajar ke Mesir kerana sebahagian pelajar ke sana bukan (untuk) belajar, sebaliknya terlibat dengan aktiviti tidak sepatutnya termasuk berpolitik," jelasnya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kali ke-32, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Menurut Yahaya, kerajaan perlu membuktikan berapa ramai pelajar yang tidak lulus kerana berpolitik serta persatuan yang ditubuhkan bermotif politik.

Katanya, kebiasaan pelajar yang aktif di luar negara lebih cemerlang dan berjaya daripada yang tidak terlibat dengan persatuan.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang menyarankan kerajaan negeri tidak menyekat bantuan serta kemudahan kepada para pelajar yang ingin belajar di Mesir.

Katanya, PAS sangat tidak bersetuju jika disebabkan kepentingan politik Umno BN masa depan pelajar menjadi taruhan.

The game is over, kata Mustafa Ali

Posted: 24 Dec 2011 03:39 AM PST

Harakahdaily


KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai.

"The game is over - permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya.

Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno.

Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini.

"Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain.

"Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa.

Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak.

"Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa.

Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.

Solat Jumaat: Umno Terengganu dendang isu lapuk

Posted: 24 Dec 2011 03:38 AM PST

Khairul Azlam Mohamad


BESUT: PAS Terengganu menyifatkan Umno dan kerajan Barisan Nasional (BN) Terengganu ketandusan isu serta menggunakan isu lapuk bagi menutup kelemahan pentadbiran di negeri ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Husain Awang (gambar) berkata, Umno sengaja membangkitkan isu lama yang sudah tidak menjadi masalah tetapi sengaja meresahkan masyarakat umum.

Katanya, masyarakat Islam di negeri ini telah dapat menerima keadaan dua solat Jumaat dalam satu kariah.

"Umno sengaja membangkitkan isu ini untuk menghadapi pilihan raya sedangkan isu ini telah lama selesai dan tidak menjadi masalah dalam masyarakat setempat," jelasnya.

Malah, katanya hampir kesemua masjid yang digunakan bagi solat Jumaat itu bukan terletak berdekatan dengan masjid kerajaan.

Menurutnya, masjid di Kampung Padang Landak yang dijadikan isu oleh Umno terletak lebih satu kilometer dengan masjid kerajaan di Kampung Lak Lok.

Manakala, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa pemimpin Umno Terengganu memalu gendang berirama songsang bagi mengheret rakyat.

Katanya, isu lapuk berkait dengan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah tidak timbul lagi kerana telah selesai ketika pemerintahan PAS sebelum ini.

"Kita hairan di saat masyarakat umat Islam berada dalam keadaan tenang dan harmoni untuk menghadapi pilihan raya, tiba-tiba Umno Terengganu kembali memalu gendang berirama songsang.

"Mereka cuba mengheret rakyat berbicara sesuatu yang terpisah dari realiti sebenar kerana isu solat Jumaat itu tidak timbul lagi di negeri ini," ujarnya.

Menurutnya, Umno sengaja menimbulkan isu sembahyang berasingan dalam satu kariah dan solat dua imam sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pada 19 November lalu.

Katanya, laporan tersebut jelas berniat jahat apabila memaparkan masjid di Kampung Padang Landak sebagai lokasi penyokong PAS melakukan solat Jumaat berasingan.

Sedangkan, kata beliau itulah satu-satunya masjid di Kampung Padang Landak yang mengadakan solat Jumaat dalam kariah tersebut.

"Umno tidak wajar memberi gambaran yang salah apa lagi berbohong dalam melaporkan sesuatu hingga meresahkan masyarakat umum.

"Kita bimbang kebiasaan ini akan menjadi 'style' bicara mereka secara bersahaja sehingga tidak dapat membezakan maklumat yang benar kepada Tuanku Sultan Terengganu," ujarnya.

Pemergian Dr Muhammad kehilangan besar buat PAS

Posted: 24 Dec 2011 03:18 AM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (gambar) ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti.

Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya.

Menurutnya, PAS sangat menghargai pengorbanan Allahyarham dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya di Kelantan sepanjang berada dalam bahtera parti dan berkhidmat sebagai Adun.

Katanya, beliau serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti berdoa semoga Allah membalas jasa beliau dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang soleh yang istiqamah memperjuangkan agama Allah.

"Saya juga mendoakan semoga ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan Islam di Malaysia diberi kesabaran dan kekuatan berhadapan dengan pemergian beliau," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Pemergian Allahyarham, menurut Nasaie, sememangnya amat mengejutkan Abdul Hadi, tetapi ia mesti diterima dengan reda kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berharap semoga seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang masih hidup dapat meneruskan usaha Allahyarham yang terbukti istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.

Allahyarham Dr Muhammad Md Daud, 64, telah pulang ke rahmatullah jam 12.55 malam tadi kerana dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di suraunya di Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Lorong Haji Daud di kampung tersebut.

Solat jenazah diketuai Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diikuti pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.

Turut hadir menyembahyangkan jenazah beliau bersama Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam yang terletak tidak jauh dari surau tersebut selepas solat Zohor hari ini.

Pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas bagi mengambil bekalan banjir untuk diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Dun Tendong merupakan satu Dun di bawah Parlimen Pasir Mas, selain Dun Chetok dan Pengkalan Pasir yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Konvensyen Kebangsaan PR Ke-3 Di Kedah 13-14 Jan 2012

Posted: 24 Dec 2011 03:14 AM PST

Oleh Mat Zahari Bin Ali


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengadakan konvensyen Kebangsaan kali ke-3 bulan hadapan sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Konvensyen yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Januari depan akan menumpukan kepada beberapa fokus utama antaranya memperkemas semula hubungan diantara komponen parti Pas, PKR dan DAP, selain merangka menifesto bersama untuk dikemukakan pada pilihanraya akan datang.

Pada malam 13 Januari ceramah besar-besaran di seluruh Kedah akan diadakan yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi PR.

Pada 14 Januari, konvensyen akan bermula dan memberi tumpuan kepada gabungan jentera dalam menghadapi pilihanraya Umum ke-13

Selain itu, beberapa isu lain yang akan diberikan perhatian seperti isu Felda, pecahan monopoli, harga barangan pengguna, isu AUKU dan beberapa perkara lain yang melibatkan masalah yang membelenggu rakyat.

Sementara pada malam 14 Januari akan diadakan Rapat Rakyat Peringkat Kebangsaan yang akan dihadiri semua pemimpin di semua peringkat yang melibatkan tiga komponen utama.

Selain itu beberapa parti lain yang akan bersama gabungan PR juga dijangga akan dijemput menghadiri konvensyen tersebut.

Dua konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.

Peneroka Asal Kg Seri Aman Diberi Geran Tanah

Posted: 24 Dec 2011 03:13 AM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Seramai 111 peneroka asal Kampung Seri Aman, Ijok, akan menerima geran tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Selangor selepas majoriti peneroka ini menolak cadangan pembangunan semula yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberimilikan tanah ini akan dibuat berdasarkan susun atur yang mengambil kira keperluan tapak untuk pembinaan jalan, longkang , rumah ibadat dan kemudahan lain dan selepas selesai dijalankan penyusunan semula senarai pemohon yang tinggal di atas tanah milik pemohon lain.

Katanya, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan menyediakan pelan yang telah diukur yang mana kosnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Apabila semua peneroka terlibat bersetuju dengan pelan susun atur, notis 5A akan dikeluarkan kepada mereka yang berhak. Geran tanah kemudiannya akan dikeluarkan selepas peneroka membayar premium tanah sebanyak RM1,000," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan peneroka terlibat di pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor di sini.

Kesemua 111 peneroka ini akan menerima tanah seluas 4,000 kaki persegi yang bernilai RM5 sekaki persegi. Peneroka yang layak tetapi tidak mahu tinggal di atas tanah tersebut, Kerajaan Negeri akan membelinya dengan harga RM20,000.

Untuk mengelakkan spekulasi penjualan tanah serta melindungi hak peneroka, Kerajaan Negeri akan mengenakan sekatan yang mana peneroka yang diberi geran tanah tidak boleh menjual tanah tersebut dalam tempoh tiga tahun.

"Jika kesemua 111 peneroka bersetuju untuk menerima tawaran ini, Notis 5A akan dikeluarkan pada minggu kedua Januari hadapan," katanya lagi.

Bagi mereka yang tidak tersenarai pula, boleh membelinya dengan harga RM20,000 tetapi perlu membuat permohonan kepada Pejabat Tanah Kuala Selangor.

"Wang ini akan digunakan untuk membaiki infrastruktur seperti longkang bagi mengelak berlakunya banjir dan membina kemudahan asas seperti jalan dan lampu," kata Menteri Besar.

Beliau juga mengarahkah Pejabat Daerah untuk mengedarkan risalah penerangan dalam Bahasa Melayu dan Tamil agar mereka benar-benar memahami tawaran sebelum membuat keputusan.

Masalah berlanjutan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Kg Seri Aman ini berpunca daripada keputusan berubah-ubah pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu. Antara 2001 hingga 2007, Kerajaan Negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot itu.

Pada 16 Januari 2001, Kerajaan Negeri telah meluluskan Cadangan Pembangunan Secara Penswastaan di atas tanah tersebut kepada Westmine Development Sdn Bhd (Westmine) tetapi keputusan itu ditarik balik pada 26 Oktober 2005.

Tetapi pada 18 Oktober 2006, Kerajaan Negeri mengubah keputusan dengan membenarkan Westmine meneruskan kerja tetapi pada 2007, Kerajaan Negeri sekali lagi mengubah keputusan dengan membatalkan projek pembangunan penswastaan kepada Westmine sebaliknya meluluskan pemberimilikan tanah kepada pemohon di kawasan tersebut.

Bagaimanpun, notis 5A untuk pemilikan tanah tidak dikeluarkan kepada mereka.

Akibatnya, Westmine telah menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri pada 15 Julai 2008. Dalam tempoh ini. Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan pembangunan tanah atau mengeluarkan geran tanah tanah kepada peneroka.

Selepas, mahkamah telah membuat keputusan berpihak kepada Kerajaan Negeri, barulah kerajaan negeri dapat membuat keputusan tentang status tanah di kampung tersebut.

Negara Berkebajikan: Hasan Mohon Maaf

Posted: 24 Dec 2011 03:11 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


KUALA LUMPUR : Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada saf pimpinan dan ahli-ahli parti PAS berhubung keterlanjuran beliau semasa membuat ulasan berkenaan 'Negara Berkebajikan' pada 20 Disember lalu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa konsep 'Negara Berkebajikan' itu adalah tersasar daripada matlamat perjuangan parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya sewaktu membuat ulasan terhadap perkara itu.

Dengan ini, saya menarik balik komen saya mengenai 'Negara Berkebajikan' tersebut dan memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," kata Dr Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia.

Sebelum ini, Dr Hasan pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan 'Negara Berkebajikan' diputuskan semasa Muktamar tahunan PAS dan disahkan oleh Majlis Syura Ulama.

"Memandangkan perkara ini telah diputuskan dalam muktamar PAS, saya sebagai ahli bersetuju dengan apa yang dikemukakan dan ingin menyuarakan pendapat bahawa kemungkinan konteks pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini," katanya.

Dalam sidang media sama, Dr Hasan turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak Umno.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Dr Hasan dengan agenda Umno.

Tiada ulasan: