Hide Hasan Ali Tidak Akan Keluar PAS: Abdul Rani Posted: 16 Dec 2011 02:05 PM PST PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yakin rakan sekutunya, Datuk Dr Hasan Ali yang didakwa terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti itu tidak akan meninggalkan PAS.
"Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor Umno," katanya yang dipetik portal The Malaysian Insider pada Jumaat.
Bagaimanapun, Abdul Rani memberitahu, sekiranya Hasan memutuskan untuk keluar PAS, tindakan itu dilihat akan merugikan beliau.
"Saya kenal Datuk Hasan malah beliau sendiri pernah menawarkan jawatan exco hal ehwal agama kepada saya pada 2008 tapi saya tolak. Jadi saya yakin beliau tidak akan keluar PAS," katanya.
Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi kepimpinan PAS pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Datuk Hasan dan Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan isu ini.Mstar
|
Umno Nak Jaga Bahasa Melayu? Takziah Buat Pejuang Bahasa Negara Posted: 16 Dec 2011 06:02 AM PST Novel Interlok ditarik sebagai teks komponen sastera
MELAKA 16 Dis. - Kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya. - BERNAMA
|
Skandal NFC: Umno mula bercakaran sesama sendiri- Johari Posted: 16 Dec 2011 05:08 AM PST (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 16 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil jelas memberi tekanan kepada Umno- Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu kini dilihat bercakaran sesama sendiri apabila ada antara pemimpinnya turut mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Jelas menunjukkan bahawa isu lembu ini bukan direka-reka oleh KEADILAN dan kita juga nak mematahkan hujah Shahrizat yang kata kononnya kita tidak ada kerja lain,"
"Dakwaan KEADILAN jelas bukan fitnah, dan buktinya apabila pemimpin atasan Umno dan pemuda MCA pun pernah menyentuh hal ini. Dalam parti mereka sebenarnya ada rasa tidak puas hati kerana skandal (NFC) ini sampaikan antara mereka bercakaran," kata Johari.
Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menyerbu pejabat Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya "biawak hidup,"
Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara. Shahrizat sebelum ini turut mendapat tekanan dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendesak beliau untuk berundur dari jawatannya.
Malah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat kenyataan serupa dalam media tempatan.
Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dari dana RM250 juta yang dilaburkan dalam projek lembu tersebut.
NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Lebih mengejutkan, NFC didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. |
AMK lancarkan kempen Bebas Anwar 901 Posted: 16 Dec 2011 01:27 AM PST KUALA LUMPUR 16 Dis: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menggerakkan kempen besar-besaran dalam usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah II.
Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kempen dinamakan #BebasAnwar901 itu dimulakan secara maya di laman 'Twitter' bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.
"Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.
"Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti.
"Saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar pada 9 Januari nanti," katanya.
Perbicaraan terhadap Anwar yang memakan masa hampir dua tahun, mendedahkan konspirasi terhadap ketua pembangkang itu.
Pada penggulungan hujah Isnin lalu, peguam Anwar menegaskan pendakwa raya gagal membuktikan fitnah liwat walaupun cuba mensabitkan Anwar sebagai pemilik DNA lelaki Y yang ditemui pada tubuh Saiful.
Karpal Singh juga berkata, pendakwa raya gagal membuktikan sumber asal DNA lelaki Y ialah dari sperma Anwar berdasarkan keterangan pakar DNA antarabangsa, Dr Brian Mc Donald.
Manakala keterangan pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland membuktikan Saiful berbohong diliwat Anwar.
Dr Thomas yang merawat Anwar sejak 2001 juga mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak mampu melakukan aksi fitnah tersebut akibat kecederaan tulang belakang.
Selain itu, perbicaraan kes itu juga tercemar dengan hubungan sulit antara Saiful dan bekas Timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif. Menurut Karpal, kedua mereka perlu dipanggil semula di bawah sekseyn 425 Kanun Keseksaan kerana belum menafikan hubungan antara mereka berdua. |
Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini Posted: 16 Dec 2011 01:22 AM PST Oleh G. Manimaran December
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya.
Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA.
"Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
"Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan," katanya lagi.
Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin. |
SPRM Penakut? Posted: 15 Dec 2011 10:53 PM PST SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud
S Pathmawathy
Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.
Ditanya Malaysiakini berhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".
Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.
Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak. |
ETP: Kerajaan bohong tentang negara pendapatan tinggi – Anwar Posted: 15 Dec 2011 10:51 PM PST (Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR 16 Dis : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerajaan Umno-BN memanipulasi data bagi mengelirukan rakyat serta memberikan gambaran yang salah tentang unjuran ekonomi Malaysia. Anwar berkata demikian pada majlis makan malam ucaptama "Debunking ETP: Widening Income Gap" di Hotel Westin malam tadi.
Majlis itu dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada wakil-wakil kedutaan, pakar ekonomi, pengurus dana, ahli Parlimen dan wartawan.
Menurut Anwar, janji kerajaan bahawa Malaysia akan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 adalah satu pembohongan, berdasarkan unjuran Program Transformasi Ekonomi (ETP).
"ETP mendakwa 'ia berupaya mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dan meningkatkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi pada tahun 2020′.
"Saya persoalkan premis yang gaji pekerja akan berkembang pada kadar 3.6 peratus antara tahun 2010 dan 2020.
"Sumber di dalam dan luar kerajaan menunjukkan corak pertumbuhan perlahan dalam gaji sebenar," kata Anwar.
Anwar berkata, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia, "kadar pertumbuhan gaji di Malaysia menyaksikan peningkatan 2.6 peratus sejak 10 tahun lalu dan kos hidup juga meningkat melebihi kadar kenaikan gaji".
"Maka jelas, kadar pertumbuhan yang digunakan ETP pada kadar 3.6 peratus amat meragukan," kata Anwar.
Pembohongan kedua kerajaan BN dalam ETP adalah unjuran inflasi sebanyak 2.8 peratus sehingga tahun 2020.
"Inflasi purata di antara tahun 2001 dan 2005 adalah 4.8 peratus, mencerminkan kejutan harga tenaga pada tahun 2003 yang menyaksikan harga minyak mentah melonjak melebihi USD30 setong. "Inflasi purata di antara tahun 2005 dan 2009 pula adalah lebih tinggi pada kadar 6.6 peratus.
"Jadi kita perlu persoalkan kebijaksanaan dan keikhlasan mereka menggunakan unjuran inflasi yang terlebih optimistik iaitu pada 2.8 peratus untuk 10 tahun akan datang apabila tiada sebarang petunjuk ekonomi, sosial atau politik yang memberikan petanda kita menuju ke arah itu," kata Anwar.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah inisiatif kerajaan BN untuk kononnya menukar Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang akhir tahun 2020. Ia diuruskan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu). Dilancarkan pada September 2011, ETP menyasarkan pembiayaan sektor swasta sehingga 60 peratus. Namun, sehingga Ogos 2011, sebanyak 77 peratus daripada RM173 bilion pelaburan datangnya daripada syarikat berkaitan kerajaan.
|
Anwar: Rakyat Malaysia makin miskin menjelang 2020 Posted: 15 Dec 2011 09:52 PM PST KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Menurut Anwar, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.
Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini malam tadi.
Anwar yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 pada tahun 2020.
Menurut Anwar, pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
Peningkatan pendapatan sebenar dari 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masing 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia, lapor Malaysiakini.
Sementara itu, Tv Selangor melaporkan, kesan pemborosan, salah urus dan ketirisan kerajaan mengakibatkan hampir 70 peratus generasi muda di bawah umur 25 tahun tiada pekerjaaan.
Menurut Anwar, tanggungjawab pemerintah bukan sekadar mewujudkan ruang pendidikan yang baik dan sempurna tetapi menyediakan peluang pekerjaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. "Lebih dari 342,198 golongan tidak bekerja telah mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia setakat Ogos 2011, manakala 69.1 peratus adalah dibawah 25 tahun.
"Kalau dimasukkan mereka yang berumur 30 tahun pula nilainya hampir 90.1 peratus. Dan 51.4 peratus dari golongan ini adalah bekas graduan yang sekurang-kurangnya pemegang diploma," kata Anwar sambil menambah angka tersebut hanya melibatkan di kalangan mereka yang berdaftar.
Katanya lagi dalam bancian pada 2009 yang mengambil maklumat dari 24,000 majikan dengan 1.3 juta pekerja mendapati 33.8 peratus memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan.
Berdasarkan angka tersebut menunjukkan hampir 34 peratus dari pekerja di negara ini mempunyai pendapatan di bawah paras kemiskinan.
Sehubungan itu katanya usaha Pakatan Rakyat memperuntukan gaji minima RM 1,500 sebulan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga bertujuan membebaskan golongan pekerja dari belenggu kemiskinan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan