DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Geng Lembu SERANG Pejabat UMCO Cheras, Mengapa TAKUT Serang Che Det?
- Akhirnya, Demi Undi dan Desakan Politik, Kerajaan tarik Penggunaan INTERLOK Sebagai Teks KOMSAS
- 4 Tahun Jadi Habuan Nafsu Mat Rempit
- Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu
- Mak Nyah Cun Diberi Peluang Bertugas Sebagai Pramugari
- Bapa Lapor Anak Khalwat, Imam "Lepaskan"
- Anwar Buka Pekung Che Det: Rayu Pinjaman Bank Dunia 1999
- Amaran Anwar: 8.3 Juta Rakyat Malaysia Akan Tergolong sebagai Miskin Menjelang 2020 Jika...
- [PANAS] Nasharudin Tidak Pernah Hadir Mesyuarat PAS, Hassan Ali Sekali Sekala
- Gambar Didakwa Jurublog RBF yang Disaman Husam RM500 Ribu
- Mati DIBELASAH Kerana Disyaki Jalin Hubungan dengan Isteri Orang
- Pencuri Kereta KENA Belasah Sampai Parah
- Gawat! Kaji Selidik Dedah Banyak Remaja Indonesia Terlibat Seks Pranikah
- Jimmy DEDAH Isteri Ketagih BERJUDI dan MEROKOK
[Gambar] Geng Lembu SERANG Pejabat UMCO Cheras, Mengapa TAKUT Serang Che Det? Posted: 16 Dec 2011 07:31 AM PST
Geng lembu "menyerang" UMCO Cheras kerana peribahasa "biawak hidup" yang dikaitkan dengan Sharizat dan NFC. Berpeluh juga ketuanya, Syed Ali mahu menjawab kepada geng lembu berkaitan dengan tulisan di blognya itu. Sebelum ini, Bung Mokhtar yang menggesa Sharizat berundur diserang melalui tulisan di blog-blog pencacai. Yang kita hairan, Che Det yang menggesa Sharizat berundur sebelum DIHALAU, saya ulang, DIHALAU keluar dari parti sendiri masih belum berani diusik oleh geng lembu. Baca di sini dan di sini. Mengapa geng lembu ini TIDAK BERANI menyerang Che Det? Kah kah kah! | ||||
Akhirnya, Demi Undi dan Desakan Politik, Kerajaan tarik Penggunaan INTERLOK Sebagai Teks KOMSAS Posted: 16 Dec 2011 07:00 AM PST Saya sudah banyak kali menulis tentang INTERLOK yang dipolitikkan dan dijadikan isu perkauman oleh pemimpin dan NGO India. Tidak perlulah saya ulang apa-apa yang telah ditulis. Selepas isu ini reda baru-baru ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima mulai tahun depan. Menurut, S. Subramaniam, perkara itu telah diputuskan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap keputusan itu akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat. Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini. "Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Jelas penarikan ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kita kecewa kerana karya yang ada nilai sejarah ini menjadi mangsa pihak-pihak yang mahu melupakan sejarah dan dimanfaatkan pula oleh pihak yang ada kepentingan dalam politik. Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, teks KOMSAS untuk tingkatan tiga yang bakal digunakan tahun depan juga menghadapi masalah yang sama. Salah sebuah teks novelnya terpaksa dirombak kerana salah satu wataknya (bukan Melayu) digambarkan secara negatif. Oleh sebab takut mendapat bantahan kaum watak tersebut, maka novel itu dirombak/ditulis semula agar kontroversi yang berlaku pada Interlok tidak berulang. Anda bayangkan, sampai begitu sekali takutnya pihak kerajaan terhadap isu ini. Hal ini disindir secara sinis oleh seorang penulis di Facebook. Katanya, lebih kurang, jika begitu, biarlah watak orang Melayu sahaja yang "jahat", biarlah watak kaum lain baik-baik belaka. Persoalan yang wajar kita difikirkan: Adakah dengan penarikan Interlok, orang yang melenting dengan novel ini dapat memadamkan sejarah silam? P/s: Pengumuman ini bukan sahaja menghanguskan wang rakyat yang digunakan untuk menerbitkan buku ini untuk cetakan pertama, cetakan kedua selepas pembetulan, malah merugikan syarikat penerbitan buku silibus di negara ini. Bayangkan berapa banyak buku terbitan syarikat-syarikat tersebut yang terpaksa ditarik semula dan diubah suai selepas penarikan novel ini. | ||||
4 Tahun Jadi Habuan Nafsu Mat Rempit Posted: 16 Dec 2011 06:00 AM PST Saya petik: [HM] BATU PAHAT: "Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya. Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya. "Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar. "Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini. P/s: Kes seperti ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Saya pernah kata "remaja di Malaysia sedang berlumba-lumba memecahkan teruna dan dara sebelum usia 18 tahun." | ||||
Remaja Dipaksa MELACUR Seminggu Posted: 16 Dec 2011 05:06 AM PST Saya petik: Gadis diperdaya suami isteri, teman lelaki [BH] SEREMBAN: Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri. Mangsa dari bandar ini, dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar ini dan Rantau serta Bahau di Jempol tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera. Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah. "Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam. Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini. P/s: Jangan mudah percaya cakap orang! | ||||
Mak Nyah Cun Diberi Peluang Bertugas Sebagai Pramugari Posted: 16 Dec 2011 04:00 AM PST
Empat orang mak nyah diberi peluang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand lapor Reuters. Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugara serta pramugari, namun, mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah. Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik. Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. -DCM | ||||
Bapa Lapor Anak Khalwat, Imam "Lepaskan" Posted: 16 Dec 2011 03:00 AM PST
Saya petik: [SH] ALOR GAJAH - Sepasang kekasih ditahan di rumah sebuah kampung di sini kerana berkhalwat semalam setelah bapa lelaki yang sudah tidak tahan dengan perangai buruk anaknya itu, melaporkan kepada polis dan imam. Bagaimanapun, imam yang tiba bersama beberapa ahli jawatankuasa masjid di situ pada jam 10.45 pagi, membebaskan pasangan berusia 20-an dan 30-an itu selepas memberi nasihat. Bapa lelaki itu yang bekerja sendiri dan berusia 60-an menghubungi polis serta imam apabila anaknya yang berusia dalam lingkungan 30-an berada di rumah itu bersama kekasihnya, isteri orang beranak dua. Menurut sumber yang boleh dipercayai, bapa lelaki itu tidak senang dengan sikap anaknya yang sering membawa balik kekasih dan berdua-duaan dalam bilik. Semalam, dia membuat keputusan menghubungi polis dan pihak masjid untuk menangkap pasangan itu. Rombongan dari masjid, diketuai imam itu, tiba lebih awal dari yang dijadualkan, sementara anggota polis membuat persiapan ke rumah itu. "Imam itu memberikan nasihat kepada pasangan itu dan melepaskan mereka," katanya. Sementara itu Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaludin, ketika ditemui berkata, dalam kes seperti itu, pasangan berkenaan sepatutnya ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Menurutnya, barangkali kes ini ada kaitan antara keluarga pasangan itu dan imam tersebut. "Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Siasatan secara telus akan dijalankan. Imam terbabit tidak boleh melepaskan pasangan kekasih itu dengan hanya memberi nasihat. Ini boleh dianggap salah laku dan boleh menimbulkan syak. Jika perkara ini benar-benar berlaku, imam berkenaan boleh didakwa. "Saya akan ke Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian ini dan ia akan dibawa ke bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut," katanya. P/s: Agak mengejutkan apabila si imam membebaskan pasangan yang mabuk berkhalwat dengan hanya memberikan nasihat. Sepatutnya, tindakan diambil kerana si bapa berdasarkan laporan di atas sudah tidak tahan dengan perangai anaknya. | ||||
Anwar Buka Pekung Che Det: Rayu Pinjaman Bank Dunia 1999 Posted: 16 Dec 2011 02:00 AM PST Saya petik: [MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan. Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu. Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman. Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing. P/s: Kah kah kah! | ||||
Amaran Anwar: 8.3 Juta Rakyat Malaysia Akan Tergolong sebagai Miskin Menjelang 2020 Jika... Posted: 16 Dec 2011 01:00 AM PST
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan. Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009. "Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun," kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk 'Debunking ETP: Widening Income Gap'. Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan. "Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700)," kata beliau. (Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah) ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu. "Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP," kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan. Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit. "Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti," kata Anwar. Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP. "Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu," tegas Anwar. P/s: Apa lagi Najib nak kata? | ||||
[PANAS] Nasharudin Tidak Pernah Hadir Mesyuarat PAS, Hassan Ali Sekali Sekala Posted: 15 Dec 2011 11:47 PM PST Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan. Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam. Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno. "Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat. "Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat). "Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu. Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh. "Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya. Ikuti pelbagai isu lagi yang dibangkitkan melalui wawancara penuh dengan Mustafa dalam Harakah cetak Sabtu ini. P/s: Terburai lagi pekung geng perpaduang! | ||||
Gambar Didakwa Jurublog RBF yang Disaman Husam RM500 Ribu Posted: 15 Dec 2011 10:00 PM PST
Saya tidak mengikuti kes ini. Menurut laporan Sinar Harian, Datuk Husam Musa mengemukakan saman malu berjumlah RM500,000 terhadap jurublog yang didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah, dua tahun lalu. Beliau menuntut ganti rugi itu terhadap Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37 berikutan penyiaran artikel bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta', di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009. Antara kenyataan fitnah itu termasuklah menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberikan 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar. Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan Pas Pusat RM5 juta. Plaintif mendakwa keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual dengan harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan Pas Pusat RM3 juta. Artikel itu ternyata mahupun tersirat menuduh secara melulu bahawa plaintif adalah seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai serta menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan. Ketika memberikan keterangan, Husam menegaskan artikel itu secara terang terangan memfitnahnya dan menafikan dakwaan itu kerana beliau bekerja keras untuk menjaga keharmonian rakyat Kelantan. Dalam menghadapi saman malu daripada Husam, jurublog UMCO ini dikatakan baru-baru ini pergi mengerjakan haji di tanah suci Makkah. Hal ini jelas dinyatakan dalam kiriman jurublog kaki fitnah nombor satu negara seperti yang saya tampal di bawah ini. Kalau benar si jurublog ini sudah menunaikan haji dan mungkin sudah bertaubat di tanah suci Makkah, maka buatlah kerja yang diredhai Allah, janganlah lagi memfitnah orang sampai lupa diri yang suatu hari nanti akan dihisap di Padang Masyar. Jangan lupa juga seksaan kubur. | ||||
Mati DIBELASAH Kerana Disyaki Jalin Hubungan dengan Isteri Orang Posted: 15 Dec 2011 08:00 PM PST
Saya petik: [Kosmo] ALOR SETAR – Angkara mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain, seorang lelaki bersama seorang anak lelakinya bertindak di luar dugaan membelasah sehingga mati kenalan isterinya itu. Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam. Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu. Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dalam keadaan tenat ditemui oleh anaknya di dalam parit di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dipukul. Menurut beliau, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika cuba keluar dari kawasan itu selepas cedera dibelasah. "Selepas dipukul, mangsa sempat bercakap dan meminta bantuan daripada salah seorang anaknya menerusi panggilan telefon," kata beliau ketika ditemui di bilik mayat HSB di sini semalam. Baharom memberitahu, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Pekan Langgar di sini sebelum dihantar ke HSB. "Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada awal pagi ini (semalam) akibat masalah jantung yang mempunyai kaitan dengan dipukul dan mempunyai tekanan emosi," ujar beliau. | ||||
Pencuri Kereta KENA Belasah Sampai Parah Posted: 15 Dec 2011 07:14 PM PST Saya petik: [Kosmo] BESUT – Seorang penjenayah yang menjadi mangsa belot rakan sendiri bukan sahaja ditinggalkan selepas cubaan mencuri kereta tidak berhasil malah dia cedera teruk selepas kepalanya dijadikan karung tinju oleh penduduk yang membelasahnya baru-baru ini. Kejadian malang pukul 5 pagi Isnin lalu itu berlaku apabila suspek berusia 37 tahun tersebut bersama seorang lelaki dan seorang wanita cuba melarikan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback milik seorang lelaki berumur 32 tahun di Kampung Limbungan dekat sini. Insiden disedari oleh pemilik kereta sebaik terdengar bunyi enjin kenderaannya yang dihidupkan oleh salah seorang suspek. Kesemua suspek datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara. Sebaik keluar, dia mendapati seorang wanita berada di tempat duduk pemandu sebelum suspek terus melarikan keretanya. Dia bersama penduduk kemudian berlari untuk mengejar wanita itu sebelum ternampak dua rakan wanita itu sedang menolak kereta Iswara mereka yang tiba-tiba rosak tidak jauh dari rumahnya. Dua lelaki itu yang terkejut cuba melarikan diri sebelum salah seorangnya dapat ditangkap lalu dibelasah hingga kepalanya berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria ketika dihubungi memberitahu, polis menemui kereta mangsa yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Nail, Kuala Besut pada pukul 8.30 malam kira-kira enam kilometer dari rumah mangsa. P/s: Nyaris tidak dibelasah sampai mati. | ||||
Gawat! Kaji Selidik Dedah Banyak Remaja Indonesia Terlibat Seks Pranikah Posted: 15 Dec 2011 06:04 PM PST
Artikel di bawah ini saya olah daripada SidomiNews. Pergaulan remaja Indonesia kini sangat membimbangkan. Seks tidak lagi dipandang tabu meskipun usia masih belasan tahun. Mereka melakukan itu demi nafsu, meskipun ada antara mereka melakukannya untuk beberapa keping wang kertas. Inilah potret kehidupan remaja Indonesia yang terungkap pada kaji selidik hasil kerjasama lembaga internasional DKT dengan Sutra dan Fiesta Condoms. Seperti ditulis Republika, ketertarikan remaja terhadap seks berpunca daripada keterbatasan mereka memperoleh informasi tentang seks. Orang tua cenderung menutupi dan menganggapnya sebagai tabu. Sehingga, orang tua jarang-jarang berdiskusi dengan anak tentang bahagian yang boleh dan bahagian yang tidak boleh berkaitan dengan urusan seksual. Akhirnya, remaja lebih memilih temannya sebagai rakan diskusi. "(Pendidikan) seks bisa dikemas dalam bentuk tidak vulgar atau cabul. Bukan zamannya menganggap seks tabu," kata Zoya Amirin, pakar psikologi seksual. Hal yang tidak diinginkan pun terjadi. Remaja mulai mencuba melakukan seks. Daripada kaji selidik tersebut kebanyakan remaja melakukan seks bersama-sama dengan pasangan masing-masing dan yang mengerikan ada remaja yang menjalinkan hubungan sesama jenis. Secara peratusannya, remaja yang melakukan seks dengan pasangan ialah 88 peratus, remaja yang menjalinkan hubungan sekssual sesama teman sejenis 9 peratus. Lokasi pilihan untuk melakukan perbuatan terkutuk ini termasuklah di hotel murah, hotel, dan rumah. Kaji selidik ini dilaksanakan di Jakarta, Surabaya, Bandung, Bali, dan Yogyakarta. Jumlah responden yang dilibatkan sejumlah 462 orang yang berusia antara 15-25 tahun. Rata-rata remaja memperoleh pengalaman seks kali pertama ketika umur 19 tahun. -DCM | ||||
Jimmy DEDAH Isteri Ketagih BERJUDI dan MEROKOK Posted: 15 Dec 2011 04:57 PM PST [Kosmo] SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010. Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka. Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu. "Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin. "Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar," dakwanya. Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010. Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi. "Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami," dakwanya. P/s: Besar dugaan dan kesabarannya! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan