Selasa, 13 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


DAP bentuk panel tiga pemimpin atasi isu ‘godfather’

Posted: 13 Dec 2011 08:53 AM PST

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 13 Dis — DAP malam ini mengumumkan pembentukan jawatankuasa tiga pemimpin kanan untuk menyelesaikan pertikaian isu "godfather-warlord" antara pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan keputusan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di ibu pejabat parti di sini malam ini.

"CEC telah memberi mandat kepada jawatankuasa tiga anggota yang terdiri daripada setiausaha agung iaitu saya, penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin dan (penasihat parti) Lim Kit Siang untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin," kata beliau dan enggan menerima soalan daripada pemberita.

"Ini kenyataan yang hendak saya beri. Saya tidak akan, sebab sudah lewat, menerima sebarang soalan," katanya lagi.

Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA

Posted: 13 Dec 2011 07:49 AM PST

SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah,

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa.

"Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar.

'Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa," katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang - FMT

Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA

Posted: 13 Dec 2011 07:45 AM PST

SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah,

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa.

"Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar.

'Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa," katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang - FMT

Fitnah II: Tuduhan pendakwa raya tak berasas, kelirukan mahkamah

Posted: 13 Dec 2011 02:27 AM PST

( Oleh : Ahmad Fadli )

KUALA LUMPUR 13 Dis: Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

"Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka.

"Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.
"Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini," kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah.
Semalam, ketiga-tiga peguam Anwar termasuk Karpal Singh dan Ramkarpal Singh menggulung hujah mereka.

Hari ini pula adalah giliran pasukan pendakwa raya diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggulung hujah mereka.

Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.

"Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku.
"Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku.

"Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami," kata Sankara penuh yakin.
Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24312

Lengah debat NFC, bukti Khairy penakut – Rafizi

Posted: 13 Dec 2011 01:13 AM PST

( Oleh : Nabihah Hamid )

KUALA LUMPUR 13 Dis: Perdebatan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam penetapan tarikh.

Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial Twitter.

"Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar kaki maki hamun anak-anak buah untuk alih perhatian. 'Typical' Pemuda Umno," sindirnya di Twitter semalam.

Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia terpaksa dibatalkan.

Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari dan sehingga kini tiada respon.

"Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong," kata Rafizi di Twitter semalam.

"Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat," kata Rafizi.

Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk berdebat berkenaan isu ini.

"Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian," jelas Rafizi.

Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24300

Selak! Sikit Lagi Nak Nampak Seluar Dalam

Posted: 12 Dec 2011 07:21 PM PST

NFC: Jangan beban parti, ketua Umno Cheras desak Shahrizat dan suami

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya.
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka.

Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

"Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat, apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" kata beliau lagi.

Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.

"Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat," ujarnya.

Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Paling sedih kata Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang dengan dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

Semalam, PAS menggesa Muhyiddin turut mengambil tanggungjawab kerana projek itu dikurniakan ketika menjadi menteri pertanian.

"Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," tegas Syed Ali lagi.

"Orang lain yang buat hal, mengapa pula Umno yang dipersalahkan? Inilah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN," kata beliau lagi.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.
Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Daulat Tuanku, Sembah Takzim Dari Kami

Posted: 12 Dec 2011 07:06 PM PST

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong di atas Pengisytiharan Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV.

Sembah Takzim daripada Team Kerabu Bersuara.

Tiada ulasan: