DUNIACACAMARBA |
- Mayat Wanta Muslim "Dicemari" Kepingan Daging Babi di Rumah Mayat Sebuah Hospital
- Remaja 15 Tahun PINJAM Wang daripada Ah Long Untuk Berjudi
- Lelaki Arab Disebat 2080 Kali Selepas Didapati Bersalah Merogol Anaknya
- Wanita Nyaris Diperkosa Dicampak di Tepi Jalan
- Kenalan Wanita Ugut Sebar Video "Kurang Sopan", Apakah yang Dimaksudkan dengan "Kurang Sopan" Itu?
- Mekanik Didakwa Latih 2 Isteri MENCURI
Mayat Wanta Muslim "Dicemari" Kepingan Daging Babi di Rumah Mayat Sebuah Hospital Posted: 13 Dec 2011 06:09 AM PST The Independent melaporkan pihak polis Britain menawarkan ganjaran sebanyak £5 000 bagi sesiapa yang dapat memberikan maklumat tentang kejadian mayat wanita Muslim yang "dicemari" kepingan daging babi di rumah mayat Hospital Hillingdon. Kejadian yang mencetuskan rasa tidak puas hati itu disedari ahli keluarga wanita tersebut yang meninggal dunia akibat kanser pada usia 65 tahun. Pasukan Polis Metropolitan dipanggil ke Hospital Hillingdon yang letaknya di barat London untuk menyiasat kejadian itu. . Kejadian itu jelas melanggar hukum agama Islam yang melarang penganutnya menyentuh atau makan daging babi. Hal ini turut meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada keluarga mangsa. Detektif Cif Inspektor Tony Hester berkata: "Ini adalah perbuatan menjijikkan yang telah menimbulkan kemarahan keluarga mangsa serta seluruh masyarakat. Perlakuan jenayah itu diketahui apabila kakitangan hospital itu mengaturkan kunjungan ahli keluarga yang mahu melihat jenazah mangsa. Setakat ini, polis sudah melihat rakaman CCTV dan bercakap dengan kakitangan hospital. Pakar forensik juga telah meneliti bacon dan pakaian yang dipakai oleh wanita itu. Seseorang anggota keluarga wanita tersebut memberitahu BBC London bahawa kejadian itu membuatkan mereka menanggung "kesakitan fizikal". Kejadian itu seperti mimpi ngeri yang mengerikan. "Saya menyaksikan Allahyarham meninggal dunia dan kemudian saya menyaksikan perbuatan yang tidak bertamadun ini. Saya berasa trauma." Anak perempuan wanita tersebut pula berkata kejadian yang menimpa jenazah ibunya seperti mimpi ngeri yang amat memberikan kesan kepada keluarga. "Saya fikir seseorang yang melakukan ini amat membenci umat Islam. Saya tidak tahu mengapa mereka memilih ibu saya." -DCM |
Remaja 15 Tahun PINJAM Wang daripada Ah Long Untuk Berjudi Posted: 12 Dec 2011 11:33 PM PST P/s: Gila! Kalau anda baca versi Inggeris, remaja ini dikatakan meminjam lebih RM 10 ribu daripada ah long keparat kerana ketagih berjudi atas talian di internet. Yang hairannya, bagaimana ah long ini boleh meminjamkan wang sebanyak itu kepada remaja yang masih bersekolah? Apabila terjadi kes seperti ini, tanyalah pendapat MCA dan penyokong tegar judi yang bersungguh-sungguh menentang kerajaan Kelantan mengurangkan/menghapuskan judi di negeri itu. |
Lelaki Arab Disebat 2080 Kali Selepas Didapati Bersalah Merogol Anaknya Posted: 12 Dec 2011 08:08 PM PST Menurut agensi berita AP, sebuah akhbar Arab melaporkan bahawa seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dihukum sebat sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh 13 tahun hukuman penjaranya. Mahkamah di kota suci Makkah mendapati lelaki itu bersalah merogol anak perempuannya selama tujuh tahun di bawah pengaruh dadah. Akhbar Okaz melaporkan mulai Sabtu lalu lelaki itu menerima sebatan secara berperingkat-peringkat sehingga mencukupi jumlah sebatan yang dikenakan. Menurut polis, kejadian itu dilaporkan oleh bapa bapa saudara remaja itu. Nama lelaki yang merogol anaknya itu tidak disiarkan. -DCM P/s: Bercambahkah kes rogol terutamanya melibatkan ahli keluarga jika hukuman dikenakan kepada pesalah tegas dan menggerunkan? |
Wanita Nyaris Diperkosa Dicampak di Tepi Jalan Posted: 12 Dec 2011 07:35 PM PST Saya petik: [HM] AMPANG: Seorang wanita berusia 35 tahun melalui detik cemas apabila diserang dua lelaki yang mengacukan pisau dan memaksanya menaiki sebuah pacuan empat roda. Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari. Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain. "Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau" katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain. "Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan. "Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol," katanya. Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini. P/s: Perogol ada di mana-mana, hati-hati! |
Kenalan Wanita Ugut Sebar Video "Kurang Sopan", Apakah yang Dimaksudkan dengan "Kurang Sopan" Itu? Posted: 12 Dec 2011 06:30 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis teknologi maklumat berusia 31 tahun trauma selepas perkenalannya dengan seorang wanita di laman sembang sosial berakhir ugutan untuk menyebarkan video kurang sopan mangsa di rumahnya di Taman Danau Desa, di sini, Jumaat lalu. Menurut sumber, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang melayari Internet menerima satu mesej daripada seorang wanita yang ingin berkenalan dengannya. Selepas membalas teguran berkenaan, wanita terbabit mencadangkan mereka berbual melalui telefon dan mangsa tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan ajakan itu. "Wanita terbabit menghubunginya dan mereka berbual sebelum mangsa menyedari dirinya dirakam melalui video kamera laman sembang berkenaan dalam keadaan tidak sopan. "Mangsa tersentak dan mengakhiri perbualan berkenaan yang berlangsung sejam," katanya. Difahamkan, selepas menamatkan perbualan itu, wanita terbabit mula mengganggu mangsa dengan menelefonnya berkali-kali jam 8 malam hingga 1 pagi keesokan harinya. Bagaimanapun, mangsa tidak melayan setiap panggilan itu menyebabkan wanita terbabit menghantar SMS dan mengugut menyebarkan video kurang sopan dirakam untuk tatapan ahli keluarga serta rakan. "Berkali-kali wanita terbabit menghantar SMS ugutan itu, malah bertindak melampau dengan menghantarnya kepada ahli keluarga serta rakan mangsa," katanya. Menurut sumber, mangsa yang tidak menyangka wanita terbabit bertindak melampaui batas membuat laporan polis kerana perkara itu menjatuhkan maruahnya selain mengancam keselamatannya. P/s: Alahai, mudahnya orang masuk jerat pemeras ugut. Yang menariknya, apakah yang dimaksudkan dengan "dirakam dalam keadaan tidak sopan"? Adakah si mangsa menayangkan "pisang" atau bermain dengan "pisang" di depan skrin komputer? Kah kah kah! Cari penyakit! |
Mekanik Didakwa Latih 2 Isteri MENCURI Posted: 12 Dec 2011 05:54 PM PST Saya petik: [HM] SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan 'ilmu' mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional. Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan. Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai 'tonto' bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu. Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit. P/s: MAcam-macam! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan