Isnin, 12 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Akhbar YB Dato Dr. Hasan Mohamed Ali

Posted: 12 Dec 2011 05:36 AM PST

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

"Saya terpanggil untuk memberi ulasan mengenai dua perkara penting yang dipapar dan dimainkan di dalam media massa kebelakangan ini.Pertama, perkara mengenai penyatuan umat Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam salah satu akhbar media perdana.

Kedua, masalah kononnya saya digugurkan menjadi calon Dun Gombak Setia dalam PRU 13 atas dasar saya kekurangan pencalonan daripada cawangan-cawangan PAS.

Mengenai perkara yang pertama, ingin saya tegaskan di sini bahawa perpaduan dikalangan umat Islam memang merupakan tunjang perjuangan saya sebagai seorang Muslim yang beriman dengan tuntutan AlQuran dan Assunnah. Soal perpaduan ini merupakan salah satu elemen Siyasah Syar'iyyah yang saya jiwai dan cuba cernakan semenjak saya berkhidmat sebagai pegawai kerajan, sebagai motivator dan juga bila saya berkecimpung dalam dunia politik. Malah penerjunan saya ke dalam kancah politik sebahagian besarnya dipacu oleh tuntutan perpaduan ini.

Seandainya saya dilihat sebagai pemangkin kepada tercetusnya perpaduan sejati dikalangan umat Islam maka di atas dasar kesungguhan untuk menjayakan perjuangan ini, saya bersedia untuk melaksanakan peranan merealisasikan perpaduan di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu tanpa mengira golongan mahupun wadah.

Manakala dalam isu kedua yang mengatakan saya tidak mendapat pencalonan mencukupi daripada PAS Cawangan dan Kawasan Gombak untuk bertanding di DUN Gombak Setia, saya sama sekali tidak menyalahkan YB Saari Sungip dalam hal ini. Mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada pihak media secara terbuka.

Cuma saya ingin menjelaskan beberapa perkara untuk mengelak kekeliruan berterusan.

1. Setakat yang saya ketahui memang pencalonan daripada cawangan-cawangan di ambil kira dalam menentukan pencalonan. Tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi faktor penentu kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain. Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk untuk bertanding di DUN Gombak Setia pada PRU ke 12 bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan. Setakat yang saya ingat juga, Ketua Penerangan PAS Negeri sekarang ini yang bertanding di DUN Ulu Kelang juga tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Ulu Kelang dalam PRU ke 12 yang lalu.

2. Dalam amalan biasa parti, hal-hal mengenai pencalonan perlu diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini. Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau ahli dan pimpinan di berbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti.

3. Saya juga musykil dengan kenyataan yang dikeluarkan mengenai pencalonan ini lantaran ianya disebarkan melalui media bertepatan dengan suasana dan keadaan di mana seorang pemimpin PAS menerima pengiktirafan dan perhargaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan dengan wujudnya satu kebetulan ini.

Sebagai kesimpulan, sukacita saya maklumkan pendirian saya tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja. Samada saya di calon atau tidak, itu tidak menjadi halangan bagi saya bahkan isu ini menjadikan semangat saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya yakin ramai yang memahami, menjiwai dan akan terus bersama-sama dengan saya untuk meneruskan agenda perjuangan ini.

InsyaAllah dengan izin Allah SWT saya akan terus beristiqamah di atas landasan ini dan sentiasa berdoa kepada Alah SWT agar saya dan teman-teman sering berada di jalan yang lurus.

YB Dato Dr. Hasan Mohamed Ali

Tarikh : 12 DISEMBER, 2011

Najib Punya Pasal?

Posted: 12 Dec 2011 05:07 AM PST

Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "cap jari" perdana menteri ada di banyak peringkat kes.

Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

"Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka," kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

"Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

"Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?" kata Sankara.

Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.

Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

"Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya," katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

"Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

"Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum," katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Kronologi: ‘Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini’ – Peguam

Posted: 12 Dec 2011 02:31 AM PST

5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.

3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.

3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana 'cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.'

"Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung," kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.
"Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina," kata Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.

"Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini," katanya.

3.15 petang: Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan Saiful berada di tempat kejadian.

"Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas," kata Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.
"Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji," kata Sankara.

2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.

Tidak Mudah Untuk Hasan Ali Tinggal PAS

Posted: 12 Dec 2011 01:51 AM PST

Hasan: Tidak mudah bagi tinggalkan PAS

Hazlan Zakaria

Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

"Saya sudah lama dalam PAS, tidak akan mudah untuk meninggalkannya begitu saja. Banyak rakan-rakan yang saya perlu bincang, mufti-mufti, penasihat agama dan juga orang lama dalam politik yang selalu saya bincang. Akan saya guna semua itu (dalam membuat keputusan).

"Tetapi jika organisasi itu tidak mendukung ketiga-tiga prinsip saya perjuangkan, ini mungkin berlaku," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya, jika beliau akan terus setia kepada perjuangan PAS dan Pakatan, Hasan berkata beliau kurang selesa dengan perkataan 'setia' kerana ia mungkin membawa konotasi yang lain.

Tegasnya, beliau hanya setia kepada Allah tetapi 'kesetiaan' kepada manusia dalam konteks politik tidak dituntut oleh Islam.

"Jangan nanti dikatakan yang saya kata tak perlu taat pada sultan. Hanya dalam konteks ini.

"Saya membantu mereka, dan mereka membantu saya," kata Hasan.

Perkara kecil

Mengulas hakikat bahawa beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"

"Isu pencalonan itu kecil, berbanding perjuangan saya untuk Islam, jadi pada saya ia tidak penting.

Bagaimanapun, katanya, secara peribadi beliau agak tercuit dengan berita yang "meletup dengan tiba-tiba" tatkala sedang hendak menerima anugerah dari sultan.

"Saya ada hati kecil di sini, anda juga ada hati kecil di sini, sesiapa saja akan terasa perkara sebegitu," katanya.

Menurut Hasan, beliau tidak suka melabelkan gerakan menentang beliau sebagai satu konspirasi.

Tetapi, beliau tidak menafikan berlaku halangan baik dari pihak dalaman mahupun luar berhubung kerja-kerja yang dilakukannya.

"Kadang-kadang kita terima halangan dari luar, kadang-kadang dari dalam... saya tidak suka gunakan perkataan konspirasi, tetapi mungkin ada gerakan untuk menahan kemaraan Dr Hasan?" katanya.

Hak istimewa’ Papagomo naik Scorpene bukti Umno dalang video seks fitnah'

Posted: 12 Dec 2011 01:48 AM PST

Membenarkan blogger upahan Umno, PapaGomo menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak membuktikan Umno terlibat dalam 'Video Fitnah Seks', kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Ini kerana katanya, blogger itu tidak mungkin dapat menaiki kapal selam itu tanpa memiliki hubungan akrab dengan pimpinan Umno.

"Mana mungkin blogger upahan itu dibenarkan naik jika tidak memiliki hubungan akrab dengan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi?

"Isu keselamatan negara tidak boleh dikompromi kerana tindakan Umno membenarkan blogger upahan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia membuktikan tidak sensitifnya Umno terhadap keselamatan negara," katanya.
Pada 10 Disember lalu, blogger upahan itu menulis diblognya beserta gambar beliau memasuki kapal selam itu.

Peliknya, pada masa sama, media lain dihalang membuat liputan mengenai Kapal Selam itu yang turut terkait dengan rasuah melibatkan Najib.

Awal tahun ini, blogger upahan itu mendapat rakaman eksklusif 'Video fitnah Seks' milik Kumpulan Datuk T, yang merupakan antara taktik jahat Umno menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Betapa hinanya Umno, BN dan pentadbiran Najib yang memiliki hubungan akrab dengan blogger yang memaparkan bahan lucah dan kata-kata keji di blognya.
"Ini menunjukkan betapa Umno bergantung kepada tentera upahan jahat seperti Papagomo untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Surendran juga mengajak pentadbiran Najib agar berdebat secara adil dan bebas dalam apa jua isu berbanding menabur fitnah.
Najib sehingga kini enggan berdebat dengan Anwar melibatkan ekonomi negara dan kandungan Buku Jingga walaupun Najib yang pada awalnya mencabar Anwar mengenainya.

Utusan nak selamatkan siapa? – Oleh Adil Mat Selamat

Posted: 11 Dec 2011 11:39 PM PST

12 DISEMBER – Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang tidak mahu kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud serta menolak konsep negara Islam, sering mencari salah PAS yang kononnya dituduh tidak Islamik.

Yang sering menjadi mangsa Utusan dan suara pengarang besarnya "Awang Selamat', adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang lebih 20 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri.

Dari tuduhan rasuah kepada cacian hingga kepada PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sepanjang pentadbirannya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, fitnah telah menjadi amalan lazim pimpinan UMNO dan konco-konco mereka seperti pecacai siber upahan dan Utusan.

Sebuah masjid sebagai modal politik

Jika benar sekali pun kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan PAS hanya membina sebuah masjid seperti yang dijerit-jeritkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, ia sebenarnya menunjukkan bahawa Islam bukan soal membina banyak bangunan atau mahu menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Yang penting ialah pengisian. Dan mungkin para pemimpin UMNO lupa bahawa pengisian, pelaksanaan dan amalan itu menjadi inspirasi untuk rakyat Kelantan mengekalkan pentadbiran PAS selama lebih 20 tahun.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kelantan yang digelar serambi Makkah tidak perlu membazirkan wang cukai rakyat Kelantan untuk membina masjid secara berlebih-lebihan, apatah lagi dalam keadaan yang sudah pun lebih dari mencukupi.

Selain infrastruktur, kerajaan juga wajib membantu rakyat dalam pelbagai aspek penting yang lain. Hal pendapatan rakyat, kebajikan rakyat dan bantuan memerlukan perhatian dan pelaksanaan kerajaan.

Tidak bermakna jika negeri penuh dengan masjid maka kita sudah boleh diiktiraf sebagai telah membela Islam atau telah mentadbir mengikut lunas-lunas kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pandangan seperti ini adalah tidak lengkap sama sekali.

Malah jika masjid hanya gah dengan jumlah dan perhiasannya tanpa ada pengisian, sama ada dengan aktitivi mahu pun manusia yang beribadah, apa gunanya? Apa perlu kita habis berjuta ringgit untuk membina masjid mewah jika jemaahnya tiada? Apa guna jika masjid itu tidak diimarahkan? Dari mana pula kita boleh mendapat pahala ibadah jika ia sekadar menjadi monumen untuk tarikan pelancong?

Tohmahan terhadap PAS

Jika PAS menjawab dalam isu masjid itu, pasti UMNO akan lekas-lekas mendakwa PAS sudah tidak memperjuangkan Islam. Malah lebih teruk lagi, PAS sudah digambarkan sebagai kuda tunggangan DAP.

UMNO akan memukul canang kepada rakyat ke hulu ke hilir, siang dan malam untuk menggambarkan yang kononnya PAS sudah lari dari perjuangan asal. Begitulah mudahnya formula UMNO yang semakin terdesak menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pelik tapi benar, UMNO begitu mendesak dan mencabar PAS melaksanakan hukum hudud sedangkan UMNO yang lebih lama berkuasa dan mendakwa merekalah pejuang Islam yang tulen, secara terang-terang membantah perlaksanaan hudud. Bukankah sikap UMNO ini sungguh pelik dan hipokrit.

Daripada sibuk mempersoalkan PAS atau DAP, sepatutnya UMNO menjelaskan kepada ahli-ahlinya sama ada UMNO itu parti sekular, parti Islam atau parti apa. Kasihan ahli dan pengikut UMNO yang masih kabur tentang perjuangan parti mereka yang sudah tentu tidak sama lagi dengan perjuangan asal 1946.

Ramai ahli UMNO hari ini hanya dapat melihat kerakusan pemimpin mereka menyapu bersih segala kontrak, projek dan program. Sehinggakan amanah menternak lembu untuk menyediakan daging kepada rakyat telah dipecahkan untuk membeli kondominium mewah. Betapa sakitnya hati akar umbi UMNO melihat gelagat pimpinan mereka.

Tohmahan terhadap DAP

Serangan Utusan terhadap DAP semakin menjadi-jadi sehingga banyak tohmahan tidak masuk akal sama sekali. Apa yang cuba dilakukan ialah mengajak orang Melayu membenci DAP dengan hasutan hasad dengki yang belum pernah dilihat sejak penubuhan DAP 45 tahun lalu.

DAP dalam garis politiknya yang sudah terang lagi bersuluh, tidak malu dan tidak pula bongkak dengan prinsip demokrasi sosial. Ia tidak malu mengaku ia adalah parti sekular yang tidak mahu agama diperalatkan oleh politik.

Ia tetap dan akan terus mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan. DAP merestui agama Islam sebagai agama persekutuan, mendukung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Malah, ia menerima Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa Melayu serta hak-hak semua kaum di negara ini. Ini penting kerana ada pihak-pihak tertentu yang hanya mahu menggunakan peruntukan Perlembagaan ini untuk kepentingan agenda satu kaum, sedangkan artikel itu jelas dalam jaminan untuk semua kaum.

Kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat, baik kepada PAS mahu pun PKR adalah satu ikatan yang berasaskan kepercayaan kepada sistem yang adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat.

Amanah rakyat yang dipikul adalah untuk memenuhi keperluan rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama. Sistem pemerintahan yang DAP melalui kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bukti ia dilaksanakan berteraskan keadilan sejagat.

DAP tidak menggunakan agama sebagai modal untuk merasuah minda dan keyakinan rakyat. DAP tidak memanipulasi sentimen perkauman untuk membeli undi rakyat. DAP tidak berjuang di atas platform kepura-puraan politik.

Dan DAP tidak menutup masalah yang dihadapinya daripada khalayak umum. Soal perbezaan pendapat, pertembungan ego pemimpin dan perbalahan dalam apa-apa isu terpapar jelas. Ia adalah petanda kematangan politik.

DAP menawarkan manifesto pemerintahan yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) kepada rakyat Malaysia. Tanpa nilai-nilai ini, kita hanya akan menjual ilusi kepada rakyat, seperti mana yang diperbuat oleh elit-elit UMNO demi mengekalkan kuasa mereka.

Bagi pimpinan UMNO, kuasa bermakna wang. Tanpa kuasa, harta dan wang ringgit, mereka merasakan diri tidak akan selamat. Adakah itu yang mahu diselamatkan oleh Utusan dan Awang Selamat? – Roketkini.com

Hasan Ali Puji Cara Pentadbiran MB Selangor

Posted: 11 Dec 2011 11:36 PM PST

Hasan Ali: Tadbiran Khalid Ibrahim 'bagus'

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Di sebalik isu digugurkan daripada pencalonan untuk pilihan raya akan datang, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali memuji pentadbiran Menteri Besar Selangor dan memberikan tanda 'baik' untuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia berkata, Khalid telah membawa masuk budaya baru dalam pentadbiran negeri iaitu budaya separa korporat yang mementingkan kesan dan impak kepada rakyat.
"Saya memberikan bagus untuk pentadbiran menteri besar, beliau berjaya mengubah negeri Selangor melalui pentadbiran separa korporatnya," katanya di sini.

Tambah Hasan, budaya separa korporat mentadbir negeri dan menitik beratkan soal efisiensi dan keberkesanan dalam pentadbiran menjadikan Selangor berupaya untuk mengurangkan kos pentadbiran dan meningkatkan pendapatan negeri sekali gus memberikan kesenangan kepada rakyat.

"Hasil negeri bertambah dan rakyat juga turut merasa kesenangan itu," katanya.

Jelasnya lagi, memang terdapat sedikit masalah yang timbul dalam pentadbiran antara kerajaan negeri dan kumpulan tertentu seperti ahli perniagaan dan masyarakat berbilang kaum, tetapi perkara itu sedang diperhalusi dan cuba diselesaikan.

"Khalid menitik beratkan soal keadilan dalam pentadbiran, itu menjadikan Selangor mampu berubah daripada waktu ketika pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) dulu," katanya lagi.
Menurut Hasan lagi, beliau mengharapkan agar pentadbiran negeri tidak mengabaikan tiga elemen penting yang turut diperjuangkannya iaitu memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam, dan dan mendaulatkan institusi raja.

"Saya harapkan kerajaan negeri tidak mengabaikan perkara ini," katanya lagi.

Papagomo’s Scorpene Trip- Proves UMNO’s Link With Sex Video

Posted: 11 Dec 2011 07:20 PM PST

I refer to pro-UMNO blogger Papagomo's trip on the Scorpene submarine KD Tun Razak on Dec 10 2011. Papagomo must have obtained clearance at the highest levels of UMNO and the government in order to be allowed upon the nation's newest and most expensive submarine. He could not have done so unless he enjoyed close and confidential links with top UMNO leaders, including UMNO Vice-President and Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi.

Earlier this year, the blogger had obtained exclusive footage of the 'Datuk T" sex video, which was fabricated as part of a vicious campaign to damage the reputation of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. Papagomo who was a key player in the sex video criminal conspiracy has now been proven to be on intimate terms with top UMNO leaders. It can now no longer be doubted that UMNO and the government have been the 'secret hand' behind the 'Datuk T' sex video conspiracy. ( Another key figure in the conspiracy is Rahim Thamby Chik, who is also an UMNO stalwart and a former UMNO Chief Minister). UMNO's fingerprints can be seen everywhere in the sex video plot against our country's Parliamentary Opposition Leader.This incident also demonstrates how UMNO and the government rely upon vulgar mercenaries like Papagomo in order to carry on political warfare against Anwar and the political opposition. UMNO is even prepared to compromise national security by allowing an anonymous blogger to board a sensitive naval craft. It is a disgrace to UMNO, BN and the government that they are on such close terms with a blogger who uses foul and intemperate language and screens pornography on his blog.

It should be remembered that the leader of the oppostion plays a central role in our political system. A wide-ranging criminal conspiracy involving the government, UMNO, police leadership and A-G's chambers against the Opposition Leader is thus tantamount to a subversive assault upon our democratic system of government. We demand that UMNO and the government immediately reveal the full extent and particulars of their dealings and relationship with the notorious blogger Papagomo, particularly in respect of the fabricated sex videos; we further demand that UMNO and the government abandon the politics of lies and conspiracy, and engage the opposition in fair debate.

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

FELDA sedang dalam proses kehancuran, tunggu sahaja

Posted: 11 Dec 2011 06:59 PM PST

Aspan Alias

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung menyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. Kesalahan berada di pihak UMNO sendiri. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana 'culture' yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu secara beransur-ansur.

D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta 'corporatization' ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbadanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah pengurusan Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemimpin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin 'topple-menopple' dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya perlu hafalkan satu perbilangan, iaitu 'ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, 'peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi'.

Bekas Pegawai Tentera Pertikai Anjing Besar Masuk Kapal Selam

Posted: 11 Dec 2011 06:54 PM PST

BREAKING NEWS – BIGDOG BOARDS RMN SUBMARINE

Someone called me to quickly view Bigdog aka Mohammed Zakhir Mohammed's blog and to read an article of him boarding the RMN submarine berth at Langkawi for LIMA 2011. I reluctantly viewed the blog and upon reading the first paragraph itself, I began to get spells of dizziness and nausea.

The paragraph goes like this, "I was in Langkawi for the LIMA 2011 this week. I was given the trust by the Minister of Defence and Chief of Navy, to be given the honour of the first new media practitioner and blogger to go inside Perdana Class submarine, KD Tun Razak". Scrolling down the article was a photo of Bigdog taken at the officer's cabin of the submarine. From the photo, he appears to be physically a large person and for that size, he does not fit being a crew of any submarine. Submariner's work in confine spaces and being XXL in size, he is unacceptable not only to the navy, but to all other service of the Malaysian Armed Forces.

Having declared himself as being given the TRUST and HONOUR as the FIRST new media practitioner and blogger to board an RMN submarine, he then deserve to be awarded a FIRST BLOGGER TO BOARD A SUBMARINE MEDAL by the Defence Ministry. It is just like Neil Alden Armstrong being awarded the CONGRESSIONAL SPACE MEDAL OF HONOUR for being the first person to set foot upon the moon. I hope the Chief of Navy will not place a plaque in the officer's cabin that reads, "BIGDOG WAS HERE" in honour of Mohammed Zakir Mohammed.

Curiosity has now set in me to begin asking this silly question - how did Bigdog get an invite to visit the submarine? He must be someone very special; a preferred blogger among the many other bloggers roaming cyberspace (me included). From his writings, he sounded like someone align to the powers that be, and hence the preferential treatment and the only blogger to board an RMN submarine. You all know what this mean.

And what a coincidence – he must be in the submarine together with Penang Chief Minister Lim Eng Guan. If this was so, then he was a sort of 'marker' to keep a close watch on Lim Eng Guan and to snarl him around.

So Bigdog, I must congratulate you for being the first blogger to board a submarine, and I look forward to you being honoured with a Datukship for this, in the near future.

CRUSADE AGAINST CORRUPTION

Mind No Evil

Tiada ulasan: