Muslimeen United |
- Tahniah YAB Menteri Besar Kedah kini bergelar Dato’ Seri DiRaja
- SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!!
- 'Lembu umno' sudah gila tahap gaban!
- Pencacai Ketar Lutut, Tersasul Panggil Mat Sabu "YB" Dan "Datuk"
- Peguam Anwar berjaya patah hujah pendakwa
Tahniah YAB Menteri Besar Kedah kini bergelar Dato’ Seri DiRaja Posted: 12 Dec 2011 07:08 AM PST |
SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!! Posted: 12 Dec 2011 07:07 AM PST PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana 'lebih bersalah' dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC. "Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat. "... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat," kata beliau. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya 'untuk berundur sebelum beliau diundurkan' tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat. Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu. |
'Lembu umno' sudah gila tahap gaban! Posted: 12 Dec 2011 07:02 AM PST Pada ketika penceramah Pakatan Rakyat daripada PAS sedang menyampaikan ceramah, seorang pendokong umno memasang pembesar suara dan menjadi 'ahli panel tak diundang' menjawab pelbagai isu yang sedang disampaikan penceramah Pakatan. Tindakan 'ahli panel tak diundang' melalak dan terjerit-jerit seolah-olah telah diserang sawan babi. Sudah hilang nilai kesopanan dan kesusilaan. Memalukan bangsa dan agama. Memang 'lembu'lembu' umno ni dah jadi gila tahap gaban! Mari sama-sama kita tonton aksi 'panel tak diundang' menjawab dan mengganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di DUN Bukit Baru, Melaka. Awas di bahagian akhir video: Bunyi kanak-kanak ketawa terbahak-bahak. Betullah kata orang tua-tua... apabila seseorang itu telah menghampiri waktu senja kehidupan, ia akan kembali ke zaman kanak-kanak kecil yang belum cukup umur dan seterusnya akan melalui fasa zaman bayi baru lahir... Umno memasuki fasa 'main tahi'... di mana-mana, sekarang kita dapat melihat, itulah standard orang umno sebelum umno menemui ajalnya. Dan bangganya kita kerana umno yang kununnya memperjuangkan 'melayu' ini, sedang disiksa untuk dibunuh oleh puak-puak mandeliar. Tengok di Pulau Pinang, dan kini di Melaka... |
Pencacai Ketar Lutut, Tersasul Panggil Mat Sabu "YB" Dan "Datuk" Posted: 12 Dec 2011 07:00 AM PST UMNO GAGAL Halang, MAT SABU Tawan Penduduk MUAR Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara. Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi. Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi. Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka. Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu. Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku. Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka. Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu. Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya. Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu. Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu. Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi. 'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT. Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah. Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri. Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard. Chegu'Bard sedang menyampai ceramah Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini. Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi. Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat. -pulakdah |
Peguam Anwar berjaya patah hujah pendakwa Posted: 12 Dec 2011 06:45 AM PST KUALA LUMPUR, 12 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar. Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah. "Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya. "Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya. Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini. "Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka. "Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi. Sementara itu, mahkamah yang bersidang semula jam 2 petang tadi memperlihatkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berhujah dengan menyifatkan Saiful Bukhari adalah seorang penipu. Beliau yang memulakan hujah menyatakan banyak fakta serta kenyataan yang dinyatakan oleh Saiful bersifat luar biasa, seperti menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat. Menurutnya lagi, jika benar pintu tersebut dikunci rapat siapakah yang telah menghidang kopi dan karipap yang didakwa telah dimakan oleh Saiful dan Anwar selepas kejadian fitnah tersebut. Berkenaan dengan Saiful yang mendapatkan nombor telefon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga sesuatu yang aneh di mana beliau mendapat nombor telefon tersebut dengan cara mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu. Sankara berhujah, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu. Dalam pada itu, Sankara bercakap kepada media menjelaskan sesi penggulungan hujah pihak pembelaan sudah selesai dan menunggu pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka esok. "Hari ini kita telah tamat mengemukakan hujah bagi pihak pembela dan esok pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka sebelum Hakim menentukan tarikh keputusan. "Selesai sahaja pihak pendakwa mengemukakan hujah, pihak pembela diberi peluang untuk menjawab hujah pihak pendakwa. "Mungkin esok atau lusa mahkamah akan menentukan bila keputusan akan diputuskan dan kalau pihak pembela tidak dapat habiskan esok hujah terhadap pihak pendakwa kita akan meminta tempoh untuk satu hari lagi," jelasnya. Sementara itu, Anwar memberitahu, peguamnya telah selesai mengemukakan hujah penggulungan. "Hari ini peguam telah mengemukakan hujah penggulungan pembelaan dan kalau mengikut kepada fakta serta undang-undang maka kes ini telah habis, inilah yang kita tunggu iaitu mendengar keputusan dari hakim. "Mereka yang kecam kita tidak pernah hadir mendengar segala perbahasan di dalam mahkamah dan kalau mereka yang mengikut perbicaraan ini secara teperinci segala hujah-hujah pihak pendakwa telah dapat dipatahkan, begitu juga segala bukti-bukti yang mereka kemukakan. "Kita tunggu keputusan dan pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka esok pada jam 1.30 petang," jelasnya. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan