Isnin, 12 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Cuba Seludup 2Kg Dadah di dalam Perut

Posted: 12 Dec 2011 06:11 AM PST




Seorang lelaki Britain ditangkap kerana cuba menyeludup 2 kg kokain keluar dari Brazil. Dia berbuat demikian dengan menelan dadah itu dan kesemua bungkusan itu dikesan berada di dalam perutnya.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditangkap di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo ketika cuba menaiki penerbangan ke Senegal.

Hasil imbasan X-rays menunjukkan 89 kapsul dadah gred A berkumpul di dalam perutnya.

Kokain itu kemudiannya dikeluarkan dari perut suspek beberapa jam selepas dia ditahan Khamis lalu.

Menurut sumber polis, dadah itu dianggar bernilai £286,000. Walaupun ditangkap kerana cuba menyeludup dadah dalam jumlah yang besar, lelaki itu hanya berkemungkinan di penjara sehingga 15 tahun. -DCM
 
 
P/s: Bayangkanlah kalau kapsul itu pecah di dalam perut!

Beranikah Jurublog UMCO "HENTAM" Che Det Selepas Beliau Gesa Sharizat Berundur?

Posted: 12 Dec 2011 04:07 AM PST


Selepas tercetusnya kontroversi NFC yang membabitkan keluarga Sharizat, sebuah blog pro-UMCO mendakwa beberapa jurublog UMCO didakwa diarah mempertahankan Sharizat. Antaranya termasuklah blog kaki fitnah nombor satu negara. Selain menghentam pemimpin PR yang membangkitkan isu ini, jurublog-jurublog upahan ini turut menghentam Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin kerana mendesak Sharizat berundur.

Misalnya, blog kaki fitnah nombor satu negara @ Pope Gomo menyiarkan dua artikel yang mempertikaikan tindakan Bung Moktar mendesak Sharizat berundur. Dua tulisan itu ialah  BREAKING NEWS - Kak Jat Punca Zizie Ezzete Tinggalkan Bung Mokhtar? dan PANAS - Bila Gambar Ini Tersebar Sudah Ada Yang Coba Lompat Parti . Saya tidak mahu mengulas apa-apa yang ditulis oleh jurublog anak emas UMCO ini. Anda bacalah bagaimana berbelit-belitnya jurublog ini membela Shahrizat dan menghentam Bung Mokhtar yang mendesak Shahrizat berundur.

Persoalannya, selepas Bung Mokhtar, Che Det pula telah membidas Sharizat secara terbuka. Kata Che Det, Sharizat wajar berundur sebelum dihalau keluar dari parti. Adakah jurublog kaki fitnah nombor satu negara serta geng BERANI menghentam Che Det kerana mengeluarkan kenyataan begitu?

Kah kah kah! -DCM
 
 
 
 

Che Det, Ghapur Salleh, & Pemuda MCA GESA Sharizat BERUNDUR. Tunggu Apa Lagi?

Posted: 12 Dec 2011 02:05 AM PST


Selepas dibidas oleh Bung Moktar, telinga Sharizat semakin panas apabila Tun M mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Wanita UMCO itu  sewajarnya berundur daripada politik berhubung dengan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika hal itu perlu bagi membantu UMCO.

Che Det berkata Shahrizat perlu berundur sebelum "dihalau" keluar oleh partinya. Kata bekas PM itu seperti dipetik daripada TMI, "Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa. Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri."

Seperti dijangka, Sharizat diam seribu bahasa selepas Che Det mengeluarkan kenyataan itu. Belum pun reda panas telinga Sharizat, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut menggesa Shahrizat melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan dengan kontroversi NFC.

Kata Ghapur seperti dipetik oleh Bernama, "Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang." 

Selepas dibidas secara terbuka oleh pemimpin UMCO, akhirnya pemuda MCA berani mendesak Shahrizat berundur secara terbuka. Hal dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan yang dipetik oleh MK, "Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi."

Kah kah kah! Tunggu apa lagi? 

P/s: Jangan lupa duit rakyat RM250 juta. Pulangkan! 
 


Tiada ulasan: