Rabu, 7 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Banjir Kilat Di Kajang: Jambatan Rendah Jadi Punca

Posted: 07 Dec 2011 01:03 AM PST

Jambatan rendah sekat air punca banjir kilat

Banjir kilat yang melanda Kajang, Selangor, Jumaat lalu berpunca daripada dua jambatan merintangi Sungai Jelok yang tiada paras selesa bawah jambatan serta rizab sungai yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir masih didiami 21 gerai sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Hanapi Mohammad Noor, berkata hujan lebat selama dua jam menjadikan jumlahnya meningkat dua kali ganda kepada 80 milimeter (mm) sehingga mengakibatkan paras sungai naik mendadak sehingga berlaku limpahan.

Katanya, hujan lebat luar biasa itu menyebabkan jambatan yang rendah memerangkap sampah sarap seperti kayu dan plastik di bawah jambatan hingga mengganggu kelancaran aliran.

"Ditambah pula dengan rizab sungai yang sepatutnya dibangunkan sejak setahun lalu tidak dapat diteruskan kerana MPKj masih belum dapat memindahkan 21 peniaga berikutan perjanjian di antara mereka.

"Kami sudah melaksanakan projek banjir dengan mendirikan dinding banjir sepanjang satu kilometer (km) dengan ketinggian dua meter dari tebing Sungai Jelok tetapi disebabkan wujudnya gerai itu sebahagian projek sepanjang 200 meter tertangguh sejak setahun lalu," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Sungai Abad Ke-21 Antarabangsa Ke-3 oleh Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman di Batu Feringgi di sini, semalam.

Persidangan empat hari yang bermula semalam itu dihadiri 200 peserta dari 17 negara seperti Arab Saudi, Bangladesh, India, Jordan, Taiwan, England, Amerika, Australia, Iran, Togo dan Cyprus.

Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Prof Dr Nor Azazi Zakaria.

Jumaat lalu, puluhan kenderaan, kedai, bank dan kawasan kediaman di pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat hingga mencecah paras dada selepas hujan lebat hampir dua jam bermula jam 2.30 petang. -BH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Pilihanraya Mesir: Ada Usaha Manipulasi Keputusan, Ikhwanul Muslimin Ancam Demo

Posted: 06 Dec 2011 10:30 PM PST

Kaherah: Ikhwanul Muslimin yang meraih undi terbanyak dalam pusingan pertama pilihan raya Mesir, mengancam mengadakan tunjuk perasaan sekiranya terdapat sebarang cubaan memanipulasi keputusan.

Pergerakan Islam yang berfahaman sederhana itu yang diharamkan selama puluhan tahun sepanjang pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, memperoleh 36.6 peratus undi pada pilihan raya 28 dan 29 November lalu untuk parti bagi Dewan Rakyat.

"Kami akan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya jika berlaku penipuan dalam pilihan raya atau tindakan memanipulasi perlembagaan," kata pemimpinnya, Mohammed Badei kepada televisyen Mesir ketika mengulas mengenai keputusan itu.

Satu perlembagaan baru akan dirangka tahun depan sebaik saja Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibentuk menjelang Mac.

Kerajaan awam baru dijangka berdepan dengan perebutan sengit dengan tentera yang sudahpun membayangkan keinginan untuk mengekalkan beberapa keistimewaan seperti yang mereka nikmati ketika era pemerintahan Hosni.

Ia termasuk hak menyemak undang-undang yang ada kaitan dengan tentera.

Mohammed menegaskan, Ikhwan tidak inginkan kuasa monopoli, mengulangi kenyataan bahawa pergerakan itu mahukan penyertaan parti lain dalam kerajaan yang akan dibentuknya.

Pengundian pusingan pertama dalam pilihan raya pelbagai peringkat berakhir Selasa lalu dengan parti berhaluan Islam, termasuk Ikhwan dan Al-Nur yang berpendirian ekstrim memenangi dua pertiga undi.

Pilihan raya itu, yang pertama sejak penggulingan Hosni pada Februari lalu, berdepan dengan beberapa masalah.

Isnin lalu, suruhanjaya pilihan raya menurunkan peratusan jumlah pengundi daripada 62 kepada 52 peratus dan berkata keputusan daripada beberapa pusat mengundi akan ditahan kerana berlaku pelanggaran syarat. - AFP

Ulasan GB

Ia juga sepatutnya memberika n pengajaran kepada pihak SPR dan kerajaan Malaysia: bahawa jangan sekali-kali hendaklah melakukan penipuan di dalam pilihanraya atau hendak memanipulasi perlembagaan apabila menyedari UMNO BN bakal tewas.

Sebelum ini GB sudah mencatatkan di SINI, petikan:

Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu?

Produk KR1M Berkualiti Rendah - Kasalahan Pelabelan Tidak Dipandang Serius

Posted: 06 Dec 2011 08:09 PM PST

Kisah Nasi Kandar 2 Kepak Ayam dan Susu Racun 1Malaysia

Dalam jangkamasa pendek Perdana Menteri Najib Razak berkuasa, sudah pelbagai taktik dan strategi diusahakan demi menyolek imej beliau sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat, sempoi, dan berkeyakinan diri tinggi apabila menghadapi cabaran. Sering kali juga Najib disifatkan sebagai mempunyai keperibadian yang menawan di samping penampilannya yang segak lagi tampan.

Kata puji-pujian yang digunakan untuk membina jenama Najib dalam surat khabar serta saluran tv dan radio milik UMNO-Barisan Nasional tiada habis-habisnya. Tidak dinafikan, strategi penjenamaan Najib memang nampak berhasil. Dalam sekelip mata, seluruh Malaysia seolah-olah gilakan jenama 1Malaysia. Dari artis popular hingga ke syarikat korporat malah kanak-kanak sekolah semuanya sudah mengambil bahagian dalam macam-macam program 1Malaysia.

Bagi mereka yang tidak percaya akan keajaiban simbol 1Malaysia, peristiwa malam 10 April, 2011 membuktikan ada rakyat biasa yang sanggup membahayakan keselamatan diri untuk memiliki barang berjenama 1Malaysia. Peristiwa yang saya maksudkan ialah ceramah Najib di Stadium MBKS di Kuching semasa kempen pilihanraya negeri Sarawak tahun ini. Pada malam itu, selepas Najib berucap, semangat 1Malaysia terus meresap dalam hati setiap satu rakyat dan ribuan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan "beg goodies" yang mengandungi sekeping gambar portret Najib dan sebuah bekas plastik jenama "Tupperware".

Ada pihak yang mengetawakan peristiwa tersebut. Menurut golongan ini, mereka yang menggilakan hadiah-hadiah 1Malaysia sebenarnya hanya berminat dengan bekas "Tupperware" dan bukan jenama 1Malaysia mahupun gambar Presiden UMNO. Namun, perkara ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan buat masa ini, imej ribuan rakyat biasa berebut-rebut demi sebuah beg 1Malaysia cukup untuk menggambarkan keajaiban jenama baru yang dibawa Najib.

Menyedari bahawa strategi memberi barang percuma walaupun berjaya masih tidak cukup radikal, berbagai-bagai lagi program diperkenalkan sebagai rancangan besar Bapa Transformasi untuk menanggani keadaan hidup rakyat yang semakin perit. Dibebani dengan dakwaan bahawa isterinya Rosmah Mansor seorang yang tidak cukup sederhana dan sebenarnya idamkan gaya hidup selebriti, Najib terpaksa mencari jalan baru untuk menjalin hubungan dengan rakyat bawahan.

Antara program yang paling signifikan ialah program "Kedai Rakyat 1Malaysia" (KR1M). Di bawah program ini, rangkaian kedai KR1M menjual barangan keperluan harian di bawah harga pasaran biasa. Beza harga sehingga 40% dijanjikan apabila KR1M dilancarkan. Penjimatannya berlaku di mana? Adakah kerajaan membayar subsidi kepada pengendali KR1M, iaitu Mydin? Adakah produk yang dijual itu jauh lebih rendah kualiti dan kosnya? Kata Mydin, ketiadaan sebarang kempen penjenamaan atau pengiklanan membolehkan kos produk yang serupa dengan produk di pasaran dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Oh begitu rupanya.

Maka, tidaklah mengejutkan apabila Najib memakan sepinggan Nasi Kandar 2 Kepak Ayam (NK2KA) berharga RM3.00 sahaja. Sekali lagi, jenama 1Malaysia dengan ajaibnya menurunkan harga keperluan harian secara mendadak. Walaupun penulis ini belum pernah terjumpa rakyat biasa yang memerlukan dua kepak ayam sekali makan, saya percaya Bapa Transformasi telah menetapkan piawai baru cara makan rakyat Malaysia untuk kebaikan kita semua.

Sebanyak 1050 kedai makan dan restoran di seluruh Malaysia telah melibatkan diri dalam inisiatif ini untuk menyediakan hidangan lazat pada harga yang rendah demi memberi tenaga kepada rakyat untuk bekerja lebih keras lagi. Namun, sekali pandang Menu Rakyat 1Malaysia, tiada NK2KA disenaraikan. Mana NK2KA RM3 yang dijanjikan Najib? Rakyat biasa perlu terima hakikat bahawa tugas seorang Perdana Menteri itu jauh lebih berat berbanding kerja-kerja kecil kita, maka saya rasa munasabah juga setiap orang makan ikut keperluan masing-masing. Dan sekiranya Perdana Menteri perlukan NK2KA, apa salahnya? Yang penting, rakyat diberi harapan NK2KA mungkin berjaya dicapainya satu hari nanti jika dia berusaha lagi.

Sementara itu, rakyat perlulah berjimat cermat supaya modal boleh dikumpul untuk masa hadapan yang lebih cerah. Tokoh Menabung Kebangsaan, "Saudari RM" adalah model terbaik untuk diteladani rakyat bawahan. Tiada rakyat miskin yang perlu berasa kecewa, kerana melalui aktiviti menabung, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Mungkin sehari nanti, cincin berlian terbesar pun boleh dimiliki. Apa salahnya rakyat digalakkan menabung?

Walaupun kos sara hidup saban hari meningkat, usaha-usaha Najib untuk mentransformasikan Malaysia menjadi 1Malaysia jelas menunjukkan komitmen beliau untuk pembinaan sistem ekonomi yang baru. Jika dahulu rakyat berpendapatan RM3 ribu dan ke atas tidak layak memiliki rumah kos rendah dan sederhana rendah, pada masa depan semua rakyat berpendapatan tengah akan layak membeli kondominium PR1MA. Jika dahulu susu segar dijual dengan gambar kartun lembu atas kotaknya, pada masa depan susu segar yang serupa akan dipek dalam kotak yang hanya mengandungi logo 1Malaysia.

Serupa, tetapi jauh berbeza.
Penemuan ujian makmal bebas yang dipanggil DAP baru-baru ini menunjukkan berbagai-bagai produk atas rak KR1M bukan sahaja tidak lulus tahap minima piawai keselamatan makanan kerajaan malah ada produk yang mengandungi bakteria yang berpotensi mengancam nyawa. Sungguhpun ujian menunjukkan terdapat bakteria E. Coli dalam Susu Segar 1Malaysia (SS1M), perkara ini tidak dilihat sebagai isu yang terlalu serius. Kerana masalahnya hanya pada label pakej. Dengan mengubah labelnya sahaja, KR1M tidak lagi boleh difitnah menipu rakyat.

Maka, dari hari ini, SS1M harus dilabel semula menjadi Susu Racun 1Malaysia (SR1M). Seperti janji-janji perubahan demokratik, langkah melabel semula produk KR1M tidak begitu drastik dan tidak perlu ditakutkan rakyat. Rakyat harus terus memberi sokongan kepada Parti 1Malaysia. Hidup 1Malaysia!

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Rakyat masih yakin produk dijual KR1M

KUALA LUMPUR: Rakyat masih percaya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan pembangkang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang memburuk-burukkan produk dijual di kedai itu.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti digembar-gemburkan pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik kerana kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya, semalam.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai 'sebatian minyak sapi' tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa.

"Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi, tapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata, dua daripada 13 produk yang ditarik balik ialah 'ikan sardin dalam sos tomato' (komposisi) dan 'krimer sejat' (dulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada pada masa depan.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan juga memanggil 60 usahawan PKS terbabit untuk diberi taklimat mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan. – BERNAMA


Ulasan GB

Salah palebelan. Itu alasan yang diberikan. Sedangkan kesalahan palebelan kepada produk adalah satu kesalahan yang serius yang para peniaga sering diancam dan didakwa akibat meletakkan label yang salah pada produk mereka. Produk mereka disita dan dirampas, dan kebanyakannya dimusnahkan.

Tiba-tiba untuk kes produk KR1M, kesalahan palebelan tidak dilihat sebagai serius, di sebaliknya menjadi hujjah untuk menjustifikasikan bahawa produk KR1M sebagai selamat.

Menteri yang bernama Ismail Sabri Yaakob mendakwa rakyat masih percaya kepada produk KR1M. Ia memberi erti bahawa rakyat begitu mudah terpedaya dengan palebelan dan mudah tertipu dengan laporan-laporan akhbar arus perdana yang menutup kelemahan dan kemerbahayaan produk KR1M.

Sebelum ini GB telah ulas. Petikan:

Sepatutnya produk-produk yang berjenama 1Malaysia perlu menjalani ujian kualiti terlebih dahulu kemudian baru dipasarkan. Ini sudah terbalik. Ia dipasarkan kemudian diuji, itupun masih ada pihak penjual seperti Mydin yang mengampu menteri dan produk 1Malaysia tak tentu pasal kononnya ingin mendedahkan KEBENARAN!!!, sedangkan hakikatnya ialah KEPALSUAN!!!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Didepan Umno Guna DAP Takutkan Melayu, Dibelakang Punggah Kekayaan Untuk Kroni

Posted: 06 Dec 2011 06:35 PM PST

PAS gesa Umno henti guna politik kotor jadikan DAP 'punching bag'

KUALA LUMPUR, 6 Dis — PAS hari ini menggesa Umno supaya berhenti daripada menggunakan taktik politik kotor dengan menjadikan DAP sebagai "punching bag" dalam usaha menarik sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada masa yang sama , parti Islam itu menasihatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan strategi Umno itu memandangkan punca kepada segala masalah dan isu dialami mereka selama bukan disebabkan DAP, tetapi parti teras BN tersebut sendiri.

"Jadi, saya minta Umno berhentilah daripada menjadikan DAP sebagai 'punching bag'... menjadikan DAP sebagai sasaran dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini. Ini bagi saya satu politik yang paling kotor," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) pada sidang media di sini hari ini dengan merujuk kepada ucapan-ucapan pemimpin kanan Umno dan juga perwakilan mereka.

Antara lain pemimpin dan perwakilan Umno mendakwa DAP memperkudakan PAS selain mahu menjadi Malaysia negara radikal.

Kata Mahfuz, jika orang Melayu kehilangan ekuiti sekitar RM52 bilion di bawah pemerintah Umno-BN, ia bukan disebabkan oleh DAP.

"Umno sendiri menjadi punca kepada masalah orang Melayu," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, perkembangan sepanjang perhimpunan agung Umno yang baru lalu menunjukkan parti tersebut sedang berhadapan dengan krisis sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu.

"Ucapan-ucapan presiden dan timbalan presiden Umno menunjukkan Umno bermasalah, Umno menghadapi masalah dalaman... masalah mendapatkan sokongan daripada pengundi termasuk daripada kalangan pengundi Melayu sendiri," katanya lagi. Mahfuz menambah, rumusan perhimpunan agung tahunan Umno kali ini, yang dipercayai terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Katanya, ia tidak membawa sebarang harapan kepada ahli-ahli Umno dan rakyat keseluruhannya.

Oleh itu kata beliau, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam (Pusat Fidlot Kebangsaan) NFC, takut dengan DAP, RM52 bilion saham Bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada (bekas Pengerusi MAS, Tan Sri) Tajudin Ramli, takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau dengan menyeranaikan diri kelemahan pentadbiran Umno, pada sidang media hari ini.

Pemimpin itu berkata, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinan mereka. -TMI



Penyanyi Disiasat Cabul Budak & Dua Wanita

Posted: 06 Dec 2011 05:00 PM PST

Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Gambar: LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.

"Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak," katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.

Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.

Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

"Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya," katanya.

Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.

"Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah," katanya.

Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya. -hm

Najib Terus Tiup Api Perkauman, DAP Desak Najib Keluarkan Sijil Mati Untuk 1Malaysia

Posted: 06 Dec 2011 02:10 PM PST

DAP cabar Najib keluarkan 'sijil mati' 1Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam.

Kata Lim, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaan yang kononnya orang bukan Melayu dengan hendak "mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu".

Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan "sijil kematian" untuk 1Malaysia.

"Dengan meniupkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu dan mahu mempertahankan BN memberi Umno hak untuk terlibat dengan skandal 'lembu dan kondominium' bernilai RM250 juta yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri kabinet?"
soal Lim dalam satu kenyataan.

"Dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan Melayu menghalalkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM13 bilion ataupun perbelanjaan berlebihan kerajaan persekutuan sebanyak RM3.7 bilion seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010?"

Najib pada ucapannya semalam, berkata orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka.

Menurut beliau DAP menolak "politik diskriminasi" Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua. -mk

Gerhana: Najib ugut minda rakyat

KUALA LUMNPUR, 6 Dis: Negara terus dilanda 'gerhana' dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13.

"Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily.

Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia.

Tambahnya, Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda.

Bagi DPP Malaysia, ujarnya mungkin PM telah terlupa bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan pernah mentadbir Perak.

Katanya lagi, tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami 'gerhana' seperti yang didakwa beliau.

Malah, jelasnya prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional.


Menurutnya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor berjaya buktikan kemampuan mereka dengan mendapat keuntungan RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun, manakala Pulau Pinang berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan.

Kedah pula, ujarnya berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya dan kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak manakala Kelantan pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah meskipun telah memerintah selama 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih.

Sebaliknya, kata beliau era kepimpinan Najib merupakan zaman paling hitam dalam sejarah negara.

"Indeks Presepsi Rasuah mencatat kemerosotan untuk tiga tahun berturut-turut, berlakunya ketirisan serta penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, serta pelbagai skandal pemimpin besar negara seperti Projek Feedlot dan kondominium mewah, pemborosan projek besar negara dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau menambah, DPP Malaysia turut kesal kerana PM mempersoalkan adakah maruah Islam dan orang Melayu terbela jika Pakatan Rakyat memerintah.

Justeru, ujar Riduan PM sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri dan melihat kepada kepemimpinannya, adakah beliau sendiri membela orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Sedangkan, ujarnya nasib Kampung Baru yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu turut tergadai di bawah kepimpinannya, hukum Islam tidak dilaksanakan malah menjadi bahan cemuhan seperti yang berlaku dalam forum terbaru anjuran MCA,mengapa pula Najib tidak perlu menaruh prasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat. -HD


Lembu NFC Turut Tersenarai Sebagai Pengundi Pos Sehingga Berlaku Peningkatan 1,343%?

Posted: 06 Dec 2011 07:35 AM PST

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, peningkatan 1,463 peratus pengundi pos berlaku di Parlimen Lembah Pantai (P.121).

"Peratus peningkatan ini amat ketara iaitu peningkatan sebanyak 1,463 peratus dalam masa dua bulan iaitu pada 26 September yang lalu hanya 149 pengundi tetapi pada 2 November ia meningkat kepada 2,180 pengundi.

"Melihat kepada angka ini jelas Barisan Nasional melalui SPR begitu terdesak untuk menawan balik kerusi Lembah Pantai," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, atas desakan tersebut SPR sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan terdapat dalam senarai nama daftar pemilih yang baru dikeluarkan itu pengundi boleh mengundi dua kali di peti undi yang berlainan.

Selain itu juga, katanya terdapat pengundi yang mempunyai nama di Parlimen Lembah Pantai dan boleh mengundi di Bukit Bintang.

"Melalui penelitian yang telah pihak kami lakukan iaitu semakan senarai nama lebih kurang dua ribu pengundi, kami dapati sebanyak 97 nama mempunyai keraguan iaitu dari segi tiada rekod di dalam sistem talian walaupun dalam senarai daftar pemilih ada.

"Dalam pada itu juga kita telah menjumpai pemilih yang mengundi di dua tempat seperti Saripah Haji Arif (RF90153) yang mengundi di Balai Polis Pantai dan juga di Balai Polis Pekan.

"Sementara itu Mohd Fajree Zulkifli (RF146959) pula boleh mengundi di Balai Polis Pantai dan juga Balai Polis Petaling iaitu di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

"Ini adalah contoh-contoh senarai nama yang telah kami perolehi melalui semakan yang telah dilakukan dan kami pasti jika ditelitikan kesemua nama-nama daripada 97 yang dikenalpasti ia akan meningkat lagi," sambungnya lagi.

Nurul Izzah juga berharap apa yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya nanti bagi memastikan ia berlaku secara adil serta telus.

"Begitu juga cadangan memansuhkan undi pos serta menggantikan dengan undi awal tetapi itu belum pasti sama ada ia dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun tidak, dengan alasan BN begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya nanti," kata Nurul Izzah lagi.

Beliau juga berpendapat Pakatan Rakyat berhadapan masalah yang serius dalam menghadapi pilihanraya terutamanya peningkatan mendadak undi pos.

"Ini baru berlaku di Lembah Pantai dan di tempat-tempat lain juga sedemikian, apa yang pasti kita berhadapan dengan masalah yang serius pada pilihanraya nanti.

"Apa yang ingin saya tekankan SPR perlu tampil dan beri kenyataan pada media berhubung dengan senarai nama mencurigakan ini dan jangan berdiam diri," katanya. -HD

'Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.

LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya.

Menurut Nurul Izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi".

Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.

Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nurul Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi.

"Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan.

"Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Nurul Izzah.

Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini.

Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November.

Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki.

"Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah. -tvsnews






Ulasan GB

Sungguh ketara dan sungguh dasyat penipuan yang hendak dijalankan di Parlimen Lembah Pantai.

Apakah kesemua lembu NFC juga telah didaftar sebagai pengundi pos sehingga berlaku peningkatan mendadak 1,343% di Parlimen Lembah Pantai?

Lelaki Ditangkap Curi Coli & Seluar Dalam Wanita Ketika Berjogging

Posted: 06 Dec 2011 05:20 AM PST

Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

"Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya," katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.-SH

Najib Perlu Pilih Salah Satu: Rampas Selangor Atau Putrajaya Melepas

Posted: 06 Dec 2011 03:24 AM PST

Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.

Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.

Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

'Umno ibarat kereta tiada brek'

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Katanya, Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf?

"Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya lagi.

Turut hadir adalah sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -mk

Ulasan GB

Menang tak dapat semua, kalah tak hilang semua.

Najib kini kena buat pilihan: teruskan usaha merampas Selangor atau Putrajaya melepas.

Anda tidak boleh memperolehi kedua-duanya sekali. Kerana Selangor sudah pun menjadi milik Pakatan Rakyat. Sebarang usaha kotor untuk merampasnya akan dihukum Tuhan dengan sifatNya Yang Maha Adil.

Dengan segala macam usaha dan kaedah yang dilakukan seolah-olah Najib benar-benar kepinginkan negeri Selangor. Ini bererti Pakatan Rakyat hampir SAH takluk Putrajaya.


Tiada ulasan: