keAZAManMalaysia |
- Ekslusif 18 SX - Video Chegubard Ini Bakal Mengoncang PKR
- Produk KR1M Berkualiti Rendah - Kasalahan Pelabelan Tidak Dipandang Serius
- Lelaki Ditangkap Curi Coli & Seluar Dalam Wanita Ketika Berjogging
- Najib Perlu Pilih Salah Satu: Rampas Selangor Atau Putrajaya Melepas
- Najib Bimbang Dikutuk Ahli UMNO Jika Putrajaya Terlepas Ke Tangan Pakatan Rakyat
- 1,200 Orang Terkandas, Lelaki Buat Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Berkursus
- [Menakjubkan] Singa Rampas Kamera Pelancong Untuk Ambil Gambar Anaknya
- Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'
- LEMBU PUN BOLEH MENGUNDI KAH! KAH! KAH
- Soi Lek dituntut minta maaf
Ekslusif 18 SX - Video Chegubard Ini Bakal Mengoncang PKR Posted: 06 Dec 2011 08:44 PM PST Papa Gomo itulah yang diperkatakan semalam oleh media media pembangkang yang mana setelah seorang barua REFORMIS pro Anwar Ibrahim iaitu penulis upahan Amin Iskandar membuat laporan Polis ke atas Blogg Papa Gomo berhubung artikel yang menemplaknya. Artikel yang membuatkan Amin Iskandar menangis tak berlagu KLIK DISINI. Bukan main hebat lah juak pakatan menyerang Papa Gomo yang mana mereka sebenarnya nak menjatuhkan moral Gomo dalam dunia media baru ini. Hebat modus operandi mereka dan boleh Gomo katakan modus operandi yang sebenarnya berjaya jika orang lain yang menjadi mangsa. Apa yang Gomo nak nyatakan disini sebenarnya adalah mengapa mereka menyerang Papa Gomo secara total. Mengapa dan kenapa? Jeng jeng jeng..... Untuk makluman 2 minggu yang lalu Gomo telah memberi HINT didalam twiiter mengenai Video Chegubard yang kini sudah berada ditangan Gomo. Video yang mana jika tersebar akan mematikan terus kerjaya Chegubard sebagai pemain politik dalam PKR parti yang kini beliau sertai. Gomo tidak mahu mengulas apa yang terkandung didalam video tersebut namun Gomo nak ingatkan anda mengenai video yang sebelum ini Gomo keluarkan yang mana membabitkan Johari Abdul MP Sungai Petani. |
Produk KR1M Berkualiti Rendah - Kasalahan Pelabelan Tidak Dipandang Serius Posted: 06 Dec 2011 08:40 PM PST
Kisah Nasi Kandar 2 Kepak Ayam dan Susu Racun 1Malaysia Dalam jangkamasa pendek Perdana Menteri Najib Razak berkuasa, sudah pelbagai taktik dan strategi diusahakan demi menyolek imej beliau sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat, sempoi, dan berkeyakinan diri tinggi apabila menghadapi cabaran. Sering kali juga Najib disifatkan sebagai mempunyai keperibadian yang menawan di samping penampilannya yang segak lagi tampan. |
Lelaki Ditangkap Curi Coli & Seluar Dalam Wanita Ketika Berjogging Posted: 06 Dec 2011 08:39 PM PST
Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi. Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran. Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk. "Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya," katanya. Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.-SH |
Najib Perlu Pilih Salah Satu: Rampas Selangor Atau Putrajaya Melepas Posted: 06 Dec 2011 08:39 PM PST
Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam. Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain. "(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar. Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu. "Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? "Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya. Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan. "Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!". Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama. |
Najib Bimbang Dikutuk Ahli UMNO Jika Putrajaya Terlepas Ke Tangan Pakatan Rakyat Posted: 06 Dec 2011 08:38 PM PST
Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini. "Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya. Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan. Namun, katanya soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang. "Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis? "Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" soalnya dan menambah, rakyat sebenarnya tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada. Walaupun Najib tidak menamakan alternatif itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat. "Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu? "Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera," katanya. Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. "Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu. "Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya. Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan. "Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum," katanya. Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama. Selaku Perdana Menteri, Najib juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik. Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala. Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi Pekida, Jamaludin Yusof dan Timbalannya, Datuk Ramli Norani. Menyentuh mengenai perjuangan Pekida dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, Najib berkata beliau berasa bangga dengan pencapaiannya selama ini. "Pekida adalah sebuah pertubuhan yang tidak pernah malap jauh sekali berkubur sebaliknya tetap menjadi pertubuhan yang ada kekuatan dan tidak dapat kita sangsi dan nafikan dari segi semangat, roh untuk berjuang habis-habisan mempertahankan apa yang difikirkan mulia dan suci. "Saya yakin Pekida akan terus menegakkan pemerintahan yang mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di Tanah Melayu," katanya. -mk |
1,200 Orang Terkandas, Lelaki Buat Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Berkursus Posted: 06 Dec 2011 08:37 PM PST
Ipoh – Siasatan polis terhadap kes panggilan bom palsu hingga menyusahkan 1,200 pengguna kereta api dari Tapah Road ke Tanjung Malim Khamis lalu hampir terungkai dengan tertangkapnya seorang lelaki yang disyaki berbuat demikian semata-mata hendak menghalang kekasihnya pergi ke Kuala Lumpur. GAMBAR fail menunjukkan sebahagian penumpang beratur menaiki bas selepas perkhidmatan kereta api tergendala angkara panggilan bom palsu di Tapah Khamis lalu. Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 6.10 petang di Teluk Intan Sabtu lalu selepas polis mengenal pasti identitinya. Suspek yang merupakan jurujual di sebuah syarikat jualan langsung membuat panggilan dengan telefon bimbit. Suspek berbuat demikian untuk menghalang kekasihnya yang juga bekerja di situ untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur. Difahamkan, dia cemburu kerana bimbang jika kekasihnya terpaut hati terhadap seorang rakan sekerja mereka yang turut mengikuti kursus itu. Pasangan itu juga dikatakan sering bergaduh tetapi berbaik semula selepas keadaan reda. -kosmo Pengedar barang ditahan gara-gara buat panggilan bom palsu |
[Menakjubkan] Singa Rampas Kamera Pelancong Untuk Ambil Gambar Anaknya Posted: 06 Dec 2011 08:37 PM PST
Singa pamer kemahiran ambil gambar, jadi model NAIROBI: Ia situasi yang luar biasa apabila dua ekor singa tiba-tiba 'merampas' kamera seorang pelancong yang terjatuh dan akhirnya mengambil gambar sesama mereka. Anak singa dan seekor singa jantan berusia tiga tahun, mendekati peralatan kamera kepunyaan seorang pelancong Belgium. Kamera itu terjatuh daripada kenderaan Land Cruiser yang dinaiki sekumpulan pelancong yang dalam ekspedisi awal pagi. Kedua haiwan itu terus menerkam sebaik saja kamera itu jatuh ke tanah. Bukan saja haiwan pemangsa itu berjaya menekan punat kamera, malah anak singa yang kecil itu pula seolah-olah bijak berlagak menjadi model. Kejadian itu dirakam oleh jurugambar Paul Goldstein di Taman Hidupan Liar di Masai Mara. -dailymail/hm |
Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan' Posted: 06 Dec 2011 08:36 PM PST
Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. azlan"Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil. "Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. "Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian. Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. -mk Tegur demi parti Ulasan GB Apa lagi Shahrizat. Tunjukkanlah batang lengan kamu tu kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras & Bung Mukhtar kalau benar nak tunjuk kamu wanita besi! Sebelum ini, segala kritikan dan teguran orang lain kamu tak mahu dengar. Kamu cuba nak sorokkan bangkai gajah dengan nyiru. 1Malaysia sudah kenal kamu sebagai mak lembu. Salah siapa? |
LEMBU PUN BOLEH MENGUNDI KAH! KAH! KAH Posted: 06 Dec 2011 08:35 PM PST "Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah. DEY MACHA!!! MEMANG GILA BABI BALAI POLIS PUN ADA DALAM DAFTAR MENGUNDI 1MALAYSIA APA PUN BOLEH DAH HABIS MANUSIA TAK PERCAYA PADA BN KASI DAFTAR PULAK LEMBU JADI PENGUNDI ASALKAN BOLEH BAGI BN MENANG KAH! KAH! KAH! Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar. 'Balai Polis Kerinchi' yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru. "Ini adalah senarai dari lebih 2000 pengundi pos Parlimen Lembah Pantai yang disemak, tidak termasuk nama pengundi biasa," kata Nurul Izzah. Menurut beliau, apabila pihaknya menyemak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya. Katanya, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd . "Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?" soalnya sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR. "Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah. "Ini masalah serius. Bagaimana sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat? Ia tak bersih dan tak adil. Mana perubahan sistem yg dijanjikan?" soal Nurul Izzah dengan nada kecewa. |
Posted: 06 Dec 2011 08:34 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam. Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau." Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali. Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam. Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian. Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya. Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau. Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau. Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini. Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali. Umno sekongkol dengan MCA Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah. Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak. "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi. "Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar. Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu. Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar. "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya. "Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya. |
You are subscribed to email updates from keazamanmalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan