Blog-list Malaysia |
- Jawatan MB Perlis Untuk Fathul Bari Sebagai Hadiah Hina Hudud Depan MCA?
- Bantuan RM500 Perlu Dapatkan Pengesahan JKKK Umno Terlebih Dahulu
- Bukan dakwat kekal saja tapi banyak lagi
- Khidmat Hasan Ali Diperlukan Lagi Untuk Satukan PAS-Umno
- Noh Omar Semakin Panas.. Selangor Makin Mustahil Untuk Dirampas Kembali..
- Dakwat kekal: SPR OK, tapi kena tunggu hasil ujian Majlis Fatwa
- Anwar Ibrahim: A man...A Saviour
- Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas!
- Zaid Ibrahim Buat Lawak Ke??
Jawatan MB Perlis Untuk Fathul Bari Sebagai Hadiah Hina Hudud Depan MCA? Posted: 07 Dec 2011 01:07 AM PST |
Bantuan RM500 Perlu Dapatkan Pengesahan JKKK Umno Terlebih Dahulu Posted: 06 Dec 2011 08:53 PM PST KANGAR – Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir. Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan. "Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan. "Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam. Md Isa berkata, emua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini. |
Bukan dakwat kekal saja tapi banyak lagi Posted: 06 Dec 2011 08:46 PM PST Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan.PETALING JAYA: PAS menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang tetapi mendakwa banyak perkara yang perlu dilakukan suruhanjaya itu. Ketua Pemuda Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir sama dan mencurigakan. SPR, katanya perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan. Beliau dalam satu kenyataan menambah, SPR juga perlu membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos. Nasrudin berkata, tanggungjawab memastikan pilihan raya yang baik, adil dan telus tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi juga kerajaan. Katanya, kerajaan mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar-benar berkesan seperti membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihan raya berkempen menggunakan televisyen. Ketika ini, katanya kempen menggunakan televisyen hanya dinikmati oleh Umno dan Barisan Nasional. Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak "Pilihan raya bukan sekadar daftar pemilih. Pilihan raya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi. "Masih terdapat beberapa sekatan seperti Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi golongan mahasiswa. "Walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama seperti Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak," tambahnya. Ini, kata Nasrudin terdapat penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif. Menurut beliau, pemansuhan undi pos juga termasuk dalam kategori untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Semalam Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar memberi jaminan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam pilihan raya umum ke-13 adalah daftar pilihan raya yang bersih. Malah SPR akan bekerjasama dengan JPN untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia. |
Khidmat Hasan Ali Diperlukan Lagi Untuk Satukan PAS-Umno Posted: 06 Dec 2011 07:23 PM PST Utusan mahu Hasan Ali jadi 'orang tengah kahwinkan Umno-PAS' KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat "Datuk Paduka" sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno. Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik. Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan. Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS. "Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini. Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan. Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru. "Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin. Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu "berkahwin" sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan "sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu." Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran. "Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. "Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya," kata penulis akhbar itu. Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu. "Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim. "Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu," kata Zaini lagi. Akhbar Umno itu berkata "Faktor Dr Hasan amat penting sekali" kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. "Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam," katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan. "Malah PKR pun pening kepala dengan beliau," katanya. Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang. "Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor," katanya dalam tulisan kali ini. TMI |
Noh Omar Semakin Panas.. Selangor Makin Mustahil Untuk Dirampas Kembali.. Posted: 06 Dec 2011 05:58 PM PST SERDANG: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Selasa mendakwa akhbar milik kerajaan Selangor sengaja menyiarkan berita-berita rekaan dan tidak berasas mengenai dirinya. Noh berkata tujuan akhbar 'Selangorkini' adalah untuk memburukkan imej dan kredibilitinya sekaligus menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata, rakyat negeri itu tidak akan terpedaya dengan fitnah dan taktik kotor kerajaan Pakatan yang gagal membawa pembangunan dan perubahan drastik di negeri ini. Katanya, beliau akan menghubungi peguamnya untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu. "Mereka nak hilangkan kepercayaan rakyat Selangor kepada kepimpinan saya, sebab itu dia (kerajaan Selangor) kata saya lesapkan duit, dia kata pesawah semua nak saya letak jawatan. Mereka cari apa saja cara untuk bunuh orang Umno. Jadi mereka buat fitnah, itulah kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi MARDI 2011. Noh berkata, beliau juga sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu bagi membolehkan rakyat sendiri menilai dan memahami kebenarannya |
Dakwat kekal: SPR OK, tapi kena tunggu hasil ujian Majlis Fatwa Posted: 06 Dec 2011 05:35 PM PST KUALA LUMPUR, 7 Dis — Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam. "Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat minggu lalu. Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi butiran berapa lama diperlukan bagi SPR untuk memperoleh bekalan dakwat kekal walaupun laporan media sebelum ini menyebut ia akan memakan masa dua bulan. "Sementara PSC membuat kajian hari itu, kami juga sudah pun melakukan kajian kami sendiri, berdasarkan jangkaan, ia akan diperoleh sebaik sahaja semua urusan berkaitan selesai," katanya lagi. Malah beliau juga enggan memberitahu dari mana bekalan itu akan diperoleh. Pada pilihan raya umum 2008, SPR memperoleh bekalan dari India dengan kos dianggarkan dalam sekitar RM4 juta. Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan keselamatan dan perundangan. Mengenai prosedur pelaksanaannya, kata Wan Ahmad, pihaknya sedang menunggu peraturan yang sedang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. "Itu kena tunggu. Kami akan mengumumkan sebaik sahaja kajian Jabatan Peguam Negara selesai," kata beliau ketika ditanya mengenai cara pelaksanaannya termasuk jari yang akan digunakan untuk dicalit dengan dakwat kekal. Wan Ahmad juga enggan menjawab apabila ditanya sama ada seseorang akan hilang hak mengundi jika enggan jarinya dicalit dengan dakwat kekal. "Tunggulah, sehingga peraturan berkenaan siap dirangka. Itu saya tidak cakap," kata beliau lagi. |
Anwar Ibrahim: A man...A Saviour Posted: 06 Dec 2011 08:56 AM PST |
Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas! Posted: 06 Dec 2011 04:29 AM PST KUANTAN, 6 Dis - Seorang pemimpin UMNO Pahang, hari ini menegaskan dengan penuh yakin bahawa Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (foto) bakal menang dengan undi majoriti yang lebih besar gara-gara kepercayaan rakyat terhadap beliau dalam isu Lynas. Ini berikutan laporan risikan dalaman parti itu ternyata memperlihatkan rakyat lebih yakin dengan pendedahan dan penjelasan yang diberikan oleh pemimpin PKR itu daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob. "Saya yakin, sokongan terhadap Fuziah akan bertambah pada PRU-13 ini. Beliau akan mendapat majoriti undi pengundi muda dan juga kaum Cina yang kebanyakkannya sudah tidak percaya lagi dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh kerajaan UMNO BN dalam mempertahankan kontroversi projek tersebut. Malah, di parlimen Kuantan sendiri kemungkinan besar semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Teruntum, Tg.Lumpur & Inderapura) bakal dirampas oleh pembangkang pada kali ini", tambah pemimpin terbabit. Kenyataan yang dibuat ini jelas sekali satu "tamparan hebat" buat UMNO BN dalam menyakinkan rakyat bahawa Lynas tidak berbahaya. Majoriti rakyat sebenarnya sudah tidak percaya dengan penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan terutamanya MB Pahang sendiri dalam isu ini. "Adnan sebagai pemimpin negeri, sepatutnya memberikan jawapan secara profesional, lengkap dengan fakta sebelum kilang ini didirikan bukannya sekarang. Ramai rakyat melihat, trend mana-mana projek yang dijalankan di negeri ini pasti ada wang "under table" yang terpaksa dihulurkan kepada mana-mana pemimpin sebagai habuan menyokong atau meluluskan projek tersebut." "Apatah lagi dalam projek Lynas yang menelan belanja jutaan ringgit itu. Saya sendiri hairan, kenapa Adnan beriya-iya mahu pertahankan Lynas sedangkan dia tahu kerajaan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada projek itu untuk tempoh 12 tahun akibat perlepasan cukai yang diberikan. Keistimewaan ini biasanya diberikan kepada syarikat yang menjalan perniagaan yang tidak berisiko seperti automotif, elektrikal dan yang lainnya .. tapi bukan kepada Lynas yang diperakui seluruh dunia memproses rare earth yang berisiko. Kenapa perlu MB benarkan projek itu di Pahang? Sedangkan negeri lain menolaknya..", tambah beliau. Sumber - Pahang Daily |
Posted: 06 Dec 2011 03:41 AM PST Zaid: KITA tak bertanding jika jejas pembangkang Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang. Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat." KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya. "Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya. Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya. Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab." Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum. "DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. "Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi. - Mkini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan