Isnin, 5 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ketua Wanita UMNO Sinsing Lengan, Buang Tabiatkah?

Posted: 05 Dec 2011 12:53 AM PST

Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.

"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam.

"Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka

"Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya.

Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

"Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.

Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN. -HD

Ulasan GB

Singsing lengan depan orangramai...Sudag buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...

UMNO Tidak Percaya kepada Ahlinya Sendiri Sehingga Perlu Sumpah Baiah & Akujanji

Posted: 04 Dec 2011 11:20 PM PST

Bai'ah bukti Umno sudah tak yakin ahli sendiri, kata pemimpin PAS

Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai'ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.

Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai'ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya fikir Umno sudah tidak percaya dengan ahli-ahlinya sendiri," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh kerana mereka sudah hilang keyakinan ke atas ahli-ahli sendiri, maka mereka terpaksa meniru apa yang dilakukan oleh PAS," kata beliau lagi.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, ahli-ahli PAS setia bukan hanya semata-mata kerana sumpah bai'ah, tetapi telah dilatih untuk memberi sokongan kepada perjuangan parti.

"Saya sendiri, selama 30 tahun bersama dengan PAS, bukan kerana bai'ah itu sendiri, tetapi kami setia kerana kerelaan dan keikhlasan kami kepada kepada parti.

"Sumpah bai'ah ini, ada atau tidak ada, jika seseorang nampak duit berjuta-juta di depan mata mereka, mereka tetap akan keluar ... tetapi yang penting keikhlasan kepada perjuangan parti," kata beliau sambil menambah, dalam PAS pejuangan setiap ahli adalah antara tanggungjawab ketika berada di "dunia dan akhirat."

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md. Taib pula berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.

"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya," kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah ini.

Katanya, "usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan."

"Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan PAS.

"Oleh itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Ketika berbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.

Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.

Tegas beliau, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah.

"Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran... kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar.

"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya. Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya.

Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya. -TMI

Mukhriz Cadang Semua Wakil Rakyat Umno Tandatangan Surat Akujanji

KODIANG: Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam sebarang keadaan.

Katanya cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Kuala Lumpur, Sabtu.

"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin.

"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat Umno) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)di Padang Sera, di sini, Ahad.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum nanti, Mukhriz berkata aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.

Katanya jika ada 'orang lama' yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.

"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri. - BERNAMA


Ulasan GB

Begitu parah krisis yang melanda UMNO. Tidak yakin dengan ahlinya sendiri sehingga perlu bersumpah baiah malah Mukhriz mencadangkan dilakukan AKUJANJI.

Di Perak contohnya, baru sahaja balik dari nPWTC dan baru saja berikrar taat setia, sudah ada gelombang untuk menukarkan Menteri Besar Perak. Diberitakan empat orang calon berentap untuk menjadi MB Perak.

Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan:

Tiada ulasan lain yang dapat diberikan apabila pertama kali di dalam sejarah, UMNO terpaksa melakukan ikrar taat setia disamping menyelitkan sumpah baiah - memberikan satu petanda dan petunjuk bahawa: sungguh benar UMNO kini berada di ambang kehancuran.

Setelah satu demi satu pekung terdedah, UMNO masih dengan sindrom penafiannya disamping cuba menyalahkan pihak lain khusus Pakatan Rakyat tetapi tidak dan enggan memperbaiki kelemahan mereka. Justeru ikrar taat setia dan sumpah baiah itu dengan sendirinya senjata yang bakal memakan tuan.


Isu Produk KR1M: Menteri Kesihatan Dikecam Masih Pertahan Produk Tidak Bermutu

Posted: 04 Dec 2011 08:26 PM PST

Pua: Pencemaran E coli susu KR1M diremehkan menteri

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa cuba meremehkan pengesahan kementeriannya bahawa itu bahawa sampel susu segar dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menang tercemar dengan bakteria E coli.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Liow berbuat demikian pada sidang akhbar semalam dengan memberi penekanan bahawa 13 produk lain yang ditarik balik bukan kerana tidak selamat tetapi kerana salah label.

"Beliau dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata 'produk ditarik balik bukan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan makanan tetapi kerana pelabelan yang tidak lengkap, sambil menekankan bahawa ia bukan disebabkan oleh keselamatan makanan'.

"Malah, paling mengejutkan The Star langsung tidak menyebut penemuan E coli," kata Pua.

Penemuan E coli disahkan apabila Pua dan ahli parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat lalu berhubung aduan mereka terhadap 13 produk yang dipasarkan oleh KR1M.

Kedua-dua mereka, sebelum ini, menimbulkan kebimbangan berhubung kualiti dan kemungkinan produk berjenama 1Malaysia berkenaan melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Antaranya membabitkan susu segar, ais krim, susu sejat, krimer manis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardin dalam tin dan kari ayam.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 04Liow dilaporkan berkata Pua sepatutnya membawa perkara itu kepada perhatian kementerian dan bukan mendedahkannya di media kerana tindakan itu memberi peluang kepada pembekal untuk menarik balik produk-produk mereka dan menjejaskan siasatan kementeriannya.

Menjawab saranan itu, Pua berkata Liow sepatutnya mengeluarkan amaran keras atau bertindak ke atas pembekal susu dan menggesa orang ramai untuk mengembalikan produk KR1M yang telah ditarik balik itu.

"(Sebaliknya), menteri itu memilih untuk membidas saya kerana mendedahkan skandal produk makanan 1Malaysia.

"Menteri itu perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan standard kualiti produk yang dijual di kedai-kedai. Ini bukan tugas atau peranan ahli-ahli parlimen pembangkang," kata Pua.

Menurut pemimpin DAP itu, hakikat bahawa KR1M telah menjual 14 produk berkenaan untuk selama enam bulan yang lalu tanpa dikesan oleh kementerian itu membuktikan bahawa kerajaan telah gagal melaksanakan peranan mereka.

"Kalaulah tidak disebabkan pendedahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat dan tekanan orang ramai, maka tiada tindakan akan diambil.

"Oleh itu Liow tidak sepatutnya cuba untuk meremehkan kejadian itu atau cuba untuk meletakkan kesalahan pada kami,
" katanya.

Bakteria E-coli boleh menghasilkan toksin yang menyebabkan cirit-birit dan dalam sesetengah kes menyebabkan kematian.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
KR1M, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan alternatif bagi membeli barangan pada harga lebih rendah dengan tujuan mengurangkan kos hidup yang semakin menghimpit rakyat. -mk

Ulasan GB

Semalam GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Apa yang dilaporkan oleh blog ini sebelum ini bahawa produk-produk 1M bukan sahaja mahal malah merbahaya ADALAH SAHIH DAN BENAR.

Yang anehnya sekali pun Menteri kesihatan menyatakan pihaknya mengesahkan 3 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985, tetapi terus menyalahkan pengadunya, Tony Pua dengan mmenyatakan tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Kamu sepatutnya mendapatkan sampel itu daripada pengeluar, tidak semestinya dari rak jualan.

Sebarang produk yang meragukan sepatutnya yang belum menerima pengesahan perlu dikeluarkan dari rak jualan SERTA MERTA.

Ni apa punya binatang Kementerian Kesihatan melihat isu ini dari sudut politik dan kepentingan UMNO/BN semata-mata bukan dari sudut keselamatan dan kesihatan pengguna keseluruhannya?



[Video] Parti-parti Islam Menang 65% Undi Di Mesir

Posted: 04 Dec 2011 07:09 PM PST

Kaherah - Parti-parti Islam memenangi 65 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen Mesir, menurut perangkaan rasmi yang diperoleh agensi berita AFP semalam.

Parti Ikhwanul Muslimin memenangi 36.62 peratus undi diikuti Salafist Al-Nur dengan 24.36 peratus undi dan Al-Wasat sebanyak 4.27 peratus undi.

Perangkaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya Mesir, Yusri Abdel Karim.

Menurut satu senarai rasmi, Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin memenangi 3.56 juta undi daripada 9.73 juta undi sah.

Parti Salafist Al-Nur memenangi 2.37 juta dan Parti Wasat memperoleh 415,590 undi.

Perikatan liberal, Blok Mesir menerima 13.35 peratus dengan 1.29 juta undi.

"Kami mengalu-alukan pilihan penduduk Mesir," kata jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Ahmed Sobea.

"Mesir kini memerlukan semua parti untuk bekerjasama bersama untuk keluar daripada krisis," tambahnya.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin dikenali sejak berdekad-dekad lalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan menentang pemerintahan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir selama 30 tahun.

Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu selepas sejumlah besar penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini untuk menuntut peletakan jawatannya.

Namun, prestasi Parti Salafist Al-Nur yang memperjuangkan tafsiran fundamental mengenai Islam mengejutkan sekali gus mencetuskan kebimbangan menjadi lebih konservatif dalam Parlimen yang mengandungi 498 anggota.

Pilihan raya itu diadakan pihak tentera yang memerintah sementara Mesir bagi membolehkan kuasa pentadbiran diserahkan kepada pemerintahan pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya di Mesir itu adalah sama seperti di Tunisia dan Maghribi apabila parti Islam turut menang kesan daripada kebebasan baharu yang dibawa oleh pergerakan demokrasi. - Agensi








Ulasan GB

GB sudah ulas semalam di SINI. Petikan:

Ya, giliran Parti Islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya.

Sungguh benar janji Allah:

Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]

Laporan semalam
Klik untuk baca



Apa Mahu Jadi? Gadis Tempatan Dicekup Bersama Warga Nigeria

Posted: 04 Dec 2011 04:25 PM PST

Dia kekasih saya'

MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.

Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.

"Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel.

"Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu," katanya. -hm

"Kita Tak Boleh Hukum 20,000 Pelajar Afrika Hanya Kerana 66 Orang Buat Hal" - Menteri

KUALA LUMPUR: Penglibatan pelajar asing terutamanya dari benua Afrika dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial di negara ini adalah rendah dan terkawal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, terdapat 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika atas pelbagai jenis kesalahan jenayah daripada kira-kira 20,000 pelajar dari benua itu di Malaysia pada masa ini.

"Kita tidak boleh menghukum pelajar Afrika yang betul-betul mahu belajar hanya kerana beberapa rakan mereka melakukan jenayah, itu tidak adil.

"Kita sepatutnya memberi peluang kepada mereka untuk menuntut ilmu di sini bagi memajukan negara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan media berhubung peningkatan pelajar asing di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terutamanya dari benua Afrika dalam kegiatan jenayah selain tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan peraturan bagi pengambilan pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS untuk memastikan pelajar yang tulen sahaja dibenarkan mengikuti pengajian.

Beliau meminta IPTA dan IPTS supaya sentiasa memberikan maklumat dan data terbaru mengenai pelajar asing kepada kementerian bagi memantau sama ada mereka komited untuk belajar atau sekadar membuang masa.

Mengulas cadangan mewujudkan kuota lepasan matrikulasi ke IPTA bagi mengelak berlakunya keciciran, Mohamed Khaled berkata perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh.

Menurutnya, sistem meritokrasi masih relevan pada masa ini kerana pengambilan pelajar ke IPTA dinilai melalui 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

"Kemasukan ke IPTA dinilai melalui sistem merit dan kelayakan seseorang pelajar dan bukannya dari mana pelajar itu datang," katanya. -mstar 20/10/2011


Ulasan GB

Kes di atas bukan satu yang ditemui, sedangkan gejala tersebut sudah banyak berlaku semenjak negara didatangi gagak hitam menuntut di negara ini. Malangnya, Menteri Pengajian Tinggi memandang isu ini kecil dan terpencil.

Di apartmen-apartmen di mana pelajar-pelajar IPT ini duduki, senario pasangan remaja perempuan tempatan dengan lelaki Afrika sudah menjadi lumrah.

Budaya Afrika menular ke sini dan tidak mustahil selepas ini segala penyakit di Afrika terutama AIDS akan merebak dikalangan remaja IPT.

[Video] A.Samad Said Seru Lakukan "Regime Change" & Koleksi Puisinya

Posted: 04 Dec 2011 01:30 PM PST

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu.

Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil.

"Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar 'game change'," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam.

Seruan itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan merubah kerajaan yang ada.

"Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di bawah jajahan," katanya.

Najib dalam ucapannya di perhimpunan parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu terus releven untuk PRU-13.

Peringatan itu dilihat sebagai satu kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai. -HD

Puisi Jadi Senjata Bantah Undang-undang Perhimpunan Awam

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Laungan 'Suara Rakyat' oleh anak muda bergema di Taman Suria KLCC menunjukkan isyarat jelas rakyat membantah undang-undang perhimpunan awam yang baru diluluskan Dewan Rakyat.

Hampir 250 orang hadir untuk bersama-sama mendengar deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad) sebagai bantahan terhadap Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan minggu ini.

Pak Samad turut mendeklamasi tiga sajak yang bertajuk Merindu Ruang yang diciptakan khas untuk perhimpunan hari ini, "Unggun Bersih" dan "Jahit Bendera".

Walaupun berlaku sedikit kekocahan yang melibatkan pihak keselamatan KLCC namun tidak menghalang beberapa anak muda yang hadir untuk turut sama mendeklamasikan beberapa puisi yang ditulis Pak Samad dalam buku 'Puisi Jadi Senjata'.

Pak Samad yang ditemui selepas itu berkata, kehadiran beliau hanya untuk meredakan kekangan yang ada memandangkan kerajaan telah meluluskan Undang-undang tersebut.

Jelas beliau, sekiranya masyarakat terus dibiarkan dan ditakutkan dengan jajahan yang menyekat demokrasi, dikhuatiri mereka akan menjadi takut dan tidak berani untuk memberikan idea.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada Game Change. Tapi pada saya Game Change itu kecil yg penting adalah Regime Change.

"Game Change adalah strategi sahaja. Regime change adalah lebih besar," katanya.

Undang-undang yang diluluskan pada 27 November itu telah dikecam oleh Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat sivil kerana didakwa akan mengekang hak untuk berhimpun.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis sedia ada kerana ia mengenakan lebih banyak sekatan dan memberi kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Selain itu, undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis.

Pas telah memfailkan semakan kehakiman bagi mengenalpasti adakah akta tersebut bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Dalam saman mereka, Pas menuntut perintah deklarasi bahawa Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri bertindak melebihi kuasa atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu. -tvsnews










Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - Nizar

Posted: 04 Dec 2011 07:28 AM PST

UMNO mendedahkan watak sebenar mereka sepanjang tempoh Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berlansung di PWTC baru-baru ini.

Lebih ramai kini yang menyedari bahawa UMNO kini adalah sebuah parti yang mengamalkan semangat perkauman sempit dengan menjadikan perhimpunan mereka sebagai pesta memaki-hamun parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, demikian tegas YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat di Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat di Markas PAS Sungai Rambai, Melaka petang tadi.

Apa yang dilakukan oleh UMNO di sepanjang perhimpunan mereka tersebut ialah khususnya menanamkan semangat kebencian kepada DAP, di dalam konteks membenci kaum Cina, dan di dalam masa yang sama mereka cuba menutup segala macam skandal daripada disentuh atau dibahaskan di dalam perhimpunan tersebut.

Datuk Seri Nizar turut membidas sikap "assabiyah" melampau UMNO yang boleh menjadi penyebab berlakunya ketegangan kaum di dalam negara kita.

Beliau turut persoalkan konsep "wasatiyyah" (kesederhanaan) yang diwarwarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib, di mana apakah konsep wasatiyyah untuk rakyat belaka sedangkan pemimpin khususnya Najib sendiri hidup bermewahan dengan menggunakan wang rakyat bagi tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan anak-bini dan keluarganya?

"Sewaktu negara menyambut kemerdekaan, Najib dan isteri berada di Perth Australia yang perbelanjaannya ke sana ditanggung dengan menggunakan wang rakyat!" tambahnya.

Menyentuh isu lembu NFC, beliau berkata bahawa pendedahan penyelewengan dan salahlaku projek NFC tersebut dilakukan oleh Jabatan Audit Negara sendiri, dan beliau yakin masyarakat Melayu bakal menolak UMNO di dalam pilihanraya akan datang ini akibat daripada sikap UMNO yang masih cuba membela penyelewengan RM250 juta berkenaan.

"Mana mungkin Sharizat Jalil boleh menidakkan projek berkenaan ada kaitan dengannya sedangkan terdapat tuntutan peribadinya sebanyak RM26,000 yang diluluskan oleh NFC sendiri?" soal Nizar.

Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu?

Aziz Bari Bakal Ucapkan "Selamat Tinggal UIA" Awal 2012

Posted: 04 Dec 2011 04:54 AM PST

Susulan siri tekanan, Aziz Bari tidak nafi timbang keluar UIA

KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Islam (Jais)-gereja.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan.

Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi 'penjelasan' mengenai kedudukan semasa.

"Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau sejak kebelakangan ini.

"Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya," katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga.

"Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA," katanya lagi.

Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred 'A'.

Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: "Di atas kertas saya fikir saya layak."

"Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang ke-10).

"Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih 400 artikel popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik dan portal," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.

"Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA," tambahnya.

Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain.

"Saya komited dengan dunia akademik tetapi keadaan tidak membenarkan. Selain isu (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS saya juga pernah diperlakukan begitu di Perak tahun lalu. dan sebenarnya semakin banyak agensi dan media yang dilarang membawa kenyataan saya," kata beliau.

Aziz menambah, beliau sedih kerana pelajar-pelajar yang menanggung risiko, khususnya yang mengikut pengajian doktor falsafah di bawah penyeliaannya.

"Apa pun saya tidak menyesal; saya boleh meneruskan perjuangan saya di mana-mana. Mereka boleh halau saya tetapi mereka tidak boleh rampas ideal dan tekad saya," katanya.

Dalam pada itu sumber menambah, ada pihak yang tidak mahu UIA memecat Aziz kerana itu akan memburukkan imej Umno-BN.

"Apa pun surat tunjuk sebab UIA itu tidak cukup kuat untuk memecat beliau," katanya lagi.

Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti.

Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Akhir bulan lalu, Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Katanya, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik. -TMI

Tiada ulasan: