Blog-list Malaysia |
- Blogger Umno sertai KEADILAN
- Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur
- Bai'ah Dan Aku Janji Bukti Umno Semakin Parah Dan Hilang Punca
- Umno Lagi.. Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom
- Hudud: Perkasa gesa Soi Lek tarik balik kenyataan atau tunggu PRU-13
- Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'
- PAKATAN Cabar Umno Tawan Selangor
- 13 Produk 1Malaysia Gagal Mematuhi Peraturan Makanan
- Tak Dapat Bodek Di Depan Najib Ulama Umno Ni Kutuk Hudud Depan MCA Pulak??
Posted: 05 Dec 2011 12:52 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang juga ahli Umno, Musli Oli bertindak keluar parti seterusnya menyertai KEADILAN. Dalam satu kenyataan, Musli berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu gagal memperjuang antaranya hak royalti minyak untuk rakyat Sabah. Umno juga katanya hanya mendendangkan lagu pembangunan walhal krisis sosial, ekonomi dan pengangguran kekal membelenggu rakyat Sabah. "Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, di manakah mereka bekerja?' "Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way," kenyataan beliau dipetik. Borang penyertaan Musli bersama sekumpulan penyokongnya ke dalam KEADILAN dibuat di Cabang Kota Belud sempena lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan itu. Selain menjadi ahli Umno di bahagian Kota Belud, Musli juga ialah bekas Yang Di Pertua (YDP) Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), sebuah NGO pro Umno dan penulis buku. Penyertaan beliau ke dalam KEADILAN sekaligus memberi tamparan hebat kepada Ahli Parlimen Umno Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kerap menyerang peribadi Anwar semasa sesi perbahasan di Parlimen sebelum ini. keadilandaily |
Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur Posted: 05 Dec 2011 12:49 AM PST Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. "Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil. "Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. "Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian. Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. |
Bai'ah Dan Aku Janji Bukti Umno Semakin Parah Dan Hilang Punca Posted: 05 Dec 2011 12:39 AM PST TEMERLOH, 5 Dis: Ikrar taat setia kepada parti dan surat akujanji membuktikan ada tanda-tanda tidak yakin terhadap ahli-ahli Umno sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, ini juga petanda parti tersebut yang baru saja menamatkan perhimpunan agung ke-62 kelmarin, sedang berdepan masalah dalaman begitu ketara sehingga memaksa perwakilannya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih. Tuan Ibrahim berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan perwakilan Umno melafazkan sumpah taat setia kepada parti yang dipimpin Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari terakhir perhimpunan agungnya kelmarin. Sementara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat akujanji menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno. Tambah Tuan Ibrahim, ahli Umno sendiri sudah merasai akan berlaku tindakan khianat dan belot sesama sendiri apabila orang-orang tertentu tidak dicalonkan. "Tindakan ahli Umno melakukan sumpah taat setia ini juga secara tidak langsung mengiktirafan terhadap apa yang PAS lakukan dahulu dan ternyata berkesan walaupun dulu dicemuh dan dikritik oleh pimpinan Umno. Mereka juga akhirnya melakukan perkara sama," katanya. Ujarnya, bai'ah memang terdapat dalam sejarah Islam bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, sumpah antara Umno dan PAS jauh berbeza. "Dalam PAS, kita lakukan sumpah bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket PAS yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding. "Jadi jelasnya sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti seperti dilakukan PAS," katanya. Lebih lanjut, katanya masalah dalaman yang berlaku dalam Umno sekarang tidak berlaku dalam PAS sebab tiada perebutan dalam parti itu. Malah katanya, terdapat calon yang dipilih pucuk pimpinan PAS datang semula dan mencadangkan nama calon lain yang difikirkan lebih layak. "Justeru ia berbeza dengan Umno yang terpaksa berhempas pulas cuba membendung persengketaan sesama sendiri, menghindari hasad dengki dan budaya cantas mencatas yang berakar umbi dalam parti itu." |
Umno Lagi.. Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom Posted: 04 Dec 2011 09:04 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh. Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu. Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an. Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995. Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom. Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland. Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu. Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan, Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. Straits Times |
Hudud: Perkasa gesa Soi Lek tarik balik kenyataan atau tunggu PRU-13 Posted: 04 Dec 2011 07:18 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pertubuhan pendesak hak orang Melayu, Perkasa mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celupar dan masih kabur mengenai undang-undang hudud apabila mendakwa pelaksanaan hukum Islam itu akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri. Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mahu Umno selaku parti teras Barisan Nasional (BN) "mengajar sikit mulut celupar" Presiden MCA yang tidak tahu hujung pangkal menyatakan hudud akan menjatuhan ekonomi Malaysia. Kata Syed Hassan, Umno perlu menasihatkan Presiden MCA itu supaya menarik balik kenyataan salah mengenai hudud, yang dibuat pada satu forum di Wisma MCA semalam. Dr Chua (gambar) dipetik berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan "binasa diri" jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. "Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya," kata beliau lagi. Justeru Perkasa, tegas Syed Hasan, tidak minta Dr Chua mohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu menarik balik kenyataannya dengan segera dalam sehari dua ini dan jika tidak, Perkasa akan "mengajar MCA secukupnya pada pilihan raya umum ke-13." "Soi Lek juga berkata sukar untuk mencari pelabur disebabkan rekod hak asasi Malaysia tidak baik dan hukuman pula dianggap kejam, juga akan membuatkan perlabur yang sedia ada akan lari," kata beliau menerusi satu kenyataan. Syed Hassan menambah, pihaknya merasakan Dr Chua masih kabur tentang hukum hudud dan sepatutnya bekas menteri kesihatan itu meminta nasihat Umno jika mahu membuat kenyataan seumpama itu. "Untuk rekod Perkasa menyokong hudud. Itu hukum Allah. Cuma hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS, Perkasa tolak. "Banyak terpesong dari hudud sebenarnya yang mahu laksanakan oleh PAS," katanya lagi. Syed Hassan berkata Perkasa sanggah kenyataan pemimpina MCA itu kerana dengan hudud sebenar, sudah pasti akan membawa banyak pelabur dari luar melabur di Malaysia. "Sudah pasti jenayah akan kurang, rasuah akan sifar, rogol dan buang bayi tak akan berlaku kerana ada hudud sebenar. "Kalau ini boleh berlaku, ia membuat negara aman damai. Cuma Perkasa percaya negara belum bersedia melaksanakan hudud sebenar," katanya lagi. Jika hukum hudud dilaksanakan dengan tidak tepat kehendak prinsip yang sebenar, katanya, maka akan berlaku ketidakadilan. |
Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu' Posted: 04 Dec 2011 05:33 PM PST Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'. Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin. Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP. Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. |
PAKATAN Cabar Umno Tawan Selangor Posted: 04 Dec 2011 05:20 PM PST Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam. Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain. "(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar. Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu. "Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? "Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya. Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan. "Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!". Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama. Biar diperkuda daripada diperlembu Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik. Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan. Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin. Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP. Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beli cincin untuk isteri Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya. "Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara. "Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula. Turut hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. |
13 Produk 1Malaysia Gagal Mematuhi Peraturan Makanan Posted: 04 Dec 2011 05:10 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato. Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan. Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M. Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini. Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan. Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu. Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan. "Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya. Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985. mStar/- |
Tak Dapat Bodek Di Depan Najib Ulama Umno Ni Kutuk Hudud Depan MCA Pulak?? Posted: 04 Dec 2011 03:12 AM PST Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. "Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. "Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. "Dalam Islam, ini sepatutnya haram." Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. "Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil." PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. - mkini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan