MiLo SuaM |
Rakyat Selangor sanggup berhujan dengar amanat pemimpin Posted: 04 Dec 2011 02:17 PM PST MALAM tadi dalam program "Rapat Rakyat" yang diadakan bersebelahan dengan stadium Shah Alam, ribuan rakyat Selangor hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Antara yang hadir termasuk MB Selangor, Khalid Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta sasterawan negara A Samad Said. Apa yang benar-benar menyentuh hati ReJaM©, di saat hujan gerimis, rakyat Selangor yang hadir mendengar amanat pemimpin dilihat langsung tidak berganjak [KBSB]. Meskipun gagal mendapatkan tempat berteduh di bawah khemah-khemah besar yang disediakan kerana sudah dipenuhi oleh pengunjung yang hadir lebih awal, mereka sanggup ditimpa hujan. Ada yang memakai payung dan menutup kepala dengan jaket, tidak kurang yang bersahaja tanpa penutup kepala. Wajah mereka ceria dan tenang seperti tiada apa yang berlaku. Bagaimanapun, hujan gerimis tidak begitu lama, hanya kira-kira 30 minit menyaksikan lebih ramai rakyat Selangor datang berpusu-pusu untuk mendengar amanat pemimpin selepas hujan mulai reda. Apapun, rasanya eloklah selepas ini disediakan khemah yang lebih besar dan kerusi yang lebih banyak bagi menampung ribuan rakyat yang hadir seperti ini. ReJaM© "Janganlah disia-siakan penyokong-penyokong setia ini..." |
Perundangan Islam akan musnahkan negara kata MCA Posted: 04 Dec 2011 01:22 AM PST MENYEDARI bahawa rakannya, Umno di dalam Barisan Nasional penentang perlaksanaan perundangan Islam (Hudud) di Malaysia, MCA melalui presidennya Chua Soi Lek terus menghina dan memperlekehkan hukum Islam. Chua yang juga pelakon video lucah terkenal itu dengan lantang berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Tidak cukup dengan itu Chua turut berkata bahawa sistem perundangan Islam itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman yang kejam[TMI]. Seperti biasa, Umno yang mengaku Islam akan terus berdiam diri kerana takut kepada pelakon video lucah ini. Biar Islam dihina, dipijak mereka tidak mampu melawan kerana bimbang sokongan bukan Islam akan merosot. Hanya kerana sebaris ayat, "Mat Indera hero sebenar...", menggelupur Perkasa dan Pemuda Umno ke Balai Polis untuk buat beratus-ratus laporan polis kononnya Mat Sabu sokong komunis. Tapi bila Hukum Islam dihina, dipijak-pijak oleh "pelakon lucah", Perkasa dan Pemuda Umno bagaikan "ayam berak kapur" terpaksa menerima saja. ReJaM© "Demi kuasa politik, Islam jahanam di bawah Umno..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan