Kelab Greenboc |
- Langkah UMNO Tiupkan Api Perkauman Dibidas, Tak Mungkin DAP Pimpin Pakatan Rakyat
- Perhimpunan UMNO Buktikan Najib Tolak Transformasi & 1Malaysia, Julang Semula Perkauman
- Pelakon Geofrey Memeluk Agama Islam
- UMNO Sudah Lama Membangsatkan Bangsa Melayu
- Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia
- Sumpah Baiah: UMNO Tunjuk Kepada Dunia Ia Sedang Diambang Kehancuran
- Kes Fidlot: Apa Lagi Alasan UMNO, Bung Mukhtar Terus Desak Shahrizat Letak Jawatan
- SAH: 13 Produk Makanan KR1M Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985
Langkah UMNO Tiupkan Api Perkauman Dibidas, Tak Mungkin DAP Pimpin Pakatan Rakyat Posted: 04 Dec 2011 01:53 AM PST Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan? Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang. "Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97. "Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. "Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali. "Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya. Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat. "Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim. azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet. "Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP. "Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela" Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya: # penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri. #dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion. # pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. # berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia. # negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam. # negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka. # negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. # negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris. # mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010. # menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia. -mk Indeks Jenayah Pulau Pinang Turun 20.1 Peratus |
Perhimpunan UMNO Buktikan Najib Tolak Transformasi & 1Malaysia, Julang Semula Perkauman Posted: 04 Dec 2011 12:42 AM PST Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut. "Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno. "(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Menurutnya lagi, rakyat khususnya bukan Melayu tentunya kecewa dengan pendekatan Najib yang ditunjukkan dalam perhimpunan Umno itu. Najib yang sebelum ini ujarnya berdegar-degar dengan slogan tranformasi politik, liberalisasi dan inklusif, kini musnah sekelip mata dalam perhimpunan Umno itu. "Rakyat tertanya-tanya mana transformasi Najib yang dia mahu bawa dahulu. Beliau kini semakin tajam perkauman dan dah jadi Melayu 'totok'. "Najib perlu tahu bukan semua Melayu boleh ditakutkan. Hanya Melayu Umno sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman seperti itu," katanya lagi. Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno itu dan mahu membezakan dengan apa yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. "Ini berbeza dengan PAS, yang membawa mesej keadilan Islam untuk semua, membawa mesej kasih sayang antara kaum, sedangkan mereka (Umno) pula bercakap tentang perkauman dan kebencian," katanya. -HD Guan Eng: Pakatan beri harapan baru, Umno terus guna isu kaum |
Pelakon Geofrey Memeluk Agama Islam Posted: 03 Dec 2011 09:55 PM PST Petaling Jaya: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas. Gambar: Rayyan melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang pada minggu lalu. - Foto ihsan RAYYAN Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta. Menurut pelakon yang selesa menggunakan nama Islamnya, Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah. "Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru. "Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini. "Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza. "Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). "Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam," katanya. Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam. "Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia. "Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam. "Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya," jelasnya panjang lebar. Mengenai reaksi keluarga setelah dia memeluk Islam, Rayyan agak bertuah kerana mempunyai ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya itu. "Ibu saya bertanyakan kepada saya sama ada saya akan berkahwin dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya tak nak komen apa-apa lagi walaupun kami serius berkawan sejak lebih setahun lalu. "Bagaimanapun, abang saya, Nordin dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini," ujarnya lagi. Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu. Menyentuh tentang karier seni, Rayyan masih aktif berlakon seperti biasa dan baru selesai menjalani penggambaran drama Tok Ayah dan Jangan Bunuh Matahariku musim kedua serta muncul dalam filem Azura dan filem Hong Kong, Viral Factor. Selain itu, dia akan menjalani penggambaran sekuel drama Cikgu Kemisah Kirby pada Isnin ini dan selepas itu mendapat tawaran untuk berlakon sebuah telefilem. -mstar |
UMNO Sudah Lama Membangsatkan Bangsa Melayu Posted: 03 Dec 2011 08:13 PM PST Elak bangsa Melayu terbangsat KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka. "Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya. -kosmo Ulasan GB Sebenarnya UMNOlah selama ini yang menjadikan bangsa Melayu terbangsat! Dengan sistem kehidupan yang jauh dari nilai-nilai luhur dan murni yang dituntut oleh Allah dan RasulNya, UMNO dengan fahaman kebangsaannya telah menyuburkan sistem kehidupan neo-jahiliyah dimana ciri-ciri sekularisma (memisahkan aktiviti kehidupan dengan agama) begitu menebal - sehingga tiada lagi neraca pahala dan dosa di dalam kehidupan seharian. Akibat daripada itu, masyarakat dilanda dengan pelbagai penyakit di dalam setiap aspek sosial, ekonomi dan politik. Di dalam aspek sosial budaya hedonisma hidup subur sehingga mengakibatkan pelbagai masalah di kalangan remaja. Di dalam aspek politik, demi mempertahankan kuasa dan takut kalah, SPR dan sekalian agensi kerajaan diperkudakan, warga asing dengan mudah diberikan taraf warganegara, sanggup melantik agen Yahudi sebagai penasihat parti dan seumpamanya. Sementara di dalam aspek ekonomi, amalan rasuah, kronisma, tamak haloba, penindasan berlaku secara wewenangan. Tiada bukti kezaliman dan kekejaman paling dasyat selain daripada rompakan hasil royalti minyak negeri kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh umat Islam sendiri. Lantaran kezaliman dan kekejaman UMNO itu, bertempiklah mereka dengan bagaimana dan apa cara sekalipun, Allah tetap akan menurunkan mereka dari takhta kerajaan dengan menggantikan dengan parti yang lain. Bahawa janji Allah itu benar: Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang terkeluar dari ajaran agamanya, maka Allah akan gantikan mereka suatu kaum yang Allah kasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang engkar, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya. [Surah Al-Maidah : 54] Buktinya: (sila klik untuk baca) |
Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia Posted: 03 Dec 2011 05:42 PM PST Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco. "PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu. "Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar. Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya. "Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya. PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia. Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi
Ulasan GB Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya. Sungguh benar janji Allah: Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105] |
Sumpah Baiah: UMNO Tunjuk Kepada Dunia Ia Sedang Diambang Kehancuran Posted: 03 Dec 2011 02:30 PM PST PRU13: Muhyiddin ketuai perwakilan ikrar taat setia Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai ikrar taat setia kepada parti, antaranya menolak hasad dengki sesama anggota, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi," lafaz Muhyiddin sambil diikuti perwakilan yang menggemakan dewan besar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC). Usaha itu dilihat bagi memastikan budaya cantas mencatas yang cuba dibendung habis-habisan dalam perhimpunan 'terakhir' sebelum pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Pendekatan itu juga dilihat hampir sama dengan bai'ah yang diamalkan dalam parti lawan PAS apabila setiap calon bertanding bersumpah dengan nama Allah untuk taat setia. Ikrar taat setia itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi. Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti." Sumpah itu juga menyebut mereka "orang Umno" memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti. Antara lain dalam sumpah itu, mereka berikrar memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada presiden untuk memimpin mencapai kemenangan besar. Sejurus selepas itu, beliau juga membaca doa "rabitah" atau memohon kekuatan daripada Allah. Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya juga yakin parti itu akan menang besar dan mendapat kembali penguasaan dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu. Ia antaranya, bersatu, bersetia pada parti, berkidmat untuk parti dengan sepenuh hati, berkorban apa saja, berusaha gigih, reda jika tidak terpilih menjadi calon dan sentiasa bertawal. "Jika kita bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan ini, insya-Allah parti kita Umno akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga. "Target kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga," katanya lagi.-mk Najib: Umno cipta sejarah buat bai'ah, dakwa tragis jika Pakatan ganti BN Ulasan GB Tiada ulasan lain yang dapat diberikan apabila pertama kali di dalam sejarah, UMNO terpaksa melakukan ikrar taat setia disamping menyelitkan sumpah baiah - memberikan satu petanda dan petunjuk bahawa: sungguh benar UMNO kini berada di ambang kehancuran. Setelah satu demi satu pekung terdedah, UMNO masih dengan sindrom penafiannya disamping cuba menyalahkan pihak lain khusus Pakatan Rakyat tetapi tidak dan enggan memperbaiki kelemahan mereka. Justeru ikrar taat setia dan sumpah baiah itu dengan sendirinya senjata yang bakal memakan tuan. |
Kes Fidlot: Apa Lagi Alasan UMNO, Bung Mukhtar Terus Desak Shahrizat Letak Jawatan Posted: 03 Dec 2011 06:30 AM PST Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu. Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu." "Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno. "Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya. Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik. "Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan. "Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi. Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu. "Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat," kata beliau lagi. Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. -TMI Ulasan GB Siapa tak kenal Bung Mukhtar yang berdekaq kuatnya UMNO itu? Dan beliau snediri yang kini mengulangi desakannya supaya Shahrizat Jalil letak jawatan. Bukan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi UMNO terus menyerang PR, menyatakan kononnya pemimpin PR memfitnah dengan isu lembu Fidlot. Sekarang jika berani, UMNO, sila ambil tindakan ke atas Bung Mukhtar. |
SAH: 13 Produk Makanan KR1M Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 Posted: 03 Dec 2011 03:49 AM PST Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato. Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan. Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M. Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini. Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan. Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu. Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan. "Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya. Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985. Ulasan GB Apa yang dilaporkan oleh blog ini sebelum ini bahawa produk-produk 1M bukan sahaja mahal malah merbahaya ADALAH SAHIH DAN BENAR. Yang anehnya sekali pun Menteri kesihatan menyatakan pihaknya mengesahkan 3 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985, tetapi terus menyalahkan pengadunya, Tony Pua dengan mmenyatakan tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan. Kamu sepatutnya mendapatkan sampel itu daripada pengeluar, tidak semestinya dari rak jualan. Sebarang produk yang meragukan sepatutnya yang belum menerima pengesahan perlu dikeluarkan dari rak jualan SERTA MERTA. Ni apa punya binatang Kementerian Kesihatan melihat isu ini dari sudut politik dan kepentingan UMNO/BN semata-mata bukan dari sudut keselamatan dan kesihatan pengguna keseluruhannya? klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan