Selasa, 6 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Noh Omar nak saman Selangorkini

Posted: 06 Dec 2011 05:45 PM PST

SERDANG: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Selasa mendakwa akhbar milik kerajaan Selangor sengaja menyiarkan berita-berita rekaan dan tidak berasas mengenai dirinya.

Noh berkata tujuan akhbar 'Selangorkini' adalah untuk memburukkan imej dan kredibilitinya sekaligus menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata, rakyat negeri itu tidak akan terpedaya dengan fitnah dan taktik kotor kerajaan Pakatan yang gagal membawa pembangunan dan perubahan drastik di negeri ini.

Katanya, beliau akan menghubungi peguamnya untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.

"Mereka nak hilangkan kepercayaan rakyat Selangor kepada kepimpinan saya, sebab itu dia (kerajaan Selangor) kata saya lesapkan duit, dia kata pesawah semua nak saya letak jawatan. Mereka cari apa saja cara untuk bunuh orang Umno. Jadi mereka buat fitnah, itulah kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi MARDI 2011.

Noh berkata, beliau juga sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu bagi membolehkan rakyat sendiri menilai dan memahami kebenarannya

Lagi artis kawin juta-juta

Posted: 06 Dec 2011 04:25 AM PST

Selepas selamat diijabkabul pada 20 November lalu, pasangan pengantin baru Azline Binti Ariffin atau Ezlynn, 30, dan Adam Fahmy Shamsudin, 35, bakal diraikan dalam sebuah resepsi mewah pada 11 Januari hadapan. Majlis bertemakan Musim Luruh Sepanyol dengan konsep Mediteranean itu ditaja oleh Rafflesia Pearl Centre dengan nilai yang hampir sama dengan majlis resepsi Norman Hakim – Memey Suhaiza sebelum ini iaitu RM12 juta.

Dalam sidang media yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur petang kelmarin, Perunding Perkahwinan, Bill Bora memberitahu majlis resepsi itu melibatkan kos yang tinggi kerana ia melibatkan penggunaan mutiara bergred tinggi untuk gaun pengantin dan barangan kemas yang akan digayakan oleh Ezlyn nanti.

"Mungkin ramai yang tidak percaya apabila kita umumkan majlis resepsi Memey – Norman Hakim tempoh hari bernilai RM12 juta. Ingin saya jelaskan di sini jumlah itu memang benar kerana ia melibatkan penggunaan mutiara bergred tinggi. Sama seperti resepsi Ezylnn dan Adam ini nanti. Rafflesia akan menggunakan Mutiara Putih Laut Selatan dan Mutiara Hitam Tahiti untuk kedua-dua gaun pengantin.

Anggaran harga untuk sepasang gaun ialah RM400,000 hingga RM 500,000 setiap satu. Manakala untuk barangan kemas yang akan digayakan bernilai di antara RM3.8 juta hingga RM 4 juta. Nilai barangan kemas ini sangat tinggi kerana setiap butir mutiara bernilai kira-kira RM80,000. Jadi, nilai tajaan yang kami umumkan bukanlah tidak benar atau sengaja direka-reka untuk memancing perhatian ramai," ujar Bill Bora.

Gaun Pengantin Rafflesia Ezylnn akan direka oleh Sya Sharini bersama dua lagi individu lain iaitu Sharifah Mariam Syed Mohd untuk tail dan Liza Azulkarnain untuk Veil. Sementara pelakon sensasi, Neelofa diberi tanggungjawab untuk mereka kasut yang akan dipadankan dengan gaun. Persalinan untuk pengantin lelaki pula mendapat penajaan daripada Lord's Tailor.

Bercerita tentang gaun kedua yang akan digayakan Ezlynn nanti, Bill Bora memberitahu, pihak Rafflesia sedang berusaha untuk mendapatkan gaun perkahwinan daripada pereka fesyen Eropah.

"Kalau boleh kita mahu gaun pengantin yang dihasilkan oleh pereka Eropah kerana lebih sesuai dengan tema perkahwinan ini. Kita telah fikirkan beberapa nama, tetapi tengoklah macamana nanti. Bagaimanapun, gaun kedua ini juga akan digayakan dengan barangan kemas mutiara yang berharga kira-kira RM4 juta," ujar Bill Bora lagi

Tiada ulasan: