Isnin, 19 Disember 2011

.

.


Susupan Malam

Posted: 19 Dec 2011 03:12 AM PST

Sejarah Telah Tercatat Mahasiswa Turunkan Gambar Najib

Tindakan sekumpulan yang berdemostrasi di perkarangan ibu pejabat Umno kemudian menurunkan gambar Ha Najib Raza selama lima minit sebelum ia dinaikkan semula untuk berkedudukan sama tinggi dengan gambar pemimpin Umno lain bukan sesutau yang kecil. Perbuatan itu bukan permainan jenaka tetapi ia memberi impak yang besar.

Iya ianya hanya lima minit sahaja, tetapi dengan keluasan cakupan dunia IT hari ini, tidak sampai satu minit kejadian itu - gambar Najib diturunkan telah menerawang ke seluruh dunia. Walaupun kejadian itu biasa malahan ada lebih dahsyat seperti dibakar dan dilontar Najib, tetapi insiden itu memberi signifiken yang besar.

Kalau tidak besar masakan timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah melahirkan rasa kesal dan minta mahasiswa yang berbuat itu memohon maaf. Itu menunjukkan perbuatan itu memberi kesan yang besar boleh menjejaskan maruah perdana menteri.

Kita tahu mahasiswa ialah kumpulan manusia yang cerdik pandai. Mereka bukan orang kampung atau pun mereka juga bukan kumpulan NGO yang akan berdemonstrasi tidak kira isu. Mereka bukan kumpulan yang membalut kepala dengan kain coping merah ataupun yang menutup muka dengan topeng.

Jauh sekali mereka juga bukan kumpulan yang membawa kepala lembu dan menyepaknya di khayalak ramai. Atau mereka juga bukan yang membakar gambar dan memijak dengan kaki. Mereka juga bukan kumpulan yang diikat mindanya dengan doktrin politik sesat, bukan kumpulan yang diserkup kepala di bawah tempurung dan diketuk dari atas dengan rangkaian ayat dan slogan retorik.

Bukan. Mereka juga bukan orang yang boleh dibayar dengan RM100, RM200 atau RM500. Mereka juga bukan orang yang tenggelam dalam retorika transformasi, atau plan pembangunan ekonomi ataupun NKRA dan berbagai singkatan dan sinonimas lagi.

Justeru apabila mereka bertindak atau berbuat sesuatu ia adalah membawa mesej besar. Tindakan mereka akan dikaji dan dinilai oleh golongan cerdik pandai lainya. Jadi pihak Umno atau Najib Razak sendiri jangan pandang perbuatan mereka itu kecil dan tidak membawa apa-apa erti.

Penurunan gambar Najib selama lima minit itu akan kekal selamanya dalam sejarah politik. Orang akan ingat bahawa ada kumpulan mahasiswa yang tidak mahu gambar Najib berada di atas hatta di bangunan Umno sendiri. Makanya elok kalau Umno dan Najib bingkas kepada apa yang mereka tuntut di sebalik perbuatan itu.

Dari pandangan umum tindakan itu akan memberi beberapa pengertian yang boleh memburukan persepsi terhadap Najib. Pertama, Najib tidak disuaki oleh golongan cerdik pandai. Kedua, janji dan perakui Najib untuk membela rakyat, memberi kebebasan kepada mahasiswa tidak dipercayai.

Ketiga ini penting masej dari kumpulan mahasiswa bahawa Najib perlu diturunkan walaupun sekejap.

Khabarnya selepas ini ada golongan mahasiswa lain hendak menunjuk perasaan membela Najib. Tindakan itu tidak memberi apa-apa bekas. Umno upahlah puluihan ribu mahasiswa untuk membela Najib dan mengecam tindakan kumpulan mahasiswa itu ia tidak akan membawa kejayaan. Gambar Najib tetap sudah diturunkan. Naiklah gambar Najib di atas puncak menara berkembar Petronas, tetapi kejadian beberapa hari itu tidak akan mengahkan juga gambar Najib.

Pada saya kempen untuk menurun Najib telah dilakukan oleh mahasiswa, maka rakyat perlu mengikutnya. Walaupun ada pihak cuba memberi gambaran mahasiswa itu sebagai alat pembangkang tetapi hakikatnya mereka adalah mahasiswa kumpulan yang akan menjadi pemimpin di masa depan. Khabarnya Mat Maslan terjatuh tangga, betulkah? [wm.kl.7:25 pm 19/12/11]

Najis Mahathir

Posted: 19 Dec 2011 01:45 AM PST

Mahathir: Bila Mulut Manis Tidak Boleh Melindungi Kejahatan

Dr Mahathir Mohamad sering mendabik dada menunjukkan dialah yang bijak, pandai, cerdik dan bersih. Tiada perdana menteri lain yang sebersih beliau hatta berbanding dengan perdana menteri nyang sedang memangku jawatan itu kini. Rakyat khasnya ahli dan penyokong Umno dengan mudah tersihir dengan Mahathir. Apa yang Mahathir kata bagaikan sabda para nabi semuanya betul dan maksum.

Kerana taksub itu menyebabkan orang Umno yang berjaya mempengaruhi orang Melayu mempercayai Mahathir. Tidak orang Cina, India dan lain-lain yang bijak mentafsir dan sudah tahu temberang kata-kata Mahathir. Saki baki Melayu yang percayakan Mahathir masih banyak sebab itu media massa penjilat buntut terus memberi ruang kepada Mahathir dengan harapan kata-kata Mahathir boleh mempengaruhi Melayu di bawah tempurung dan terus menyokong Umno.

Beberapa hari lalu beliau meminta Anwar Ibrahim agar bersumpah laknat berhubung cadangan Anwar supaya Malaysia mengambil pinjaman wang dunia untuk mengatasi resensi ekonomi. Dalam masa sama beliau menunjukkan beliau penghalang cadangan itu. Orang faham dengan cabaran Mahathir itu untuk memberi gambaran kebersihan dirinya dan cuba hendak 'mencepuahkan' Anwar dengan tali barut ekonomi Yahudi.

Siapa sebenarnya yang benar dan menjadi bapa pembohongan dalam hal ini? Pendedahan dokumen menunjukkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Mahathir mengambil pinjaman bank dunia menjelaskan segala-galanya. Yang hipokrit, munafik selama ini dalam soal pinjam meminjam bukan Anwar tetapi Mahathir.Iya Mahathir boleh sembunyi kebusukan untuk beberapa tahun tetapi bukan semuanya.

Kebenaran tetap kebenaran. Hari ini mungkin ada simpatisnya menyembunyikan maklumat tetapi esok belum tahu lagi. Bila kebenaran sudah 'terbahar', orang akan jadi berani dan saat itu Mahathir tidak akan cukup tanah untuk lari kejatanan dan pengkhinatan yang dilakukannya. Menara berkembar KLCC, KLIA, Proton Saga dan sebagainya tak mampu melindunginya lagi.

Pendedahan dibuat Pengarah Strategi, Biro Komunikasi dan Penerangan serta Pengarah Pedagangan Keadilan ini menjelaskan segala-galanya. Saya turunkan sepenuhnya kenyataan mereka yang dikirimkan kepada saya seperti mana berikut:

TUN MAHATHIR BERBOHONG, DOKUMEN BANK DUNIA BUKTIKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAB AMBIL PINJAMAN BANK DUNIA SEMASA KRISIS KEWANGAN 1997-1998

KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku "menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]".

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.

Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

YB NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

WONG CHEN

PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN KEADILAN

[wm.kl.5:56 pm 19/12/11]

Susupan Pagi

Posted: 18 Dec 2011 06:37 PM PST

Haron Din Perlu Beri Air Jampi Kepada Pas

DUA tiga orang penjenguk blog Merah Tinta dan juga kenalan politik bertanya saya mengenai Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Semua pertanyaan agak skeptikal kepada kedua pemimpin berkenaan. Semuanya kerana kenyataan balas mereka berdua terhadap kenyataan-kenyataan atau komen mengenai mereka yang dimulai oleh Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib yang mendedahkan Hasan tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalon dalam pilihan raya ke-13.

Saya awal-awal sudah mengatakan tindakan Saari itu tidak bersifat politik dan beliau jujur yang tidak bertempat. Gara-gara kenyataan beliau atau lebih tepat kerana gatal mulut (berdasarkan atas fakta) menyebabkan timbul polimek mengenai kedudukan Hasan Ali dalam Pas dan sempat mengelisahkan ahli dan penyokong bawahan.

Ia menjadi tambah 'rewel' lagi apabila Hasan membuat kenyataan sinis kepada Pas yang kemudian membuka hati Mustapa Ali untuk menjawab sama yang menghangatkan lagi situasi.

Barang kali tidak pelik kalau Mustapa Ali membelasah Nasharudin dan Hasan Ali. Politik yang licit dan munafik begitulah. Kita perlu mengodam kawan yang dilihat bersalah untuk menampakkan kita benar dan tidak bersubahat. Mustapa terkenal sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan, menyelam dan menggali pasir dari bawah dasar laut.

Saya sendiri faham kenapa kalau Mustapa baham Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Walhal beliau boleh mengambil sikap mendiamkan diri dari membuat kenyataan seperti tikus membaiki labu. Itulah kalau kita ada masalah kesihatan yang cuba hendak memberi nasihat kepada orang lain makan ubat sama. Hasilnya kita akan diserang balik ataupun menyebabkan sakit kita akan kelihatan.

Menyentuh isu Hasan Ali dan Nasharudin ini saya ada sedikit pandangan. Keadaan hari ini mungkin reda tetapi ia tidak menamatkan sengketa. Hasan Ali dan Nasharudin boleh berakhir dengan mereka tidak akan bersama Pas kalau pun tidak menyertai Umno. Jaminan "saya sayangkan Pas, sukar untuk saya tinggalkan Pas dan bla-bala", bukan jaminan mutlak. Orang Pas tidak boleh merasa yakin dengan pernyataan begitu dari Hasan dan Nasharudin.

Atas sifat politik sesiapa pun tidak akan jujur dalam percakapan melainkan ia akan dipolitikkan. Beza sedikit dan banyak saja.

Bagi Pas walaupun busuk mana Hasan Ali dan Nasharudin kalau mereka tidak bersama Pas ia merugikan Pas. Politik itu berhubung dengan angka! Sikap dingin mereka atau penjauhan dari Pas akan digunakan oleh Umno untuk memburukan Pas kepada mata umum. Sebagai musuh Umno akan melihat Hasan Ali dan Nasharudin sebagai intan dan permata. Mereka akan pujian kilauan Hasan dan Nasharudin kandati mereka sendiri tidak begitu berminat untuk mengambilnya sebagai mata cincin dalam politik.

Tetapi rakyat dibawah akan menjerit dan mengeluh kesal. Apa lagi rakyat yang melihat jasa-jasa kecil mereka berdua akan merasa kecewa kalau Hasan dan Nasharudin sudah 'terkanyar' dari jemaah Pas. Kalau hati rakyat begitu diusik boleh menyebabkan rakyat (penyokong) Pas tawar hati untuk aktif dalam Pas. Suatu hakikat yang perlu diterima baik Hasan dan Nasharudin mereka juga ada pentaksud masing-masing.

Adalah tidak bijak kalau Pas membiarkan Hasan dan Nasharudin apa lagi menghalau mereka keluar dari jemaah Pas. Biarlah mereka. Kalau pun tidak mahu guna jangan kecam dan burukan mereka. Dengan cara itu mereka tidak akan melakukan sesuatu merugikan Pas kalau pun mereka tidak menjadi pembela setia Pas.


Hendak tidak hendak isu Hasan Ali dan Nasharudin kena diselesaikan. Dalam hal ini orang yang boleh mendamaikan hati mereka berdua ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Inilah tokoh yang akan boleh diterima pandangannya oleh banyak pihak. Dengan pendekatan, zuhud dan tawaduk, ketokohan sebagai pemimpin dan ulamak Haron Din dia boleh jadi pendamai.

Saya juga yakin dan percaya Hasan dan Nasharudin lebih berwala dan mersa kepada Haron Din berbanding dengan Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang. Bagi mereka Haron Din adalah mursyidul am dan presiden Pas. Jauh dari itu kawan yang senantiasa mereka hormati dan segan serta tempat merujuk atau melepas rajuk. Atas kedudukan ini Dr Haron Din boleh memainkan peranan menyelesaikan isu mereka. Haron Din boleh menggunakan perubatan Islam (Darul Syifat) untuk menyembuhkan hati Hasan, Nasharudin serta individu lain yang juga kelihatan sama sakit.

Elok Haron Din panggil mereka dan bagi sebotol seorang air jampi. Kalau tidak Haron Din boleh jampi di udara dan biarlah angin yang sudah siap dijampi itu memasuki rongga mereka itu semua.

Saya merindui untuk mendengar komen Haron Din dalam hal ini. Walaupun Ketua Dewan Ulamak Harun Taib memberi komen dan nasihat tetapi ia tidak berapa didengari sangat kerana orang juga mengenali siapa dia Harun Taib yang menjual kambing kepada Mat Said itu. Kalau boleh dan tergamak Harun Taib juga perlu meminum air tawar Haron Din. [ttdi.10:57 am 19/12/11]

Susupan Tengah Malam

Posted: 18 Dec 2011 08:21 AM PST

100 Ahli Umno Jeli Tinggal Parti Sertai Pas

KURANG 48 jam selepas Pas Kelantan melancarkan kempen menambahkan keahlian baru sebanyak 100,000 bertempat di Putik Pengkalan Chepa malam kelmarin Pas Kawasan Jeli tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Air Lanas apabila lebih 100 ahli dan para penyokong Umno telah bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Pas.

Majlis penyerahan borang dan meraikan ahli baru Pas itu berlangsung di perkarangan Sekolah Agama As Sabirin Air Lanas petang ini manakala sebelah malamnya berlangsung majlis penerimaan borang keahlian Pas oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kesemua lebih 100 yang menyertai Pas itu.

Sempena majlis itu dua ekor lembu ditumbangkan dan juga lima kawah bubur Asyuara dikacau di Air Lanas. Serentak dengan itu 10 UPU dalam Parlimen Jeli digerakan serentak hari ini dengan mengadakan bubur Asyura di antara dua hingga lima kawah untuk satu UPU sebagai menandakan jentera pilihan raya Pas kawasan Jeli sudah aktif sepenuhnya.

Penghijrahan beramai-ramai ahli Umno itu menurut Adun Air Lanas Abdullah Yaacob adalah satu pukulan maut kepada Umno dan sekaligus merebehkan kubu kuat Umno di Blok Machang dalam Dun Air Lanas .

"Ekoran penghijrahan itu di Block Machang hanya tinggal beberapa orang saja lagi ahli Umno termasuk Setiausaha Bahagian, yang lain semuanya telah berhijrah kepada Pas," ujar Abdullah yang juga Timbalan YDP Pas Jeli.

Manakala salah seorang ahli Umno yang ditemui Mat Yusuf Abdullah, 62 tindakan meninggalkan Umno ramai-ramai itu dibuat atas rasa ikhlas dan tidak percaya kepada perjuangan Umno.

"Saya dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana mendapat hidayah dari Allah taala, dan penghijrahan ini juga bukan kerana mengharap sesuatu kebendaan dari Pas, tidak... ia dibuat dengan penuh keinsafan," demikian kata Mat Yusuf ketika ditemui pada majlis kacau asyura petang tadi sambil menambah perpindahan itu sebagai satu pengorbanan.

Dalam pada itu jelasnya perjuangan Umno seperti mana dilaung-laungkan untuk membantu rakyat hanya cerita saja kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak menyeluruh dan menyenangkan orang tertentu sahaja.

Ditanya mengenai bantuan 1 Malaysia RM500 menurutnya sedikitpun menarik minat untuk terus bersama Umno kerana pemberian itu belum tentu lagi menjadi kenyataan dan kalau pun benar ia bukan satu yang diharapkan. "Hidup ini bukan kerana duit semata-mata!" katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan keluar parti bukan kerana merasa dendam dan cemburu akan keadaan tetapi kerana merasa yakin dan percaya kepada perjuangan Pas yang menolong sesiapa saja tanpa pilih bulu.

Seorang lagi yang turut sama meninggalkan Umno ialah Azlan Mohamad dari blok Bachok juga menyatakan perkara yang sama.

"Saya tinggal Umno kerana sudah lama bersama parti itu dan tidak ada apa-apa perubahan," jelasnya yang memperakui menyertai Umno sejak berusia 17 tahun. Tambahnya lagi ramai kawan-kawannya ikut sama menyertai Umno tetapi mereka tidak berani menzahirkan diri kerana sebab-sebab tertentu.

Sebelah malam tadi kesemua lebih 100 orang ahli Umno yang menyertai Pas dan PKR diraikan oleh Nik Aziz dalam satu majlis makan malam dan ceramah perdana yang disampaikan oleh beberapa pemimpin Pas peringkat negeri. Pada majlis itu juga upacara penyerahan borang keahlian Pas dilakukan.

Hadir sama pada kedua majlis itu ialah Yang Dipertua Pas Jeli Apandi Mohamad, dan barisan kepimpinan Pas peringkat kawasan Jeli. Apandi mengulas mengenai kemasukan ahli Umno beramai-ramai itu melahirkan rasa bersyukur dan menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah mungkin berlaku atas doa mereka sendiri.

"Dengan kemasukan beramai-ramai ahli Umno ini juga membuktikan bahawa semakin pemimpin Umno cuba memburuk-burukkan Pas dengan pelbagai isu sebaliknya apa terjadi ahli-ahli dan penyokong mereka kurang mempercayai parti itu," katanya.

Kepada rakan-rakan baru Pas Apandi mengucapkan selamat berjuang dan semoga tindakan mereka itu akan membuka hati lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno yang lain. "Saya percaya penghijrahan ini sebagai permulaan kerana selepas ini akan ramai lagi ahli Umno bersama Pas.

Sementara itu beberapa minggu lalu seramai 59 ahli Umno dalam Dun Kuala Balah telah bertindak meninggalkan parti dan menyertai PKR. Borang keahlian PKR disertakan kepada Nib Presiden Nurul Izzah Anwar ketika Izzah datang berceramah di Kuala Balah. [wm.kl.1:07 t/malam 19/12/11]

Tiada ulasan: