DUNIACACAMARBA |
- [Video] Pendedahan Kondo dan Restoran Mewah Didakwa Milik Keluarga Sharizat di Singapura
- [Wajib Baca] Isu Surau Salihiah, Kedah: Persoalan yang Ditimbulkan, Jawapan Kerajaan Negeri
- Berita yang "Diharamkan" di Media Pencacai Hari Ini
- [PANAS] Harakah Daily Pertahan Berita Hassan Ali Minta Maaf, Kemuka Transkrip dan Video sebagai Bukti
- Dr Hassan Ali NAFI Jumpa Nik Aziz Minta Maaf
- Cimpanzi Filem Tarzan Awal 1930-an Mati pada Usia 80 Tahun
- Tubuh Hancur Dikisar Mesin Pengisar Tandan Kelapa Sawit
- Jelir Lidah dan Tunjuk Tanda F*** pada Kalimah Allah
[Video] Pendedahan Kondo dan Restoran Mewah Didakwa Milik Keluarga Sharizat di Singapura Posted: 29 Dec 2011 08:22 AM PST Saya petik: Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura [MK] Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut. Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya. "Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini. Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu. PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard. Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. P/s: Masa berucap di Perhimpunan Agong UMCO 2011, Sharizat berkata, dia belum lagi sampai menyelak kain untuk menjawab isu Skandal NFC yang melibatkan keluarganya. Selepas terbongkarnya pemilikan kondo dan restoran mewah di Singapura, banyak orang tertunggu-tunggu aksi Sharizat menjawab isu ini sambil menyelak kain!!!! | ||
[Wajib Baca] Isu Surau Salihiah, Kedah: Persoalan yang Ditimbulkan, Jawapan Kerajaan Negeri Posted: 29 Dec 2011 04:00 AM PST
Saya petik: Latarbelakang: [Kedahlanie] PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama. Dakwaan yang timbul dan penjelasannya: 1. Perobohan surau adalah tindakan zalim Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat! 2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan. 3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu. 4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut. 5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga. 6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau. 7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar. 8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah? 9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka? Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap 'biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.' Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung. 10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi 'panas' kerana pihak pembangkang kini merasa 'terlebih pandai' dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah. | ||
Berita yang "Diharamkan" di Media Pencacai Hari Ini Posted: 29 Dec 2011 01:37 AM PST Saya petik: Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti [MK] Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA. Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan. Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka. Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas. Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri. Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu. Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri. P/s: Kah kah kah MCA! | ||
Posted: 28 Dec 2011 11:46 PM PST Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI P/s: Adakah TG Nik Aziz mereka-reka cerita? TM masih teringat-ingat akan nada Dr Hassan Ali ketika menjawab soalan dalam program Soal Jawab di TV3 baru-baru ini. Jika anda menontonnya, sudah tentu anda dapat menilainya! | ||
Dr Hassan Ali NAFI Jumpa Nik Aziz Minta Maaf Posted: 28 Dec 2011 11:40 PM PST Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin. Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS. "Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu. "Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti. Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut. Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia." "Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya. Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat. Sambung baca di sini. P/s: Bukan sahaja fakta HD dipertikaikan oleh Dr Hassan Ali, malah kata-kata TG Nik Aziz juga dipertikaikan oleh HA dalam hal ini. Tunggu penjelasan mereka. | ||
Cimpanzi Filem Tarzan Awal 1930-an Mati pada Usia 80 Tahun Posted: 28 Dec 2011 10:32 PM PST Sebuah tempat perlindungan haiwan di Florida mengeluarkan kenyataan bahawa cimpanzi yang digelar Cheetah, iaitu "rakan" watak Tarzan sekitar tahun 1930-an telah mati pada usia 80 tahun. Cheetah membintangi filem Tarzan bersama-sama dengan pelakon utamanya, iaitu pemenang pingat emas Olimpik dalam acara renang, Johnny Weissmuller. Sanctuary Primat Suncoast di Palm Harbor mengumumkan bahawa Cheetah mati pada 24 Disember lalu kerana kegagalan buah pinggang. Pengarahnya Debbie Cobb pada hari Rabu memberitahu Tribune Tampa bahawa Cheetah gemar melukis dengan jarinya dan suka melihat orang ketawa. Menurut Cobb, Cheetah dihantar ke sanktuari itu sekitar tahun 1960. Sebelum itu, Cheetah tinggal di estet Weissmuller.-DCM | ||
Tubuh Hancur Dikisar Mesin Pengisar Tandan Kelapa Sawit Posted: 28 Dec 2011 08:23 PM PST Saya petik: [SH] TAIPING – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam. Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluruhan badannya hancur. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci. "Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut. "Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya," katanya. Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal. Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan. Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan. "Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," katanya. Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung. "Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan," katanya. P/s: Takziah! Harian Metro ada memuatnaikkan video rakaman amatur yang menayangkan tubuh mangsa yang hancur di Youtube. Bagi TM, buanglah video itu kerana paparannya sudah tentu menyinggung ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa. | ||
Jelir Lidah dan Tunjuk Tanda F*** pada Kalimah Allah Posted: 28 Dec 2011 07:00 PM PST
Memang menyirap darah apabila melihat gelagat kurang ajar pemuda dalam gambar di atas. Reaksi yang sama ditunjukkan oleh sesetengah jurublog pro-PR dan pro-UMCO. Darah kita turut juga menyirap apabila sekutu UMCO dalam BN menghina Islam dan hudud. Cuma apabila MCA dan pemimpinnya menghina Islam dan hudud, tidak ada blog atau pemimpin UMCO membantai sekutu mereka untuk mempertahankan Islam. Malangnya, penghinaan itu disiarkan pula dalam media mereka. Bayangkanlah jika pemuda kurang ajar ini mengaku ahli PKR, bukan setakat panglima ludah melatah, malah seluruh negara bergema dengan suara pejuang agama palsu. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan