Biaqpila |
- Jamil perlu tampil beri penjelasan isu penyalahgunaan wang zakat
- PARLIMEN BUBAR 17 FEBRUARI, PENGUNDIAN 11 MAC 2012?
- GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX)
- MAMAT SEKOQ NI HANGPA TAK MAU LUDAH??
Jamil perlu tampil beri penjelasan isu penyalahgunaan wang zakat Posted: 29 Dec 2011 02:00 PM PST SHAH ALAM - PKR berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil dan tidak menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu penyalahgunaan wang zakat. Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, Jamil perlu memberi penjelasan. Nazmi berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin berkata semalam, kos pembiayaan guaman Jamil dan dua pegawai kanan MAIWP di ambil dari geran kerajaan. "Dalam kenyataannya, dia (Yamin) turut menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak tertentu yang menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada Yamin bahawa apabila seseorang dizalimi, mereka mempunyai hak yang diiktiraf dalam syarak dan sistem perlembagaan untuk mempertahankan diri. Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar. Nazmi berkata, "sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," katanya. Sementara itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan tentang wujudnya 'dwi-standard' membabitkan kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan wang zakat sebanyak RM19,510 dan memulangkannya kembali. Bagaimanapun, Redzuan dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan. "Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat," katanya. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
PARLIMEN BUBAR 17 FEBRUARI, PENGUNDIAN 11 MAC 2012? Posted: 29 Dec 2011 04:00 AM PST Oleh : AZMAN ARIFFIN PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan. Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum. Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu). Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar. No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu. Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka. Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008. Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya. Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih 'sofistikated' dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi. Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan 'ramalan' yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun di zaman moden hari ini. Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan. Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian. sabahkini KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX) Posted: 28 Dec 2011 08:00 PM PST Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam. Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong. "Kami di tingkas atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad. Beliau pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui operasi memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan internet. Saya kemudian mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan sama. "Itu adik kepada pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau. Pasukan beliau kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di kilang terbabit. Suspek dan adiknya berasal dari Raub, Pahang. Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit. Shana kemudian disoal siasat di rumahnya. "Kenapa kamu menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan Tamu. Shana terkedu buat seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya membuka mulut. "Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu. Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000. "Kamu dapat berapa ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan Tamu. "Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya. Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu. "Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana. "Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu. Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu. "Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi. Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan. "Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya. "Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya. Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain. Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah. Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong. Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko. "Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana. Dari raut wajahnya, saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya dijadikan habuan seks oleh Iko. "Kawan dia cakap tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang bercakap," terang Shana kepada pegawai dan anggota polis bertugas. Kira-kira jam 6 petang, rumah sama diperiksa. Bilik teman lelaki Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu. Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya. "Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata ASP Hazri. Beberapa saat kemudian telekung Shana dihulurkan oleh anggota polis berpangkat Kopral dan saya difahamkan telekung itu ditemui di bilik Iko. "Tengok ini, teman lelaki dia bercadang untuk membawa Shana balik ke negara asal dia pada 17 Disember lalu. Mungkin untuk menyambut Krismas bersama keluarga di sana," kata pegawai polis berasal dari Perak sambil tersenyum. "Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya. Shana menganggukkan kepala. "Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas. Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu. "Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan. Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza. "Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya. Dia kemudian dihantar oleh anggota polis bertugas ke pejabat JSJK di Bukit Aman sementara satu lagi operasi diaturkan oleh pasukan sama. Barikutan aduan orang ramai, hampir jam 7 malam, kami bergerak ke Batu 13 1/2 Puchong, Selangor. Sewaktu memasuki kondominium mewah itu, saya dapati penempatan terbabit dihuni ramai warga Afrika. Jam 8.26 malam, ASP Hazri mengetuk pintu rumah berulangkali dan memperkenalkan diri. Pegawai dan anggota memerhatikan pergerakan di dalam rumah sambil mengawasi jika tanpa diduga suspek bertindak membuang dokumen ke bawah dari tingkat 16. 2 minit kemudian, pintu cuba dipecahkan. Melihatkan tindakan nekad pasukan polis, lelaki warga Nigeria bertubuh tinggi pantas membuka pintu untuk membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan. Seperti dijangka dari awal, mereka sukar menerima arahan, degil. Namun pengalaman dimiliki pasukan terbabit bukan alang-kepalang. Mereka sudah memahami setiap tipu-helah sewaktu berhadapan dengan warga berasal dari benua Afrika itu. Sebaik tangan digari, mulut mereka juga tertutup rapat. Pegawai dan anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan secara teliti. "Laptop dan pen drive disorokkan di siling bilik air!," jerit anggota. Pegawai bertugas lantas memeriksa ruang dimaksudkan. 3 suspek berusia di antara 24 dan 31 tahun itu menjadi saksi ketika pemeriksaan dilaksanakan. Mereka mendakwa pelajar kolej swasta mempelajari bahasa Inggeris. Untuk rekod, mengikut etika kewartawanan, saya dikehendaki melindungi identiti mereka kerana semua lelaki diberkas, berstatus suspek dan belum disabitkan bersalah oleh mahkamah. Hairan, biar pun berstatus pelajar, mereka mampu menyewa kondominum mewah tetapi menggunakan nama wanita tempatan. Pen drive dirampas didapati mengandungi pelbagai dokumen dan gambar meragukan. Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui. Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap. Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina. Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya. Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik. Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit. Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula. Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka. Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika. Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Mereka direman untuk melengkapkan siasatan. Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah. Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria. mazidulakmal.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
MAMAT SEKOQ NI HANGPA TAK MAU LUDAH?? Posted: 28 Dec 2011 05:00 PM PST DEY MACHA!!! BOLEH CUBA BAYANGKAN KALAU MAMAT NI TUNJUK JARI TENGAH KAT GAMBAQ NAJIB PANGLIMA PERANG UMPORNO DAH TENTU KECOH TAPI KALAU BAB HINA ISLAM SEKOQ PUN TAK BERANI NAK SOUND KAH! KAH! KAH! ITULAH PERJUANGAN UMPORNO HANYA MEMBELA ORANG UMPORNO DEMI SESUAP NASI BILA ISLAM DIHINA DIAM MENYEPI KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan