DIALOG RAKYAT |
- Tabloid Siasah berwajah baru kurang sambutan
- Zahid sedia jawab isu ejen dalam pembelian kapal peronda
- Reman ahli perniagaan dikait dengan NFC dilanjut hingga esok
- Dakwat kekal: Pindaan peraturan siap Februari
- PERKASA lapor polis isu perhimpunan 9 Jan, Paderi Eu
- Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura
- Legasi Najib: Apakah yang bakal ditinggalkannya buat Malaysia mahupun UMNO?
- Bob Lokman beri keterangan kepada Jaip 5 Jan
- Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri
- Arifin Jaka meninggal dunia
- Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu
- Aziz Bari dilamar PAS
- Harakahdaily pertahan berita, siar transkrip sumbernya
- Perkasa: Kenyataan Rev Eu terhadap Artikel 153 ‘bermotifkan politik’
- Klang Bakal Contohi Keindahan Xaimen
- Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Bersama 439 Ahli Keluar Parti
- Kerajaan Selangor Sediakan Banyak Tanah Simpanan Untuk Bina Sekolah
- Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011
- Pakatan Rakyat tekad mansuh Auku – Anwar
- KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat
- Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa
- Selangor mungkin tidak bubar DUN jika PRU awal
- Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
- Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno
- Pemimpin PAS berjiwa besar, junjung ukhwah
Tabloid Siasah berwajah baru kurang sambutan Posted: 29 Dec 2011 03:37 PM PST "Kini cetakan turun kepada 48, 000 seminggu," katanya sambil tertawa. PETALING JAYA: Tabloid mingguan Siasah berwajah baru kurang mendapat sambutan, dakwa seorang pekerjanya hari ini. "Cetakan awal 100, 000 naskhah tetapi 75, 000 tidak laku. Beri percuma pun orang tidak mahu. "Kini cetakan turun kepada 48, 000 seminggu," katanya sambil tertawa. Tabloid Siasah dikatakan dibiayai oleh seorang tokoh korporat terkenal Tan Sri Rozali Ismail yang juga bendahari Umno Selangor. Tabloid itu pada mulanya rapat dengan PAS dikatakan pernah parti pembangkang itu membiayai penerbitannya. Kandungan tak sesuai Ia mula berpindah tangan kepada pengurusan baru pada pertengahan 2011 dengan sebahagian editorial bekas pekerja kumpulan NSTP. Menurut pekerja itu lagi, Rozali sendiri yang menentukan kandungan tabloid Siasah berkenaan. "Saya rasa kandungan itu yang menyebabkan Siasah sekarang kurang mendapat sambutan. "Orang nak baca berita baru bukan yang sudah keluar dalam media lain," tambahnya. | ||
Zahid sedia jawab isu ejen dalam pembelian kapal peronda Posted: 29 Dec 2011 05:26 AM PST Aidila Razak Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjemput presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertemu supaya beliau dapat menjelaskan berhubung pembelian enam kapal peronda tentera yang didakwa dibuat melalui orang tengah. | ||
Reman ahli perniagaan dikait dengan NFC dilanjut hingga esok Posted: 29 Dec 2011 05:17 AM PST MALAYSIA KINI Tahanan reman ke atas seorang ahli perniagaan yang sebelum ini dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga esok.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes penipuan. "...kita (polis) tahan beliau 26 Disember lepas," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini. Laporan akhbar menyebut suspek lelaki itu, yang direman lima hari bermula 22 Disember bagi membantu siasatan kes NFC oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah dibebaskan namun ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan projek stesen minyak. Isu NFC berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang. Bernama | ||
Dakwat kekal: Pindaan peraturan siap Februari Posted: 29 Dec 2011 05:15 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Jawatankuasa terpilih untuk menambahbaik pilihan raya (PSC) hari ini mengumumkan, pindaan ke atas peraturan pilihan raya untuk mewajibkan penggunaan dakwat kekal akan disiapkan menjelang 1 Februari. Pengumuman itu dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan parlimen hari ini, yang turut menyaksikan demonstrasi penggunaan dakwat kekal berkenaan. Demonstrasi berkenaan dijalankan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kepada anggota jawatankuasa berkenaan. Dakwat yang akan kekal selama sekurang-kurangnya 48 jam itu merupakan salah satu daripada cadangan kepada PSC untuk mengelakkan undian berganda. Menurut sumber PSC, sampel dakwat berknaan telahpun dihantar untuk ujian Jabatan Kimia Malaysia dan keputusannya telah diserahkan kepada Majilis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan. | ||
PERKASA lapor polis isu perhimpunan 9 Jan, Paderi Eu Posted: 29 Dec 2011 05:14 AM PST NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini membuat laporan polis berhubung isu penyebaran risalah dan laporan berita yang mengajak rakyat hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari. Sehubungan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berharap polis dapat menyiasat kumpulan yang bertanggungjawab itu dan mendesak polis menggunakan kuasa dengan tegas demi keselamatan rakyat dan negara. Dalam sidang media selepas itu Abdul Rahman menyatakan kekecewaannya terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Koh Tsu Koon yang didakwanya hadir sewaktu paderi menyampaikan ucapannya. | ||
Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura Posted: 29 Dec 2011 05:11 AM PST Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu. PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. | ||
Legasi Najib: Apakah yang bakal ditinggalkannya buat Malaysia mahupun UMNO? Posted: 29 Dec 2011 05:10 AM PST Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle Ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan penghujung tahun 1970-an dan permulaan tahun 1980-an sebagai berakhirnya era perpaduan dan bermulanya zaman perpecahan yang memakan masa yang lama. Ada juga yang tidak bersetuju dengan tarikh yang telah dinyatakan di atas, namun tidak syak lagi keadaan masyarakat di Malaysia telah menjadi semakin teruk. Bila Negara sudah berpecah, bertambah pula dengan jurang dalam komuniti yang semakin membesar disebabkan oleh kemiskinan, keadaan politik yang tidak stabil, keadaan sosial dan kewangan yang tidak pasti, agak sukar untuk merasakan semangat hidup dalam komuniti. Jadi, satu-satunya legasi tidak ternilai yang boleh diwariskan oleh pemimpin kepada rakyat ialah semangat perpaduan, sesuatu yang lebih berharga dari sesuatu yang bersifat kebendaan. Gagal menyatukan Malaysia dan juga UMNO Jepun adalah sebuah Negara yang mempamerkan ketabahan dalam menyatukan masyarakat mereka yang juga membolehkan bangsanya menjadi kuat dan stabil walaupun berhadapan dengan perubahan kerajaan, biarpun berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar termasuk dilanda pelbagai musibah seperti kebocoran pelan nuclear di Fukushima baru-baru ini. Semangat perpaduan yang serupa juga boleh dilihat di AS dan kebanyakkan Negara maju di Eropah dan ii telah memberikan mereka jaminan untuk mengekalkan kebebasan demokratik dan hak. Sedihnya, walaupun slogan 1Malaysia dilaungkan, Perdana Menteri Najib Razak masih gagal menyatukan rakyat Malaysia dan parti UMNOnya sendiri. Perpaduan lah yang menjadi kebangaan, semangat patriotik dan keharmonian. Ia juga menjadikan kita cinta akan Negara dan sedia berkorban untuknya. Tidak ada gunanya untuk menjadikan orang Melayu cintakan sesame sendi tetapi bencikan kaum yang lain. Ini adalah kerana ia adalah matlamat politik bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang membolehkan dia berkuasa di dalam politik UMNO. Ia tidak boleh masuk akal dan secara intuitifnya orang Melayu boleh rasakan ini adalah berdosa dan bukanlah sesuatu yang baik seperti berbuat baik dan memberi ihsan. Perasaan kekitaan yang sebenar itu mesti meresap dalam semua yang hidup di negara ini tetapi bagi Najib dan UMNO, ini langsung tidak dipedulikan oleh mereka. Mata dibutakan oleh wang ringgit dan hanya memikirkan pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan besar. Ia bagaikan perkahwinan antara dua insane, dalam susah mahupun senang. Orang akan suka menziarahi rumah yang bahagia dari yang sedang bergolak. Mari kita lihat apakah yang telah dilakukan oleh Najib selama ini untuk menjadikan Malaysia sebuah rumah yang bahagia. Program Transformasi Politik yang Gagal Baru-baru ini, Berita Bernama yang dikawal kerajaan melaporkan Najib sebagai berkata bahawa dia ingin diingati kerana transformasi politiknya di Negara. Inilah yang akan menjadi legasi yang bakal ditinggalkan buat rakyat Malaysia mendahului pembubaran ISA, Akta Buang Negeri 1959, kajian semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Tapi, bagaimanakah Najib boleh mengira ini sebagai legasinya? Terdahulu, ISA masih lagi digunapakai dan digunakan ke atas tiga belas individu di Sabah selepas 15 September selepas pembubarannya. Bill Perhimpunan yang diperkenalkan oleh Najib atas nama membebaskan Malaysia lebih mengongkong daripada yang digunapakai di Burma yang dikuasai oleh rejim militan. Pembubaran segala deklarasi Darurat bukanlah persoalannya kerana ia telah tidak digunakan buat beberapa dekad dan hanya lelaki yang tidak mencapai apa-apa kejayaan atau nama akan cuba memberi nafas baru pada undang-undang yang sudah kuno. Program Transformasi Ekonomi yang Gagal Jika kita amati Program Transformasi Ekonomi yang dimulakan Najib, sememangnya terang-terangan tiada apa yang dilakukan untuk memakmurkan ekonomi Malaysia dan kesannya lebih banyak cukai dan pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO bawah pimpinan BN untuk memerintah kerajaan. Transformasi Ekonomi memerlukan pelaburan luar dan ia agak sukar untuk menarik pelabur luar ke Malaysia kesan daripada dasar sosio-politik Najib yang bersifat talam lidah bercabang. Dengan Malaysia, sebagai negara ke-4 paling korup di dunia, pelabur asing tidak berminat untuk menjalankan perniagaan di sini. Pelaburan dari pelabur tempatan juga jarang ada. Lebih-lebih lagi negara-negara lain mempunyai tawaran yang lebih baik untuk kedua-dua pelabur tempatan kita dan juga asing. Visi utama Najib adalah untuk memastikan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan GLC untuk menyumbang kepada ekonomi juga telah gagal kerana syarikat-syarikat ini tidak mempunyai banyak wang untuk melabur seperti akibat diuruskan oleh CEO-CEO yang tidak cekap - yang kebanyakannya ada kaitan dengan UMNO. Tanggungjawab dan kesetiaan mereka hanya kepada UMNO, jadi, tugas mereka adalah untuk memastikan terdapat dana yang mencukupi untuk UMNO menyelamatkan GLC yang lain, seperti Petronas menyelamatkan TNB. Sebaliknya, dengan pertumbuhan ekonomi yang masih berada di bawah 5% daripada KDNK, dan GLC seperti MAS masih yang mengalami kerugian - mungkin sejumlah RM400 juta pada suku ke-4 adalah inisiatif Najib yang berupa slogan kosong. Amalan rasuah yang berleluasa dalam berurusniaga Lawatan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ke Jepun jelas membongkar pengalaman pahit pelabur asing. Komuniti perniagaan Jepun yang mahu melabur di Malaysia terpaksa membayar rasuah yang begitu banyak kepada ramai orang seperti yang diamalkan semasa kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan, menteri UMNO, Khir Toyo. Khalid telah meyakinkan mereka bahawa mereka tidak perlu membayar apa-apa wang tambahan dan jika mereka diminta untuk berbuat demikian, sila maklumkan pada dirinya sendiri. Tiada permintaan peribadi dari Najib! PM juga tidak berbuat apa-apa walaupun selepas Malaysia diundi sebagai negara keempat paling korup, menggelapkan beratus-ratus bilion wang keluar dari Malaysia secara haram. Malah, Najib mungkin telah diberi lampu hijau daripada ahli-ahli politik UMNO untuk mendapatkan sumbangan daripada mana-mana syarikat yang mereka kehendaki bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dan ini telah disahkan oleh Awang Adek. Ini rasuah cara mudah untuk semua! Mencuri' dari perbendaharaan sangat berleluasa seperti yang dapat dilihat dari pembelian kapal selam Scorpene yang sia-sia, kelulusan daripada pentadbiran Najib untuk terus membayar pencuri yang terlibat dalam skandal RM12.5 bilion PKFZ walaupun mengetahui bahawa ia adalah satu skim untuk memperolehi wang yang diluluskanoleh pentadbiran Mahathir Mohamad. Najib juga tidak menghukum orang yang bertanggungjawab melanggar prosedur belanjawan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara untuk tahun 2010. Walaupun dalam skandal RM250 juta NFC yang melibatkan Shahrizat Jalil, dalang utama tidak dihukum. Hanya beberapa 'kambing hitam' yang tidak berkaitan dengan yang NFC sedang panggang, manakala si pesalah sebenar sudahpun berjaya membeli beberapa kondominium mewah dan mengendalikan restoran mahal. Hasutan berterusan yang mencetus ketegangan kaum dan agama Tiada siapa telah didakwa selepas peristiwa kepala lembu itu, dimana UMNO dengan sengaja menghina orang Hindu untuk membuktikan yang mereka akan mempertahankan orang Melayu di Selangor daripada dicerobohi oleh penganut agama lain dan selepas itu cuba menyalahkan PAS. Serbuan di gereja Methodis Damansara Utama telah mencalarkan lagi perhubungan antara orang Islam dan Kristian. Adakah gereja yang telah dirosakkan pada tahun 2010 telah diberi pampas an dengan adil? Adakah usaha dijalankan untuk mendamaikan mereka? Jawapannya tidak! Kerana kematangan pengikutnya, ulama dan paderi telah mengelakkan dari tercetusnya apa-apa yang kurang diingini. Najib tidak melakukan apa-apa untuk mententeramkan keadaan, malah dia telah dituduh menjadi dalang di belakang wayang koktail Molotov 2010 dan beberapa serangan terhadap gereja. Orang Melayu yang Islam terutamanya telah menjadi topic berita seperti pembuangan bayi yang lahir diluar nikah, Mat Rempit yang mengganas di jalan raya, meningkatnya penagihan dadah di kalangan orang Melayu dan rasuah oleh penjawat awam yang sebahagian besarnya Melayu juga semakin meningkat. UMNO sentiasa akan mendakwa bahawa merekalah yang membina masjid dan institusi-institusi Islam dan Malaysia telah mempunyai sistem perbankan Islam yang maju tetapi mereka tidak mahu mengakui segala masalah yang dihadapi oleh orang Melayu Islam bersifat spiritual, tidak kira sebesar, secantik manapun masjid-masjid itu, jiwa akan tetap kosong. Jadi apakah yang telah dilakukan oleh Najib bagi menghadapi semua ini? Adakah legasi yang ditinggalkannya untuk orang Melayu, walaupun tidak melakukan apa-apa untuk kaum lain. Sedih untuk diakui bahawa Najib tidak pernah berbuat apa pun. Jadi, bagaimanakah dia boleh diingati sebagai Bapa Transformasi?- Malaysia Chronicle | ||
Bob Lokman beri keterangan kepada Jaip 5 Jan Posted: 29 Dec 2011 05:06 AM PST
| ||
Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri Posted: 29 Dec 2011 05:02 AM PST
| ||
Posted: 29 Dec 2011 04:59 AM PST
| ||
Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu Posted: 29 Dec 2011 04:52 AM PST
| ||
Posted: 29 Dec 2011 04:48 AM PST KUALA LUMPUR — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini. Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat. "Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan. "PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar," katanya. Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS. "Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri," tambahnya. Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini. "Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya," katanya lagi. Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insider sebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja. Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat." "Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi. | ||
Harakahdaily pertahan berita, siar transkrip sumbernya Posted: 29 Dec 2011 04:44 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali. Demikian menurut posting yang dibuat Harakahdaily awal petang ini, sebagaimana yang disiarkan laman web milik PAS itu. Untuk membuktikan pihaknya tidak memutarbelitkan berita sebagaimana yang didakwa Hasan, laman web itu menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz (gambar) semalam. Turut disiarkan Harakahdaily adalah video kenyataan Nik Aziz kepada wartawan semasa beliau melawat hakisan pantai Irama, Bachok semalam. Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam membuat satu kenyataan kepada media membantah laporan yang dibuat Harakahdaily semalam. Hasan Ali mendakwa, "Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," jelasnya. Dalam transkrip sidang media yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Nik Aziz jelas berkata, Hasan Ali datang ke Kota Bharu dan meminta maaf dari pemimpin PAS di samping menarik balik kenyataannya. Nik Aziz pula memuji tindakan Hasan itu dengan menyifatkannya sebagai anak jantan. Berikut adalah transkrip penuh sidang media Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember: Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Nik Aziz: Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? Nik Aziz: JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha ... Nik Aziz: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" — "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" — "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Nik Aziz: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Nik Aziz: Ada peluang apa lagi lah ... baik. | ||
Perkasa: Kenyataan Rev Eu terhadap Artikel 153 ‘bermotifkan politik’ Posted: 29 Dec 2011 04:43 AM PST KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menuduh pemimpin gereja Kristian yang membangkitkan perkara berkaitan Artikel 153 Perlembagaan ketika sambutan Krismas lalu berunsurkan politik. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menggelarnya sebagai 'provokatif' dan mengemukakan teori terdapatnya hubungan antara kenyataan Reverend Dr Eu Hong Seng dengan pilihan raya umum akan datang. "Saya percaya kenyataan Dr Eu itu didorong oleh unsur politik kerana pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi. Terdapat motif politik di sini yang saya lihat cubaan untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan kerajaan tidak berlaku adil terhadap bangsa lain. "Itu matlamat Dr Eu. Artikel 153 tidak boleh dipersoalkan ... terdapat motif politik untuk menghapuskan hak Melayu," katanya kepada pemberita di sini. Pengerusi Kristian Avengelica Nasional (NEFC) itu ketika sambutan Krismas lalu membuat kenyataan bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan "membuli" sekiranya hanya melindungi hak sesetengah kumpulan etnik sahaja. Artikel 153 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk "memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk Pribumi Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan kaum lain sepertimana peruntukan Artikel ini". Dalam ucapannya, Eu menekankan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan hak Melayu dan Bumiputera, serta Sultan, tetapi "apa yang menjadi masalah adalah 'perpindahan hak' majoriti. Kenyataannya itu telah membuatkan Presiden Perkasa mendesak polis segera menyiasat Eu. Ibrahim, beserta Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar termasuk 30 ahlinya membuat laporan polis terhadap Eu berdasarkan artikel yang dikeluarkan The Malaysian Insider dan beberapa penerbitan lain. Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, kenyataan Eu itu harus disiasat dengan serius oleh pihak polis, kerana ucapan tersebut di buat dalam majlis yang dihadiri oleh ahli politik bukan Melayu daripada Barisan Nasional, seperti MCA dan Gerakan termasuk parti pembangkang seperti DAP dan PKR. Abdul Rahman pula menyatakan Article 153 bukan sahaja melindungi hak Melayu, bahkan juga termasuk Bumiputera di Sabah and Sarawak, yang majoritinya beragama Kristian. Menurutnya, kenyataan Eu itu bersifat menghasut dan menuntut polis menyiasat pemimpin Kristian itu di bawah Akta Hasutan. Abdul Rahman turut menyelar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang hadir di majlis berkenaan tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Eu. "Kami kecewa kerana Koh melepaskan orang yang melakukan perkara sedemikian." Eu masih lagi tetap dengan pendiriannya bahawa "seseorang perlu menyuarakannya". Pembangkang mendakwa, peruntukan berkenaan telah dimanipulasi oleh Umno dan sekarang digunakan sebagai "senjata". Sementara itu, Pakar Perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa Artikel 153 membawa maksud Raja mesti menjaga kepentingan dan hak istimewa Bumiputera tanpa meminggirkan hak dan peranan kaum lain. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin pula sebelum ini telah menafikan dakwaan peruntukan tersebut membuli kaum lain. | ||
Klang Bakal Contohi Keindahan Xaimen Posted: 29 Dec 2011 04:41 AM PST Oleh Hafizan Taib KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan meningkatkan prasarana dan kemudahan di bandar ini dalam merealisasikan hasrat menjadikan Klang sebagai Bandaraya Diraja menjelang 2015. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu juga akan mengadakan lawatan ke Xiamen, China pada 13 hingga 17 Januari depan bagi memperkukuhkan hubungaan antara dua pihak di samping meninjau kelebihan bandaraya itu yang terkenal sebagai bandaraya terbersih dan tercantik dari segi pembangunan landskapnya. Pemangku Yang DiPertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, pihaknya sudah memulakan perancangan itu dengan pembangunan landskap di sekitar bandar terutamanya di tebing Sungai Klang menerusi penanaman pelbagai jenis pokok. Menurutnya, usaha dilakukan itu dipersetujui Jabatan Pengaliran Selangor (JPS) dengan kerja pemulaan melibatkan pembersihan rezab sungai untuk penanaman pokok-pokok dikenali sebagai 'rolia' dan 'helicornia'. "Kami akan tanam banyak-banyak di tebing Sungai Klang. Bila dah naik dalam masa tiga bulan kita akan panggil rakyat untuk datang ke nurseri kita yang kita panggil 'Nurseri Rakyat'. kita bagi rakyat percuma supaya sama-sama cantikkan Klang," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK di sini hari ini. Ikhsan berkata, lawatan yang akan dilakukan ke Xiamen adalah bagi membalas kunjungan hormat delegasi bandaraya itu ke bandar ini pada Oktober lalu. "Mereka berminat untuk bekerjasama, itu sebabnya kita adakan satu persefahaman 'Friendly City' antara MPK dan Xiamen. "Xiamen ialah antara sepuluh terbaik sebagai bandaraya paling bersih di China dan bandaraya paling baik dari segi landskap. Jadi memang kami cari 'benchmark' untuk MPK bandaraya mana yang kami nak ikut sebab kami sedang buat kertaskerja untuk menjadikan Klang sebagai bandaraya Klang Diraja," katanya. Beliau berkata, MPK boleh mencontohi Xiamen dari aspek pembersihan, penguatkuasaan serta sistem pelupusan sampah yang dipraktikkannya selain kecantikan landskapnya. Menurutnya, MPK juga akan membangunkan kawasan peranginan Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang supaya Klang menjadi kawasan tumpunan ramai pada masa akan datang. Katanya, pembangunan kawasan peranginan itu melibatkan kos lebih kurang RM5 juta. "Apabila kita mempunyai visi untuk menjadi bandaraya, mestilah ada tempat peranginan untuk pelancong dan pelawat. Kita dapati Tanjung Harapan ini adalah lokasi terbaik," katanya. | ||
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Bersama 439 Ahli Keluar Parti Posted: 29 Dec 2011 04:39 AM PST TVS NEWS GEORGE TOWN : Kepincangan dan kemelut dalaman MCA tidak dapat disembunyikan lagi apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahli yang lain bertindak keluar parti malam tadi. Dalam satu tindakan yang mengejutkan itu, menyaksikan Eng meletak semua jawatan dalam parti selain mendakwa tindakannya itu adalah kerana kecewa dengan kepimpinan MCA, lapor Malaysia Kini. Keputusan keluar parti itu bagaimana pun mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan. Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka. Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri. Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas. | ||
Kerajaan Selangor Sediakan Banyak Tanah Simpanan Untuk Bina Sekolah Posted: 29 Dec 2011 04:32 AM PST Oleh Afix Redzuan SHAH ALAM: Selangor memiliki beberapa rizab tanah simpanan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan sekolah baru di negeri ini. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, Dr Xavier Jeyakumar berkata, beberapa pemaju besar di negeri ini memiliki kapisiti tanah yang besar yang boleh dibangunkan Jabatan Pendidikan sebagai kawasan sekolah pada bila-bila masa. "Walaupun kita telah menyediakan beberapa tanah untuk pembinaan sekolah di Selangor, malangnya ianya dibiarkan dan pembinaan sekolah kita tidak nampak. Oleh itu kita membuat keputusan di mana tanah-tanah sekolah yang dikemukakan pemaju kepada kerajaan negeri dalam pelan-pelan mereka untuk kelulusan daripada perancang bandar negeri, tanah tanah itu akan disimpan dibawah pejabat tanah dan galian. "Bila Jabatan Pendidikan bersedia untuk membina mana-mana sekolah, kita akan beritahu mereka tanah yang telah disiapkan untuk sekolah," katanya. Jelas beliau, kerajaan negeri juga sedang merancang pembinaan beberapa sekolah tamil baru seperti Sekolah Tamil Coalfields di Ijok memandangkan terdapat pembangunan pesat di kawasan antara Kuala Lumpur dan Kepong. Dijangkakan pembinaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan siap dalam tempoh satu tahun setengah. "Sekarang kita perlu lebih sekolah tamil di dalam bandar. Sudah penuh di seluruh Shah Alam. Kita perlu sekolah-sekolah baru. Kerajaan negeri sudah memberikan tanah kepada tiga tempat dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan untuk pembinaan. Satu di Sentosa (3 ekar), Desa Mentari (1 ½ Ekar) sementara di PJS 1 yang telah diberikan sejak zaman Barisan Nasional. "Sekarang kita telah buat semakan, dan tiga jenis sekolah akan dibina di kawasan itu iaitu sekolah kebangsaan, sekolah cina yang sudah dibina, dan sekolah tamil. "Malangnya dalam tiga tahun setengah ini walaupun kita telah menghubungi pihak Jabatan Pendidikan namun sampai sekarang kita tidak nampak perancangan oleh kerajaan pusat untuk membina sekolah," katanya. Kesan daripada ini katanya, pihak PIBG sekolah terpaksa mengutip dana untuk membina kelas tambahan dan ini menjadi beban besar kepada mereka. Sementara itu, Xavier berharap agar projek pembinaan SRJK(T) Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam dapat disiapkan lebih awal pada Februari 2012 memandangkan jangkaan asal projek ini bakal siap pada Mac 2012. "Saya teruja melihat perkembangngan projek ini memandangkan sebelum ini khususnya sekolah tamil, tidak ada sekolah tamil dibina dengan kelengkapan sepenuhnya. Saya diberitahu tarikh akhir yang telah diberikan kepada MBSA ialah pertengahan bulan Mac. "Tapi saya minta pihak kontraktor untuk mempercepatkan proses penyerahan pada bulan Februari sebab kita ada perancangan untuk mengadakan perasmian pembukaan yang akan dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya. Sekolah ini memiliki 24 buah kelas, satu dewan besar yang boleh memuatkan 130 buah meja, makmal sains, bilik guru dan beberapa infrastruktur lain. Beliau menambah, kawasan permainan akan dinaiktaraf di kawasan ini memandangkan pembinanan sekolah ini menggunakan sedikit ruang kawasan yang menempatkan tapak permainan untuk penduduk setempat. Kerajaan negeri memberikan peruntukan pembinaan sekolah sebanyak RM3 juta sementara pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah turut mengadakan kutipan dana untuk menampung perbelanjaan. Ujar beliau lagi, tanah ini juga akan diwartakan kepada nama sekolah setelah ianya siap sepenuhnya. | ||
Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011 Posted: 29 Dec 2011 04:26 AM PST KEADILAN DAILY Januari Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mempunyai pejabat sendiri, Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) yang diguna Rosmah mencetuskan kontroversi kerana ia adalah gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong. - Badan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integirty (GFI) mendedahkan pengaliran keluar wang haram sebanyak RM888 bilion di antara tahun 2000 ke 2009. Wang haram adalah daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai. - Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008. Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Sulaiman Taha meninggal pada 17 Disember 2010 Februari - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk Presiden Mesir. Mac - Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional. - Trio 'Datuk T' menyebarkan video fitnah yang cuba memburukkan nama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. April - Pilihan raya umum Sarawak berlangsung pada 16 April. Pakatan Rakyat mengorak langkah di dengan memenangi 15 kerusi . - Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Kadir Hashim ditahan secara kejam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 20 hari. - Sebuah syarikat hampir muflis, Tricubes Berhad dianugerahkan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta. Tricubes Berhad adalah syarikat di bawah CIMB Group yang dimiliki adik Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak. - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana 'jatuh' dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Mei 1. Felda didedahkan meminjam wang RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pinjaman itu mengundang kontroversi kerana ia dibuat sewaktu menteri bertanggungjawab, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan Felda kukuh. Jun - Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen membelanjakan RM1.8 juta untuk menyelenggara laman Facebook. Kontrak dianugerahkan kepada Impact Creations Sdn Bhd, sebuah syarikat IT dipercayai pemiliknya rakan Ng Yen Yen. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir Baharom menyelewengkan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membayar yuran guaman peribadi dalam usahanya menghalang kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merisik pertunangan anak perempuan mereka di Kazakhstan menggunakan wang rakyat. Ia dibuat 'serentak' dengan Persidangan Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Kazakhstan . - Remaja mangsa kekejaman polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei disahkan dibunuh dari jarak dekat dalam keadaan melutut. Julai - Enam orang pimpinan Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan di bawah Ordinan Darurat sewaktu berkempen untuk menamatkan rejim pemerintahan BN selama 54 tahun. - Lebih 70 ribu rakyat keluar berdemonstrasi pada 9 Julai menuntut pilihan raya bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perubahan dalam pilihan raya umum. Seorang peserta, Baharuddin Ahmad yang mati akibat dinafikan bantuan perubatan oleh polis. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membawa masuk secara rahsia cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari Jacob & Co, saudagar permata di Amerika Syarikat. Beliau mengelak dakwaan itu tetapi kemudiannya mendakwa cincin itu hanya transit ke Malaysia sebelum dihantar ke Kazakhstan. - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia akibat barah paru-paru. Ogos - Najib Razak membayar RM84 juta kepada sebuah firma penyiaran FBC Media untuk menerbitkan dan melobi slot penyiaran dokumentari bagi memperbaiki imej buruknya di peringkat antarabangsa. - Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya ditubuhkan September - Sebuah syarikat berkaitan arak dimiliki anak Dr Mahathir Mohamad mengambil alih syarikat minyak, Exxon Mobil Corporation. San Miguel Corporation menguasai 65 peratus saham Esso Malaysia Berhad (EMB). Oktober - Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara .Hutang negara mencecah RM437 bilion berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari digantung tugas oleh UIA kerana menyuarakan pendapat dalam isu serbuan gereja di Petaling Jaya. - KEADILAN mendedahkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil menyalahguna wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluarganya National Feedlot Corporation (NFC). NFC menggunakan wang RM250 juta itu untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, seunit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, melancong ke luar negara, menunaikan umrah serta pemberian diskaun pembelian daging yang dibuat rangkaian restoran keluarga Shahrizat. November - Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd, sekaligus menyaksikan harga saham syarikat berkenaan melonjak paling tinggi . - Kedai Rakyat 1Malaysia yang dimiliki rangkaian pasaraya Mydin dan menerima subsidi berjumlah RM40 juta didedahkan menjual barangan pada harga yang lebih mahal berbanding hypermarket lain. Kualiti barangan yang dijual tidak memenuhi piawaian, sos tiram 1Malaysia diarah ditarik balik dari pasaran oleh Kementerian Kesihatan kerana melanggar Akta Peraturan Makanan 1985. - 10 orang ditahan di Sabah di bawah ISA walau pun Perdana Menteri mengumumkan ISA dimansuhkan dalam bulan September. - Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun mendapat tentangan. Lebih 1000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta itu pada 29 November. Disember - Aktivis mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bertindak berani menurunkan bendera wajah Najib di PWTC pada 17 lalu diganti dengan bendera 'Kebebasan Akademik'. - Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat. Ia didedahkan NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF). - Selepas berbohong dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau. KEADILAN mendedahkan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997. | ||
Pakatan Rakyat tekad mansuh Auku – Anwar Posted: 29 Dec 2011 04:25 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tekad untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sekiranya menerajui Putrajaya kelak. "Saya mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual," katanya dalam satu kenyataan. Ketua Umum KEADILAN itu turut menggesa kerajaan agar menghentikan segala tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana dilihat seakan takut dengan kelompok mahasiswa. "Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. "Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus," "Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan," kata Anwar. Tambah beliau, tindakan menghukum menggunakan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. Anwar turut membidas janji komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Auku dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian hanyalah omong kosong. Pada 23 Disember lalu, Adam Adli Abdul Halim menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam. Ia berikutan tindakannya menurunkan bendera Najib selepas Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya sekumpulan penyokong Umno. | ||
KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat Posted: 29 Dec 2011 04:25 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : KEADILAN mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk membersihkan nama kerana menggunakan duit zakat bagi membayar kos guaman peribadi. "Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia segera tampil ke hadapan. Bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," kata Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi, Jun 2011 lalu, Ketua Audit Negara mengesahkan Jamil menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar kos guaman pembatalan kes qazaf oleh Anwar. Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail bersekngkol apabila tidak menyebut 'pendahuluan RM63,650 daripada wang zakat yang digunakan Jamil. Malah katanya Yamin Ismail menyalahkan Ketua Pembangkang dan pihak-pihak tertentu kononnya menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam. Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan sebarang salahguna wang zakat selain daripada untuk asnaf yang lapan adalah salah dan dosa besar. "Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," kata ADUN Seri Setia itu. Nik turut mempersoalkan mengapa wujud pilih kasih dalam kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini. "Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat,"ujarnya. | ||
Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa Posted: 29 Dec 2011 04:17 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR– Penerbangan untuk Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih sukar dan mahal selepas ini kerana Firefly tidak akan akan lagi menjalankan perkhidmatan di negeri-negeri tersebut. Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata, kolaborasi MAS-Air Asia dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu Air Asia sendiri, manakala rakyat menderita. "Dengan MAS dan Firefly menghadkan penerbangannya, Air Asialah yang memonopoli laluan-laluan udara tertentu. Sebagai contoh, laluan Sandakan-KL sudah menjadi monopoli Air Asia sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, dengan jumlah penerbangan yang kurang dan harga pula lebih mahal, ia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah tidak baik untuk ekonomi. Beliau menjelaskan, institut kajian Research for Social Advancement (REFSA) telah mengenal pasti beberapa pekara utama: 1. Kurang penerbangan bermaksud kurangnya pekerjaan untuk staf di udara dan di lapangan. Ini juga bermaksud gaji lebih rendah, kurang peluang perkerjaan, dan kurang kuasa perbelanjaan. 2. Ia juga memberi impak terhadap perniagaan yang bergantung kepada penerbangan udara tersebut seperti teksi, hotel, restoran, penjaja dan sebagainya yang amat berharap dan bergantung kepada pengguna penerbangan tersebut. 3. Dalam jangka masa panjang, situasi ini juga akan menyebabkan semakin kurang peluang untuk bertemu, berbincang dan menghasilkan produktiviti ekonomi. Liew berkata, walau pun alasan kolaborasi MAS-Air Asia dikatakan membuka peluang untuk semua, yang tersurat adalah Firefly telah diikat sayapnya. "Sudahlah orang di Johor kecewa dengan pembatalan penerbangan, Firefly mengalami penurunan kadar 30 peratus di hub sendiri di Subang," tambah beliau. Para pekerja Firefly juga gelisah kerana tidak pasti dengan nasib mereka. Jika dahulu saingan mereka yang utama ialah pemilik Air Asia Tan Sri Tony Fernandes, kini beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat induk mereka. Menurut Liew, adalah lumrah bahawa kebanyakan staf Firefly mahu 'melompat kapal' untuk masa depan yang lebih terjamin, dan kehancuran Firefly juga mengurangkan lagi jumlah pilihan pengguna. "Penambahan pilihan, pengurangan kos, menggalakan persaingan, kesaling hubungan adalah amat penting untuk kemajuan negara," ujarnya. Beliau yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP berkata, kolaborasi yang berbentuk monopoli itu harus dihalang sebelum lebih berpuluh ribu rakyat Malaysia terjejas dengan pembatalan penerbangan, kehilangan mata pencarian mereka, dan pengecilan gaji. "Semoga lebih banyak perkhidmatan dan pilihan diberi kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak agar mereka dapat pulang dengan selamat, murah, dan mudah," katanya. – | ||
Selangor mungkin tidak bubar DUN jika PRU awal Posted: 29 Dec 2011 04:15 AM PST Oleh Amaluddin Zhafir SHAH ALAM– Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yakin dengan prestasi ekonomi negeri dan kekuatan jentera pilihan rayanya untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum Jun 2012. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tidak ada bahayanya jika kerajaan negeri mengadakan pilihan raya lewat daripada PRU13 walau pun menyedari negeri itu akan menjadi sasaran khusus oleh jentera Barisan Nasional. Katanya, sama ada pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU13 atau tidak, ia tidak menjadi masalah kerana yang lebih penting ialah apa yang rakyat dapat melalui pelbagai program-program yang telah dilaksanakan kerajaan negeri. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kerajaan negeri telah pun meluluskan Belanjawan Selangor 2012 yang mana diperuntukkan RM1.6 bilion bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat. "Kalau tahun depan ada pilihan raya dalam dua atau tiga bulan pertama, bagaimana saya sempat terjemahkan belanjawan itu kepada rakyat Selangor?" "Hujah saya ialah, saya mahu membuktikan kepada rakyat tanpa mengira apa yang kerajaan persekutuan buat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat sebaik mungkin yang setakat yang saya fikir saya mampu lakukan," katanya kepada Roketkini. Jelas Khalid, Selangor adalah gambaran kepada ekonomi Malaysia kerana negeri itu menyumbangkan tidak kurang dari 25 peratus dari ekonomi Malaysia. "Itulah sebabnya BN tidak tidur lena. Ekonomi Selangor akan melonjak dengan pelbagai program dan urus niaga yang akan dilakukan. "Negeri-negeri di bawah UMNO akan berhadapan masalah, tetapi Selangor tidak akan berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti itu," katanya. Tambah beliau, sama ada bahaya atau tidak kepada Pakatan jika Selangor mengadakan pilihan raya selepas Jun 2012, ianya terletak kepada rakyat. "Anggarkan begini, cuma ada dua kesan yakni kita kalah atau menang. Jika kita menang, jelas usaha kita mendapat sambutan rakyat. Jika kita kalah, kita masih ada peluang lagi pada pilihan raya seteusnya (PRU14)… Kita perlu lawan kembali sehingga menang," katanya. – Roketkini.com | ||
Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka? Posted: 29 Dec 2011 04:02 AM PST Timbulnya dakwaan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Agama) guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dah lama sebenarnya sekitar bulan Jun 2011. Walaubagaimanapun, pada masa itu Jamir Khir menafikan tuduhan yang mengatakan beliau gunakan wang zakat untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Anwar Ibrahim. Ini laporan berita tersebut : Sumber : Utusan Malaysia Bersama-sama ini kami lampirkan surat yang ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar mengenai penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kes ini mudah sahaja untuk difahami
Selain itu, dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,650.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini yang berjaya diselongkar & dan diketahui ramai. Yang tidak berjaya dikesan? P/S : Apa pandangan anda, boleh atau tidak kita guna wang zakat yang bukan hak kita tidak kira jumlahnya kecil apatah lagi jumlah besar untuk kepentingan peribadi & sendiri walaupun kita sudahpun membayarnya semula? | ||
Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno Posted: 28 Dec 2011 04:00 PM PST
| ||
Pemimpin PAS berjiwa besar, junjung ukhwah Posted: 28 Dec 2011 03:57 PM PST
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan