DUNIACACAMARBA |
- [Video + Gambar] Yang Mana Perbuatan Jenayah: Turun Bendera Najib atau Ugutan dan Cubaan Mencederakan Orang?
- Gadis IPTA Dirogol Teman Lelaki Alami Pendarahan & Trauma
- Berhijab Pun Boleh Bersukan!
- [Video-Lawak] Mamat Sebelah Awek Seksi UGUT Mahu Tampar & Ludah Mahasiswa
- Kim Jong-Il Meninggal Dunia
- Anwar Enggan Bersumpah: Dua Isu - Fakta World Bank, Akta Rahsia Rasmi
Posted: 19 Dec 2011 06:00 AM PST Saya olah berita yang saya salin dan tampal dari blog Edyes/AntaraPos dan Malaysia Kini. Ekoran kejadian menurun bendera Najib di PWTC Sabtu lalu, Adam Adli mahasiswa UPSI yang dikatakan menurunkan bendera tersebut kini menjadi sasaran ugutan dan tindakan fizikal penyokong tegar/ macai UMCO. Adam yang turut mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Selain keluarganya di PP menerima ugutan daripada pihak yang mendakwa sebagai ahli sebuah pertubuhan Melayu, kekecohan turut berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali. Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan daripada pihak tertentu. Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa. Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno. "Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO. "Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau. "Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya. Sebelum ini, Pemuda UMCO yang diketuai Arman dalam sebuah video di Youtube mengugut untuk menampar dan meludah mahasiswa yang terlibat dalam demontrasi Sabtu lalu. Lihat video di sini.
Sementara itu, penganjur perhimpunan Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana beranggapan tindakan itu merupakan hak mereka untuk bersuara. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib. Katanya, tindakan itu ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diumum akan dimansuhkan. Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf. P/s: Sejarah tercipta, mahasiswa turunkan bendera Najib, Presiden UMCO! Menurut MK, kumpulan mahasiswa itu merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas Presiden Umno. Mereka kemudiannya menggantikan bendera itu dengan kain rentang prokebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkan bendera Najib semula. Tiada tindakan kurang ajar, menghina seperti memijak, meludah, dan lain-lain terhadap bendera Najib. | ||
Gadis IPTA Dirogol Teman Lelaki Alami Pendarahan & Trauma Posted: 19 Dec 2011 04:00 AM PST Saya petik: [HM] MELAKA - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin. Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang. Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar berkenaan ditemui anggota polis yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan bersandar di dinding hotel tersebut. "Ketika ditemui kira-kira 7 petang, terdapat darah di bahagian bawah pakaian mangsa menyebabkan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Melaka, di sini bagi mendapatkan rawatan. "Siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian keluar bersama tiga lagi rakan yang lain sebelum rakan-rakannya ke tempat lain dan dia menemui suspek," katanya. Menurut Raja Shahrom, mangsa dipercayai panik berikutan kejadian menimpanya, selain mengalami pendarahan dan kini masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. "Kami belum lagi dapat meneruskan siasatan beriku-tan mangsa yang berada di hospital masih trauma dan siasatan diteruskan sebaik saja keadaannya kembali stabil. "Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. - (berita penuh disalin dari GB) P/s: Cari penyakit! | ||
Posted: 19 Dec 2011 03:29 AM PST
P/s: Terbaik! | ||
[Video-Lawak] Mamat Sebelah Awek Seksi UGUT Mahu Tampar & Ludah Mahasiswa Posted: 19 Dec 2011 12:18 AM PST Mukadimah tiada, salam pun tiada. Tiba-tiba terus mengeluarkan kata-kata kasar, tidak ubah seperti orang yang hilang akal. Macam inikah pemimpin muda UMCO? Tiada diplomasi dan budi bahasa ketika mengutarakan kata-kata. Mamat ini mengaku panglima perang, panglima Melayu. Kalau betul berani dan hebat, pergilah ke Palestine berjuang kerana Allah, mudah-mudahan syahid. Dia menuduh mahasiswa sebagai macai dan kuda DSAI, apa kepentingan yang dapat diperoleh Anwar dan pembangkang dalam isu ini? Hal yang dibantah berkaitan dengan AUKU. Jika AUKU dimansuhkan BeNd dan PR sudah tentu dapat manfaatnya. Lainlah kalau mamat ini yakin bahawa golongan mahasiswa majoritinya penyokong PR. Yang pasti mamat ini dan geng adalah macai Najib kerana jelas dia berkelakuan sedemikian kerana mahu mempertahankan bendera Najib. Yang paling lawak, dia meludah diri sendiri. Bingai! Berkaitan: | ||
Posted: 18 Dec 2011 11:32 PM PST Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, seperti yang dipetik oleh Reuters daripada media rasmi negara itu. Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu "meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang". Agensi itu menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an. "Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera dan orang awam," kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian serba hitam sambil menangis. Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam. Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008. Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir. Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember. Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. | ||
Anwar Enggan Bersumpah: Dua Isu - Fakta World Bank, Akta Rahsia Rasmi Posted: 18 Dec 2011 10:24 PM PST Saya petik: [SH] GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah laknat di masjid dengan memegang al-Quran berhubung kenyataannya mengenai bantuan kewangan daripada Bank Dunia. Anwar turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu berdasarkan fakta dan laporan tahunan dikeluarkan Bank Dunia sendiri dan sumpah laknat seperti dicabar Dr Mahathir adalah tidak perlu dilakukan. "Untuk apa bersumpah laknat? Ini soal rasuah, soal penipuan, soal jenayah, jawapan bukan dengan bersumpah. Kita tahu hukum mufti, ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan. Saya sudah keluarkan laporan Bank Dunia yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar PKR untuk tahun 1999 dan 2000. Ini adalah laporan daripada Bank Dunia sendiri yang mengesahkan kelulusan atas permohonan Kerajaan Malaysia. "Oleh itu, dengan laporan itu dan bukti yang didedahkan, saya tidak perlu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang diminta Dr Mahathir," katanya di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang. Kelmarin, Dr Mahathir meminta Anwar mengemukakan surat yang konon ditulisnya selain menafikan bahawa beliau tidak pernah berbuat demikian serta mencabar melakukan sumpah laknat memegang al-Quran. Menjawab soalan media berhubung Dr Mahathir ada memintanya menunjukkan surat yang kononnya ditulis Dr Mahathir kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999, Anwar berkata, itu hanya helah semata-mata. "Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat dihantar kerajaan, ini hanya helah sajalah. Mana saya ada simpan fail atau surat. Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Sekarang ini, buktinya ialah rekod kenyataan Bank Dunia, segala laporan tahunan, apa bentuk pinjaman kepada kerajaan dari 1999 dan berikutnya," katanya. Khamis lalu, Anwar mendakwa Dr Mahathir ada menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan dana ketika negara mengalami krisis kewangan 1999. Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu majlis makan malam bagi membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam ucapannya, Anwar berkata, pada 1993, Dr Mahathir pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan. Bagaimanapun, pada 1999, Dr Mahathir dikatakan menulis surat kembali bagi merayu dana dan pinjaman. P/s: Saya setuju sangat dengan pendapat DSAI. Pertama, fakta pinjaman Malaysia ada di laman sesawang World Bank. Kedua, Anwar tidak boleh mengemukakan surat rayuan itu kerana Akta Rahsia Rami (OSA). Bagaimana mungkin Anwar boleh menyimpan surat itu. Tambahan, jika bersumpah itu boleh melepaskan seseorang daripada penipuan dan kesalahan, saya jamin penjara di negara ini akan kosong . |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan