DIALOG RAKYAT |
- Tubuh JK Parlimen atau saya terus dedahkan - Tony Pua
- Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain
- Kita mahu ambil kuasa dari orang gila'
- Kenapa Mahathir mahu PRU-13 diadakan awal?
- Najib memerangkap diri sendiri, menghancurkan BN dengan keputusan Anwar ‘bersalah’
- Undi tidak percaya terhadap sistem pilihanraya Malaysia
- ‘Dr M, pusing belakang, Alif-Lam-Lam-Ha!’
- 3 dokumen Bank Dunia bukti Dr M bohong
- PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M
- Najib tetap di Pekan
- AMK: Kenapa k'jaan tergesa-gesa dengan SBPA?
- SPR setuju dakwat kekal, undi awal
- 'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf
Tubuh JK Parlimen atau saya terus dedahkan - Tony Pua Posted: 19 Dec 2011 01:30 AM PST
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isu masjid: Dah berak merata, jangan tuduh orang lain Posted: 19 Dec 2011 01:24 AM PST Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN. Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini. Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan. "JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya. Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam. Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi 'ggabus' Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang. Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas. Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi. Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri. Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui. Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka. Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno. Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak. Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain. -harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kita mahu ambil kuasa dari orang gila' Posted: 19 Dec 2011 01:14 AM PST SHAH ALAM- "PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor. Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian dalam sessi khas dialog dengan beliau dan dua lagi rakannya di majlis "Bersama Dr Dzul, Malam Yang akan diingati" malam tadi. Majlis diadakan di Kelab Shah Alam dekat sini. Turut serta dalam dialog khas itu adalah Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP). Pengerusi dialog itu adalah Dr Abdul Aziz Bari, profesor undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa. Kenyataan Dr Dzulkefly ini dipercayai jawapan sinis kepada kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang sejak kebelakangan ini menuduh pemimpin Pakatan Rakyat gila kuasa apabila mahu berusaha merampas Putrajaya dari tangan BN. Menurut Dr Dzulkefly, fokus utama dalam pilihan raya umum ini adalah untuk mempastikan pilihan raya ini berjalan dalam suasana pilihan raya yang 'mempunyai padang yang sama rata'. Oleh itu, katanya, tidak berbangkit sangat bagi beliau Pakatan mempunyai peluang menang atau tidak dalam pilihan raya umum akan datang. "Kita hanya berusaha yang terbaik...supaya kita sentiasa optimis, saya letak sasaran kita adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil, bebas dan telus," kata Dr Dzulkefly yang menjadi tuan rumah malam tadi. Dalam dialog itu, Nurul Izzah berkata, pihaknya meletakkan ada harapan untuk Pakatan merampas Putrajaya untuk pilihan raya umum ke 13 ini. Namun pilihan raya hendaklah adil dan bebas. "Kita tidak bimbang kepada sokongan rakyat tetapi yang kita bimbang adalah peti undi itu...adakah ia akan benar-benar adil atau tidak...khasnya senarai pemilih yang ada," kata Nurul Izzah. Tony Pua pula lebih optimis Pakatan akan menang dan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 14 nanti bukan yang ke 13 ini. "Saya nampak dalam pilihan raya ini, orang Melayu tidak berapa bersedia lagi untuk berubah...mereka lebih yakin kepada Umno lagi walaupun sedar dari satu ringgit wang yang patut mereka terima, mereka hanya terima 20 sen sahaja, 80 sen lagi jatuh ke tangan pemimpin Umno. "Jadi, mereka hanya akan sedar setelah kerajaan tiada duit lagi untuk membayar kroni mereka selepas serangan ekonomi dan duit sudah tidak ada lagi untuk dibahagikan....dan ia hanya bakal berlaku menjelang pilihan raya ke 14 nanti bukan pilihan raya ini," kata Tony yang juga anggota Parlimen Petaling jaya Utara. Namun, Tony masih memberi harapan Pakatan masih boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke 13 ini. "Menjelas pilihan raya ke 12 lalu, ada orang bertanya, boleh ke kita dapat menafikan dua pertiga kuasa BN apabila kita giat kempen ke arah itu. "Saya kata, saya tidak percaya kita boleh berbuat demikian. Tetapi apa yang berlaku, kita berjaya nafikan dua pertiga BN. "Saya harap saya salah lagi dalam pilihan raya ini," kata Tony Pua dengan disambut tepukan gemuruh para tetamu malam tadi. -harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kenapa Mahathir mahu PRU-13 diadakan awal? Posted: 19 Dec 2011 01:01 AM PST Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle Pilihan raya adalah penentu masa depan negara. Dalam politik, perubahan kepimpinan tidak dapat dielakkan seperti yang telah terbukti dalam revolusi Arab baru-baru ini, dan pencabar akhir Vladimir Putin iaitu Mikhail Prokhorov dalam pilihan raya presiden Rusia yang akan datang. UMNO juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perubahan dalam hierarki politik, tetapi untuk menerima kemahuan ahli-ahlinya , kecuali beberapa 'gerakan' dilancarkan untuk mengekalkan status quo, walaupun bersifat sementara. Arus perubahan akhirnya berlaku untuk UMNO dan kuasa yang bakal mencetuskan arus ini adalah tidak lain daripada kesalahan dan perbuatan-perbuatan zalim UMNO itu sendiri. Orang yang berkuasa Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri, meramalkan perkara ini akan berlaku dan muncul semula untuk merebut peluang untuk merealisasikan agenda peribadinya. Beliau telah menyarankan agar Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan awal tahun depan. Walaupun begitu, persepsi awam beranggapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin juga mahu PRU-13 diadakan awal tahun depan, selepas gula-gula pilihan raya diumumkan pada bulan Oktober, tiada siapa yang boleh menjangka bila sebenarnya ia akan berlaku. Ketiga-tiga mereka sedang berada dalam perebutan kuasa untuk UMNO, dan sedang bermain dalam permainan dalam usaha untuk memastikan yang lain di akankalah. Walaupun mempunyai kelebihan sebagai penyandangjawatan utama ketika ini, Najib sebenarnya mempunyai kelemhannya sendiri. Muhyiddin dan terutama sekali Mahathir telah dapat mengatasi nya dari pelbagai aspek. Selepas tepat dalam menjangkakan pergolakan politik dalam UMNO dan membuat pemantauan selama berbulan-bulan, Mahathir kini akan retak yang cukup besar sekarang. Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu; biarkan ia mejadi lebih parah lagi dan kemudian bergerak menggunakan kuasanya untuk sekali lagi menjadi wira yang menyelamatkan UMNO. Sepertimana yang rakyat Malaysia sedia maklum, apa yang Mahathir mahu, dia pasti dapat. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, Mahathir tidak akan membiarkan retak menjadi belah kerana itu akan mengundang bencana kepada keseluruhan UMNO. Dia tidak parti yang lemah, ia tidak sesuai dengan rancangannya. Perebutan kuasa Mahathir tahu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kedua-duanya sendiri tentang masing-masing. Najiba dalah Presiden Umno pada masa ini manakala Muhyiddin adalah Timbalan Presiden. Mahathir juga mempunyai pengaruh yang lebih daripada mereka, Najib mahupun Muhyiddin kurang tahu akan Mahathir. Selama ini, Mahathir memiliki kelebihan dan jika Muhyiddin dan Najib tidak bersatu dalam usaha mereka, mereka akan dikalahkan oleh lelaki berusia 86 tahun ini. Walau bagaimanapun, Mahathir tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai strategi politik yang aneh banyak daripada ketiga-tiga lelaki ini. Usaha-usaha mereka untuk menang dan muslihat antara satu sama lain telah mengelirukan semua,termasuk penyokong mereka sendiri. Malangnya, perebutan kuasa tiga segi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan di kalangan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Ini adalah mengapa Najib mendapat mandat semula untuk memilih calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dari kalangan yang mesti menang. Sesiapa yang tidak menyokong Najib kini terpaksa akur, dan ini sudah tentu tamparan yang hebat kepada Muhyiddin dan Mahathir. Namun, tiada seorang pun yang benar-benar melakukan secara terbuka - tanda yang tidak baik untuk Najib dan dia harus mengakui bahawa ahli-ahli lain menolak beliau kerana kepimpinannya yang lemah. Dan ini adalah peluang untuk kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir. Mahathir dan Muhyiddin telah mula meraih sokongan dari orang-orang yang ingin selamat dan perlu untuk mencari perlindungan dari kumpulan yang kuat atau yang lain. Baik Mahathir mahupun Muhyiddin perlu mendapat sokongan 100%. Selagi ada kuasa, mereka boleh membuat tawar-menawar dan inilah permainan politik UMNO. Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, Muhyiddin masih perlu untuk 'menunjukkan'kesetiaan kepada Najib, walaupun kurang kepada Mahathir. PRU ke 13 dan calon-calon UMNO Mandat yang diberikan kepada Najib memberikannya pilihan untuk menentukan calon-calon untuk PRU-13 berdasarkan kepada pemegang jawatan dalam UMNO sekarang di semua peringkat. Ramai yang telah memegang jawatan tersebut untuk beberapa lama dan agak yakin akan dipilih semula oleh Najib.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mungkin akan digugurkan. Ini adalah haknya untuk berbuat demikian. Perbalahan dalaman di dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Telah berada pada kemuncaknya sekarang dan satu demi satu nama-nama pemimpin yang akan digugurkan telah bocor tetapi tiada satu pun yang boleh disahkan lagi. Dengan menyarankan untuk PRU ke13 diadakan awal, Mahathir memberi isyarat yang dia mahu pertikaian dihentikan dengan cepat dan untuk mendapatkan senarai calon-calon boleh menang secepat yang mungkin. Kononnya, ini adalah untuk memastikan bahawa UMNO-BN mempunyai masa yang cukup untuk menghadapi PRU ke-13, yang bagaimanapun akan diadakan selewat mungkin. Atau sekurang-kurangnya sehingga iklim politik bertambah baik, kesan kes liwat Anwar dan keadaan ekonomi sedikit baik - cukup bagi rakyat untuk merasakan sedikit perubahan. Walau bagaimanapun, bantuan RM500 tunai keluarga berpendapatan rendah sedang diedarkan sekarang hingga Januari 2012 boleh kehilangan kesannya jika PRU ke-13 diadakan lebih lambat. Tetapi Najib, dengan sikap tak kisah terhadap dana awam, tidak akan mengambil berat tentang perkara ini. Mahathir walaupun memantau dengan teliti dan akan memulakan langkah seterusnya selepas memantau reaksi orang ramai. Senarai boleh menang Dalam pemilihan yang lalu, calon-calon yang dipilih pada saat-saat akhir menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO, terutama pihak yang bekerja dan ini membawa kepada keputusan PRU ke-12 yang teruk. Mahathir mahu mencegah ini daripada berlaku semula. Walau bagaimanapun mengadakan PRU ke- 13 selewat mungkin adalah kesempatan terbaik untuk Najib, kerana pemilihan calon tidak akan dicabar secara terbuka yang didakwanya sebagai sesuatu yang tidak baik untuk UMNO. Sebenarnya, Najib sudah pun mempunyai senarai calon-calon rahsia yang dikawal dengan rapi, mungkin hanya diketahui oleh Mansor Rosmah isteri beliau. Pembantu yang paling dekatnya tahu bahawa dia telah membuat keputusan tetapi tiada seorang pun tahu senarai penuh tersebut. Oleh itu, satu lagi sebab mengapa Mahathir meminta PRU ke-13 diadakan awal adalah kerana dia ingin tahu siapakah yang telah dipilih oleh Najib. Mahathir mahu memastikan yang dia mempunyai orang-orangnya di dalam senarai itu nanti. Mandat yang diberikan oleh ahli perhimpunan UMNO nampaknya tidak adil, ini kerana Najib hanya akan memilih orang-ornagnya – tanpa menghiraukan Mahathir dan Muhyiddin. Tetapi realitinya, baik Mahathir atau Muhyiddin tidak akan membiarkan Najib terlepas begitu mudah. Oleh itu, pertempuran yang senget diramalkan untuk UMNO adalah pada pemilihan dalaman parti yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas mengetahui senarai Najib, Mahathir akan membuat langkah seterusnya. Ini adalah mengapa dia perlu tahu sekarang kerana masa tidak menyebelahinya. Muhyiddin hanyalah orang pilihan kedua dan dia masih menunggu untuk gilirannya untuk aktif dalam perebutan kuasa ini. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang ada di dalam senarai itu! Dengan begitu banyak tekanan keatas Najib, ada kemungkinan dia akan perlu untuk memberi atau cuba untuk memuaskan hati dua orang pesaing hebatnya. Malah, masa tidak menyebelahi UMNO. Semua mata kini tertumpu pada senarai Najib. Malaysia Chronicle | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib memerangkap diri sendiri, menghancurkan BN dengan keputusan Anwar ‘bersalah’ Posted: 19 Dec 2011 12:59 AM PST Maclean Patrick, Stan Lee, Malaysia Chronicle Perbicaraan liwat II Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah lama membayangi landskap politik negara semenjak tiga tahun yang lalu. Hangat selepas pilihan raya umum 2008 yang melanda Pakatan Rakyat berkuat kuasa di lima buah negeri, Anwar dituduh liwat oleh pembantu lelaki berusia 27 tahun pada bulan Jun tahun yang sama. Masa dan pelaksanaan tuduhan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan gambaran jelas bahawa satu muslihat politik telah muncul untuk menafikan Pakatan Rakyat rentang yang lebih besar bagi PU-13 akan datang. Dan apa cara yang lebih baik daripada sasaran ketua pembangkang terbesar yang pertama di Malaysia. Malah, begitu jelas dan banyak pihak, termasuk Anwar sendiri, menjangkakan keputusan bersalah pada Januari 9, 2012. "Proses ini tidak adil. Ini bukan satu perbicaraan yang adil dan kami telah mengemukakan bukti yang cukup meyakinkan, menarik, yang tidak boleh dinafikan, untuk menyokongnya," Anwar memberitahu pemberita selepas perbicaraan itu berakhir. "Setelah berkata demikian, kita masih menaruh harapan bahawa kewarasan akan diguna pakai dan hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang." Tiada perbezaan Sesungguhnya, Anwar bersedia untuk hukuman penjara. Hukuman yang beliau sudah biasa kerana telah menghabiskan 6 tahun di penjara sebelum beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat dan dibebaskan pada tahun 2004. Keputusan bersalah Liwat II dapat melihat Anwar menghabiskan maksimum 20 tahun di dalam penjara, yang ramai percaya akan mengakhirkan kerjaya politik beliau. "Ia tidak menjadi sebarang perubahan - di penjara atau di luar, saya akan berjuang untuk keadilan," kata Anwar. Dengan atau tanpa pengakuan bersalah ke atas Anwar, hari-hari untuk Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah Malaysia sudah bernombor. Dalam tahun-tahun dari 1997 hingga 2008, tiada siapa yang pernah memberi pembangkang peluang untuk terus hidup menghadapi jentera BN yang besar dan licik. Tetapi bukan sahaja Pakatan terselamat, ia telah meningggalkan jejak. Prestasi yang tidak pernah dicapai dicatatkan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pemilihan terbaru menunjukkan Pakatan mendahului BN di beberapa negeri, termasuk Perak dan Selangor. Najib akan memastikan hukuman 'bersalah' dikeluarkan Tsunami politik 2008 bukan hanya kemenangan untuk Pakatan Rakyat. Ia merupakan satu revolusi yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia. Daripada 11 juta pengundi berdaftar, 7.94 juta membuang undi semasa PU-12. Daripada jumlah ini, 4.08 juta mengundi BN dan 3.79 juta mengundi Pakatan Rakyat. Dalam erti kata lain, 4.08 juta rakyat Malaysia membantu untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan hari ini, manakala 3.79 juta pengundi mengembalikan Pakatan di lima buah negeri. Tren ini perlu diperkukuhkan lagi dalam lebih atau kurang nombor yang sama pada PU-13. Landskap politik telah berubah sejak tahun 2008 dan berpihak kepada Pakatan Rakyat, lebih daripada BN. Apabila seseorang menambah faktor Anwar untuk campuran menggelegak rasa tidak puas hati orang ramai terhadap BN, skala sekali lagi mengarah ke Pakatan. Untuk Umno dan BN, Anwar masih masalah enigma. Masalah mereka dengan beliau dua kali ganda besarnya. Sekiranya mereka menampar padanya (1) keputusan tidak bersalah, atau (2) keputusan bersalah? Sebenarnya, di mana keputusan mereka, hasilnya tetap sama. Keputusan tidak bersalah menguatkuasakan perihal bahawa seluruh perbicaraan adalah satu percubaan bermotifkan politik yang bertujuan untuk memotong kepala gabungan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN telah mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia dan menggali semula lubang di mana parti itu telah tenggelam dalam cubaan untuk berpaut kepada kuasa. Kempen agresif untuk mengecop Anwar sebagai calon yang tidak boleh dipercayai bagi Perdana Menteri Malaysia akan memakan diri. Keputusan tidak bersalah akan mencalarkan kredibiliti saingan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana Liwat II telah dilancarkan sebaik sahaja Najib "menasihati" Saiful Bukhari Azlan (penuduh Anwar) untuk membuat laporan polis. Dan kerana ini, Najib - yang terkenal dengan kesia-siaan dan kesombongan - tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melihat permainan ini berakhir. Seorang penyelamat dilahirkan dari strategi silap-nasihat Najib Namun, keputusan bersalah seterusnya akan menjadikan Anwar Ibrahim ikon politik setanding Nelson Mandela. Tokoh yang dilihat sebagai mangsa kerajaan yang dilihat sebagai peningkat rasuah dan penindas, sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup mulut pengkritik. Ia akan meningkatkan lagi kedudukan Anwar dan keajaiban yang mengelilingi beliau. Beliau akan menjadi seorang wira dan Najib penjahat yang bodoh pada ketika itu. Peluang bagi BN untuk kalah pada PU-13 akan memuncak dengan hebat. Mungkin karma, tetapi apa yang dilakukan akan dibalas semula. Tawaran berdengki olehNajib dan isterinya Rosmah Mansor untuk membelenggu Anwar dengan tuduhan palsu dan boleh menyebabkan pasangan tersebut dihalau keluar Umno kerana kehilangan parti kerajaan persekutuan yang telah lama dipegang. Ia akan menambah rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam warga Melayu kerana Laporan Integriti Kewangan Global menunjukkan Malaysia kini menjadi negara ke-4 yang paling korup di dunia, selepas China, Mexico dan Russia. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah paling korup selepas mengalami aliran keluar haram dana sebanyak USD338 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009, berbanding dengan jiran yang paling korup, Filipina yang mengalami aliran keluar haram USD131 bilion. Malah, ramai rakyat Malaysia akan mempersoalkan jika Anwar bersalah, maka bagaimana pula dengan ahli-ahli politik yang lain masih bebas yang terus membazir wang awam, termasuk Najib sendiri? Sebagaimana yang mereka katakan, orang-orang yang tinggal di rumah kaca seperti panglima perang Umno, tidak perlu membaling batu. Kempen perosakan imej oleh kerajaan BN akan memakan diri dan menyebabkan ramai lagi untuk menyokong pembangkang di Malaysia. Cemuhan komuniti global Akhbar terkemuka harian Britain The Guardian meramalkan Anwar tidak lama lagi akan menjadi mangsa "ketidakadilan suspek politik yang mengerikan" merujuk kepada perbicaraan kes liwatnya yang terlalu berat sebelah. Dalam ulasan yang pedas, harian UK juga menggesa sekutu barat Malaysia di UK dan AS untuk "melihat dengan lebih dekat pada rakan mereka." Harian UK berhujah bahawa pengendalian kerajaan Najib bagi tuduhan liwat Anwar "yang sangat diragui" wajar penelitian yang lebih dekat sebagai amalan demokrasi di negara ini. Antara lain, Simon Tisdall editor yang bertegas pada Najib kerana "kecenderungan autoritariannya" dan "terang-terangan penyelewengan politiknya", malah menuduh perdana menteri Malaysia tersebut kekurangan keaslian kerana mengitar semula tuduhan liwat terhadap Anwar dan sudah biasa memegang tampuk kuasa disebabkan oleh keturunan keluarga beliau yang merupakan pemimpin-pemimpin politik. "Jika Anwar didapati bersalah dan hakim perbicaraan seolah-olah telah membuat fikirannya - dia tidak akan menjadi satu-satunya ataupun mangsa yang paling penting ketidakadilan suspek politik yang mengerikan. Reputasi demokrasi Malaysia telah cedera secara kritikal, dan dengan kemarahan itu, rakyat Malaysia boleh berterima kasih pada Perdana Menteri mereka, Najib Razak, "kata Tisdall. Walaupun tanpa Anwar, Pakatan seribu kali lebih bagus dari BN Keputusan bersalah bagi Anwar akan menghancurkan BN. Masa telah berubah di Malaysia sejak tahun 1997. Kemudian, Anwar berdiri sendiri terhadap kekuatan jentera BN. Hari ini, terdapat pemimpin pembangkang yang lain yang sama-sama berkebolehan seperti Anwar, walaupun mereka mungkin tidak berkarisma seperti beliau. Walau bagaimanapun anda melihatnya, Pakatan Rakyat walaupun tanpa Anwar sejuta kali lebih baik daripada BN - tanpa mengira sama ada Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad berkuasa dalam Umno. Tidak, meletakkan Anwar di dalam penjara tidak membunuh gerakan pembaharuan, sebaliknya ia akan mempercepatkan aspirasi rakyat Malaysia untuk pembaharuan dan perubahan. Maaf untuk mengatakan ini, tetapi Najib yang bodoh telah memerangkap dirinya sendiri.Malaysia Chronicle | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Undi tidak percaya terhadap sistem pilihanraya Malaysia Posted: 19 Dec 2011 12:54 AM PST Apakah sebenarnya yang tidak seimbang, tidak adil dalam pilihanraya Malaysia? Pemerintah sering memperingati rakyatnya bahawa pilihanraya kita sudah cukup adil, manakala golongan pembangkang dan organisasi sivil pula mendakwa pilihanraya kita kotor kerana pelbagai penyelewangan yang dibenarkan berlaku. Saya akan menyentuh beberapa contoh penyelewangan yang berlaku di depan mata rakyat tetapi tidak diberi apa-apa perhatian oleh media kawalan pemerintah. Tetapi, sebelum itu, saya ingin menjemput pembaca sekalian meneliti dua perkara dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia.
Statistik dikumpul daripada: Trends in Malaysia: Election Assessment (ISEAS, 2000) dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Keadaan di mana BN memenangi jumlah kerusi yang tidak seimbang dengan perolehan undi sebenar adalah hasil langsung daripada sistem pilihan raya sedia ada yang tidak adil. Dalam pilihanraya Malaysia, pengundi memilih ahli parlimen dalam Dewan Rakyat melalui sistem undi terbanyak atau lebih dikenali sebagai sistem "First-Past-The-Post" (FPTP). Dalam FPTP, pengundi akan meletakkan pangkah dalam kotak sebelah nama calon dan simbol parti yang ingin dipilih. Seseorang calon boleh memenangi kerusi tanpa mendapat majoriti kesemua undi yang dibuang. Dia hanya perlu mendapat undi terbanyak di antara calon-calon lain untuk kerusi yang ditandingi itu. Contohnya, semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO pada 2009, pemenangnya Khairy Jamaluddin (gambar kiri) mendapat 304 undi atau sekitar 38% daripada jumlah undi. Calon yang terdekat, Mohd Khir Toyo, mendapat 254 undi (32%) manakala calon ketiga Mukhriz Mahathir, mendapat 232 undi (30%). Dalam situasi ini, Ketua Pemuda UMNO telah menang pilihanraya melalui undi terbanyak, namun perkara yang kurang mendapat perhatian ialah fakta bahawa Khairy tidak dipilih 62% semua pengundi. Keadaan ini dikenali sebagai suatu kemenangan dengan majoriti mudah dan bukan majoriti mutlak. Jelas, sistem FPTP langsung tidak mengambil kira pandangan majoriti mereka yang tidak mengundi untuk seseorang pemenang majoriti mudah. FPTP adalah peninggalan zaman kolonial British. Di seluruh dunia, sistem ini digunapakai di negara-negara yang pernah dijajah British. Menurut organisasi Electoral Reform Society di UK, hanya terdapat tiga negara demokrasi baru (bukan jajahan British) selepas tahun 1945 yang menerimapakai FPTP. Tiga negara ini adalah Macedonia, Ukraine, dan Albania. Namun, juga dilaporkan ketiga-tiga negara ini sudah mengubah sistem mereka untuk membolehkan perwakilan yang lebih seimbang. Di Malaysia, FPTP ditambah teruk oleh persempadanan kawasan yang tidak adil dan saiz kawasan yang berjurang besar. Contohnya, di kawasan Parlimen Kapar, terdapat 112,224 pemilih berdaftar yang boleh mengundi untuk memilih seorang Ahli Parlimen. Manakala kawasan Putrajaya yang mempunyai hanya 6,608 pemilih juga memilih seorang wakil. Maka, undi seorang pemilih di Kapar hampir 17 kali kurang nilainya jikalau dibanding nilai undi seorang pemilih di Putrajaya. Satu lagi contoh bagaimana persempadanan atau jumlah pengundi dalam sesebuah kawasan boleh dimanipulasi adalah di kawasan Pekan. Pada tahun 1999, calon BN Najib Razak (gambar kanan) memenangi kerusi Pekan dengan majoriti hanya 241 undi. Jumlah pemilih berdaftar di Pekan pada tahun itu ialah 35,382 orang. Pada tahun 2004, jumlah pengundi di Pekan telah meningkat secara mendadak dengan bertambah 16,855 orang pemilih menjadikan Pekan sebuah kawasan yang mempunyai 52,687 pemilih. Najib memenangi kerusi Pekan pada tahun 2004, tetapi kali ini dengan majoriti 22,922 undi yang jauh lebih besar, iaitu hampir 100 kali ganda peningkatan majoriti! Menakjubkan, bukan? Maka, pada 16 Disember baru-baru ini di Pulau Pinang, penulis berpeluang membentangkan pendapat dan cadangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang sedang mengkaji reformasi sistem pilihanraya di Malaysia. Giliran saya datang selepas wakil-wakil Parti Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi input masing-masing. Ketua Biro Undang-undang Baljit Singh mendakwa bahawa ayahnya yang sudah lebih tujuh tahun meninggal dunia masih disenaraikan sebagai pengundi yang berdaftar. Saya terfikir, sekiranya seorang pemimpin parti pemerintah pun tidak boleh memaklumkan kematian seorang ahli keluarga kepada SPR, apatah lagi rakyat biasa yang tentunya kurang celik dengan sistem pengurusan pilihan raya negara kita? Dengan adanya penyelarasan rutin antara Jabatan Pendaftaran Negara yang mendaftarkan kematian setiap orang dengan SPR, tentunya perkara remeh sebegini boleh dielakkan. Tetapi, apakah yang menghalang SPR daripada menjamin keutuhan daftar pemilih? Tak malu ke bila pemimpin parti sendiri mengaku ahli keluarga yang sudah mati masih layak menjadi pengundi? Sudah terlalu banyak simptom yang menunjukkan pilihanraya di Malaysia tidak berlaku secara adil dan bersih. Sesungguhnya pemerintahan Najib terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas ini selepas ribuan rakyat turun ke jalan raya menuntut pilihanraya bersih. Maka, dalam memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang mahukan perubahan sosial demi membina negara yang lebih baik, saya mengambil keputusan menghadiri sesi perundingan dan memberi undi tidak percaya kepada sistem pilihanraya Malaysia. Pilihan raya di Malaysia tidak mungkin adil tanpa penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh atas ketidakadilan yang berlaku selama ini. Tidak ada gunanya memperkenalkan sistem biometrik apabila prinsip asas "satu orang, satu undi" tidak dibenarkan dalam sistem pilihanraya yang direka untuk memanfaatkan parti pemerintah. Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa tersebut supaya reformasi yang menyeluruh bermula dengan kajian untuk menggantikan FPTP dengan sistem yang lebih adil, sistem yang mengambil kira undi-undi mereka yang menyokong calon yang kalah, sistem yang menggalakkan penyertaan parti-parti kecil, organisasi sivil, wanita, golongan terpinggir, dan sistem yang membolehkan keputusan pilihanraya mencerminkan suara rakyat yang sebenar. Adilkah sistem yang membenarkan parti pemerintah menguasai 63% kerusi parlimen dengan hanya sokongan undi daripada 51% rakyat? Adilkah bagi rakyat ditipu nilai undinya yang tidak samarata dengan nilai undi seorang penyokong parti pemerintah? Saya berharap Jawatankuasa Khas Parlimen akan berani mengemukakan cadangan-cadangan yang progresif. *Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
‘Dr M, pusing belakang, Alif-Lam-Lam-Ha!’ Posted: 19 Dec 2011 12:52 AM PST Kalaulah betul dengan bersumpah mampu memberikan keadilan kepada manusia maka penjara di Malaysia akan menjadi hampir kosong. Kadang-kala isu semasa hari ini ada yang menyebabkan saya terkenang-kenang memori silam semasa saya masih lagi di alam budak- budak kampung dahulu. Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, musim cuti sekolah memang masa paling menyeronokan, asal celik sahaja mata, dalam kepala terus teringat ingin bertemu rakan-rakan untuk bermain. Sehinggakan kadang-kala akibat terlalu seronok bermain, emak kami pula terpaksa menuruti kami gara-gara terlajak bermain dan tidak menghiraukan untuk pulang di waktu makan tengahari. Bagi mengelakkan dimarahi oleh emak dan didenda tidak dibenarkan keluar pada sebelah petangnya, maka pelbagailah alasan 'separuh benar' (alasan benar tetapi ditambah sesedap rasa) diberikan. Bagaimanapun kadang-kala emak tidaklah mudah terus percaya bulat-bulat alasan-alasan separuh benar yang saya berikan itu. Meskipun lazimnya kanak-kanak dikatakan tidak akan menipu tetapi bagi saya, perumpamaan ini bolehlah dianggap hanya separuh tepat kerana terdapat juga kanak-kanak yang menipu, terutama kanak-kanak di zaman edan ini. Bagi saya, lebih tepat dengan andaian bahawa kanak-kanak tidaklah pandai menipu kerana penipuan mereka lebih mudah dikesan berbanding penipuan orang dewasa atau orang tua-tua. Mengesan penipuan di alam kanak-kanak Ketika saya masih di alam budak-budak kampung dahulu, ada dua kaedah yang sering saya dan rakan sepermainan gunakan di kalangan kami untuk mengesan adakah sesuatu tuduhan atau penafian yang dibuat seseorang itu satu penipuan atau sebaliknya. Saya percaya tentu ada diantara para pembaca Melayu yang di zaman kanak-kanaknya juga menggunakan kaedah-kaedah yang sama seperti kami di kampung saya waktu itu. Kaedah pertama, apabila timbul rasa ragu akan sesuatu kenyataan, si pendakwa atau tertuduh yang mahu menafikan sesuatu itu disuruh berpusing dan di belakangnya kami akan menulis 'Alif-Lam-Lam-Ha' dengan menggunakan jari sambil menyebut satu persatu abjad jawi tersebut. Sekiranya tertuduh atau pihak yang mendakwa merelakan belakangnya ditulis dengan kalimah tersebut, maka kami percaya bahawa dia tidaklah menipu dan begitulah sebaliknya. Kaedah kedua, kami akan menyuruhnya bersumpah, tetapi tidaklah sehingga bersumpah laknat dengan menjunjung Al-Quran di Masjid, cuma cukuplah dengan mengangkat tangan dan berkata "sumpah!" Sama juga seperti kaedah pertama tadi, sekiranya si tertuduh gagal bersumpah maka kami akan menganggap beliau tidak bercakap benar. Lazimnya kedua-dua kaedah itu berkesan buat kami budak-budak kampung yang begitu takut termakan sumpah khususnya kalau sumpahan itu 'menjadi' semasa hendak dikhatankan oleh Tok Mudim. Yalah, budak-budak jantan mana yang tidak takut sekiranya Tok Mudim itu nanti secara tidak sengaja terkurang potong atau lebih mengerikan lagi kalau terlebih potong! Bagaimanapun, itu cuma kisah saya semasa masih di alam budak-budak kampung dahulu yang banyak membuatkan saya tersenyum sendiri dan sudah tentulah berbeza dengan keadaan sekarang di mana kenangan itu sudah jauh ditinggalkan. Berbanding ketika zaman saya masih kanak-kanak dahulu, adakah kaedah yang hampir serupa dipraktikkan terhadap orang tua-tua di zaman milenium yang serba menipu ini? Kalau saya dizaman kanak-kanak dahulu memadai dengan menulis 'Alif-Lam-Lam-Ha' atau bersumpah untuk membuktikan kebenaran, adakah pada hari ini juga dengan hanya bersumpah akan dapat membuktikan kebenaran. Kalaulah betul dengan bersumpah mampu memberikan keadilan kepada semua manusia maka saya percaya penjara-penjara di Malaysia akan menjadi hampir kosong kerana tentu ramai pesalah yang sanggup bersumpah untuk mengelakkan dipenjara. Apatah lagi bagi pesalah yang melibatkan kes pembunuhan atau pun mengedar dadah yang boleh dikenakan hukuman mati, lagilah saya amat pasti, ramai pesalah yang sanggup melakukan sumpah bagi mengelakkan riwayat berakhir di tali gantung. Malah saya pasti, dengan cara itu akan menjadikan jumlah pesalah yang dihukum gantung sampai mati di negara ini adalah sifar. Ketika itu juga, di atas kertas, indeks jenayah dalam program NKRA yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan menunjukkan statistik penurunan menjunam kadar jenayah sebab hampir tiada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah setelah rata-rata para penjenayah berani bersumpah tidak pernah melakukan jenayah. Bagaimanapun, berbeza dari statistik di atas kertas yang menunjukkan hampir tiada kejadian jenayah berat di negara ini, keadaan sebenarnya tentulah amat berbeza kerana para penjenayah tidak lagi perlu berasa takut-takut sekiranya tertangkap ketika melakukan jenayah. Pada zaman edan ini, dengan bersumpah untuk membuktikan sesuatu kebenaran, sudah tidak boleh dianggap laku lagi kerana ianya cuma laku ketika saya dan rakan sepermainan masih di zaman budak-budak kampung dahulu. Tidak kiralah samada sumpah itu di buat di Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul oleh tiga saudagar kaya atau sumpah si pembancuh kopi majikan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lebih-lebih lagi sumpah manusia berdarah bangsawan di Masjid Seberang Jaya di Permatang Pauh paling tidak terpakai. Bagaimanapun, tiba-tiba hari ini, timbul pula seorang lagi manusia yang juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai KSM (Kelab Sesumpah Malaysia) dengan melakukan sumpah laknat. Tidak cukup dengan itu, manusia itu turut 'mempelawa' seorang lagi rakan lamanya untuk turut bersamanya mendaftarkan diri sebagai ahli KSM itu. Bagaimanapun 'pelawaan' beliau itu tidaklah sesukar mana untuk dibaca kerana tentulah beliau sudah menjangkakan bahawa rakan lamanya itu pasti menolak 'pelawaan' melakukan sumpah laknat. Jadi selepas itu, manusia itu sudah mula berkira-kira, mudahlah untuknya menghentam kembali rakan lamanya dengan dakwaan menipu disebabkan adanya 'bukti paling kukuh' iaitu keengganan rakan lamanya untuk bersumpah laknat! Mujurlah isu sumpah menyumpah yang berlaku hari ini berlaku pada zaman yang bukan lagi sama dengan zaman saya masih budak- budak kampung dahulu. Kalaulah isu ini terjadi pada waktu seperti mana saya di zaman budak-budak dahulu, nescaya saya akan usahakan untuk bertemu manusia itu dan kemudian saya akan berkata, "Tun M, sila pusing belakang, 'Alif-Lam-Lam-Ha." *Penulis adalah seorang penulis/wartawan bebas. Selain di FMT artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3 dokumen Bank Dunia bukti Dr M bohong Posted: 19 Dec 2011 12:51 AM PST Jelas sekali bahawa Mahathir berbohong apabila mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari Bank Dunia, kata Pengarah Strategi PKR. PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila terbukti beliau bertanggungjawab mengambil pinjaman Bank Dunia sewaktu krisis kewangan 1997-1998 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, mendedahkan tiga dokumen rasmi bersabit salah satu dari empat pinjaman Bank Dunia berjumlah USD704 juta yang diambil kerajaan bagi menangani kemelut krisis keewangan tahun 1997/1998. Menurut Rafizi, ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia itu berhubung pinjaman US60 juta yang merujuk kepada Kertas Maklumat Projek bernombor PID6999 bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan itu katanya sebagai laporan awal dan yang pertama untuk Bank Dunia menilai permohonan pinjaman sesebuah negara sebelum rundingan bermula. Rafizi berkata, bagi laporan kedua pula merujuk kepada Permohonan Pinjaman bernombor 18855-MA bertarikh 3 Mac 1999 yang disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman oleh kerajaan. "Terdapat jadual kerja dan rundingan yang melibatkan kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Agensi bertanggungjawab untuk berunding adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. "Permohonan pertama dibuat 26 Julai 1998 dan rundingan selanjutnya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, yang bertanggungjawab sepenuhnya ketika itu adalah Mahathir," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Dedah Rafizi, untuk dokumen ketiga melibatkan perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 dibawah persetujuan Mahathir yang juga selaku Menteri Kewangan. "Jelas sekali bahawa Mahathir berbohong apabila mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa -Bank Dunia malah pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau. Fitnah terhadap Anwar "Maka fitnah terhadap Anwar adalah usaha memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik oleh beliau (Anwar)," dakwa beliau. Perkara tersebut timbul ketika Anwar memberikan ucaptama berhubung Program Transformasi Ekonomi kepada diplomat asing dan para duta Khamis lalu, mendakwa Mahathir mendapatkan pinjaman dari Bank Dunia pada 1998. Namun Mahathir pula mencabar Anwar untuk menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Malah Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu. Sementara itu, Pengerusi Biro Perdagangan Wong Chen pula mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan kerajaan untuk berhenti bercakap mengenai hal lama, sebaliknya terus fokus kepada perkembangan ekonomi masa depan. "Isu utama adalah ekonomi. Sedangkan ekonomi Malaysia masih belum berkembang dan masih dalam ekonomi pertengahan. Bila Mahathir kata Anwar berbohong dalam forum itu maka kita mencabar Pemandu dan kerajaan untuk henti bercakap hal lama. "Kita fikir tentang masa depan. Jangan main cerita tahun 1997 lagi," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M Posted: 19 Dec 2011 12:49 AM PST MALAYSIA KINI PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya. Dalam kenyataan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia". Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=. "Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu. Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa. Sehubungan itu, pejabat Anwar dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak. "Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata kenyataan itu lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Dec 2011 12:48 AM PST MALAYSIA KINI Datuk Seri Najib Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, Pahang, kawasan Parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan. Perdana Menteri berkata beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, "senang dan susah, pahit dan getir serta 'goge' (kecoh) atau 'libang libu', tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain. "Justeru itu saya bersikap 'babey' (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap 'babey' kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Ahad. Majlis itu dianjurkan Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan kelab itu. Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan. Beliau berkata segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan. Perdana Menteri juga berharap warga Pekan akan terus membantu beliau sebagai anggota Parlimen dan ketua kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu. "Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah. "Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang. "Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya. Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan. "Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini. "Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudahpun siap dan ada yang saya akan lancar yakni di Pulau Serai bulan ini," katanya.- Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
AMK: Kenapa k'jaan tergesa-gesa dengan SBPA? Posted: 19 Dec 2011 12:41 AM PST MALAYSIA KINI Pemuda PKR (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dilaporkan berkata tidak akan menerima tawaran SBPA sehingga satu pertemuan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SPR setuju dakwat kekal, undi awal Posted: 19 Dec 2011 12:39 AM PST MALAYSIA KINI Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal 'silver nitrate' pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini. Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12. Beliau turut mengumumkan 'pengundian awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di Putrajaya. Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf Posted: 19 Dec 2011 12:37 AM PST Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri. Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh. Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf. Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno. Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pelajaran yang menuntut permohonan maaf dibuat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan