ALHUSSEYN |
Bersyukurlah kau, wahai Zambry! Posted: 16 Dec 2011 08:40 AM PST Inilah pendekatan mesra rakyat, lebih dekat dan lebih mesra dengan rakyat oleh Zambry yang tidak mahu mengambil tindakan undang-undang kerana dikatakan 'Hitam Metalik' oleh Nga Kor Meng tempoh hari.Zambry mahu rakyat mengadili sendiri kenyataan Nga Kor Meng tersebut. Mengikut kajian tidak rasmi, ramai rakyat perak bersetuju dengan kenyataan Nga Kor Meng - bahawa Ngah Kor Meng bercakap benar dan tidak berbohong.Ada ke sesiapa yang pernah kata Zambry itu puteh melepak? Berkatalah benar, walaupun pahit!Dan Zambry patut menerima hakikat tentang dirinya.Takkanlah nak marahkan Allah yang jadikan dia begitu? |
Hujan Epal Di Coventry, England Posted: 16 Dec 2011 04:00 AM PST Satu kejadian aneh berlaku di Coventry, England, pada 15 Disember 15 lalu. Epal berjatuhan dari langit seperti turunnya hujan! Kira-kira 100 biji buah-buahan yang jatuh dari langit dalam beberapa minit di Keresley di luar Coventry, lapor Daily Star. Britain mengalami ribut minggu ini, dan pakar kaji cuaca berkata mungkin epal yang ada di atas tanah di sebuah dusun telah diterbangkan angin ribut dan membawa mereka ke Keresley. Salah seorang daripada wanita yang berjalan dengan suaminya berkata epal menghempap bone kereta mereka. "Semua orang terpaksa berhenti kereta mereka tiba-tiba," katanya kepada The Star. "Saya tahu kawasan itu dengan baik dan tidak ada pokok epal terdapat di sekeliling." Britain mempunyai pengalaman sebelumnya . Great Yarmouth, di pantai timur di Norfolk, telah jatuh ikan pada tahun 2007, manakala katak yang pula telah turun pada tahun 1996 di Llandewi di Wales. Sumber |
Dari Punk menjadi 'Angry Bird' Posted: 16 Dec 2011 12:20 AM PST Kelmarin seramai 65 remaja yang berpakaian seperti Mat Punk, berambut panjang, bertatu dan bertindik ditahan pihak berkuasa Aceh. Kesemua remaja yang ditahan terdiri dari 59 orang lelaki dan enam perempuan.Yang lelaki dibotakkan kepala, dipaksa membuang perhiasan diri dan yang bertindik harus mencabut tindikan pada tubuh.Kemudian mereka disuruh berendam ke dalam sungai. Penulis difahamkan, beratus-ratus peminat punk rock Indonesia sebelum itu tiba di Aceh untuk menonton konsert bagi mengumpul derma anak yatim. Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai. Mereka kemudian dibawa ke sebuah kem berdekatan bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza, namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah. Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya. Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu. Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri. Selamat Datang Ke Aceh! – Oleh SYAHRIL A. KADIR |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan