:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Posted: 12 Dec 2011 02:00 AM PST Lama dahtak menulis. Mood menulis tak ada. Ini pun gagah menulis. Nak bina balik moodmenulis. Isuyang mahu dibincangkan disini adalah berkenaan cadangan hudud dikenakan kepadaorang yang berumur 18 tahun keatas, walhal hudud dikenakan kepada orang yangsudah baligh. Dalamfiqh syafie, umur paling tinggi bagi baligh adalah 15 tahun, bukan 18 tahun. Tetapankepada 18 tahun adalah had yang paling tinggi bagi baligh mengikut mazhabHanafi. Jikadiperhatikan betul-betul, tetapan umur 15 atau 18 tahun adalah had yang palingtinggi sahaja. Ia terhasil dari kaedah Istiqra', iaitu kajian induktif. Itu pun,bukan dilihat pada seluruh manusia pada zaman itu, tetapi diambil berdasarkanbilangan tertentu sahaja. Ia dinamakan sebagai Istiqra' Naqis. Secarapastinya, semua sepakat bahawa umur baligh apabila kanak-kanak itu sudah keluarair mani, sama ada dengan mimpi ataupun tidak. Keluar air mani ini,kadang-kadang tak sampai pun umur 15 tahun atau 18 tahun. Malahan tidakmustahil, keluar air mani ini berlaku pada umur 10 tahun atau 8 tahun danseumpamanya. Namunbegitu, problem berlaku apabila mahu digezet atau diwartakan sebagai undang2. Dalambahasa undang2 Islam disebut sebagai "Taqnin", atau diqanunkan. DalamNegara monarki, keputusan yang hendak dikenakan itu tidak perlu merujuk kepadasatu perlembagaan atau buku undang2 tertentu, tetapi cukup sekadar merujukkepada Syaikh al-Islam yang dilantik di sesebuah Negara atau daerah. Keadaan iniberbeda dengan Negara yang mengamalkan demokrasi, malahan berlaku dalam Negara monarkimoden. Mengqanunkanatau menjadikannya sebagai buku undang2 yang boleh dirujuk bertujuan, mudahuntuk dijadikan rujukan apabila berlaku sebarang kekalutan. Terutama dari pihakpeguam yang mahu mempertahankan anak guamannya. Disebalik membukukan sesuatuundang2 itu, ia lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan melantik seorangSyaikh al-Islam yang menjadi rujukan. Ini kerana, buku undang yang telahdisepakati, tidak boleh dipengaruhi ketika hukuman mahu dikenakan, berbandingjika dirujuk kepada seseorang Syaikh al-Islam. Kembalikepada isu ketetapan umur dalam mengenakan hukuman Hudud. Jika diandaikan,seorang kanak-kanak berumur 14 tahun melakukan kesalahan jenayah, laludihadapkan di hadapan hakim (atau Qadhi), kemudian penjenayah kanak-kanak itubersumpah bahawa dia belum baligh lagi, sudah pasti kanak-kanak itu terlepasdari hukuman. Ini kerana, ia sudah melahirkan syubhat. Keadaanini akan jadi masalah lagi, apabila seseorang yang telah melakukan jenayah yangberumur 20 tahun yang bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Ia juga akan jadisyubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman terhadap pesalah tersebut. Begitjugajuga yang bersumpah itu sudah berumur 30 tahun sekalipun, walaupun secaralogiknya mana mungkin sudah berumur 20 atau 30 tahun belum baligh lagi. Ekoranitu, bagi memastikan ia tidak menjadi masalah dalam perlaksanaan di masa akandatang, makanya merujuk kepada penentuan had umur 18 tahun yang merupakan hadumur baligh mengikut pandangan Imam Hanafi. Ini dengan maksud, mengelak dari sebarangmasalah di masa akan datang, apabila seseorang penjenayah yang berumur lebih 18tahun bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Makanya, sumpahnya automatic bolehditolak. Wallahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan