  | 
| Sekadar hiasan. | 
Saya petik:
 
[HM] KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Australia maut dalam keadaan  mengerikan selepas dirodok seekor gajah jantan dengan gadingnya sehingga  isi perutnya hampir terburai dalam kejadian di Mud Lipad Vulcano,  berhampiran Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, di  sini, semalam.
  
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Jenna O'Grady  Donley, 26, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk selepas  dipercayai ditusuk lebih enam kali di perut.
Difahamkan,  seorang lagi wanita yang juga rakan senegara mangsa berusia 25 tahun dan  pemandu pelancong  menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan.
     
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata,  sebelum kejadian, kedua-dua pelancong itu dibawa pemandu pelancong ke  kawasan lumpur gunung berapi atau Mud Lipad Volcano di Tabin.
"Ketika balik dari kawasan lumpur itu, kedua-dua pelancong itu  dikatakan membuat keputusan untuk berjalan kaki di kawasan denai gajah  untuk melihat haiwan itu dengan lebih dekat.
"Selepas  berjalan beberapa minit, mereka ternampak seekor gajah sebelum mangsa  cuba menghampiri hidupan liar itu yang hanya 10 meter dari mereka  sebelum cuba merakam gambar.
  "Tindakan itu dipercayai menyebabkan gajah berkenaan marah sebelum  bertindak mengejar dan menyerang mangsa, sebelum  wanita itu dikatakan  cuba melarikan diri ke dalam hutan, manakala rakannya bersama pemandu  pelancong melarikan diri ke denai utama," katanya ketika dihubungi  Harian Mero, di sini semalam.
Difahamkan, laporan awal menunjukkan gajah jantan itu mengejar mangsa sebelum menyondolnya berkali-kali menggunakan gadingnya.
  
      
  
Laurentius berkata, setakat ini gajah itu masih belum ditangkap.
"Lazimnya, apabila gajah itu bersama kumpulannya, haiwan liar itu  tidak bahaya. Bagaimanapun, jika bersendirian, ia menunjukkan hormon  gajah itu tidak stabil," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya  Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian berkenaan dan polis  masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
"Siasatan  awal mendapati mangsa cedera parah di perut dan dipercayai mati di  tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan