Khamis, 8 Disember 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Rafizi Sedia Berdebat Di PWTC Dengan Khairy

Posted: 08 Dec 2011 08:59 AM PST


Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6 Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8 Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:

Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.
Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.

Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini.
Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.

Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 DISEMBER 2011

Pengarah Strategi – Surat Jawapan Debat NFC 081211








Live! Wacana Perdana Dari Balai Islam Lundang 1

Posted: 08 Dec 2011 05:21 AM PST

Hadirin sudah memenuhi dewan.

Tuan Moderator sedang memulakan mukadimah.

Live! Wacana Perdana: PRU13 PR Atau BN?

Posted: 08 Dec 2011 04:08 AM PST

Untuk pengetahuan semua pembaca. Malam ni bertempat di Kompleks Balai Islam Lundang akan diadakan satu wacana perdana yang bertajuk PRU 13: PR Atau BN?

Antara panel yang diundang ialah YB Saifudin (Timb Menteri Pengajian Tinggi), YB Saifudin Nasution (Ahli Parlimen Machang) dan dua orang pensyarah yang tidak asing lagi.

Team kami akan berada di sana dan akan memberi info-info terkini dan juga gambar untuk tatapan anda.

Semiga anda terus bersama kami untuk seketika nanti.

Apabila Sistem Kehakiman Rapuh: Di Mana Keadilannya?

Posted: 08 Dec 2011 02:00 AM PST

Muqabalah.blog

Saya tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, saya juga tidak tahu sejauh mana kebenaran pihak yang mendakwa mahupun kebenaran pihak yang membela DSAI. Tetapi saya beriman yang Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemutus. Saya beriman yang banyak perkara di dalam hidupan dunia yang kebenarannya bersifat nisbi; kecuali kebenaran mutlak yang menyelamatkan , ianya berpunca dari perkhabaran Allah dan Rasul-Nya.

Bagaimanapun ketika membaca al-Quran dalam usaha mengkhatam al-Quran dalam bulan Ramadan yang mulia ini pada minggu yang telah berlalu, ayat ke 71 Surah Yunus terlekat di ingatan saya sehingga kini, ketika membacanya saya terlintas "apakah terdapat persamaan antara message terkandung di dalam ayat ini dengan keadaan yang dihadapi oleh DSAI?" – "Apakah sehinggakan perkara semasa sebeginipun, begitu jelas persamaannya dengan message di dalam al-Quran?" – "Atau kerana kecenderungan tertentu, maka saya pun sengaja mahu melihat dari sudut yang melegakan lantas mengiyakan perhitungan saya?" -

"Dan bacalah (ya Muhammad) ke atas mereka (kaum kafir Makkah) berita tentang Nuh. Ketika dia berkata kepada kaumnya: "wahai kaumku, jikalaulah menjadi keberatan (ancaman) besar ke atas kamu dengan kehadiran (kedudukan) aku (di kalangan kamu) serta peringatan yang aku beri dari ayat-ayat Allah, maka kepada Allah lah aku bertawakkal. Maka (oleh itu) sepakatkan keputusan di kalangan kamu serta sekutu-sekutu kamu (untuk memusnahkan aku), kemudian janganlah jadikan perkara kamu itu kabur (terselindung; berterus terang sahaja lah tentang tujuan kamu ), kemudian laksanakan atas aku (apa-apa yang telah kamu putuskan itu) dan jangan kamu bertanggung-tangguh lagi".

Perkara yang sama juga telah dinyatakan oleh tukang-tukang seher di zaman Saiyyidina Musa, apabila mereka sudah tahu maksud perbicaraan yang mereka akan lalui, ugutan siksaan yang dikenakan atas mereka oleh Firaun. Mereka mengungkapkan dengan penuh keimanan dan ketegasan, kenyataan itu telah diabadikan oleh al-Quran dalam ayat 71-72 Surah Taha :

Mereka (tukang-tukang sihir yang kemudiannya telah memeluk Islam ) berkata: Kami sekali-kali tidak akan melebihkan (ugutan) engkau atas bukti-bukti yang nyata (tentang kebenaran Saiyyidina Musa) yang telah datang kepada kami dan daripada (Allah) yang menjadikan kami; maka berhukumlah dengan keputusan yang telah engkau putuskan, sesungguhnya engkau hanya berhukum pada kehidupan di dunia ini (sahaja; kerana kelak kamu juga akan menerima hukuman) . Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, semoga Dia mengampuni kami bagi kesalahan-kesalahan kami dan apa yang engkau paksa ke atas kami dalam melakukan sihir, sesungguhynya Allah lebih baik (balasan -Nya) dan lebih kekal (siksaan-Nya)

Allah juga merakamkan kenyataan Saiyyidina Hud yang dimusuhi oleh orang kafir kerana mereka mengatakan baginda menghina sembahan-sembahan mereka, Saiyyidina Hud menyatakan dalam ayat 55-56 Surah Hud:

Saiyyidina Hud berkata: "sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan bersaksilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu syirikkan selain daripada-Nya, oleh itu laksanakan tipu daya sekelian kamu ke atas aku, janganlah kamu bertangguh lagi (laksanakan segera perancangan kamu), sesungguhnya aku telah bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan sekelian kamu, Tiada suatu binatangpun yang melata kecuali Allah yang memegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku di atas Jalan Yang Lurus.

Dalam rakaman kenyataan-kenyataan di atas , kita dapat perhatikan gambaran menyeluruh tentang suasana apabila sistem kehakiman (pemutus hukum) tidak lagi bersikap objektif; sudah ada hukuman yang telah sedia dirancang untuk dihukum tanpa mengira kekuatan hujjah bagi pihak yang dituduh. Kemungkinan juga pihak penguat-kuasa peraturan dan beberapa pihak lain bersekutu dan berserongkol dalam menentukan yang dituduh akan tetap dihukum dengan hukuman yang telah diputuskan sebelum perbicaraan. Maka ketika itu apa lagi maknanya penghujjahan dan segala pembuktian, kerana hukuman bukan lagi bergantung atas hujjah tetapi mengikut pihak yang berkuasa.

Dalam keadaan itulah Rasul dan orang yang teguh imannya meminta pihak yang sedemikian agar tidak bertangguh-tangguh lagi, berselindung di sebalik 'procedures', bahkan segerakanlah laksanakan hukuman yang mereka telah rancangkan itu. Mereka tidak merasa terancam kerana mereka telah sandarkan keyakinan mereka yang utuh kepada Allah. Mereka melihat hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka oleh pihak penguasa yang zalim itu tiada tara berbanding dengan ganjaran pahala menegakkan Tauhid, kebenaran serta memperteguhkan kesabaran serta siksaan kerana kesyirikan, kemaksiatan dan kezaliman. Kalau tidakapun apa lagi ada pilihannya?

Ya Allah selamatkan kami dari bala yang dahsyat seumpama ini, atau sekiranya kami ditakdirkan menghadapinya maka Engkau perteguhkan iman kami, Engkau tinggatkan tawakkal kami kepada Engkau serta Engkau tariklah ubun-ubun kami ke arah keselamatan.

Ya Allah selamatkan pihak penguasa kami, tanahair kami dari bencana seumpama ini, Ya Allah suburkan keimanan, kebajikan dn keadilan di tanahair kami serta Engkau peliharalah penguasa kami daripada melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada Engkau. Y a Allah jadikan kami hidup mengikut Syariat Engkau dan di atas Sunnah Nabi-Mu, Saiyyidina Muhammad.

* Semoga saya masih memelihara pesan guru-guru saya agar mengelak diri dari menceburi politik, semoga catitan ini akan membawa manafaat kepada saya dan saudara-saudara seagama tanpa prejudice politik kepartian. Amin

Ulasan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Samakan Beliau Dengan Nabi

Posted: 08 Dec 2011 12:26 AM PST

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sehari dua ini, hangat juga cerita Ustaz Budak yang didakwa berceramah dan mengaitkan saya, kononnya saya "Nabi." Ada pihak pula yang 'putar' dalam internet tentang ceramah itu. Justeru ada bemacam-macam ulasan.
Saya turut menjawab perkara ini bila ditanya wartawan. Di sini saya ulangi:

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan Nabi adalah kufur. Sama juga, orang Islam tolak Islam, ia kufur. Sama ada tolak Islam itu diganti dengan demokrasi atau kebangsaan. Serupa jugalah."

29 000 Jawatan Dimansuhkan Oleh Kerajaan. Pentadbiran Najib Munafik!

Posted: 07 Dec 2011 07:41 PM PST

Tony Pua: Mansuh 29,000 Jawatan Ekoran Laksana SBPA Bukti Hipokrasi Najib

KUALA LUMPUR, 8 Disember — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi "teramat tinggi" sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

"Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

"Bermakna ia tidak sampai 10 peratus," katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

"Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

"Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil… sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau 'right-sizing', kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus ('outsourcing'), perekayasaan proses kerja ('business process reengineering') dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, "ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung."

"Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

"Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?" kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

"Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis," katanya lagi.

-THE MALAYSIAN INSIDER-

Tiada ulasan: