Khamis, 8 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Sidang Media Serentak di Seluruh Negara - Pelancaran ABU !

Posted: 08 Dec 2011 02:00 PM PST





Media Advisory




ABU



Asalkan Bukan Umno/BN



Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN



Dijemput menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)



Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara ;



Tarikh: 9 Disember 2011



Lokasi, masa dan contact person:



1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm

KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872



2. Johor - 2.30pm

Kelab Persatuan Wartwan, 11, 
Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru

Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825



3. Melaka - 3.30pm 


Pejabat Parti Keadilan Rakyat,

No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka

Zuraidi (SAMM) 012-2478016



4. Negeri Sembilan - 3.30pm
 


Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,

Restoran Bidara Corner, Seremban

Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707



5. Perak - 3.30pm
 


Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,

Ipoh

MatSamanKati(SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477



6. Pulau Pinang - 11.00am 


George Town Coffee House,

KOMTAR Walk, P.Pinang

Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583



7. Kedah - 3.30pm 


345A Air Mendideh, Sg Petani.

(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)

Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133 



8. Perlis - 3.30pm 


Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,

Kangar, Perlis

Asrul (SAMM) 019-4342244



9. Pahang - 3.30pm

Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,

1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang

Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964



10. Terengganu - 5.00pm

Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,

K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)

Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974



11. Kelantan - 3.30pm 


Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu

 Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415





Esok sejarah bakal mencatatkan penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN.



Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat.




Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas.






EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KISAH KENA SEMBELIH DI LEBUHRAYA PLUS

Posted: 08 Dec 2011 04:07 AM PST

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.



SUMBER: penarikbeca


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Misteri huruf V di kota Nabi Daud

Posted: 07 Dec 2011 11:20 PM PST

SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.

BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan.

Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya."Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: