DIALOG RAKYAT |
- Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!
- Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut
- Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan
- SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara
- Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000
- PAS lancar Dokumen Negara Berkebajikan di Sabah
- TV Internet: Najib tidak faham kehendak belia
- Melayu tidak undi jika guna dakwat kekal - Perkasa
- PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul
- AMK mengecam ugutan dan cubaan mengasari siswa
- Skandal NFC: PKR dakwa keluarga Shahrizat beli kondo RM9.9 juta di Singapura
- Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli
- ‘PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno’
- Interlok – MIC mengundang padah
- Blogger pro-Umno ugut mahasiswa
- Isu Qazaf: Penegasan kembali
- PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’
- PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura
- PAS: Masih ada kawasan lain mahu Hasan Ali
- ADUN Bukit Gasing meninggal dunia
- Noh: Peruntukan pusat lebih berbanding negeri
- Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000
- Keputusan bicara Khir Toyo Jumaat
- 'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut
- Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli
Selamat Tinggal Prof Aziz Bari! Posted: 20 Dec 2011 04:47 AM PST
| ||
Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut Posted: 20 Dec 2011 04:43 AM PST
| ||
Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan Posted: 20 Dec 2011 04:42 AM PST
| ||
SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara Posted: 20 Dec 2011 04:41 AM PST
| ||
Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000 Posted: 20 Dec 2011 04:22 AM PST
| ||
PAS lancar Dokumen Negara Berkebajikan di Sabah Posted: 20 Dec 2011 04:21 AM PST
| ||
TV Internet: Najib tidak faham kehendak belia Posted: 20 Dec 2011 04:19 AM PST
| ||
Melayu tidak undi jika guna dakwat kekal - Perkasa Posted: 20 Dec 2011 04:17 AM PST
| ||
PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul Posted: 20 Dec 2011 04:05 AM PST
| ||
AMK mengecam ugutan dan cubaan mengasari siswa Posted: 20 Dec 2011 04:01 AM PST Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah. | ||
Skandal NFC: PKR dakwa keluarga Shahrizat beli kondo RM9.9 juta di Singapura Posted: 20 Dec 2011 03:59 AM PST Memandangkan UMNO dan Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan. | ||
Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli Posted: 20 Dec 2011 03:57 AM PST Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini. Hishamuddin Rais: *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. | ||
‘PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno’ Posted: 20 Dec 2011 03:55 AM PST Kajian UM menunjukkan persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN berada pada tahap yang tidak membanggakan. PETALING JAYA: Kira-kira 45 peratus rakyat Perak merasakan Barisan Nasional (BN) masih gagal menunjukkan prestasi yang baik walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah. Demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam hasil kajian soal selidiknya secara rawak terhadap 1,304 responden rakyat Perak pada 23 Oktober hingga 30 Oktober lalu. Berdasarkan kaji selidik itu, 61 peratus kaum Cina dan 45 peratus Melayu berpendapat sedemikian. Namun 40 peratus responden daripada kaum India masih menaruh kepercayaan terhadap BN. Soal selidik itu juga mendapati 40 peratus responden berpendapat pendekatan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal meningkatkan sokongan rakyat Perak terhadap BN. 38 peratus pula setuju, dan 22 peratus daripadanya tidak pasti. Begitu juga dengan Bajet 2012 apabila 44 peratus daripadanya merasakan peruntukan itu tidak mampu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, manakala hanya 23 daripadanya bersetuju, dan selebihnya tidak pasti. Majoriti 86 peratus responden sudah pun membuat keputusan untuk mengundi semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), dan merasakan PAS mampu menjadi parti alternatif Umno dalam menjaga kepentingan Melayu di Perak. Walau bagaimanapun kajian berdasarkan etnik menunjukkan 73 peratus responden Cina menolak perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, namun 64 peratus kaum Melayu berpendapat sebaliknya, dan turut disokong majoriti 35 peratus kaum India. Ini kerana majoriti 52 peratus berpendapat faktor utama yang akan mempengaruhi mereka ketika mengundi semasa PRU13 adalah parti, dan bukannya calon apabila hanya 43 peratus sahaja yang menyokong kriteria itu. Sementara itu, 48 peratus daripada 149 responden kaum Cina di Perak menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat dan hanya 22 peratus sahaja menyokong BN. Ini kerana hanya dua peratus daripada mereka berpendapat prestasi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berada dalam keadaan amat baik berbanding majoriti 53 peratus yang merasakan pentadbiran Zambry hanya ditahap sederhana sahaja. Namun berlainan pula bagi 1,108 responden Melayu apabila 56 peratus daripadanya masih menyokong BN, manakala Pakatan hanya mendapat sokongan 12 peratus, dan 32 peratus yang lain masih tidak pasti. Majoriti tidak percaya video seks 'Anwar' Sementara itu, ditanya tentang video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, majoriti 46 peratus daripada responden tidak mempercayainya, jauh berbeza apabila hanya 18 peratus sahaja yang mempercayainya, manakala 36 peratus tidak pasti. Malah majoriti 41 peratus responden juga percaya pendedahan video seks itu tidak akan mampu menjejaskan kredibiliti Anwar, 34 peratus setuju, dan yang lain tidak pasti. "Kajian kepercayaan responden terhadap media arus perdana dalam membuat liputan tentang politik juga berada ditahap yang rendah," kata Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu. UMCEDEL, ditubuhkan sejak April 2010, sebelum ini telah melakukan beberapa kaji selidik, antaranya Persepsi Masyarakat Terhadap Islam Hadhari dan Kesannya kepada PRU12, Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Ogos 2008, Isu dan Pola Pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 2009, serta Persepsi Masyarakat Terhadap Parti dan Kepimpinan PKR 2010. | ||
Interlok – MIC mengundang padah Posted: 20 Dec 2011 03:52 AM PST Perunding media ini mendapati bahawa "pendedahan" MIC boleh mengundang padah bagi parti politik itu sendiri. Sesungguhnya "pendedahan" Presiden MIC, Datuk G Palanivel seperti yang disiarkan di akhbar theSun semalam (19 Disember 2011) menunjukkan kemungkinan (ulang: kemungkinan) ada usaha (konspirasi?) pihak tertentu "menipu" serta "mengabui mata" rakyat pelbagai kaum di negara ini berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid yang dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas). Berikut beberapa persoalan yang timbul dalam minda saya sebaik membaca pendedahan dan pengakuan terbaru Datuk Palanivel: 1. Kalaulah sejak 12 Mei 2011, MIC sudah tahu bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik pada 2012, mengapa perlu menandatangani dokumen dan mengizinkan novel itu dicetak semula dengan hanya 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang sudah diperakukan? 2. Kalaulah sejak 12 Mei 2011, NIAT sudah tahu perkara sama, mengapa perlu melakukan segala apa yang dilakukan – cadangan mogok lapar, memo ke Istana Negara, laporan polis dan sebagainya? 3. Kalaulah benar Kabinet benar-benar sudah membuat keputusan menarik balik novel itu, mengapa sampai Timbalan Menteri Pelajaran tidak tahu? (Walaupun Dr Mohd Puad Zarkashi tidak hadir mesyuarat, tentu ada catatan/minit yang dibuat Menteri Pelajaran sebagai rujukan.) 4. Mengapa MIC mengizinkan novel itu dicetak semula dengan hanya sekitar 20 peratus pindaan sedangkan keputusan sudah dibuat pada Mac 2011 bagi lebih 100 pindaan; termasuk enam perkara khusus berkaitan hak dan maruah pengarang. Siapa yang memberi hak kepada MIC untuk "menolak" keputusan supaya Hak Cipta novel dikembalikan kepada Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dalam cetakan baru (Interlok Kulit Biru)? 5. Kalaulah benar keputusan menarik balik novel itu sudah dibuat oleh Kabinet sebelum 12 Mei 2011, mengapa kerja-kerja pemurnian dan mencetak semula novel itu diteruskan? Siapa beri kuasa kepada Kementerian Pelajaran untuk membazir wang rakyat dengan cara itu; iaitu mencetak semula buku sedangkan sudah diputuskan oleh Kabinet bahawa novel itu tidak akan digunakan di sekolah. Plot sandiwara Mungkin ada pihak yang terlalu emosional dan marah-marah membaca analisis, kenyataan dan pertanyaan saya di atas. Maka, berikut ringkasan "plot" cerita (sandiwara?) bagi membantu pemahaman: 16 Februari 2011 – Panel Bebas Meminda Interlok Edisi Murid memulakan tugas. 4 Mac 2011 – Panel Bebas secara konsensus (sebulat suara) bersetuju membuat pindaan (pemurnian) melibatkan kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum (ulang: mana-mana kaum). 16 Mac 2011 – Tiga wakil kaum India keluar dari Panel Bebas berikutan "asakan" dan "desakan" supaya hanya satu pindaan dilakukan pada novel Interlok Edisi Murid; iaitu perkataan "p****". Terdahulu, anggota lain dalam Panel Bebas "menarik balik" saranan pindaan melibatkan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan Cina. 23 Mac 2011 – Pertemuan tiga wakil kaum India (Dr NS Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB) bersama Menteri Pelajaran. Hadir sama, Presiden MIC serta timbalannya. Selepas dibahas dan dihujahkan, Menteri Pelajaran bersetuju dengan kesemua saranan pindaan yang dikemukakan wakil kaum India; melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India, kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan hak pengarang. 24 Mac 2011 – Menteri Pelajaran mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa pindaan akan dilakukan seperti dipersetujui. Formula yang digunakan adalah 19 + 87; iaitu 19 perkara menyentuh sensitiviti kaum India dan baki 87 adalah kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan hak pengarang. 25 Mac 2011 – Taklimat media di Dewan Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur. Krishnabahawan turut menyampaikan pengesahan dari pejabat Perdana Menteri (diterima menerusi telefon sejurus sebelum taklimat) bahawa Menteri Pelajaran bersetuju agar novel Interlok Edisi Murid dicetak semula dengan segala pindaan. Maka, sepatutnya, segala apa yang dilakukan selepas pengumuman rasmi di Dewan Rakyat (24 Mac 2011) haruslah menjurus ke arah melaksanakan keputusan yang diumumkan itu. Bagaimanapun, "plot" berikut juga wajar diperhatikan; termasuk "pendedahan" terkini Datuk Palanivel yang mengubah "jalan cerita" dalam kontroversi ini: 28 Mac 2011 – Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan mencetak semula novel Interlok Edisi Murid walaupun jika pindaan dibuat dan kenyataan ini dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 22 Jun 2011. 12 Mei 2011 – Datuk Palanivel memberitahu pengerusi NIAT, Datuk Haji Thasleem Mohamed Ibrahim bahawa Interlok Edisi Murid tidak akan digunakan mulai tahun 2012. Maklumat ini disiarkan di theSun pada 19 Disember 2011. 28 Mei 2011 – NIAT umum akan mengadakan mogok lapar sehingga kerajaan bersetuju menarik balik novel berkenaan. "Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar," Datuk Haji Thasleem dilaporkan berkata. Hairan! Mengapa perlu buat mogok lapar selepas sudah mendapat "berita gembira" daripada Presiden MIC pada 12 Mei 2011? 21 Jun 2011 – Dr Mohd Puad sahkan bahawa pelekat diguna untuk meminda novel Interlok Edisi Murid. Akhbar New Straits Times melaporkan bahawa guru-guru akan membuat kerja itu. 21 Jun 2011 – Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) keluarkan kenyataan membantah tindakan itu kerana pindaan menggunakan "pelekat ajaib" adalah bertentangan dengan apa yang dijanjikan Menteri Pelajaran. 22 Jun 2011 – Dr Mohd Puad umumkan bahawa Kementerian Pelajaran setuju untuk mencetak semula novel berkenaan. 6 Ogos 2011 – Saya memberitahu wakil MIC bahawa sekiranya parti politik itu meluluskan pencetakan semula novel berkenaan dengan hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang dipersetujui, maka masyarakat yang sedia marah pada MIC akan bertambah marah. Jumping the gun 12 November 2011 – Kavyan menerima foto kulit novel Interlok Kulit Biru yang dikirim seorang pelajar. Kavyan gembira kerana nama Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dicetak pada kulit depan cetakan baru itu. Kavyan menganggap ini sebagai "kejayaan pertama". 12 November 2011 – NIAT serah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Hairan! Mengapa perlu berbuat demikian sedangkan NIAT sudah mendapat "berita gembira" daripada Presiden MIC pada 12 Mei 2011. 22 November 2011 – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menggesa supaya novel Interlok diharamkan. Demikian dilaporkan akhbar Malaysia Nanban. 29 November 2011 – Selepas meneliti Interlok Kulit Biru pada 25-28 November 2011, Kavyan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa novel yang dicetak semula itu belum dimurnikan seperti dijanjikan Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011. 3 Disember 2011 – NIAT membuat laporan polis terhadap enam pihak – iaitu Menteri Pelajaran, Presiden MIC, Presiden MCA, Presiden Gerakan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Panel Bebas Meminda Novel Interlok Edisi Murid – kerana "telah menyalah guna kuasa mereka dan mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat tidak tepat" seperti dilaporkan di media. 8 Disember 2011 – Dr NS Rajendran dan Krishnabahawan mengesahkan kepada saya bahawa mereka "menerima" dan "meluluskan" novel Interlok Edisi Murid dicetak semula walaupun menyedari hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang diperakukan telah dibuat dalam edisi baru itu. 10 Disember 2011 – Datuk Palanivel berkata, segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan. "Saya menandatangani surat izin itu selepas kami (MIC dan dua wakil kaum India dalam Panel Bebas) meneliti draf pindaan. Kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan di akhbar Makkal Osai. Hairan! Mengapa perlu setuju novel dicetak semula sedangkan pada 12 Mei 2011 memberitahu pengerusi NIAT bahawa novel itu akan ditarik balik? 16 Disember 2011 – Tersebar berita bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik pada tahun 2012. Datuk Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mengesahkan laporan itu. Hairan! Mengapa perlu ditarik balik jika MIC sendiri meluluskan dan mengizinkan novel itu dicetak semula; malah MIC "puas hati" dengan hanya sekitar 20 peratus pindaan. 17 Disember 2011 – Kavyan keluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini isu ini; iaitu berikutan tersebarnya "berita" bahawa Interlok Edisi Murid akan ditarik balik. 18 Disember 2011 – Akhbar mingguan Minnal menyiarkan berita muka depan yang memetik kenyataan Kavyan dengan tajuk "Novel Interlok ditarik balik? Apa kenyataan rasmi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin?" 18 Disember 2011 – Saya menulis di blog dengan tajuk "Don't jump the gun!" kerana ramai yang beranggapan keputusan rasmi menarik balik Interlok Edisi Murid sudah dibuat semata-mata berikutan pengumuman Datuk Palanivel dan Datuk Dr Subramaniam. 19 Disember 2011 – Dr Mohd Puad menyelar tindakan Datuk Palanivel dan Datuk Dr Subramaniam yang disifatkannya "had jumped the gun" dalam isu ini. Akhbar theSun melaporkan beliau sebagai berkata, tindakan mereka berdua boleh menimbulkan salah faham. Datuk Termuzi turut mengesahkan DBP tidak dimaklumkan mengenai penarikan balik novel itu. Maka, tidak salah apabila saya menulis komen di Free Malaysia Today pada 17 Disember 2011 dengan tajuk "Musim Baru Sandiwara Interlok?" atau faksyen "Interlok dan Siru Kambam" (21 & 28 November 2011). Namun, orang masih bertanya dan tertanya-tanya dari mana saya mendapat segala bahan, idea dan plot bagi fiksyen dan faksyen yang saya hasilkan! Uthaya Sankar SB adalah pemilik 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' yang didaftarkan pada Mac 2011. Beliau juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 1999. | ||
Blogger pro-Umno ugut mahasiswa Posted: 20 Dec 2011 03:46 AM PST Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno, kata pemuda PKR. PETALING JAYA: Seorang pemimpin mahasiswa, Adam Adli Halim dari Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) mendakwa beliau diugut oleh blogger pro-Umno seperti Papagomo, PAS Beruk dan Azmy Kelana Jaya. Beliau yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki. Menurut satu kenyataan media dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli juga menerima kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini. "Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno," kata Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menerusi kenyataan media tersebut. Umno katanya, cuba mewujudkan politik takut (Politic of Fear) di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membendung mereka dari terus bangkit. "Mahasiswa kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik. "TIndakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah," terangnya. Tegas beliau, "kami ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat." Menurut Saifullah, sejarah Indonesia pada Reformasi 1998 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim. "Tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan tiga mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim. "Kami ingin memberi amaran bahawa kebangkitan anak muda di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno-Barisan Nasional mentadbir negara," katanya. | ||
Posted: 20 Dec 2011 03:42 AM PST Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Oleh Abdul Halim Ismail Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/). Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Wadah ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat pada 27 Mac lalu. Pertama: Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at "Sesungguhnya kembali kepada syari'at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya: "Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59). Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari'at? Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan" bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman. Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah. Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat, "jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." Kedua: Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syari'at. "Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari'at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar'i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka. Dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan, di samping saksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun) dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang- orang fasiq, sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur: 4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari'at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan." Ketiga: Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari'at adalah amanah dan tanggungjawab agama. "Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah. Kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara'. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara' adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah. Gejala fasik Keempat: Menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari'at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. Dalam kaitan ini Anwar atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar'i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara': penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf. Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara' seharusnya digugurkan. Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al- Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain- lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan. Kelima: Menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syari'at. "Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah.Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi,"…..ini dusta yang nyata!" Ini pembohongan besar!" Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah). "Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). "Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)." – Al-Nur: 11. "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." – Al-Nur: 19. Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah). Prof Dato' Dr Sidek Baba ialah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk sebagai Naib Presiden. Dr Yusri Muhammad pernah memimpin Abim sebagai Presiden. Beliau baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.*Penulis ialah Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) | ||
PRU-13: Pakatan S’gor kekal ‘status quo’ Posted: 20 Dec 2011 03:37 AM PST DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Teresa Kok. SHAH ALAM: Pakatan Rakyat negeri Selangor bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13). 'Status quo' yang dipersetujui bersama ialah DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pada sidang media di sini hari ini. Menjawab mengenai dakwaan rancangan DAP untuk mengambil kerusi Menteri Besar, Teresa menjelaskan bahawa parti yang menang paling banyak kerusi akan diberi keutamaan dan dari 56 kerusi Dun Selangor itu, DAP hanya bertanding 15 kerusi berbanding PKR dan PAS. "Saya rasa hairan mengapa timbul kata DAP mahu kerusi Menteri Besar, dan daripada pengaruh di Selangor tidak mungkin perkara itu terjadi. Pihak yang menang paling banyak kerusi yang akan diberi keutamaan. "Tiada perbincangan siapa akan jadi Menteri Besar. Calon (Menteri Besar) pun masih belum boleh ditentukan. Itu pun sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu menjadi calon dan sebaliknya hanya mahu bertanding kerusi parlimen sahaja," jelas beliau. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman pula berkata dakwaan DAP merancang mengambil kerusi Menteri Besar itu hanya usaha terdesak Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu agar tidak menyokong calon Pakatan dalam PRU akan datang. Ujar beliau, DAP hanya mencadangkan agar Pakatan Selangor membenarkan parti itu meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Pada masa sama, persoalan jawatan Menteri Besar tidak timbul memandangkan Pakatan berpuas hati dengan prestasi Abdul Khalid dan tiada sebarang rancangan untuk menukar beliau. "Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling menyokong yang ditunjukkan selama ini prestasi Selangor di bawah Abdul Khalid sebagai Menteri Besar akan bertambah baik bukan sebaliknya. "Cadangan DAP untuk letak calon Melayu dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan diri dari imej mereka dipenjarakan ditimbulkan oleh Umno," katanya yang membaca kenyataan bersama yang mewakili Pakatan. | ||
PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura Posted: 20 Dec 2011 02:39 AM PST PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura. Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu. | ||
PAS: Masih ada kawasan lain mahu Hasan Ali Posted: 20 Dec 2011 02:37 AM PST Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad. Katanya, pihaknya faham kemungkinan Dr Hasan kecewa kerana tidak mencapat pencalonan cukup untuk dipilih semula sebagai calon Gombak Setia, tetapi perkara itu tidak harus merosakkan dirinya. Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, PAS Selangor kini cuba menyelamatnya, bukan menghentamnya. Menurutnya, parti sentiasa mengiktiraf sumbangan Dr Hasan sebagai anggota kanan dan masih ada anggota akar umbi PAS yang masih bersedia mencalonkannya di kawasan lain. | ||
ADUN Bukit Gasing meninggal dunia Posted: 20 Dec 2011 02:36 AM PST MALAYSIA KINI Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing Edward Lee pagi ini meninggal dunia akibat barah, menurut rakan-rakannya. Lee, seorang pemimpim masyarakat daripada DAP dipilih sebagai ADUN kawasan itu dalam pilihan raya umum 2008. Beliau mengalahkan calon GERAKAN Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi. Tiada pilihan raya kecil akan diadakan dan kekosongan itu hanya akan diisi dalam pilihan raya umum akan datang. | ||
Noh: Peruntukan pusat lebih berbanding negeri Posted: 20 Dec 2011 02:32 AM PST MALAYSIA KINI Peruntukan yang disalur kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau memberi contoh peruntukan tahun ini yang mana kerajaan pusat menyalurkan RM2.7 bilion untuk negeri itu. Di bawah Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan pusat untuk melaksanakan 628 projek di negeri itu, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian, katanya kepada pemberita, di Shah Alam. Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata selain itu, sebanyak RM16.95 juta disalurkan untuk 11 projek yang diminta pemimpin tempatan ketika lawatan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan Selangor sebelum ini membentangkan belanjawan berjumlah RM1.43 bilion, yang mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri untuk tahun ini. Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan surat pelantikan kontraktor untuk fasa kedua membina dan menaik taraf perhentian bas di seluruh Selangor, merangkumi 67 projek bernilai RM9.1 juta.- Bernama | ||
Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000 Posted: 20 Dec 2011 02:31 AM PST MALAYSIA KINI Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima daerah yang dilanda banjir di Johor meningkat kepada 1,011 orang setakat pukul 9 malam tadi. Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata sebanyak 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu 12 di Kluang, tiga di Segamat dan masing-masing satu di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Baharu. Daerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 754 orang daripada 193 keluarga dari Kampung Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, katanya. Turut dipindahkan ialah 143 mangsa banjir dari Kampung Batu 10, Skudai di Johor Baharu. Di Segamat, sebanyak 81 mangsa banjir dari Kampung Usaha Jaya; Kampung Paya Dalam dan Kampung Spangloi di Segamat kini ditempatkan di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi dan Balai Raya Kampung Usaha Jaya. Seramai 18 mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, Batu Pahat dan 15 mangsa banjir dari Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi ditempatkan di balai raya kampung masing-masing.- Bernama | ||
Keputusan bicara Khir Toyo Jumaat Posted: 20 Dec 2011 02:29 AM PST MALAYSIA KINI Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Wira Mohtaruddin Baki menetapkan Jumaat ini untuk menyampaikan keputusannya dalam perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo selepas pihak pembelaan menutup hujah mereka semalam. Terdahulu, pihak pembelaan berhujah bahawa tidak terdapat bukti yang Khir telah memberi layanan istimewa kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni. Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, oleh yang demikian tidak terdapat campurtangan tidak sah oleh tertuduh terhadap sebarang projek ahli perniagaan Shamsuddin. "Jika saksi pendakwaan kedua (Shamsuddin) mengharapkan sesuatu keistimewaan dalam bentuk layanan khas, itu tidak boleh dianggap paksaan dalam sebarang bentuk kerana ia didorong oleh perasaan tamak. "Mesti wujud paksaan yang jelas...apakah ada secebis bukti untuk menunjukkan yang dituduh ada menyatakan sesuatu yang tidak wajar? Tidak ada langsung pada masa lalu, kini dan masa depan," katanya. Dr Khir diminta membela diri atas tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004. Dr Khir dikatakan mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor pada masa itu. Adun Sungai Panjang itu dikatakan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei, 2007. Mengakui bahawa tuduhan pendakwa terhadap Dr Khir berkisar pada keterangan Shamsuddin, Kamarul Hisham berkata Shamsuddin telah gagal menunjukkan bukti yang beliau telah diarah oleh bekas menteri besar itu untuk membeli banglo itu di dua plot tanah berkenaan pada 2004. Peguam itu menarik perhatian bahawa Shamsuddin dituduh bersubahat dengan Dr Khir dan kemudian dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Jun selepas dakwaan terhadapnya ditarik balik. Beliau berkata Shamsuddin selepas itu menjadi saksi bagi pendakwaan hasil daripada tuduhan terhadapnya ditarik balik. "Undang-undang biasa melihat testimoni saksi seumpama itu dengan penuh syak," kata beliau. Kamarul Hisham juga menarik perhatian mahkamah bahawa Shamsuddin ada memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) pada 2009 dan 7 Jun tahun ini selepas dipujuk oleh Dr Khir. Shamsuddin berkata beliau telah dipaksa banyak kali oleh Dr Khir jangan melibatkan dirinya selepas beliau (Shamsuddin) dipanggil oleh MACC memberikan kenyataannya. Kamarul Hisham berkata satu daripada percanggahan dalam kenyataan diberikan kepada MACC pada 2009 ialah beliau (Shamsuddin) tidak menyatakan kepada MACC bahawa beliau tidak mempunyai pilihan tetapi membeli harta itu bagi pihak tertuduh. "Tetapi beliau mengubah keterangannya di mahkamah dengan mendakwa beliau telah membeli harta itu dengan paksaan," kata Kamarul Hisham. Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan. - Bernama | ||
'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut Posted: 20 Dec 2011 02:28 AM PST MALAYSIA KINI Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka. Timbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee. "(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi. Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini. Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian." Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau. "Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak. "Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya. Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian. Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah: (1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13. (2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi. (3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras. | ||
Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli Posted: 20 Dec 2011 02:25 AM PST MALAYSIA KINI Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube. "Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami? "Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand (foto) sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan. Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan. Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.' |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan