DIALOG RAKYAT |
- Akhbar UK: Hukuman terhadap Anwar akan jejas reputasi Malaysia
- Wang rakyat digunakan untuk politik BN, nasib guru-guru sementra terbiar
- Rosmah sebagai penentu PRU ke-13?
- Utusan nak selamatkan siapa?
- Krisis Bas Di Selangor : SPAD-KTB Perlu Cari Penyelesaian
- Everbright International Sedia Tarik Pelabur China Ke Selangor
- Dusun Di Dalam Bandar Bagi Taman USJ2 Oleh Lizawati Madfa
- ANAK: Tiada Durian Runtuh Daripada Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings
- Tunjuk Perasaan Senjata Orang Miskin, Yang Ditipu dan Yang Ditindas
- Kerajaan PR Selesaikan Masalah Syarikat Berkaitan BN
- Tiada unsur jenayah dalam kes kebakaran di ibu pejabat SUPP
- Isu “Godfather” dalam DAP: Ramasamy perlu segera menjelaskannya
- Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1
- Hanya di Malaysia Nyanian Krismas karol boleh mengugat keselamatan dalam negeri
- Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud
- Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis
- Dilema kerajaan: Antara pembaharuan dengan kepentingan
- Demonstrasi aman menguji penguasa: Masihkah kau manusia?
- Pengundi hantu, Sabah, S’wak penentu PRU-13
- PRU-13: Pekida ikrar pangkah BN
- Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral
- Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan
- PM dituntut jelaskan 'rampasan kuasa' Felda
- DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut
- Kes prima facie rasuah Dr Ling, 27 Januari depan
Akhbar UK: Hukuman terhadap Anwar akan jejas reputasi Malaysia Posted: 14 Dec 2011 03:38 PM PST KEADILAN DAILY UNITED KINGDOM : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan Fitnah II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi. Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib. Menurut Tidal, "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya. Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu". "Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian … "Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?" soalnya yang dipetik akhbar dalam talian, Malaysiakini. Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan". "Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya. |
Wang rakyat digunakan untuk politik BN, nasib guru-guru sementra terbiar Posted: 14 Dec 2011 03:37 PM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR – Kerana mahu saingi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri-negeri Pakatan Rakyat, guru-guru sementara telah menjadi mangsa kerajaan Barisan Nasional. Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie berkata, kerajaan BN yang iri hati dengan JKKK negeri-negeri Pakatan telah menggunakan wang rakyat untuk mewujudkan "klon" JKKK, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Katanya, dengan penubuhan JKKKP yang sama tugas dengan JKKK, ia menambah peruntukan kewangan kerajaan sehingga menyebabkan tiada peruntukan kepada guru-guru sementara. "Jika peruntukan itu dialihkan kepada guru-guru sementara, ia dapat menampung kos sara hidup dan faedah dan imbuhan asas lain. "Ini sudah tentu akan memperbaiki lagi kehidupan guru-guru sementara yang mana kebanyakan mereka bekerja seperti guru-guru terlatih," katanya dalam satu kenyataan. Teo yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, kerajaan BN sebaliknya membazirkan wang rakyat dengan menubuhkan JKKKP tanpa mahu mempedulikan nasib guru-guru sementara serta para pelajar yang memerlukan khidmat mereka. Menurutnya, langkah Kementerian Pendidikan menukar status guru-guru sementara daripada 'kontrak perkhidmatan' kepada 'kontrak untuk perkhidmatan' tidak memberi banyak makna kerana dengan membayar RM200 sebulan tidak akan meringankan beban tugas dan kehidupan guru-guru sementara. Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan BN telah membazirkan wang rakyat sejak tsunami politik 2008 dengan mewujudkan 3,231 JKKKP selepas BN kalah di lima negeri. "Terbaru, terdapat 1,899 JKKKP di Kedah, 142 di Pulau Pinang, 381 di Selangor dan 765 di Kelantan. "Setiap pengerusi dan setiausaha masing-masing dibayar RM800 dan RM200 dengan tambahan elaun RM100 untuk mesyuarat bulanan. Ahli jawatankuasa biasa yang menghadiri mesyuarat pula menerima RM50," katanya. Teo berkata, ini bererti kerajaan persekutuan BN telah menghabiskan wang rakyat sebanyak RM137.8 juta untuk jawatankuasa 'klon' ini demi kepenetingan politik BN. Menurutnya, JKKKP di negeri-negeri Pakatan Rakyat menunjukkan BN terus melakukan apa sahaja dengan menggunakan saluran 'rasmi' bagi menggerakkan politik wang dan gerak kerja politik di kawasan luar bandar. – Roketkini.com |
Rosmah sebagai penentu PRU ke-13? Posted: 14 Dec 2011 03:33 PM PST Roketkini.com SHAH ALAM – Adakah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, akan menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum akan datang? Sama ada berseloroh atau serius, soalan itu telah dibangkitkan oleh seorang hadirin wacana 'PRU13: Undi Siapa Jadi Penentu' anjuran Sinar Harian di sini semalam yang panas dengan idea dan cadangan para pembicara. Mereka yang menyertai wacana itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dari Universiti Malaya. Moderator wacana ialah Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa. Menjawab persoalan itu, tokoh politik Datuk Zaid Ibrahim yang juga Presiden KITA berkata, demi kebaikan Malaysia, rakyat yang tidak berada dalam lingkungan politik tidak sepatutnya terpengaruh dengan gosip-gosip sebegitu. "Sama ada Rosmah jadi penentu PRU13, saya sebenarnya merasakan dia ada memainkan peranan penting. "Tetapi saya rasa eloklah buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bukan sahaja Rosmah malah Tun Mahathir Mohamad pun janganlah masuk campur. Kalau dah berhenti, berhentilah. "Inilah masalah parti pemerintah yang memerintah terlalu lama yang merasakan seolah-olah perlu dinasihati, perlu menjaga hati, perlu menjaga itu, ini… Sampai bila?" katanya. Jelas Zaid yang sebelum ini seorang menteri kerajaan persekutuan dan kemudian menyertai PKR sebelum meninggalkannya untuk menubuhkan KITA, jika Najib serius dengan reformasi, perkara yang lama sepatutnya ditinggalkan sahaja. Namun, katanya, apa yang rakyat lihat adalah wujudnya kuasa-kuasa di belakang tabir yang memainkan peranan dalam politik tanah air yang semakin dibenci oleh orang ramai. Dr Abu Hassan pula berkata, jika seseorang itu terbukti telah menyalahgunakan duit rakyat, maka rakyatlah yang berhak untuk menumbangkan mereka dalam PRU13. "Tidak kira dia isteri Perdana Menteri, anak Perdana Menteri dan sebagainya, seandainya benarlah mereka telah menggunakan duit negara yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, termasuk untuk membaiki sistem pengangkutan awam kita yang teruk ini, maka mereka harus ditentang, harus dijatuhkan," katanya. Beliau menjelaskan, rakyat boleh melakukan perubahan untuk mengubah indeks kebebasan, demokrasi dan rasuah negara. "Mengapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain. "Kita tidak perlu bimbang jika mana-mana parti akan jatuh untuk digantikan dengan yang lain kerana ia adalah proses membina sebuah tamadun," tambah beliau. Nurul Izzah pula mahu Najib menjamin pilihan raya yang bersih, malah menjelaskan PKR sanggup menerima apa sahaja keputusan jika proses pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih dilaksanakan. Malah, beliau mencabar Perdana Menteri menterjemahkan slogan 1Malaysianya dengan bertanding di kerusi Parlimen yang majmuk seperti Parlimen Lembah Pantai yang diwakilinya dalam PRU 2008. "Kerusi (yang diwakli Najib sekarang) di Parlimen Pekan adalah 93 peratus pengundi Melayu. Jika benar Najib adalah pemimpin untuk semua kaum, sila bertanding di Lembah Pantai," ujarnya. Saifuddin pula yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional dilihat tertekan dalam wacanan itu kerana bersikap defensif dalam usaha mempertahankan parti dan kerajaan yang diwakilinya. Walau pun bersetuju dengan beberapa pandangan pemimpin Pakatan dalam wacana tersebut, beliau tetap mempertahankan kepimpinan Najib dan menonjolkan keyakinannya bahawa BN akan menang besar dalam PRU13. "Bagi saya, pengundi yang mengundi pembangkang dalam PRU yang lalu akan kembali menyokong BN manakala yang telah memilih BN akan kekal dengan BN dan pengundi-pengundi baru pula akan mengundi BN," jelasnya. Menurutnya, mereka menyokong usaha transformasi Najib yang kononnya sedang membuat perubahan baik untuk rakyat. – Roketkini.com |
Posted: 14 Dec 2011 03:29 PM PST Oleh Adil Mat Selamat Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang tidak mahu kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud serta menolak konsep negara Islam, sering mencari salah PAS yang kononnya dituduh tidak Islamik. Yang sering menjadi mangsa Utusan dan suara pengarang besarnya "Awang Selamat', adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang lebih 20 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri. Dari tuduhan rasuah kepada cacian hingga kepada PAS Kelantan hanya membina sebuah masjid sepanjang pentadbirannya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, fitnah telah menjadi amalan lazim pimpinan UMNO dan konco-konco mereka seperti pecacai siber upahan dan Utusan. Sebuah masjid sebagai modal politik Jika benar sekali pun kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan PAS hanya membina sebuah masjid seperti yang dijerit-jeritkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, ia sebenarnya menunjukkan bahawa Islam bukan soal membina banyak bangunan atau mahu menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Yang penting ialah pengisian. Dan mungkin para pemimpin UMNO lupa bahawa pengisian, pelaksanaan dan amalan itu menjadi inspirasi untuk rakyat Kelantan mengekalkan pentadbiran PAS selama lebih 20 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa Kelantan yang digelar serambi Makkah tidak perlu membazirkan wang cukai rakyat Kelantan untuk membina masjid secara berlebih-lebihan, apatah lagi dalam keadaan yang sudah pun lebih dari mencukupi. Selain infrastruktur, kerajaan juga wajib membantu rakyat dalam pelbagai aspek penting yang lain. Hal pendapatan rakyat, kebajikan rakyat dan bantuan memerlukan perhatian dan pelaksanaan kerajaan. Tidak bermakna jika negeri penuh dengan masjid maka kita sudah boleh diiktiraf sebagai telah membela Islam atau telah mentadbir mengikut lunas-lunas kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pandangan seperti ini adalah tidak lengkap sama sekali. Malah jika masjid hanya gah dengan jumlah dan perhiasannya tanpa ada pengisian, sama ada dengan aktitivi mahu pun manusia yang beribadah, apa gunanya? Apa perlu kita habis berjuta ringgit untuk membina masjid mewah jika jemaahnya tiada? Apa guna jika masjid itu tidak diimarahkan? Dari mana pula kita boleh mendapat pahala ibadah jika ia sekadar menjadi monumen untuk tarikan pelancong? Tohmahan terhadap PAS Jika PAS menjawab dalam isu masjid itu, pasti UMNO akan lekas-lekas mendakwa PAS sudah tidak memperjuangkan Islam. Malah lebih teruk lagi, PAS sudah digambarkan sebagai kuda tunggangan DAP. UMNO akan memukul canang kepada rakyat ke hulu ke hilir, siang dan malam untuk menggambarkan yang kononnya PAS sudah lari dari perjuangan asal. Begitulah mudahnya formula UMNO yang semakin terdesak menjelang pilihan raya umum ke-13. Pelik tapi benar, UMNO begitu mendesak dan mencabar PAS melaksanakan hukum hudud sedangkan UMNO yang lebih lama berkuasa dan mendakwa merekalah pejuang Islam yang tulen, secara terang-terang membantah perlaksanaan hudud. Bukankah sikap UMNO ini sungguh pelik dan hipokrit. Daripada sibuk mempersoalkan PAS atau DAP, sepatutnya UMNO menjelaskan kepada ahli-ahlinya sama ada UMNO itu parti sekular, parti Islam atau parti apa. Kasihan ahli dan pengikut UMNO yang masih kabur tentang perjuangan parti mereka yang sudah tentu tidak sama lagi dengan perjuangan asal 1946. Ramai ahli UMNO hari ini hanya dapat melihat kerakusan pemimpin mereka menyapu bersih segala kontrak, projek dan program. Sehinggakan amanah menternak lembu untuk menyediakan daging kepada rakyat telah dipecahkan untuk membeli kondominium mewah. Betapa sakitnya hati akar umbi UMNO melihat gelagat pimpinan mereka. Tohmahan terhadap DAP Serangan Utusan terhadap DAP semakin menjadi-jadi sehingga banyak tohmahan tidak masuk akal sama sekali. Apa yang cuba dilakukan ialah mengajak orang Melayu membenci DAP dengan hasutan hasad dengki yang belum pernah dilihat sejak penubuhan DAP 45 tahun lalu. DAP dalam garis politiknya yang sudah terang lagi bersuluh, tidak malu dan tidak pula bongkak dengan prinsip demokrasi sosial. Ia tidak malu mengaku ia adalah parti sekular yang tidak mahu agama diperalatkan oleh politik. Ia tetap dan akan terus mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan. DAP merestui agama Islam sebagai agama persekutuan, mendukung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Malah, ia menerima Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa Melayu serta hak-hak semua kaum di negara ini. Ini penting kerana ada pihak-pihak tertentu yang hanya mahu menggunakan peruntukan Perlembagaan ini untuk kepentingan agenda satu kaum, sedangkan artikel itu jelas dalam jaminan untuk semua kaum. Kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat, baik kepada PAS mahu pun PKR adalah satu ikatan yang berasaskan kepercayaan kepada sistem yang adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat. Amanah rakyat yang dipikul adalah untuk memenuhi keperluan rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama. Sistem pemerintahan yang DAP melalui kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bukti ia dilaksanakan berteraskan keadilan sejagat. DAP tidak menggunakan agama sebagai modal untuk merasuah minda dan keyakinan rakyat. DAP tidak memanipulasi sentimen perkauman untuk membeli undi rakyat. DAP tidak berjuang di atas platform kepura-puraan politik. Dan DAP tidak menutup masalah yang dihadapinya daripada khalayak umum. Soal perbezaan pendapat, pertembungan ego pemimpin dan perbalahan dalam apa-apa isu terpapar jelas. Ia adalah petanda kematangan politik. DAP menawarkan manifesto pemerintahan yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) kepada rakyat Malaysia. Tanpa nilai-nilai ini, kita hanya akan menjual ilusi kepada rakyat, seperti mana yang diperbuat oleh elit-elit UMNO demi mengekalkan kuasa mereka. Bagi pimpinan UMNO, kuasa bermakna wang. Tanpa kuasa, harta dan wang ringgit, mereka merasakan diri tidak akan selamat. Adakah itu yang mahu diselamatkan oleh Utusan dan Awang Selamat? – Roketkini.com |
Krisis Bas Di Selangor : SPAD-KTB Perlu Cari Penyelesaian Posted: 14 Dec 2011 03:28 PM PST Oleh Mohd Ezli Mashut SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor mengesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berbincang dengan Konsortium Transnasional Bhd(KTB) bagi menyelesaikan krisis pengangkutan awam apabila perkhidmatan bas City Liner digantung atas alasan kerugian operasi. Krisis ini menyebabkan kira-kira 80,000 pengguna pengangkutan awam terkandas di seluruh Selangor. "Walaupun kedua belah pihak sedar pembinaan rumah kos rendah ini tidak menguntungkan, tetapi kerajaan tidak boleh membenarkan pemaju lari dari tanggungjawab membina rumah kos rendah hanya kerana ia merugikan," jelas Abdul Khalid. Dasar ini bermatlamat mahu mengurangkan beban kerajaan dalam perniagaan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan. "Kerajaan perlu menghentikan amalan pemberian perniagaan yang hanya menguntungkan individu di bawah skim penswastaan," tegas Abdul Khalid. |
Everbright International Sedia Tarik Pelabur China Ke Selangor Posted: 14 Dec 2011 03:25 PM PST Oleh Afix Redzuan SHAH ALAM: Selangor terus menjadi destinasi pilihan pelabur luar dan kali ini China Everbright International (Everbright) bersedia menjadi pelabur terbaru mengenai pelan kerjasama dengan I-Berhad untuk pembangunan di I-City. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, memandangkan I-City sebagai pusat tarikan pelancongan, syarikat ini boleh membantu Tourism Selangor mengadakan jaringan hubungan dengan pelbagai pertubuhan pelancongan China. "Salah satu rancangan Everbright di I-City ialah membangunkan Pusat Perniagaan China yang mampu menjadi pintu masuk pelaburan kepada syarikat-syarikat China untuk melabur di Selangor. "Dengan kedudukan Everbright di China, kumpulan ini mampu membantu Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) mengadakan seminar pelaburan di China," katanya. Peluang-peluang kerjasama dengan Kerajaan Negeri antaranya mewujudkan jaringan hubungan dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan bekerjasama menubuhkan Conficius Institute di I-City yang sama seperti ditubuhkan dengan institut dan universiti di Dubai dan Turki. Selain itu, pembangunan Pusat Animasi di I-City pula akan menyediakan peluang kerjasama dengan Program Pembangunan Usahawan di bawah payung PKNS-Plug N Play. Pengerusi Everbright International, Zhang Huaipu berkata, pengalaman Menteri Besar yang arif dengan suasana perniagaan di China dan telah melawat negara itu sejak tahun 90-an ketika bersama PNB mengukuhkan lagi kedudukan yang terjalin untuk meneroka pasaran China bagi menarik pelaburan ke Selangor. Zhang Huaipu juga memaklumkan kepada Menteri Besar bahawa Mr Bo Xilai, yang telah melawat Malaysia pada 1993 atas jemputan Menteri Besar bersempena Seminar Pelaburan China PNB kini memegang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis di Chongqing yang bertanggungjawab terhadap Perbandaran Pendalaman China Barat. Chongqing terletak di Barat Daya China dan merupakan satu daripada empat perbandaran yang dikawal secara langsung (yang lain ialah Beijing, Shanghai dan Tianjin) di China. "Selangor perlu meneroka "guanxi" di antara mereka berdua kerana Mr Bo juga adalah bekas Menteri Perdagangan," katanya Zhang Huaipu. Everbright berpengalaman dalam projek di Moscow, Sudan dan Ghana dan sebagai perbandingan, pelaburan mereka di I-City dianggap kecil untuk projek kelas sederhana berdasarkan portfolio kumpulan itu. Everbright berharap I-City menjadi projek pembangunan pasang siap (turnkey) pertama di Malaysia dan berharap kerjasama ini menjadi landasan untuk projek pembangunan pasang siap lain di Selangor . Mengenai kerjasama strategik dengan I-Berhad, Zhang Huaipu menjelaskan, memandangkan I-Berhad adalah anggota konsortium untuk Program Pemuliharaan Sungai Klang, beliau berharap Everbright International juga dapat menjadi sebahagian daripada program itu. |
Dusun Di Dalam Bandar Bagi Taman USJ2 Oleh Lizawati Madfa Posted: 14 Dec 2011 03:23 PM PST TVS NEWS SUBANG JAYA, : Penduduk USJ 2 kini dapat merasakan suasana kampung halaman dengan adanya Dusun Rakyat yang dibangunkan berhampiran kawasan padang perumahan tersebut. Pengumuman Projek Dusun Rakyat itu dibuat ketika sidang media ADUN Subang Jaya, Hannah Teoh pagi ini di padang perumahan USJ2. Menurut Ahli Majlis MPSJ, Rajiv Rishyakaran projek ini yang berkeluasan satu ekar merupakan bekas peninggalan tanah yang digunakan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk Lapangan Terbang Subang yang akhirnya berjaya diambil alih oleh pihak MPSJ setelah sekian lama terbiar. "Semenjak 2009 pihak kami telah berusaha untuk mendapatkan hak tanah ini daripada pihak berkenaan dan usaha ini berjaya direalisasikan pada tahun ini," jelas Rajiv yang juga merupakan Jawatankuasa Penduduk Zon 3. Selain itu, pihak MPSJ juga melahirkan rasa bertuah dengan penglibatan syarikat Saint Gobain Construction Sdn Bhd yang menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghantar lebih kurang 60 orang rombongan kakitangannya untuk menanam anak pokok buah-buahan di kawasan dusun itu sekitar dua minggu lepas. "Apabila pokok ini telah matang dan berbuah, diharap penduduk disini mendapat manfaat daripada projek ini dan menikmati hasilnya," ujar Rajiv. Sewaktu pengumuman Dusun Rakyat itu dibuat, penduduk di sidang media itu kelihatan bersorak gembira menyambut berita baik itu. Salah seorang penduduk, Penny Chia, 65 menceritakan bahawa sebelum ini para penduduk telah terlebih dahulu berbakti kepada tanah tersebut dengan menjalankan aktiviti penanaman sayur-sayuran seperti ubi dan ulam-ulaman lain. "Kebanyakan daripada penduduk adalah pesara yang sukarela bercucuk tanam bagi mengisi masa lapang disamping mendapatkan hasil bersama dengan aktiviti sebegini," tambah Penny. |
ANAK: Tiada Durian Runtuh Daripada Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Posted: 14 Dec 2011 03:21 PM PST Oleh Naeem Raffi KUALA LUMPUR : Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) di bursa saham tahun hadapan bakal menyaksikan Felda kehilangan pendapatannya daripada RM 2.3 billion setahun kepada hanya RM508 juta sahaja. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman. Mazlan menegaskan usaha kerajaan pusat itu akan menyebabkan tanah ladang kelapa sawit milik FELDA Plantation Sdn Bhd seluas 360,067 hektar bakal terkorban. Ini kerana ia akan dipajakan kepada FGVH selama 99 tahun sekirannya rancangan itu terus dilaksanakan. "Dimana FGV ini diberikan hak sepenuhnya atau atas istilah lain, anugerah aman sentosa seperti nikmat masuk syurga. "Maknanya kuasa yang dimiliki oleh FGV begitu besar sehingga ia mampu menelan semua FELDA,"tegas Mazlan. Mazlan juga menyangkal pandangan yang kononnya para peneroka bakal menerima durian runtuh sekirannya FGVH disenaraikan di dalam pasaran saham. Mazlan menambah, pihaknya difahamkan durian runtuh yang dimaksudkan itu adalah wang dan sejumlah saham dari tabungan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Selain itu, Mazlan turut mempersoalkan kewajaran kerajaan dan pihak pengurusan tertinggi FELDA mengenakan arahan untuk Ketua Pengarah Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti. Mazlan menyifatkan arahan bercuti keatas Dzulkifli itu sebagai satu proses penyingkiran kerana tidak mengikut telunjuk Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abd Samad. "Saya tampilkan bukti, ini adalah surat yang dihantar oleh Isa Samad kepada Perdana Menteri pada 21 November lalu, Isa Samad mengesyorkan kepada perdana menteri supaya Zulkifli mengambil cuti untuk belajar,"jelas Mazlan. "Bagi saya, alasan diarahan cuti ini adalah satu alasan yang tidak masuk akal,kerana ini adalah proses penyingkiran terhadap beliau (Dzulkefli) kerana dirinya dianggap tidak mampu menjalinkan kerjasama, sebagaimana agenda yang dikehendaki oleh Isa Samad (senarai FGV kedalam bursa saham),"tambahnya. Mengikut laporan sebuah laman web, Dzulkifli diarahkan untuk bercuti selama 6 hingga 9 bulan bermula 25 November lalu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Sekurang-kurangnya 50 wakil peneroka FELDA hari ini berhimpun bagi menuntut supaya pengarah besarnya, Datuk Zulkifli Wahab dikekalkan jawatannya. Selain membawa sepanduk, mereka turut melaungkan slogan "halau Isa" dan "hidup peneroka".
|
Tunjuk Perasaan Senjata Orang Miskin, Yang Ditipu dan Yang Ditindas Posted: 14 Dec 2011 03:15 PM PST Oleh Mohd Hafiizh Mokhtar SHAH ALAM : Sekiranya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dilulus dan diwartakan, Umno-Barisan Nasional akan menggunakan aparatus kerajaan untuk menahan rakyat yang berhimpun, selain dari mengambil wang mereka dengan mengenakan denda yang tinggi. Sekiranya perhimpunan dan ceramah dibenarkan sekalipun ia mungkin hanya dibenarkan dibuat di lokasi-lokasi terpencil terpisah dari masyarakat umum. Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata tidak semua rakyat dibenarkan untuk menghadiri perhimpunan, terutamanya kaum ibu kerana mereka berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya membawa anak-anak kecil. "Katalah ada sekumpulan pembeli rumah, yang telah ditipu oleh pemaju. Mereka tidak akan dibenarkan untuk berkumpul di taman perumahan berarak ke pejabat pemaju. Tidak munasabah sekiranya penduduk diminta untuk menyewa stadium untuk meluahkan perasaan mereka." Beliau berkata demikian dalam satu sesi bual-bicara Fokus Berita, terbitan TV Selangor, 10 Disember lalu. "Jangan kita fikir bantahan ini datang dari parti politik atau gerakan seperti Bersih, tetapi setiap hari kita berhadapan dengan tunjuk perasaan yang tidak bersifat politik, tetapi penting kepada masyarakat,"jelasnya. Turut menyatakan pandangan yang sama, Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata larangan untuk berhimpun dalam lingkungan 50 meter di 21 jenis tempat seperti stesen minyak, jambatan, sekolah dan rumah ibadat secara langsung menghalang perhimpunan diadakan di dalam bandar. "Minggu yang lepas pada hari Sabtu saya pergi ke Kompleks Hock Lee dimana penduduk Bukit Damansara berhimpun membantah sikap pemaju. Tetapi dibawah undang-undang baru ini, kumpulan orang-orang ini telah berhimpun secara haram kerana mereka berhimpun dalam jarak 50 meter sebuah tadika,"kata Lim. Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat membenarkan perhimpunan aman dibuat oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang atau gerakan-gerakan yang bersekutu dengan parti pembangkang di mana-mana lokasi di Selangor. Ini selaras dengan jaminan Pakatan Rakyat menghormati hak rakyat Selangor yang diperuntukkan Perlembagaan Negara. "Sebenarnya Seksyen 27 Akta Polis ditulis dengan lebih teliti daripada rang undang-undang Perhimpunan Awam. Dalam Seksyen 27 itu, polis perlu membuktikan individu terlibat dalam perhimpunan itu mengancam keselamatan negara. "Sungguhpun Seksyen 27 sangat menekan, tetapi pra-syaratnya polis hanya boleh bertindak dalam situasi ekstrem yang benar-benar menggugat keselamatan negara. Sebaliknya dalam rang undang-undang baru ini, ia langsung tidak memberi ruang kepada perarakan," kata Tian. Menyambut kenyataan Tian Chua, Lim berkata syarat-syarat yang dikenakan dalam rang undang-undang baru ini memberi polis pelbagai sebab untuk menahan peserta perhimpunan, termasuk memakai warna yang salah. "Apa maksud perilaku penunjuk perasaan yang disebut dalam rang undang-undang baru ini? Adakah ia bermaksud peserta tidak boleh membunyikan wisel? Adakah ia bermaksud peserta tidak boleh memakai seluar berwarna kuning?," Lim berkata. |
Kerajaan PR Selesaikan Masalah Syarikat Berkaitan BN Posted: 14 Dec 2011 03:13 PM PST Oleh Naeem Raffi SHAH ALAM : Kerajaan Selangor komited mencari jalan penyelesaian yang adil bagi bekas pekerja Ladang Tumbuk yang sebelum ini dimiliki oleh cabang pelaburan MIC, Maika Holdings bhd. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara dalam mendepani masalah yang menghimpit bekas pekerja ladang itu. "Bidang kuasa untuk mengawal pemindahan tanah negeri terletak dengan lembaga tanah ladang (ELB) selaras dengan S 214A kod tanah negara. "ELB boleh menolak atau membatalkan kelulusan jika mendapati representasi palsu atau tidak betul atau jika ternyata bahawa kelulusan itu tidak demi kepentingan awam,"katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat kerajaan negeri hari ini. Mengulas lanjut, Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata pemilik tanah perlu bertanggungjawab memenuhi sebahagian daripada kewajipan mereka seperti mana yang terkandung di dalam dasar-dasar kerajaan negeri dan kepentingan awam. Maika Holdings, adalah pemilik asal Ladang Tumbuk sebelum diambil alih oleh G Team Resources & Holding Sdn Bhd yang diketuai oleh Tan Sri Gnanalingam pada 2010. Pada 2006, ketika ladang itu masih di kelola oleh Maika Holdings, Syarikat itu berjanji untuk membina perumahan alternatif kepada bekas pekerja ladangnya. Selain itu, Maika Holdings juga menjanjikan tanah untuk pembinaan kuil dan sekolah tamil. Menurut laporan satu laman web National Express Malaysia pada 13 Dis, G Team Resources Sdn Bhd didakwa menafikan bekalan air kepada penduduk ladang Tumbuk dalam usaha memaksa mereka untuk berpindah. G Team dilaporkan telah menahan pembayaran bil-bil air yang berjumlah RM2,500 sehingga menyebabkan penduduk kawasan ladang itu kekurangan air selama tiga minggu. Ladang Tumbok terletak kira-kira 20km dari Banting bandar dan 5 kilometer dari Tanjung Sepat. Namun, sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan oleh Maika mahu pun G Team. "Ekoran itu, Kerajaan negeri bertanggungjawab untuk melindungi bekas pekerja ladang yang sejak beberapa generasi telah bersungguh-sungguh membina ekonomi negara tetapi hidup sebagai masyarakat yang terpinggir," jelas Xavier. Setakat ini, Kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa permohonan dari G Team untuk memindahkan mana-mana tanah ladang itu dalam menunaikan janji-janji yang dibuat oleh Maika untuk bekas pekerja ladang. |
Tiada unsur jenayah dalam kes kebakaran di ibu pejabat SUPP Posted: 14 Dec 2011 03:12 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUCHING- Polis hari ini menolak kemungkinan adanya unsur jenayah dalam kes kebakaran di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) awal pagi semalam. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mortadza Nazarene, berkata siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada sebarang petunjuk yang membuktikan kejadian itu berpunca daripada faktor khianat. "Pihak bomba dalam membuat siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Tempat itu (Ibu Pejabat SUPP) memang ada pengawal. Kita ambil keterangan daripada mereka dan siasatan seperti biasa," katanya ketika ditemui selepas program tinjauan dan pemantauan Ops Sikap sempena perayaan Hari Krismas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Sarawak di sini, hari ini. Berhubung dakwaan ada orang dalam mungkin terbabit dalam kebakaran itu, beliau berkata, Polis perlu ambil keterangan pihak yang mendakwa itu, kalau ia ada seperti dikatakan". Dalam kebakaran itu, bahagian bilik mesyuarat di tingkat bawah ibu pejabat SUPP rosak setelah terbakar kira-kira jam 3.50 pagi. Sementara itu, berhubung sambutan Hari Krismas, Mortadza berkata, polis akan meningkatkan operasi pengawasan di beberapa lokasi strategik sepanjang jalan Trans Borneo serta beberapa jalan utama lain di negeri ini. "Di Sarawak ada ramai yang akan balik kampung menjelang musim Krismas dan kita mahu pastikan pengguna jalan raya selamat balik ke destinasi masing-masing," katanya. Kira-kira 30 buah motosikal trafik terbabit dalam program tinjauan dan pemantauan Ops Sikap bermula dari Pulapol ke Pekan Serian hari ini.- BERNAMA |
Isu “Godfather” dalam DAP: Ramasamy perlu segera menjelaskannya Posted: 14 Dec 2011 03:10 PM PST Viktor Wong, Malaysia Chronicle Siapakah yang memulakan isu tersebut pada awalnya? Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri II Dr P.Ramasamy baru-baru ini telah menggelar Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai "godfather" dalam parti. Apakah tujuan dan niat sebenarnya Dr Ramasamy berbuat dan berkata demikian? Mungkinkah beliau telah terlanjur di dalam kenyataannya sewaktu mengadakan sidang akhbar tersebut? Kita semua tidak tahu, hanya Dr Ramasamy sendiri yang mengetahui apakah definasi sebenarnya beliau sewaktu mengajukan gelaran "Godfather" itu kepada Karpal? Penjelasan yang ditunggu itu tidak sampai-sampai lagi. Dan jika sekiranya Pengajuan gelaran tersebut kepada Karpal mempunyai suatu niat yang positif, maka Dr Ramasamy perlulah menjelaskan perkara tersebut dengan lebih teliti agar ianya dapat memadamkan api kemarahan Karpal akibat daripada gelaran tersebut. Kita semua tahu, setiap insan mempunyai daya dan cara pemikiran mereka yang tersendiri, Dr Ramasamy mungkin menggunakan gelaran tersebut kerana terlalusangat menyanjungi para pemimpin DAP sehingga tidak tahu apakah gelaran yang benar dan sesuai yang patut beliau gunakan sebagai "menghormati" para pemimpin veteran parti. Dan pada masa yang sama pula, Karpal melihat gelaran tersebut sebagai suatu panggilan yang bagaikan penghinaan dan merendahkan martabatnya kerana gelaran "Godfather" tersebut dianggap beliau sebagai suatu yang negatif kerana di dalam pemikirannya terus terlintas kait rapat gelaran tersebut dengan kumpulan kongsi gelap mafia (Itali dan Russia) dan yakuza (Jepun). Oleh yang demikian, bolehlah kita anggap bahawa kedua-dua Karpal dan Dr Ramasamy tidak bersalah. Yang berlaku hanyalah suatu kesilapan komunikasi di mana siapa yang memulakan perkara tersebut haruslah memeberikan penjelasan bagi meredakan keadaan dan suasana yang tegang. Jika sekiranya Dr Ramasamy merasa beliau tidak perlu memohon maaf, maka beliau perlulah mempertahankan dirinya dengan mengemukakan penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara tersebut dan apakah definasi gelaran tersebut di dalam pandangannya. Ramasamy hanya silap satu Ya, kami amat menyetujui bahawa Dr Ramasamy hanya silap satu perkara tetapi bukan isu panggilan gelaran "Godfather". Silap Dr Ramasamy adalah beliau telah terlalu awal dan terburu-buru mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi parlimen dan dewan undangan negerinya dan pada masa yang sama mengumumkan beberapa orang penyokongnya akan juga turut bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pucuk pimpinan parti mengenai perkara tersebut. Menurut, beberapa penyokongnya, Dr Ramasamy pernah mengemukakan senarai beberapa orang penyokong kuatnya untuk dijadikan calon pilihanraya yang akan datang, namum beliau tidak sabar dan kemudiannya mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa orang-orangnya akan turut bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Perbuatan beliau yang terburu-buru itu seakan-akan tidak menghormati pucuk pimpinan parti dan memungkinkan hasrat tersebut bertujuan untuk menekan pucuk pimpinan parti agar segera menerima dan meluluskan pencalonan beberapa orang penyokong kuatnya untuk bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Perbuatan beliau itu juga dianggap kurang tepat dan tidak mengikuti saluran parti yang sebenarnya dan ini adalah suatu kesilapan yang sememangnya tidak dapat dinafikan beliau. Kurang pengalaman Walaupun Dr Ramasamy kini adalah merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri II, namum kedua-dua kedudukan tinggi tersebut tidak semestinya memberi beliau satu "kuasa" untuk melakukan sesuatu sesuka hati beliau. Katakanlah beliau juga tidak berniat untuk berbuat demikian, marilah kita merujuk beliau sebagai masih kurang pengalaman di dalam politik semasa dan penglibatan Dr Ramasamy di dalam kepimpinan parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah pengalaman secara langsung buat kali pertama beliau di dalam arena politik negara. Dan oleh kerana kekurangan pengalaman, kesilapan semestinya akan berlaku bukan sahaja oleh Dr Ramasamy, malah para ahli-ahli parlimen (MP) dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang lain yang baru satu penggal berkhidmat sudah tentunya telah banyak melakukan kesilapan dan masih mempelajari selok belok politik yang sebenarnya. Dan oleh kerana tidak bernasin baik, Dr Ramasamy pula dijadikan contoh secara terbuka dan mendapat perhatian umum oleh kerana beliau adalah Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri II. Jika sekiranya Dr Ramasamy hanyalah seorang ADUN atau MP yang biasa serta jawatan setakat ahli jawatankuasa biasa DAP negeri, adakah kesilapan beliau tersebut akan mendapat liputan yang meluas? Sudah tentunya tidak. Tetapi oleh kerana Dr Ramasamy kini adalah Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri II (kedua-duanya jawatan peringkat tinggi) maka liputan yang meluas mengenai kenyataan beliau itu bolehlah dikatakan telah mengakibatkannya dilihat seperti seorang yang benar-benar telah melakukan suatu kesilapan besar. Sebenarnya, apa yang telah berlaku terhadap Dr Ramasamy itu bukannya suatu kesilapan yang besar kerana ini merupakan penggal pertama beliau sebagai MP dan ADUN sama seperti beberapa orang rakan partinya yang lain. |
Pertelingkahan dalaman Umno: Perebutan Kuasa peringkat tertinggi – Bhg 1 Posted: 14 Dec 2011 03:07 PM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal. Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing. Sejauh manakah setianya si timbalan? Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti. Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri. Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian. Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti. Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya? Perpecahan Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu. Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir. Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun. Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur. Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13. Pencacai-pencacai Najib Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani. Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib. PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin. Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi. Tanda lebih jelas Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir. Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap. Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini. Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit. Malaysia Chronicle akan membawakan bahagian 2: Pertelingkahan dalam Umno- persengketaan peringkat bahagian.Malaysia Chronicle |
Hanya di Malaysia Nyanian Krismas karol boleh mengugat keselamatan dalam negeri Posted: 14 Dec 2011 03:13 AM PST Maclean Patrick, Stan Lee, Malaysia Chronicle Gereja di Malaysia sedang berada dalam kebimbangan. Mereka dijadikan sasaran oleh kerajaan pimpinan perdana menteri Najib Razak dengan tuduhan ingin menggantikan Najib dengan seorang perdana menteri Kristian di negara yang majoriti penganutnya adalah Islam. Sekarang, salah satu hak orang Kristian sedang dicabar. Ada perdebatan hangat tentang sama ada menyanyikan karol memerlukan permit dan sememangnya perkara ini telah ditimbulkan oleh ahli politik yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Malaysia sudah menjadi sebuah Negara yang seba serbi dalam ketakutan. UMNO yang memerintah bersama parti komponen BN yang lain menggunakan prejudis agama untuk meraih undi. Mereka sangat khusyuk dalam permainan ini demi untuk masih mencengkam kuasa tanpa mengira apa jua cara sehinggakan Malaysia sudah menjadi negara komunis. Hisham yang tidak tahu menahu Seperti biasa, menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib, sememangnya tidak tahu langsung mengenai perkara ini. Ini adalah kali kedua menteri dalam negeri mengumumkan dia tidak tahu apa yang berlaku dalam Malaysia. Kali pertama apabila abangnya sendiri terlibat dalam skandal wang kertas yang melibatkan kompeni dari Australia. Hishamuddin telah menegaskan bahawa dia tidak tahu tentang penglibatan abangnya dalam bisnes itu. Ini agak aneh sebab ia adalah sesuatu yang melibatkan keselamatan Negara, pencetakan wang kertas Malaysia! Ia adalah sesuatu yang agak pelik dinyatakan oleh menteri dalam negeri yang mempunyai hubungan terus dengan perisikan Negara. Terbaru, dia kabur tentang polis yang mahukan permit untuk mengadakan nyanyian karol untuk krismas dan sememangnya ini adalah sesuatu yang luar biasa. Keperluan lain untuk tahun ini. Sebenarnya, memohon permit dari polis sudah dipraktikkan sejak 30 tahun yang lalu. Hanya pada tahun ini keperluan lain dinyatakan dan pihak gereja perlu membuatnya supaya kebenaran untuk menyanyikan karol dibenarkan. Polis di Johor meminta agar permit dipohon 2 minggu sebelum mereka pergi dari rumah ke rumah untuk menyanyi. Timbalan ketua komisioner polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dipetik berkata pihak penganjur mesti memberitahu polis mngenai beberapa perkara termasuk berapa orang yang akan terlibat, tempat yang akan diziarahi dan waktunya. Umum mengetahui bahawa pihak polis sedang menyoal beberapa orang Kristian tentang butiran lebih pada tahun ini termasuk nama penuh dan alamat tuan rumah yang bakal dikunjungi untuk karol nanti. Walaupun jelas bahawa polis sedang menyusahkan pihak gereja, para menteri BN tidak mahu mengakui kenyataan ini. Kebanyakkan menteri menyatakan sesuatu yang berbeza setiap masa. "Tiada permit diperlukan untuk nyanyian karol. Tidak perlu juga untuk memberitahu pihak polis," kata timbalan menteri dalam negeri Lee Chee Leong. Kenyataan Lee sama seperti kenyataan Hisham didalam Twitter yang menegaskan tiada permit diperlukan untuk orang kristian yang menganjurkan nyanyian krismas karol dari rumah ke rumah. Namun, menteri penerangan Rais Yatim juga telah menyentuh isu ini dengan sikap yag biadap sekali iaitu "rakyat Malaysia tidak patut memperlekehkan kerajaan hanya kerana perdana menteri telah bersikap liberal bagi beberapa aspek kehidupan kita. Polis masih mempunyai kuasa." Rais merujuk kepada protes menentang pentadbiran Najib yang melarang perhimpunan aman oleh rakyat. Kekeliruan yang disengajakan Ada kecelaruan yang jelas diantara para menteri dan pihak polis. Siapakah yang sebenarnya berkuasa? Sepatutnya ini adalah bidang kuasa menteri dalam negeri sebab dialah yang bertanggungjawab terhadap mereka. Namun, polis di Johor dan Klang bertindak bertentangan dengan arahannya. Beberapa telah persoalan timbul disini. Pertama sekali, adakah nyanyian karol satu ancaman kepada keselamatan negara? Cara pihak polis meminta maklumat seolah-olah menyimpulkan, bahawa di mata polis; ia adalah satu ancaman yang wajib dipantau. Para penyanyi ini seolah-olah diberi status yang sama seperti penjenayah atau pengedar dadah. Ia seolah-olah bahawa pihak polis kini mempunyai kuasa untuk memutuskan siapa yang layak dan berhak menerima dan mendengar lagu-lagu Krismas yang dinyanyikan oleh mereka. Aneh sungguh. Adakah mereka cuba untuk melindungi kedudukan agama Islam, menyalahkan Kristian, untuk memuaskan sayap kanan islamik dalam UMNO atau gabungan ketiga-tiganya sekali? Kedua, apakah keperluan secara tiba-tiba untuk menumpukan perhatian pada orang Kristian dan aktiviti-aktiviti mereka amat membimbangkan. Mengapa perlu untuk memantau aktiviti-aktiviti ini? Adakah bijak untuk mensia-siakan wang rakyat untuk aktiviti-aktiviti yang remeh seperti mengugut penyanyi karol atau adakan saja unit khas untuk memantau para penyanyi krismas karol? Polis, sayap UMNO? Sesungguhnya, tindakan keterlaluan polis membuktikan kebenaran yang lebih mendalam, jika kembali kepada Rang Undang-undang Perhimpunan 2011 yang diluluskan baru-baru ini, yang memberikan polis hak memutuskan apa saja ke atas rakyat. Mereka kini mempunyai rang undang-undang untuk menganiaya orang yang sedang berhimpun, ketua-ketua polis boleh menggunakan kuasa mereka dengan cara yang mereka fikir terbaik untuk membantu ketua politik. Lagipun,penyanyi karol adalah "gerakan rakyat" dan juga boleh berbanding dengan demonstrasi jalanan jika ditafsirkan secara halus dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Dan apabila dianiaya, penganjur yang akan menghadapi padahnya dan dalam kes kumpulan penyanyi karol, ia adalah pihak gereja. Dan ini ialah bagaimana pihak polis boleh menjalankan kehendak tuan-tuan politik mereka dengan memulakan tindakan tetapi harus pandai memutar belitkan fakta sekiranya terkena batang hidung sendiri. Dan apa yang pihak polis cuba untuk 'buktikan' kepada masyarakat sasaran iaitu Melayu dan Islam adalah bahawa UMNO-BN akan mempertahankan kedudukan agama Islam, menjatuhkan Kristian untuk memancing undi. Inilah apa yang sebenarnya yang dimahukan. The state of play Apa pula yang akan berlaku kepada Malaysia? Kita kini hidup dalam keadaan di mana undang-undang diwujudkan untuk memastikan rakyat terus dianiaya dan ditahan dengan mudah. Kita ada aktivis sosial yang dihalang daripada memasuki negeri-negeri tertentu, manakala samseng dan pengedar dadah datang dan pergi sesuka hati. Kita ada polis yang sibuk menahan penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada kerajaan yang gagal, manakala pegawai-pegawai di dalam kerajaan membazirkan dana awam di kondominium mewah yang jelas menunujukkan rasuah. Apa yang telah berlaku ke Malaysia selepas 54 tahun pemerintahan UMNO-BN? Kita telah menjadi orang-orang yang takut akan bayang-bayang kita sendiri, terima kasih kepada kerajaan BN. Lebih-lebih lagi, apa yang betul dan apa yang salah sepenuhnya bergantung pada UMNO. Sesungguhnya ia adalah hari yang menyedihkan bagi rakyat Malaysia perlu mencari jawapan-jawapan dari pihak yang mempunyai petunjuk- apa yang betul dan apa yang tidak. |
Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud Posted: 14 Dec 2011 03:10 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya. Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut. Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan. "Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah. Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya. Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara. "Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka. Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib. Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud. Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia. Menurut Salahuddin, kes tersebut merupakan sesuatu yang amat serius dan pihaknya amat perlu mendapatkan keterangan lanjut dari SPRM dengan segera sama ada benar telah menerima laporan tersebut atau sebaliknya. "Sekiranya SPRM memang telah menerima laporan itu, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh SPRM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas pihak-pihak terbabit," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.-harakahdaily |
Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis Posted: 14 Dec 2011 03:01 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU - Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, hari ini membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk 'lagi hudud PAS' yang disiarkan di halaman Youtube. Laporan itu dibuat memandangkan klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan. Laporan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini tengahari tadi. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, ketika ditemui memberitahu kerana ingin menentang PAS, pihak tertentu sanggup mempersendakan hukum Allah. "Langsung mereka tidak sedar tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan PAS untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya menghina hukum Allah sendiri,"ujarnya. Latif turut mempertikaikan kenapa Umno tidak mempertikaikan isu video itu sedangkan masaalah lain parti itu menjadi juara seperti isu air, 'samakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi dan berbagai lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pusat mengambil tindakan segera berhubung penghinaan hukum Hudud itu kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai. Sementara itu, seorang blogger melaporkan dalam analisanya, penerbit video berkenaan mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Selangor. Ini kerana, email penerbit berkenaan juga email kepada webmaster laman web Pena Noh Omar, Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang.harakahdaily |
Dilema kerajaan: Antara pembaharuan dengan kepentingan Posted: 14 Dec 2011 02:58 AM PST "Dilema kerajaan" berasal dari beberapa kontradiksi. Pertama, berlakunya konflik antara pembaharuan ekonomi dan kepentingan rent-seeker (perentir). Setelah mempertimbangkan kepentingan, keperluan kroni akan dipenuhi, namun pada masa yang sama momentum pembaharuan pula dikurangkan. Keadaan ini akan menjurus kepada satu senario di mana kroni pemerintah sentiasa mempengaruhi dasar kerajaan, dan pembaharuan gagal membawa kesan yang terserlah untuk selama-lamanya. |
Demonstrasi aman menguji penguasa: Masihkah kau manusia? Posted: 14 Dec 2011 02:53 AM PST Memetik istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, "demonstrate" dengan maksudnya "menunjukkan", tidak semestinya bermakna "protes", tetapi boleh bermakna meraihkan sesuatu. Untuk pengkaji politik, Wong Chin Huat, demonstrasi adalah "iklan orang miskin", maka mengenakan denda kepada peserta perhimpunan menjurus kepada keadaan "terlalu miskin untuk turun ke jalan raya". Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang diluluskan Dewan Rakyat pada 29 November 2011 memperuntukkan agar penganjur yang tidak mengemukakan pemberitahuan perhimpunan, didenda tidak melebihi RM10,000; dan denda tidak melebihi RM20,000 kepada peserta yang membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
Pengundi hantu, Sabah, S’wak penentu PRU-13 Posted: 14 Dec 2011 02:50 AM PST "Memang Pakatan tidak mempunyai pengalaman memerintah, tetapi jangan lupa, kami juga tiada pengalaman mengamalkan politik wang dan rasuah," kata Lim Guan Eng. SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan dua golongan iaitu pengundi hantu dan pengundi di Sabah dan Sarawak adalah penentu kemenangan dan kekalahan sesebuah parti yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Menurut Lim, sekiranya Pakatan Rakyat memenangi 1/3 kerusi di Sabah dan Sarawak itu merupakan jumlah ajaib yang mampu memberi tekanan kepada Umno-Barisan Nasional (BN). Namun Lim menegaskan hasrat untuk menang dalam pilihan raya kelak terletak di tangan pengundi hantu. Ini menurut Lim, sekiranya syor Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya (PSC) tidak ditunaikan kerajaan, kumpulan pengundi hantu akan menentukan keputusan pilihan raya. "Kita tidak perlu menang separuh daripada keseluruhan kerusi. Sekiranya Pakatan menang 1/3 daripada kerusi sudah cukup. Pakatan harus bekerja keras bagi membolehkan kerusi tersebut menjadi milik kita. "Pengundi hantu ini juga akan menentukan siapa menang dan kalah. Maka jika tidak dijalankan pilihan raya yang bersih, adil dan bebas perkara ini akan menghantui kita," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. Lim turut memuji pentadbiran di Pulau Pinang kerana tanpa pengalaman mereka mampu membuktikan kemampuan menjadikan negeri itu sejahtera tanpa bantuan kerajaan Pusat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Memang Pakatan tidak mempunyai pengalaman memerintah, tetapi jangan lupa, kami juga tiada pengalaman mengamalkan politik wang dan rasuah. "Malah kini Pakatan sudah membuktikan perkara itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bahawa kami lebih baik daripada kerajaan BN. Kami kerajaan berjiwa rakyat, tiap-tiap tahun untung, hutang pula kurang," katanya yang turut mendapat sokongan daripada 200 hadirin yang hadir. |
PRU-13: Pekida ikrar pangkah BN Posted: 14 Dec 2011 02:43 AM PST Presiden Jamaluddin Yusof berkata Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan Barisan Nasional supaya orang Melayu bernafas. PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menyatakan ikrar mereka untuk setia 'pangkah' Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU-13) akan datang. Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata tidak cukup untuk pertubuhan itu memberi sokongan moral semata-mata memandangkan kemenangan BN pada PRU-13 kelak menjadi keutamaan bersama. "Kita bagi sokongan dengan mengajak ahli-ahli Pekida untuk memenangkan BN agar kekal memerintah negara. Sokongan moral sahaja tidak cukup, maka kita mahu ahli-ahli pangkah BN pada pilihan raya nanti. Kerana pada anggapan Pekida BN menjalankan pemerintahan dengan berkesan. "Semua ahli-ahli Pekida perlu sokong BN….kita ibarat adik-beradik maka akan sama dan perlu bantu antara satu sama lain. Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan BN supaya orang Melayu bernafas. "Tapi bagaimana untuk kami gerakan kepada ahli-ahli ia adalah rahsia," katanya kepada FMT. Pekida kini mempunyai dua juta ahli di seluruh negara dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan penaung bagi pertubuhan berkenaan. Sementara itu, Jamaluddin mengakui bahawa sokongan orang Melayu terutama anak muda menjadi pertikaian memandangkan mereka kini lebih banyak terpengaruh dengan fahaman luar. Katanya ia menjadi ancaman kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pemerintahannya kerana secara tidak langsung menghakis sokongan anak muda kepada pemimpin nombor satu negara tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Jamaluddin Pekida mempunyai 'cara' tertentu untuk menarik minat golongan anak muda ini terus menyokong BN. Namun beliau enggan menjelaskan secara terperinci perkara itu, dan sebaliknya berkata ada perkara tertentu perlu diselesaikan Najib sebelum mengadakan PRU-13 nanti. "Pengundi muda atau anak muda ini tidak faham tentang politik merdeka, kerana kebanyakan mereka mendapat pendidikan luar negara. Tapi bagi pengundi veteran mereka masih menyokong BN. "Pekida ada kunci untuk itu, bagaimana untuk yakinkan anak muda untuk menyokong BN. Anak muda sebegini telah terhakis pemahaman mereka kerana menerima pengaruh dari luar," jelasnya. Dalam pada itu, ujar Jamaluddin program pemutihan terhadap ahli Pekida turut dilakukan bagi menghakis pandangan masyarakat yang beranggapan bahawa pertubuhan berkenaan sebagai gangster. "Program pemutihan ini agar status ahli Pekida nampak putih dan disenangi masyarakat. Ini kerana selama ini Pekida diberi andaian sehingga terheret dalam golongan samseng, gangster walhal itu bukan sikap sebenar Pekida. "Orang guna, jual nama Pekida sehingga memburukkan reputasi pertubuhan ini. Namun kami buat satu ikrar dengan Pekida terus memberi sokongan kepada Najib dan kepimpinan BN untuk terus memerintah negara," katanya. Maka Jamaluddin berkata Pekida bertanggungjawab memastikan BN menang dan menjadi benteng daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat menjatuhkan negara ini. |
Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral Posted: 14 Dec 2011 02:40 AM PST Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang. Mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan. Walaupun dikelilingi kira-kira 25 polis yang mahu mereka bersurai, kumpulan itu bagaimanapun tidak menghiraukannya. |
Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan Posted: 14 Dec 2011 02:34 AM PST Susan Loone Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim. Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab" dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah. Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP. Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk. "Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian," kata Lim. "Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP." |
PM dituntut jelaskan 'rampasan kuasa' Felda Posted: 14 Dec 2011 02:30 AM PST Salhan K Ahmad Senator PKR, Dr Syed Husin Ali menuntut perdana menteri menjelaskan "rampasan kuasa" yang berlaku dalam Felda sehingga menyebabkan pengarah besar lembaga tanah itu, Datuk Zulkifli Wahab "digantung" dari tugas. "Difahamkan tujuan perubahan ini ialah untuk memungkinkan Tan Sri Isa Samad mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings," katanya. Beliau mendakwa, perubahan struktur itu juga akan membolehkan Isa merombak struktur pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan juga mengubah dasar yang menjaga kepentingan ahli koperasi. "Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh ketua eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," dakwa Syed Husin lagi. |
DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut Posted: 14 Dec 2011 02:27 AM PST Aidila Razak Sambil merujuk pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa KL 1992, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu juga dikenalpasti sebagai punca utama kelewatan bagi projek yang sepatutnya siap sekitar awal September 2011 tetapi kini terpaksa dilanjutkan hingga April 2013. Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini. "Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya. Menurut pelan 1992, tapak pembinaan semasa KLIA "terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu dengan tindihan bahan gambut yang berbeza dari segi ketebalan dari dua hingga tiga meter". "Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu. Menurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan. Pua berkata masalah tidak akan timbul jika pelan induk 1992, yang disediakan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad dipatuhi. Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu. |
Kes prima facie rasuah Dr Ling, 27 Januari depan Posted: 14 Dec 2011 02:23 AM PST MALAYSIA KINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh keputusan sama ada bekas Tun Dr Ling Liong Sik akan dipanggil membela diri berhubung dakwaan kes rasuah menipu kerajaan berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, Klang. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan