Rabu, 14 Disember 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Utusan Bakal Muflis Jika Terus Memfitnah

Posted: 14 Dec 2011 08:55 AM PST

Segala macam tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng yang selama ini menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Melayu dan anti-Islam adalah fitnah dan berniat jahat telah terbukti bila akhbar pencacai Umno/BN, Utusan Meloya itu di arahkan oleh mahkamah membayar RM200,00 sebagai ganti rugi kepada LGE. Padan muka!

Sebelum ini, pada 1 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.Klik sini

Juga, kes saman fitnah, pada 23 Dis 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Utusan Melayu dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar .

Utusan sedang menghadapi beberapa saman kerana memfitnah.Sahih! akhbar ini adalah pembohong dan penyibar fitnah.Sudah acapkali kena saman tapi tidak serik-serik.Utusan pastinya akan muflis jika tradisi buruk ini masih mahu diteruskan.

Kepada mereka yang gemar berlanggan dengan Utusan, eloklah beralih ke akhbar alternatif untuk mendapatkan berita yang lebih sahih melainkan keputusan nombor ekor.

Ini adalah pelajaran yang terbaik setakad ini dan tamparan hebat kepada mana-mana pencacai Umno/BN terutamanya para bloggers Umno.

RR Satu Malaysia dan Anak Yatim Permata.

Posted: 14 Dec 2011 04:00 AM PST

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ipoh petang kelmarin seusainya perbicaraan Liwat 2 Anwar di Mahkamah Jalan Duta, bas kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas di highway Tanjung Malim ( traffic jam).

Ada kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas dan kereta.Itu yang kami difahamkan oleh pemandu bas kami. Jenuh para pengguna terpaksa menunggu dengan begitu lama sekali. Hampir selama tiga jam kami tersiksa begitu sebelum traffik kembali pulih.

Kami terpaksa menahan pundi kencing masing-masing. Ada juga pengguna yang di laluan reserve jalan berhenti untuk kecemasan yang teramat sangat pergi 'memancut' pada semak yang tidak terbakar di situ. Ada juga yang dalam bas kami yang terpaksa 'memancut' ke dalam botol air mineral yang telah kosong! Dah kecemasan sangat, nak buat macam mana?

Ketika bas kami memperlahankan perjalanan untuk singgah di hentian Ladang Bikam , tempat itu sudah 'jam' dengan kenderaan – masing-masing nak memancut! Kami terpaksa bersabar 'menahan' dan meneruskan perjalananmenuju RR di Tapah.

Kami berasa lega bila sampai di RR Tapah jam 11.00 dan tanpa membuang masa, masing-masing meluru untuk menyempurnakan hajat besar disini. Cukup melegakan.Bayangkanlah sejak jam 7.00 tadi bas terenjut-enjut jalan bagaikan siput.Celaka betul Plus - lambat sangat nak bertindak! Ambik kau!

Tempat solat yang kecil memaksa orang ramai menunggu giliran. Mujurlah saya ada kerusi tongkat berlipat yang boleh digunakan tanpa perlu masuk kedalam surau tersebut. Saya sembahyang kat luar sahaja.

Selesai solat, pergi ke gerai makanan.Penuh pula meja makan disitu.Tentulah masing-masing seperti harimau buas kelaparan kerana baru terlepas dari kandang yang membelenggu! Mereka semua mangsa traffic jam yang tiga jam di lebuh raya tadi.

Saya membayar RM7.00 untuk makanan saya – sepinggan nasi , seekor ikan goreng, sebelah telur masin dan masak lemak taugeh!Tidak ada terdapat menu RM3.50 seperti waktu Najib melancarkan Restoran 1 Malaysia suatu ketika tidak berapa lama lalu. Barang-barang jualan di sini mahal-mahal belaka berbanding yang diluar. PM Najib patut buat RR Satu Malaysia supaya pengguna highway terbela dan tidak teraniaya macam ini!


Tengahari tadi, saya dapat makan secara percuma apabila dipersilakan bersama oleh seorang pentadbir Masjid Wilayah, Puan Sathiah - ketika kami berhenti solat di situ. Ada program untuk budak-budak kat situ. Alhamdulillah.

Saya tidak naik ke atas ke ruangan solat tetapi solat 'solo' kat bawah – duduk dikerusi hampir dengan meja makan.Pelawaan tersebut saya terima baik memandangkan kesungguhan ajakan beliau.Lagi pula itu merupakan satu kemudahan bagi saya yang terpaksa bertongkat bila berjalan – selamatlah dari bersusah payah nak pergi menuju / mencari tempat makan.

Saya hanya makan nasi bersama sayur kacang panjang yang dimasak dengan tempe. Ada ayam dan Udang- tapi saya tidak sentuh kerana sedang dalam pantang – ghout! Dan saya hanya makan ayam kampung.Terima kasihlah kat Puan Sathiah, kalau-kalaulah beliau membaca blog saya ini!

Masjid Wilayah Persekutuan

Kembali cerita kat RR Tapah tadi, saya didatangi oleh peminta sedekah atas nama jualan amal dan kutipan derma untuk anak yatim.Mereka remaja perempuan yang kelihatan masih dibawah umur lagi. Apakah jadahnya di tengah-tengah malam, jam 11.00 lebih merayau-rayau begitu?

Ada juga yang baik hati – seorang wanita yang telah berumur menghulurkan not RM10.00 dan apabila dihulurkan resip penerimaan, beliau menolak sambil berkata lembut, tak apa nak, tak apa, kesian anak yatim… dan dia terus berlalu...

Patutlah gejala memperalatkan kanak-kanak bawah umur untuk menagih simpati masyarakat dengan mengutip derma bagi rumah anak yatim atau maahad tahfiz terus berleluasa. Perlukah anak-anak yatim dibiarkan berkeliaran begitu? Nampaknya Rosmah kena buat pula Rumah Anak Yatim Permata atau Maahad Tahfiz Permata .....

Sejenak di Mahkamah Kelmarin

Posted: 14 Dec 2011 12:13 AM PST

Pergi ke Mahkamah untuk ikuti perbicaraan Anwar kelmarin bersama rombongan PKR Gopeng.Saya hanya duduk kat luar depan pintu masuk Mahkamah.Udara sejuk dari air-cond dalam bangunan menerpa keluar setiap kali pintu oto terbuka memberi laluan orang masuk dan keluar. Terasa nyaman seketika.

Manusia tidak seramai mana berbanding kes-kes yang pernah saya hadiri sebelum ini.Pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa pada hari Khamis 15 Disember nanti yang akan bermula jam 9.30 pagi. Hakim akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.selepas itu.

Namun, dalam sembang-sembang dengan rakan-rakan PKR, mereka sudah dapat menduga keputusan skrip perbicaraan arahan Putera Jaya. Anwar pun sudah bersedia for the outcome - beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik bagi Anwar dan Pakatan Rakyat.Klik sini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan kelmarin :

Orang kena aniaya-Anwar


The fairest and the fearless of them all - Nurul Izzah!


The fabulous Mr.Karpal


Mr Sivarasa


Kak Wati, Ketua Wanita PKR Perak, kat tengah tu
- saat nak mulakan perjalanan


Antara aksi yang menunggu kat luar



Mengiringi Perjalanan Allahyarham Imam Majid

Posted: 13 Dec 2011 10:56 PM PST

Semoga Allah mencucuri limpahan rahmat dan keampunan keatas rohnya dan menempatkannya bersama mereka yang beriman dan ber'amal solih.Takziah kepada keluarga beliau semoga Allah memberikan mereka kesabaran dalam menghadapi cubaan yang pasti setiap kita akan hadapi sendiri.

Solat jenazah telah diimami oleh adik allahyarham sendiri bersama-sama sahabat handai perjuangan.Tidak ketinggalan beberapa pimpinan PAS negeri yang berdekatan.Kelihatan hadhir Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad. Penyempurnaan jenazah dilakukan dengan ringkas dan segera dan selesai tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Gambar suasana peristiwa tersebut yang dapat saya rakamkan. Juga sila jenguk gambar-gambar di sini

Ketibaan kereta jenazah


Orang ramai menunggu diluar rumah jenazah


Memulakan langkah pertama satu perjalanan yang jauh
- dengan hanya berbekalkan amalan...


Jazad terbujur di pembaringan.Masa kita akan tiba ...


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


PJ Perak Ust Abu Bakar dan Ust Azli Musa,
turut kelihatan DS Nizar dibelakang mereka


Kelihatan adik Allahyarham (baju biru), juga Ust Misbahul Munir


Turut hadir Adun Simpang Pulai, Chang Ming Kai- hingga ke kuburan


Bahawa sesungguhnya alam kubur itu adalah benar...


Kita semua sedang menunggu giliran ....

Perginya Seorang Pejuang Kemerdekaan - Imam Majid

Posted: 13 Dec 2011 05:38 PM PST


Inna lillahi wa-inna ilaihi raji'un. Imam Abdul Majid (kiri) telah kembali ke rahmatullah jam 5.00 subuh tadi kerana sakit tua. Allahyarham lahir pada pada tahun 1923. Tanggal 28 Disember, maka genaplah umurnya 88 tahun.

Allahyarham merupakan pejuang kemerdekaan negara dan terpaksa merengkok dalam tahanan di penjara Batu Gajah untuk tempoh beberapa tahun.Saya akan menulis tentangnya nanti, insya' Allah.

Allahyarham bersama Subky Latiff sewaktu
dirumah seorang sahabat di Ipoh

Jenazahnya sedang diuruskan untuk pengebumian di perkuburan Sengat.Sembahyang jenazah akan di adakan di masjid Sengat jam 11.00 am sebentar nanti. Alfatihah.

Tiada ulasan: