Isnin, 12 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


HINA HUKUM ALLAH !!! Bertaubatlah pelakon video Sembang Rakyat

Posted: 12 Dec 2011 03:07 AM PST

Oleh : PUTERI BULAN


UMNO Haprak yang semakin gelabah....menggunakan pelakon-pelakon poyo...pelakon-pelakon babun untuk menghentam Islam...

Puteri tak nampak...apa rasional menghentam PAS dalam slot " Sembang Rakyat" tu...tapi yang lebihnya kepada menghina ulama dan mempertikaikan hukum Allah.


Hei! pelakon-pelakon ni..tak takut kat Allah ke...apa dengan upahan yang tak seberapa tu boleh melenyapkan rasa gentar pada siksaan Allah. Tak fikir nak mati ke...tak fikir mati esok jumpa siapa..tak fikir ke semua tu...


Watak Pak Aji warak..( JKK kut )..macamlah orang alim...pertikai hukum Islam..pertikai ulama...sedaq dirilah..pakai kopiah pun pasai berlakon....yang syoknya..3 watak perempuan di situ...dah la tak tutup aurat..dogiang...lancang mulut pertikai hukum Allah...


Tak cukup dengan tu...pelakon bukan Islam pun n ak tunjuk terror dalam hukum hudud..Apa ni wahai UMNO Haprak...hampa heret pelakon murahan ni untuk nak sampaikan mesej hampa....sedaqlah...hampa dah list nama depa kat pintu neraka...padan dengan pelakon yang tak sedaq diri tu.!!


Jangan lupa nooo.....
PENULIS SKRIP, KREW PENERBITAN, PELAKON, PENAJA DAN SAPA-SAPA YANG TERLIBAT....SELAGI HAMPA TAK BERTAUBAT...HAMPA TANGGUNG DOSA HINA HUKUM ALLAH DAN PERSENDA ULAMA....awat ingat semua tu main-main ka...

Puteri : tulah akibatkan membiarkan Islam ditadbir oleh orang yang bukan ahli....

Negara Berpendapatan Tinggi Hanya Akan Tinggal Angan-angan Jika….

Posted: 12 Dec 2011 02:44 AM PST

Staff Berita Semasa

negara berpendapatan tinggi Negara Berpendapatan Tinggi Hanya Akan Tinggal Angan angan Jika....


Negara berpendapatan tinggi, baru-baru ini salah seorang pakar ekonomi daripada Numora International telah melontarkan pandangan terhadap ekonomi Malaysia yang disifatkan beliau masih lagi ditahap yang lemah & kurang positif sehingga perlu ada beberapa pembaharuan jika mahu benar-benar keluar daripada negara berpendapatan serdahana kepada negara berpendapatan tinggi :

  • Malaysia perlu mengurangkan subsidi kepada rakyat Malaysia
  • Setiap pelaksanaan tidak terlalu banyak campur atangan pihak atasan dan ahli politik
  • Laporan Bank Dunia pada bulan November 2011 lepas ada menyebut, Malaysia mempunyai kelebihan besar daripada asas yang agak rendah apabila melibatkan kos tetapi kelemahan masih lagi ketara daripada segi kemahiran sumber manusia

Negara Berpendapatan Tinggi : Realiti Atau Fantasi?

Bagi kami, kalau nak jadi negara berpendapatan tinggi tidak hanya memandang kepada subsidi yang diperolehi oleh rakyat semata, tetapi apa yang kami lihat ada 3 faktor besar yang boleh membantutkan angan-angan negara kita Malaysia nak jadi negara berpendapatan tinggi iaitu apa yang dipanggil sebagai fenomena SEG.

  1. S = Subsidi yang diberikan kepada golongan yang tidak sepatutnya. Memang kami akui kita terlalu banyak subsidi sehinggakan tidak hanya diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia semata, tetapi juga turut diberikan kepada taikun-taikun besar di Malaysia. Contoh paling mudahnya, isu IPP.
  2. E = External factor : Ekonomi Malaysia terlalu bergantung kepada "export market" sehingga menjadikan domestic consumption (penggunaan domestik) masih lagi rendah
  3. Perbelanjaan pengurusan kerajaan : Cuma sekitar 30% sahaja yang didorong melalui sektor swasta, yang lain-lain banyak melibatkan projek-projek daripada kerajaan.

Dan….tidak cukup setakat itu sahaja, jika pelaksanaan banyak melibatkan rasuah & penyelewengan, harapan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya tinggal harapan. Ibarat :

Kita beri tangan kanan, kita ambil semula dengan tangan kiri

Akhirnya akan menjadi kerja yang sia-sia. Belajar-belajar dan contohi kebaikan pelaksanaan di negara lain yang telah berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan. Hakikatnya, yang berlaku di Malaysia sekarang ini :

  • Kita banyak mengimport "imigran murah" yang menekan & menindas golongan yang berpendapatan rendah.
  • Tetapi rakyat Malaysia yang berkualiti ramai yang keluar ke luar negara untuk menyumbang kepakaran mereka di negara lain yang akhirnya menimbulkan masalah besar bagi Malaysia iaitu "brain drain".

Apa yang patut dicontohi negara Malaysia merujuk kepada apa yang dilakukan oleh Jepun & Korea Selatan bagi merancakkan lonjakan ekonomi mereka sejak daripada awal lagi seperti :

Melabur dalam manusia, bakat, dan teknologi dengan meningkatan kecekapan melibatkan aspek pendapatan, penyelidikan & inovasi.

Negara Berpendapatan Tinggi : Contohi Pelaksanaan Yang baik Dari Negara Maju Yang Lain

Bukan setakat mengharapkan sumber asli semata. Negara lain sudah membuktikannya. Kemudian satu lagi contoh negara jiran kita di bahagian selatan iaitu Singapura, adakah rakyat Singapura hebat-hebat belaka? Tidak juga. Kerana masih lagi ramai rakyat Malaysia yang berkualiti kerja di sana. Tetapi ada perbezaan antara Malaysia dengan negara-negara seperti di atas :

  • Benar, universiti tempatan tidaklah seburuk yang disangkakan tetapi berhenti sekadar di peringkat penyelidikan sahaja
  • Tetapi masih lagi di "tahap yang rendah" apabila melibatkan nilai-nilai penyelidikan & kurang dikomersialkan
  • Negara seperti Korea Selatan, Jepun & Singapura meletakkan pendidikan di satu sudut yang sangat-sangat diberikan keutamaan. Mereka tiada kompromi daripada soal itu walaupun melibatkan bajet & perbelanjaan yang besar
  • Sebab, ia memang "satu pelaburan yang menguntungkan kepada sesebuah negara" untuk jangka masa panjang

Hasrat dan dasar kerajaan kerajaan untuk menjadikan negara kita Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Kami pasti semua rakyat Malaysia akan menyokong dasar seperti ini. Tetapi yang menjadi persoalan dan pertikaian ramai adalah PELAKSANAANNYA.

Fitnah II: Hubungan Saiful dan ‘Kekasih PW1′ jejas perbicaraan

Posted: 12 Dec 2011 02:40 AM PST

KEADAILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Karpal mahu Farah Azlina dan Saiful Bukhari dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung dengan adil.

"Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini," kata Karpal.


Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," kata Karpal.

Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, Saiful mungkin mengubah keterangan beliau sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan.

Kronologi Fitnah II: Polis, Saiful menipu dalam mahkamah

Posted: 12 Dec 2011 02:39 AM PST

KEADILAN DAILY


2.40 petang: Sankara percaya jeli pelincir KY yang dibawa ke dalam kes ini oleh polis adalah satu penipuan (hoax). Ia diperkenalkan agar konspirasi fitnah ini lebih tersusun memandangkan pemeriksaan klinikal mendapati tiada koyakan atau trauma pada dubur Saiful.

Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih masuk akal, kata Sankara.

2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk

2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku.

"Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful," kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita 'luar biasa' apabila mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

"Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara," kata Sankara.

2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya, Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar.

Beliau mengambil contoh pengakuan Saiful yang mendakwa beliau tidak diperiksa sepenuhnya oleh Dr Mohd Osman sedangkan keterangan Dr Osman menyatakan beliau memeriksa Saiful sepenuhnya.

Kronologi: ‘Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini’ – Peguam

Posted: 12 Dec 2011 02:35 AM PST

KEADILAN DAILY


5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.

3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.

3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana 'cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.'

"Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung," kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.

"Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina," kata Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.

"Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini," katanya.


3.15 petang: Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan Saiful berada di tempat kejadian.

"Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas," kata Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.

"Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji," kata Sankara.

2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.

Tiga Tawaran Bagi Peneroka Bandar PJS1

Posted: 12 Dec 2011 02:32 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


PETALING JAYA, : Kerajaan Selangor menawarkan tiga pilihan Rumah Mampu Milik kepada penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya untuk memilih penempatan baru yang lebih selesa dan sempurna bagi memberi laluan kepada pembinaan sekolah di kawasan itu.

Antara pilihan tersebut adalah Rumah Mampu Milik (rumah kos rendah) blok E dan F, Taman Petaling Utama bernilai RM99,000 dengan kemudahan infrastruktur lengkap seperti sekolah dan kuil.

Lagi satu tawaran ialah rumah kos rendah secara percuma di kawasan Lembah Subang 2 bernilai RM35,000 beserta wang tunai sejumlah RM20,000.

Selain itu, penduduk turut berpeluang memilih rumah kos rendah yang juga ditawarkan secara percuma bernilai RM35,000 beserta wang tunai sejumlah RM13,000 di tiga kawasan berlainan iaitu Sungai Buloh, Taman Damai Utama atau Klang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran rumah mampu milik yang dicadangkan kerajaan negeri itu adalah tawaran terbaik yang akan memberi kesenangan serta kemudahan kepada penduduk kelak.

Ini kerana, kawasan itu akan dibangunkan dengan pembinaan lebuh raya baru bagi kemudahan laluan penduduk selain pembinaan sekolah jenis kebangsaan seperti yang dipersetujui bersama Kementerian Pelajaran serta beberapa kemudahan prasarana lain.

"Perkara ini tidak pernah selesai sejak enam tahun lalu sehingga kerajaan negeri terpaksan campur tangan untuk menyelesaikannya. Kerajaan negeri mendapati antara masalah yang berlaku di kawasan tersebut adalah ketiadaan sekolah kebangsaan yang mencukupi untuk anak-anak penghuni di kawasan berkenaan.

Oleh sebab itu, saya telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk mendirikan sekolah kebangsaan di kawasan tersebut dan juga penempatan sekolah cina dan tamil. Sekiranya kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah bersama penduduk, maka masalah penempatan sekolah juga akan selesai," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada penduduk dalam satu majlis perjumpaan bersama pembeli-pembeli rumah kos rendah blok E, Taman Petaling Utama di sini petang tadi.

Hadir sama, Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ronnie Liu serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohammad Roslan Sakiman.

Abdul Khalid berkata, penduduk diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk membuat pilihan berhubung tawaran rumah kos rendah yang ditawarkan kerajaan negeri.

Ujarnya, pembinaan rumah mampu milik itu telahpun mendapat sokongan penuh penduduk di kawasan itu dan mencukupi untuk kesemua penghuni di penempatan baru.

Kerajaan negeri juga akan berurusan dengan pihak bank dalam masa terdekat bagi memohon pengurangan pembayaran kadar faedah yang terpaksa ditanggung penduduk selama ini, tambahnya.

"Kita perlu memberi masa kepada penduduk untuk membuat pilihan memandangkan perkara ini baru diperdengarkan sebentar tadi. Kerajaan negeri memberi peluang kepada penduduk untuk meneliti cadangan ini terlebuh dahulu sebelum membuat sebarang keputusan supaya hal ini dapat diselesaikan," katanya.

Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

Rumah kos rendah mereka telah mula dibina pada tahun 2004 pada satu tapak berdekatan tetapi mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Walaubagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah ini di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut.

Setiap keluarga telah ditawarkan RM 10,000 untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit yang lain sehingga rumah kekal mereka siap.

Bantuan sewa dan perpindahan ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan negeri, MBPJ dan pemaju di mana ia akan dibayar secara sekaligus.

Kerajaan negeri memutuskan penduduk rumah panjang perlu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna.

Tambahan pula, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan.

Walau bagaimanapun tawaran Kerajaan Negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010.

Justeru, pada 12 Mei 2010 setiap keluarga telah ditawarkan RM14,285, namun hanya terhad kepada sembilan buah keluarga sahaja.

Akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah, maka kerajaan persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Sambutan Krismas Selangor Mesra Rakyat dan Alam

Posted: 12 Dec 2011 02:28 AM PST

Oleh Naeem Raffi


PETALING JAYA : Perayaan Hari Krismas 2011 anjuran Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli belah 1 Utama semalam, menerima sambutan memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.

Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor juga menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam.

Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai.

Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar.

"Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat di setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan.

"Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri," Xavier berkata demikian ketika ditemui TVSelangor di sini semalam.

Sementara itu, Adun Subang, R.Sivarasa berkata bagi membantu pihak usahawan kecil, gerai-gerai makanan untuk jamuan majlis ini diberikan kepada usahawan dibawah skim MIMBAR.

"Perniaga-perniaga dibawah skim MIMBAR juga dibawa kesini bagi membantu meraka, inilah pendekatan yang jauh berbeza daripada pentadbiran terdahulu, kita bersikap menyeluruh kepada seluruh anggota masyarakat,"katanya.

Apa yang menarik pengusaha MIMBAR yang terlibat seperti Muhammad Hassan Ismail juga menggunakan teknologi hijau di dalam operasi mereka.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana penganjuran seumpama ini, melibatkan kami usahawan kecil sedikit sebanyak membantu hasil jualan kami," katanya.

Selaras dengan tema mesra alam sambutan itu, minyak masak yang digunakan peniaga seperti Muhammad Hassan di kitar-semula.

Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah, 1 Utama di Bandar Utama semalam.

Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1 Utama.

Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?

Posted: 12 Dec 2011 02:26 AM PST

Oleh Mat Zahari Ali


KOMENTAR Hingga ke saat ini, Ketua Wanita Umno merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyatakan pendirian berhubung desakan perletakan jawatan beliau sebagai menteri.

Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus membisu berhubung kemelut yang membelenggu parti pimpinannya yang disabitkan dengan Shahrizat.

Projek NFC iaitu sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007 benar-benar meletakkan Najib dalam keadaan paling tertekan.

Najib perlu siasat Muhyiddin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media pada 10 November lalu di lobI parlimen meminta Najib menyiasat Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan itu.

Kata Saifuddin, Muhyiddin perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman kepada keluarga Ketua Wanita Umno untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini.

Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shahsul Iskandar Mohd Akin pula menganggap pemberian projek NFC kepada keluarga Shahrizat merupakan agenda sulit Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib.

Manakala pemberian projek ternakan lembu tersebut kepada keluarga Ketua Wanita Umno tersebut bertujuan menagih sokongan Wanita untuk membantu Muhyiddin menewaskan Najib dalam pemilihan ketika perhimpunan Agung Umno nanti.

Shamsul memberikan alasan tersebut berdasarkan sehingga ke saat ini pemilihan Agung Umno masih belum dilaksanakan walaupun telah beberapa kali berlangsungnya perhimpunan Agung diadakan.

Menurut Shamsul keputusan Presiden Umno untuk tidak membuat pemilihan disebabkan Najib menyedari gerakan kesepakatan timbalan beliau untuk menyingkirkan beliau.

Dilema Najib

Ibarat ditelan mati emak, di luah mati anak, Najib terus berdiam diri sesuai dengan jolokan sikap 'play safe' beliau sebelum ini.

Apa yang pasti, Najib sedang diapit dengan pelbagai delima berhubung masa depan parti pimpinannya apatah lagi saat menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang beliau sahaja tahu tarikhnya.

Lepaskan atau menghukum Shahrizat akan menyebabkan sayap kiri Umno bukan sahaja akan patah malah tidak mampu lagi untuk terbang. Sedangkan dalam mana-mana PRU jentera perayu undi wanita merupakan gerakan utama kemenangan.

Tambahan pula dalam wanita Umno tidak ada tokoh wibawa yang mampu membawa 'aura' Umno selain Shahrizat. Najib atau perwakilan Umno amat yakin bahawa tanpa skandal yang terpalit pada Shahrizat, Wanita Umno akan menjadi kuat dan mampu meraih banyak undi atas pagar. Itulah kekuatan Shahrizat sebelum ini.

Di atas kekuatan itulah juga Najib sanggup menjemput Shahrizat meyertai kabinet walaupun beliau kalah dalam PRU 2008 di Lembah pantai kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Kekuatan Shahrizat jadi rebutan

Najib dikira agak lewat melihat kekuatan Shahrizat berbanding Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Atau mungkin Najib mungkin baru sedar setelah melihat senario bagaimana pemberian projek NFC tersebut boleh diperoleh oleh Keluarga Shahrizat. Sedangkan syarikat tersebut langsung tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Namun sebagai veteran politik dan melihat projek RM250 juta diberikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno, tidak salah kiranya Najib menghidu sesuatu yang tidak kena dengan 'cerita' disebalik agenda pemberian tersebut.

Ketika skandal penyelewengan NFC dipapar di media, para wartawan menyerbu Muhyiddin dan bertanyakan respon berhubung penyelewengan tersebut.

Media sedar pemberian projek kerajaan bernialai RM250 juta tersebut diberikan kepada keluarga Shahrizat ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Dalam kata lainnya, apabila melibatkan projek kerajaan bernilai berjuta ringgit maka keputusannya akan ditentu dan diputus oleh pihak menteri.

Justeru sebagai Menteri Pertanian, setentunya diatas 'perkenan' Muhyiddinlah projek NFC tersebut di serahkan kepada syarikat milik suami Shahrizat.

Pakatan Muhyiddin- Shahrizat?

Kenyataan Muhyiddin kepada media sejurus soalan tersebut dimajukan kepada beliau serta tindakan menyerahkan kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar untuk menjawabnya, tersisip sesuatu yang tidak kena.

Muhyiddin sedar tindakan 'melayan' pertanyaan media akan menyebabkan isu melibatkan Ketua Wanita Umno tersebut akan berpaling kepada beliau.

Berdasarkan bacaan asas politik, pemberian projek NFC oleh Muyiddin kepada syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno tersebut setentunya mempunyai hubung kait dengan sesuatu kepentingan yang bersifat sokongan.

Kalau Najib pernah mengungkap bidalan "I help you, you help me' kepada pengundi di Sarawak, tidak mustahil Muhyiddin juga lebih dahulu menggunakan madah yang sama untuk 'mengayat' Shahrizat.

Dalam survival politik, sokongan dari pergerakan wanita amat besar maknanya. Justeru Muhyiddin membuat perkiraan dengan 'menambat' kepalanya, akan mudahlah untuk di urus ekornya.

Persaingan Muhyiddin-Najib

Pertembungan antara Najib-Muhyiddin ketika era Abdullah Badawi menjadi perdana Menteri bukanlah hal yang tersembunyi. Malah kebanyakan ahli-ahli Umno disemua peringkat lebih maklum.

Abdullah Badawi pula terpaksa mengambil masa hampir empat bulan untuk melantik timbalannya sejurus dilantik menggantikan Tun Dr Mahathir pada 2003.

Dua calon yang dilihat paling layak untuk mengisi jawatan timbalan beliau adalah Muhyiddin Yassin dan Najib Razak.

Dalam falsafah politk pula, sang ketua akan cuba melantik pembantunya yang lebih lemah berbanding pembantunya yang kuat kerana dalam status Quo Umno hanya timbalan yang mampu mencabar presiden.

Abdullah juga sedar sekiranya Najib dipilih akan membawa kepada usia jawatan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri lebih pendek disebabkan Najib mendapat dokongan dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

Lantaran desakan dari team Najib terlalu kuat selain tekanan dari Dr Mahathir, Abdullah cuba menenangkan keadaan dengan melantik Ahli Parlimen Pekan itu sebagai pembantu beliau.

Walaupun akur dengan perlantikan Najib sebagai timbalan beliau, Abdullah perlu membuat 'check and balance' bagi menghalang kebangkitan Najib bersama teamnya.

Maka tidak ada calon yang lebih layak untuk memastikan Najib tidak 'besar kepala' selain Muhyiddin.

Peranan Muhyiddin

Strategi Abdullah meletakkan Muhyiddin dalam kementerian Pertanian yang kemudiannya dinamakan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dilihat sebagai strategi untuk 'menyembunyikan' Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Manakala Najib pula dibiarkan terus untuk menguasai skuad pasukan beragam negara bersama skandal pembelian kapal selam Scorpion yang masih menghantui Najib dan kementerian Pertahanan.

Abdullah membiarkan Muhyidddin menguasai ahli akar umbi Umno yang kebanyakannya terdiri dari golongan petani, penternak dan nelayan.

Dalam masa yang sama Abdullah cuba komersilkan sektor pertanian sebagai sebuah industri yang berdaya maju. Lalu Abdullah menjadikan moto 'Pertanian sebagai sebuah Industri' bagi kempen menaikkan bidang pertanian dibawah naungan kementerian Muhyiddin.

Tujuannya supaya peranan Muhyidddin lebih menonjol dikalangan ahli-ahli Umno dengan dibekalkan peruntukan yang besar. Dengan peruntukan besar tersebut akan lebih 'memesrakan' Muhyiddin dengan akar umbi.

Keluarga Shahrizat dapat NFC

Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan salah satu dari projek ternak lembu yang selama ini diberikan kepada petani bersekala kecil tetapi cuba di komersilkan sebagai projek perintis dengan menelan belanja RM250 juta.

Kelebihan NFC yang berada dibawah program perintis Kementerian dibawah Muhyiddin ini antara lainnya mempunyai beberapa kelonggaran termasuk terma pembayaran balik yang tidak ada tempohnya.

Persoalannya..... kepada siapakah projek bernilai RM250 juta ini akan diserahkan?.

Andai dalam setiap kali berlangsung pemilihan dalam perhimpunan agung Umno, isu politik wang atau rasuah politik bernilai jutaan ringgit telah menjadi amalan biasa dalam Umno.

Muhyiddin yang juga seorang Naib Presiden Umno boleh melihat ruang dan peluang besar dengan wang berjuta ringgit tanpa menggunakan wang dari kocek sendiri.

Dengan tanda tangan kecil diatas sebuah dokumen tidak memerlukan beliau untuk turun berkempen di akar umbi bagi mendapatkan sokongan.

Pakatan Abdullah- Muhyiddin

Muhyiddin juga sedar peranan yang diberikan oleh Abdullah bagi meneruskan kerjaya Abdullah sebagai pemimpin tertinggi negara.

Dalam masa yang sama beliau juga akan turut 'menuai' keuntungan besar sekiranya misi 'menggulingkan' seteru politik beliau berhasil.

Malah Muhyiddin tidak perlu risau sokongan pemuda Umno memandangkan Khairy Jamaluddin yang digelar Dr Mahathir sebagai 'budak nakal tingkat empat' itu adalah menantu Abdullah.

Justeru Muhyiddin hanya memerlukan sokongan dari pergerakan Wanita untuk memastikan sokongan 'solid' terhadap beliau dan Abdullah.

Berdasarkan kronologi tersebut tidak menghairankan sekiranya keluarga Shahrizat mendapat habuan mengendalikan projek perintis Kementerian dibawah Muhyiddin tersebut.

Dengan projek yang dipersetujui berasaskan konsep 'I help you, You help me ' itu diharap akan melengkapkan sokongan dua sayap Umno terhadap Muhyiddin.

Khairy Bersubahat?

Ramai terperanjat apabila Ketua Pemuda Umno merangkap menantu Abdullah, melenting dan 'menjawab' bagi pihak Shahrizat apabila isu pembelian kondo mewah di Bangsar di dedahkan oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Kenyataan Khairy menerusi blok beliau rembau.net turut menjelaskan secara terperinci berhubung penglibatan syarikat National Livestock and Meat Corporation (NLMC) yang juga syarikat milik Shahrizat dengan NFC berhubung penyelewengan pembelian kondo mewah di Bangsar bernilai RM9.8 juta juga menjadi tanda tanya.

Mulanya ramai berfikir mungkin Khairy ingin membela Shahrizat atas kapasiti beliau sebagai ketua sayap pemuda bertujuan mengurangkan tekanan ke atas Shahrizat yang juga ketua wanita Umno.

Namun setelah melihat secara menyeluruh. Mungkin juga ada kebenaran kata-kata Dr Mahathir bahawa kabinet Abdullah sebelum ini ditentukan oleh keputusan dari tingkat empat.

Begitu juga tindakan Khairy yang sering memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memperlihatkan kebimbangan Ketua Pemuda Umno tersebut berhubung pembongkaran lebih besar disebalik projek NFC tersebut.

Muhyiddin tertewas

Muhyiddin hakikatnya telah pun tewas di pusiang pertama ekoran penyingkiran Abdullah dari menerajui negara.

Muhyiddin merupakan pemimpin pertama Umno yang memberi tekanan dan menyaran Abdullah menyegerakan proses peralihan kuasa ke tangan Najib sejurus selepas BN menerima kekalahan teruk dalam PRU 2008 lalu.

Apakah tujuannya bagi menutup isu 'pakatan sulit' beliau?.

Manakala ketewasan yang lebih teruk adalah berhubung isu NFC yang semungkinnya telah dapat di hidu oleh Najib yang kini menjadi bos beliau.

Dalam politik, musuh harus dipangkas dari mata tunasnya sekiranya mahukan survivalnya lebih cemerlang dan berpanjangan.

Najib juga mungkin lebih sedar sekarang bahawa musuh yang lebih merbahaya yang beliau sedang hadapi adalah 'pembantu' yang selalu berhadapan dengannya. Bukannya pembangkang.

Selangor Teroka Pembangunan Terancang Guna Teknologi Solar

Posted: 12 Dec 2011 02:22 AM PST

Oleh Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Selangor melangkah setapak lebih maju dengan dasar terbaru untuk mengsasarkan projek-projek pembangunan terancang disamping menggunakan kaedah teknologi tenaga solar di masa depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendekatan tesebut bukan sahaja bersifat mesra alam malah mampu menjimatkan pendapatan penduduk.

"Kerajaan ingin memastikan bahawa semua projek perumahan dan pembangunan di masa akan datang akan mewujudkan keadaan yang selesa dan sesuai untuk rakyat Selangor," janji Khalid pada majlis Kempen Menanam Pokok di Kelab Cahaya SPK Resort di sini.

Menyentuh teknologi solar yang akan diaplikasikan dalam program pembangunan terancang negeri, Khalid berkata bahawa ia masih dalam perancangan dan juga kajian terperinci.

"Walaupun projek ini masih belum berjalan namun kerajaan negeri bersedia menyediakan tempat-tempat kepada pemaju untuk digunakan sebagai trial-period.

"Buat masa sekarang, terdapat dua tempat yang digunakan sebagai experimen projek ini iaitu di Air Hitam, Puchong dan Sungai Kertas, Selayang," Ujar Khalid.

Menurut Khalid kawasan berkeluasan 20 ekar akan digunakan pemaju untuk bangunkan 'solar panel' untuk dijalankan kajian janakuasa dan panel yang fleksibel untuk mendapatkan cahaya matahari. Setakat ini sebanyak tujuh syarikat yang sudah berminat untuk terlibat dalam projek solar tersebut.

Khalid juga menyeru agar usaha ini mendapat kerjasama daripada rakyat bagi melestarikan impian menjadikan Selangor negeri yang indah dan selamat untuk didiami.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pembangunan projek berskala besar bagi memastikan perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah seperti perparitan tersumbat seterusnya menyebabkan banjir.

"Kawasan pembangunan yang kecil membantutkan usaha terancang untuk mewujudkan satu kawasan perumahan yang benar-benar cantik, hijau, indah dan selamat.

"Tetapi dengan kawasan tempat baru yang luas untuk dibangunkan sekurang-kurangnya 200 ekar membolehkan perancangan yang teliti dan menyeluruh dapat diadakan dengan pembinaan masjid, rumah ibadat, sekolah dan lain-lain fasiliti untuk rakyat bagi jangka masa panjang," jelas EXCO kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu ketika ditemubual TVSelangor.

Cahaya SPK mensasarkan penanaman sebanyak 35,000 pokok menjelang 2017. Bermula pada tahun 2008, Cahaya SPK telah berjaya menanam lebih kurang 20,000 pokok sekitar kawasan perumahan tersebut yang berkeluasan 500 ekar. Usaha menghijaukan alam sekitar ini seiring dengan seruan kerajaan dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya Dalam Taman.

Turut serta dalam majlis tersebut, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan,Ronnie Liu, EXCO Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan ketua pegawai operasi SPKB Saiful Aznir Shahbudin dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Ikrar Khalid Teruskan Pentadbiran Cemerlang

Posted: 12 Dec 2011 02:19 AM PST

Oleh Hafizan Taib


KLANG: Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar meneruskan pentadbiran negeri ini dengan mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih daripada amalan kronisme dan rasuah.

Beliau berkata, kesan daripada reformasi politik dan ekonomi yang diamalkan sejak mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, ianya memberi keuntungan yang berlipat ganda malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk dinikmati olek rakyat negeri Selangor.

Hasil penjimatan yang dilaksanakan, katanya, Kerajaan Negeri berjaya melunaskan RM173 juta pada tahun lalu daripada lebih RM800 juta hutang tertunggak yang ditinggalkan pentadbiran lalu kepada Kerajaan Persekutuan.

"Jumlah pelaburan negeri Selangor Darul Ehsan pula setakat September melebihi RM6.4 bilion manakala simpanan tetap negeri sehingga Ogos ini melonjak kepada RM1.25 bilion. Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling cemerlang dalam tempoh 28 tahun. Ia juga bermakna pentadbiran negeri Selangor sekarang berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan tanpa bantuan mahupun perlu meminjam dari Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Katanya, program kebajikan dalam dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES) sejak Jun 2008 dengan pemberian air percuma 20 meter padu yang telah dinikmati lebih empat juta daripada 5.3 juta penduduk di seluruh Selangor pada setiap bulan.

Menurutnya, program lain seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), anak keluarga yang mendapat tempat belajar di universiti menerima Hadiah Wang Tunai RM1000 seorang serta warga emas yang meninggal dunia mendapat pembiayaan pengurusan jenazah atau khairat kematian sebanyak RM2,500.

Katanya program Jom Shopping dengan dana RM2 juta turut diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pemberian kupon RM100 seorang.Setakat ini lebih 20,000 warga emas telah menikmatinya

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri juga membantu 140 projek perumahan terbengkalai yang kebanyakannya akibat dari pemaju yang tidak bertanggungjawab.

"Alhamdulillah setakat ini sebanyak 23 projek rumah terbengkalai melibatkan lebih 10,000 unit rumah dapat diselesaikan dan tujuh projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah kini sedang dalam proses pemulihan.

"Menerusi Program Kerajaan Prihatin, sebanyhak 398 buah rumah dibina untuk fakir miskin dan 465 buah rumah lagi dibaiki. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk kegiatan pertanian," katanya.

Menurutnya, Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta manakala Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBar) sebanyak RM20 juta yang sehingga kini dimanfaatkan lebih 1,500 peminjam tanpa faedah.

Kata Khalid slogan 'Selangorku' yang merupakan program sosiaoekonomi tiga tahun dari 2011 hingga 2013 ada 16 September lalu bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri sekarang terhadap kebajikan rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah juga merangka dua bentuk belanjawan bagi 2012 iaitu bagi Selangorku : Hasil Negeri Untuk Rakyat berjumlah RM1.6 bilion manakala bagi Geran Selangorku sebanyak RM300 juta yang mana jumlah keseluruhan adalah RM1.9 bilion.

"Belanjawan 2012 ini sebagai kesinambungan dan pengukuhan usaha-usaha untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Selain itu katanya, program pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrstruktur sukan, program dari kebajikan kepada pekerjaan, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program penerangan maklumat negeri serta pembaikan infrastruktur yang kesemuanya melebihi RM200 juta juga sedang dilaksanakan.

Posted: 12 Dec 2011 02:18 AM PST

Oleh Afix Redzuan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan penggulungan hujah daripada peguam kedua-dua belah pihak dalam kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Peguambela Anwar, Karpal Singh dalam penggulungan mahu bekas timbalan pendakwa Farah Azlina dan Saiful Bukhari dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung dengan adil.

"Mahkamah ini perlu ditangguhkan untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini," kata Karpal.

Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," kata Karpal.

Mengulas lanjut, hubungan di antara Farah dan Saiful dilihat mempunyai potensi bagi membolehkan Saiful mendapatkan akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, Saiful mungkin mengubah keterangan beliau sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan, jelas beliau lagi.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah menyatakan antara isu yang terkandung dalam sesi penggulungan adalah kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang disifatkan sebagai menghina mahkamah.

"Sepanjang perbicaraan peguam sudah memberikan cukup bukti. Dalam perbicaraan hari ini, isu pertama Karpal telah menyuarakan isu menghina kes ini di Perhimpunan Agung Umno. Keadaan yang berat sebelah dimana Perdana Menteri boleh mempengaruhi rakyat dalam ucapannya," katanya.

Anwar yang tiba pada jam 11.45 pagi bersama isteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sambil disambut dengan laungan 'Reformasi' dan 'Hancur Umno' oleh para penyokong.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Mahkamah ditangguhkan dan bakal disambung semula pada jam 2.00 petang.

Keselamatan negara di tangan Papa Gomo!

Posted: 11 Dec 2011 10:14 PM PST

Beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.

COMMENT



Adakah anda mengenali gerangan pengendali blog papagomo.com yang menggunakan nama samaran Papa Gomo ini?

Apakah kedudukan beliau dalam carta hirarki pentadbiran negara atau pun pasukan keselamatan negara?

Mungkin ada diantara kita cuma pernah mendengar nama samarannya sahaja, tidak pernah pun mengetahui nama sebenar beliau dan juga tidak pernah menatap wajah sebenar si pemilik gelaran Papa Gomo ini.

Bagaimanapun ada satu perkara yang rakyat Malaysia harus tahu mengenai lelaki ini, iaitu kedaulatan, maruah dan keselamatan negara anda terletak di dalam tangan beliau.

Dalam entri blog beliau dengan jelas memberitahu bahawa beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.

Maklumat sulit

"Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.

"Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.

"Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan ketenteraan negara.

"Namun yang pasti harga kapal selam yang dibeli kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi skop-skop kepentingan startegik buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan.

"Malah TLDM juga menyimpan segala maklumat sulit berkaitan kapal selam Scorpene ini," demikian menurut entri bertajuk 'Guan Eng

Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak' dalam blognya.

Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah mengetahui beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu.

Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera?

Kedaulatan, maruah negara terancam

Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir- anasir luar.

Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?

Perkara begini tidaklah mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara dengan bayaran lumayan.

Atau, bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?

Sanggupkah anda, tanpa mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Gomo ini?

Oleh itu, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3 dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali.

Meskipun blogger terbabit tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit.

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur

Posted: 11 Dec 2011 10:09 PM PST



MALAYSIA KINI

Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

azlanJusteru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

azlanAntara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Skandal NFC membabitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008.

Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

NONEAntara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:

  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)

Permohonan PAS cabar Bil Perhimpunan ditangguh

Posted: 11 Dec 2011 10:08 PM PST


Nigel Aw

Keputusan bagi kebenaran untuk PAS mencabar perlembagaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah ditangguhkan hingga Khamis ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pagi ini membenarkan penangguhan itu atas permintaan timbalan pendakwa raya kanan Muzila Mohamed Arsad.

Hakim Datuk Rohana Yusof dimaklumkan oleh Muzila bahawa responden tidak bersedia kerana beberapa timbalan pendakwa raya persekutuan terpaksa menghadiri sebuah persidangan dari 7 hingga 10 Disember lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh PAS itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.

Saman berkenaan difailkan pada 2 Disember oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa pusatnya, Dr Dzulkefly Ahmad.

NONEMereka diwakili oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang dibantu oleh Aminuddin Zulkifli dan Ahmad Zambri As'ad Khuzami.

"Rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perkara 10 perlembagaan persekutuan kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara bebas. Walaupun sekatan boleh dikenakan, namun ia tidaklah sehingga tahap melarangnya," kata Mohamad Hanipa.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman itu yang melarang sama sekali demonstrasi jalanan diluluskan oleh Dewan Rakyat bulan lalu dan kini di peringkat perbahasan di Dewan Negara.

Selain kebenaran untuk mencabar rang undang-undang itu, PAS juga memohon writ bagi menghalang bil berkenaan digubal di Parlimen dan writ mandamus bagi memaksa para responden menarik balik atau memindanya mengikut perlembagaan.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa responden telah melampaui dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan pembentangan rang undang-undan itu dengan melanggar perlembagaan.

Hudud: Presiden MCA disifatkan angkuh, tertutup

Posted: 11 Dec 2011 10:02 PM PST


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkankan keengganan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kritikannya terhadap cubaan melaksanakan hudud di Malaysia sebagai "angkuh" dan bersikap "tertutup".

NONEKesal dengan perkara itu, Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Rahim (kanan, bersongkok) berkata, tindakan Chua mempertahankan kenyataannya menunjukkan kecetekan kefahaman walaupun telah ditawarkan penjelasan akademik.

"Walaupun menjunjung tinggi kebebasan bersuara yang dianjurkan menerusi lunas-lunas demokrasi, namun ia tidak memberikan ruang yang seluas-luasnya untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyinggung sensitiviti agama - dalam konteks ini, umat Islam secara keseluruhan - yang menjamin kestabilan dan keharmonian politik di negara ini," katanya.

Chua semalam mempertahankan pendirian bahawa beliau berhak mempersoalkan hudud versi PAS serta kesannya pada bukan Islam dan dalam masa yang sama Abim juga berhak menuntutnya memohon maaf.

azlanJelasnya, Abim juga harus mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik dan forum berkaitan yang dianjurkan parti itu sepakat bahawa hudud PAS akan memberikan kesan kepada bukan Islam.

"Kamu mesti tetapkan, ia hudud PAS dan bukan hanya hudud," katanya selepas program di Pelabuhan Klang semalam sambil menyifatkan "biggest nonsense" (amat karut) untuk mengatakan bukan Islam tiada hak membicarakan hudud.

Dalam kenyataannya semalam, Mohamad Raimi berkata, umat Islam sebagai teras "hasrat politik" di negara ini perlu dihormati dan tindakan Chua didakwa menyentuh bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

"Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan ini, ABIM menggesa hudud tidak dipermainkan sebagai instrumen populariti politik Datuk Seri Chua Soi Lek dan pihak-pihak yang berkepentingan!" kata Mohamad Raimi.

4 dilantik anggota jemaah pemangku Sultan Kedah

Posted: 11 Dec 2011 09:59 PM PST

MALAYSIA KINI

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melantik satu jemaah pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.

azlanAnggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di Alor Setar, hari ini.

Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di depan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.

Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.

Tuanku Mizan berangkat pulang


Sementara itu, keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

NONETuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 11 pagi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai "muskat" turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja. Bernama

Mangsa banjir di Pahang kini lebih 800 orang

Posted: 11 Dec 2011 09:58 PM PST


MALAYASIA KINI


Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 871 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 425 orang membabitkan 105 keluarga, diikuti Rompin 422 orang daripada 99 keluarga dan Pekan 24 orang membabitkan sembilan keluarga.

"Sebanyak tujuh pusat pemindahan dibuka di Kuantan iaitu dewan orang ramai Indera Mahkota Jaya yang menempatkan seramai 20 orang, Cenderawasih (59 orang), SMK Paya Besar (80 orang), Seri Damai (32), SMK Gudang Rasau (20), SK Fakih Abu Samad (192) dan Pusat Bina Insan Jaya Gading (22).

"Di Rompin empat pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Perepat (40 orang), SK Kg Janglau (161), Teluk Gading (203), Balai raya Kg Sepayang (18) manakala daerah Pekan satu pusat pemindaan dibuka di Balai raya Rumbia yang menempatkan seramai 24 orang," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Beliau juga meminta penduduk Pahang berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan dan paras sungai utama iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih di paras berjaga-jaga.- Bernama

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud

Posted: 11 Dec 2011 09:55 PM PST


Lee Long Hui
PAS hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.

pas launch welfare state document 111211 hadi awangWalau bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

Sebaliknya, bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di Shah Alam, hari ini, Abdul Hadi berkata dokumen 10 perkara itu adalah lanjutan agenda Negara Kebajikan yang telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan intipatinya telah dimasukkan ke dalam dokumen polisi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Buku Jingga.

"ita perjuangkan perkara yang sama dan tak ada perbezaan di kalangan (parti komponen) Pakatan Rakyat berhubung perkara asas kedudukan bersama dalam masyarakat majmuk.

"Jika ada perkara yang berbeza, kita meraikan dan menghormati perbezaan di antara satu sama lain.

"Ini bukan sahaja menjadi amalan demokrasi, bahkan menjadi amalan ajaran Islam itu sendiri," kata Abdul Hadi.

Menurut pemimpin PAS itu lagi negara berkekebajikan berbeza dengan negara kebajikan.

Jelasnya, kerajaan negara kebajikan menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi Negara Berkebajikan akan menangani keperluan-keperluan asas rakyat tanpa membebankan mereka.

"Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.

NONE"Sebab itu Buku Jingga nak hapuskan tol. Ini konsep Islam, bukan kita main-main. Kerajaan perlu menanggungkan asasi rakyat, seperti perubatan dan lain lain," katanya.

PAS juga memperincikan 10 agenda yang ditawarkan - menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Beliau turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulisnya sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Sementara itu, agenda 10 mata dokumen Detail PAS untuk kerajaan yang adil, bersih dan amanah, penyayang, aman dan masyarakat yang bersatupadu dan ekonomi yang mapan, yang seimbang dan saksama.

NONESelepas pelancaran dokumen itu, Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa moral pemimpin negara adalah sangat penting untuk memastikan bahawa mereka tidak mencuri kekayaan negara.

"Dalam mesej Negara Berkebajikan ini, bukan sahaja menyatakan agenda ekonomi, tapi persoalan moral pun sangat penting.

"Moral ini bukan sahaja moral muda-mudi, termasuklah moral pemimpin-pemimpin negara. Apabila moral baik, tidak boros, tidak ambil alih (harta negara dan rakyat)," katanya.

PRU-13: Senarai calon PAS belum dimuktamadkan

Posted: 11 Dec 2011 09:53 PM PST


Lee Long Hui
PAS hari ini enggan mengesahkan atau menafikan laporan bahawa bekas pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Ali akan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, laporan muka depan Mingguan Malaysia, hari ini adalah tidak betul.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang"Pilihanraya belum diumumkan, masalah calon belum timbul lagi. Kita tak tahu tarikh pilihanraya, maka tunggulah hari penamaan calon.

"(Laporan Mingguan Malaysia) tak betul, kita belum lagi melihat senarai calon," kata Abdul Hadi pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur apabila diminta mengulas laporan akhbar milik Umno itu.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa sumber-sumber telah mengesahkan bahawa nama Hasan Ali yang juga ADUN Gombak Setia telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan pada masa sama PAS Pusat merestui pengguguran tersebut.

Jumaat lalu, Malaysiakini juga melaporkan bahawa Hasan gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi daripada cawangan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha PAS Selangor Saari Sungib. Walau bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat hari ini enggan mengulas mengenai ini.

NONETidak berbangkit, sebab kami pun tak tahu kami dicalon atau tidak. Kami pun tak tahu boleh jadi calon ke tak hari ini," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (tiga dari kiri), yang juga hadir pada sidang akhbar itu.

Beliua juga diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang mendakwa DAP sedang mengintai bagi meletakkan calon Melayu di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dan PKR bagi membolehkannya menduduki kerusi menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor dan Perak selepas pilihan raya umum akan datang.

"Itu kena tanya DAP, itu hak DAP, kita tak ada bincang dengannya," kata Mohamad tanpa mahu mengulas lanjut.

Ditanya mengenai rundingan agihan kerusi Pakatan di Selangor, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir.

'Godfather': Ramasamy tawar diri berundur dari DAP

Posted: 11 Dec 2011 09:48 PM PST


MALAYSIA KINI

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai 'godfather' atau 'bapa angkat.

penang dap convention 111211 karpal guan eng ramasamyKatanya, beliau tidak berniat memperkecilkan mana-mana pemimpin DAP dan tidak bertujuan membidas mereka dengan dengan sebarang kenyataan yang kontroversi.

Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.

"Jika perlu, saya boleh mohon maaf. Tetapi, saya juga mesti diberi muka. Saya bukan orang biasa, saya juga mempunyai maruah. Sekiranya parti mahu saya tinggalkan DAP, saya akan tinggalkan," katanya kepada 1,000 perwakilan pada konvensyen tahunan DAP negeri di Pulau Pinang, hari ini.

"Saya tidak berminat memegang kuasa atau mengejar kedudukan. (Saya katakan ini) kerana ada dakwaan dan komplot (menuduh) saya sedemikian," katanya.

IGP: 'Christmas Carol' digalakkan dapat permit polis

Posted: 11 Dec 2011 09:46 PM PST


MALAYSIA KINI

Polis menyarankan penganjur perarakan "Christmas Carol" memohon permit di ibu pejabat polis daerah (IPD) di kawasan masing-masing sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata permohonan permit untuk mengadakan upacara keagamaan sememangnya tidak diwajibkan sebelum ini, namun atas dasar keselamatan orang awam, penganjur digalakkan memohon permit itu.

"Kami sangat fleksibel tetapi adalah bagus jika mereka memaklumkan kepada kami. Dengan pemberitahuan, kami dapat mengawal perarakan tersebut untuk menjamin keselamatan orang awam dan mengawal lalu lintas," katanya selepas menutup Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama

Projek lembu: Elak Umno, kerajaan dituduh bersubahat

Posted: 11 Dec 2011 09:43 PM PST


MALAYSIA KINI

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Dr Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Datuk Seri Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Puad, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun sebanyak RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelak kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

NONEBeliau berkata sebagai individu bertanggungjawab, Mohamed Salleh sepatutnya menjawab segala pertuduhan, dan jika tidak mampu mempertahankan diri, beliau harus segera melepaskan jawatan.

"Sepatutnya dia perjelaskan, kalau tak betul tuduhan tu, dia boleh saman dan kalau betul tuduhan itu, beliau perlu meletak jawatan.

"Itu cara orang bertanggungjawab. Ini supaya kerajaan tidak lagi dituduh macam-macam, itu penting... jangan dia mendiamkan diri, menyelamatkan diri, sedangkan orang lain dapat masalah, itu tidak adil kepada kerajaan," katanya.

Mohd Puad berkata sebagai suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, Mohamed Salleh harus sedar tindakan berdiam diri akan turut memberi kesan kepada kedudukan isterinya.

NONE"Salleh kena sedar dengan berdiam diri dia juga menyusahkan Shahrizat, bila orang serang Shahrizat, orang akan serang Umno, sedangkan itu isu syarikat, kenapa dia perlu jadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram, itu tidak patut," katanya.

NFC ialah satu entiti korporat swasta yang dipilih kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan bagi menjamin keselamatan pengeluaran makanan negara.
- Bernama

SUPP di ambang perpecahan, Chin dilantik presiden baru

Posted: 11 Dec 2011 09:40 PM PST


Andrew Ong

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai presiden barunya, selepas pemilihan yang dipulaukan oleh puak saingannya yang diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.

NONEPerkembangan terbaru itu dijangka menyaksikan senario semakin buruk bagi SUPP setelah dibelasah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Wong (kanan) dan konco-konconya dikatakan akan meninggalkan SUPP untuk membentuk sebuah parti baru tidak lama lagi, yang dikenali sebagai Parti Keamanan Sarawak.

Khamis lalu, Wong dan beberapa pemimpin parti lain mendesak jawatankuasa kerja pusat untuk menangguhkan pemilihan yang dijadualkan pada hari ini, memandangkan terdapat aduan yang meluas mengenai penipuan undi.

Ini bagaimanapun diketepikan oleh pihak setiausaha agung dan jawatankuasa pusat pemilihan. Puak Wong yang tidak berpuas hati, kemudiannya mengumumkan memulaukan pemilihan berkenaan.

Semalam, persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti itu diteruskan dengan hanya 327 daripada 557 perwakilan parti yang hadir.

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merasmikan mesyuarat itu, semalam, mengakui SUPP menghadapi masalah dan berharap ia tangani segera kerana BN akan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Perpecahan dalam SUPP dijangka mengeruhkan lagi peluang parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang kerana puak Wong turut dianggotai oleh semua enam ADUNnya dan seorang ahli parlimen.

SUPP dijangka bertanding lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Chin, 66, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, beliau berterima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak itu.

peter chin"Saya gembira dengan pemilihan hari ini dan pastinya selepas ini, tugas saya adalah lebih mencabar untuk memperkuatkan semula SUPP dan saya juga akan turun ke bawah untuk berjumpa pemimpin di akar umbi," katanya kepada pemberita.

Mengulas nasib Wong, beliau berkata ada beberapa jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang masih kosong dan ia mungkin ditawarkan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak itu dan beberapa lagi pengikutnya, jika mereka mahu menerima.

Chin berkata, beliau sendiri akan cuba mendekati semula kumpulan Wong yang disertai Anggota Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King dan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Datuk Lee Kim Shin (Senadin), Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) serta Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili) bagi memastikan mereka setia dan kekal dalam SUPP.

Chin berkata, barisan baru CC yang diumumkan hari ini juga penting dalam meneruskan pelaksanaan pelan tranformasi dalam parti sebagaimana yang digariskan sebelum ini.

"Apa yang paling penting adalah untuk memastikan SUPP kekal dalam BN untuk memperkuatkan lagi BN di peringkat negeri dan pusat," katanya.

richard riotDalam pada itu, timbalannya, Datuk Richard Riot, berkata pemilihan beliau merupakan satu penghormatan kepada anggota bukan bumiputera dalam SUPP.

Beliau berkata, ia adalah sejarah baru kepada parti dan selepas ini, tumpuan akan dilebihkan terhadap usaha membantu presiden memperkukuhkan lagi dalaman SUPP sebelum mempersiapkan parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Bagi saya, masalah dalam parti perlu diselesaikan secara dalaman dan memboikot bukan cara terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah," katanya.

Berikut adalah senarai penuh anggota Jawatankuasa Pusat (CC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tempoh 2012 hingga 2014;

Presiden - Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Timbalan Presiden - Datuk Richard Riot anak Jaem

Naib Presiden - Datuk Lily Yong Lee Lee

Naib Presiden - Tan Joo Phoi

Naib Presiden - Andy Chia Chu Fatt

Naib Presiden - (Kosong)

Naib Presiden - (Pemuda) - Tan Kai

Naib Presiden - (Wanita) - Tnay Li Ping

Setiausaha Agung - Dr Sim Kui Hian

Timbalan Setiausaha Agung - Mathew Chen Thin Kong

Timbalan Setiausaha Agung - Ding Kuong Hiing

Penolong Setiausaha Agung - Choo Chang Yee

Penolong Setiausaha Agung - Teng Ung Woo

Penolong Setiausaha Agung - Karambir Sing Honey

Penolong Setiausaha Agung - Dr Chew Kian Ping

Bendahari - Datuk David Teng Lung Chi

Penolong Bendahari - Bong Lian Huan

Setiausaha Penyelaras - Datuk Alfred Yap Chin Loi

Penolong Setiausaha Penyelaras - Jimmy Chong Jin Huat

Setiausaha Publisiti dan Penerangan - Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

Penolong Publisiti dan Penerangan - Sim Hua Tong

Tiada ulasan: