Isnin, 12 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


SAAT SAYA MULA SOKONG ANWAR DAN KENAPA ANWAR PERLU DISOKONG

Posted: 12 Dec 2011 04:00 AM PST

Anwar berucap di depan lebih 50,000 penyokong di Masjid Negara pada 20 Sept 1998Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat. Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam keleliruan. Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia. 

Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara. Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan.Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr Munawar, lebih kurang begini: "Kenapa tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!".Hanya mereka yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu. Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator.

Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin. Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko. Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah. Betapa besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang berdiam serta merelakannya. Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia keluar dari kemelut dan dia perlu disokong. Kepada dia, rakyat boleh sandarkan harapan.

Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin.Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya. Tapi apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua tahun.Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr Mahathir - "dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan". Dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan. Jawab Anwar, "Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah." Kita percaya semua pemimpin Umno/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.

Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa. "Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walau pun risikonya penjara."Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding. Dalam kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak dan Saiful demi mendapat undi.Kerana tingkah lalu para sesumpah ini disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut bersumpah. Beliau menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah wajib di bawa ke mahkamah adil.Beliau berpendirian tidak akan mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalau pun sekiramnya ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu.

Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara.Umno/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat.  Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembaliberdaulat dengan rakyat yang berjati diri. -Zunar
Published with Blogger-droid v1.7.4

Video Penceramah UMNO Diserang 'Sawan'?

Posted: 11 Dec 2011 11:00 PM PST


Anda ingin menonton video clip penceramah Umno diserang sawan. Tonton di sini. Dalam Malaysia di Melaka lah satu-satunya negeri yang pemimpinnya Umno sudah hilang akal khasnya di Bahagian Bukit Katil. Setiap kali PAS mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Bukit Katil mereka ganggu.

Bersama-sama posting ini dikepilkan salah satu ceramah Umno yang mengganggu ceramah PAS. Anda nilaikan sendiri ceramah beliau
Mereka mengadakan ceramah yang jaraknya hanyalah 10-50 meter sahaja. Mereka sengaja mengganggu ceramah PAS supaya orang kampung tidak mendengar ceramah kerana diganggu dengan suara penceramah mereka yang menjerit-jerit dan melolong-lolong.



mutaligat

Kalau anda ingin mendengar ceramah sebegini datanglah ke Melaka.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

INI TAK ADIL...GUA PUN NAK NAIK KAPAL SELAM BEB

Posted: 11 Dec 2011 08:00 PM PST


Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 07Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Papa gomo blogger at scorpene diveDalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut  Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Apa rahsia blogger pro-UMNO naik kapal selam?

Posted: 11 Dec 2011 05:00 PM PST



KUALA LUMPUR, 11 DIS – Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak menyelam bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kapal selam KD Tun Razak di Langkawi pada Jumaat lalu walau pun telah berjanji untuk berbuat demikian.

Sebaliknya seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kena-mengena dengan kapal selam Scorpene buatan Perancis itu yang selama ini gagal untuk menyelam telah diberi keistimewaan untuk menaikinya bersama rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya dimaklumkan bahawa tiada blogger yang dibawa bersama (untuk menyelam dalam kapal selam). Pada awalnya, blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama tetapi saya telah membantah kerana saya tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak kecil, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelaki saya berusia 15 tahun kononnya mencabuli rakan sekelasnya.

"Saya tidak pernah berjumpa Papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama. Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa beliau tidak menipu saya dan juga pihak media," kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Kehadiran seorang blogger pro-UMNO yang tidak memegang sebarang jawatan awam atau berkhidmat dengan mana-mana media yang disahkan oleh kerajaan dalam sebuah kapal selam menimbulkan persoalan tentang jaminan keselamatan negara dan rahsia kententeraan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kehadiran Papagomo di dalam KD Tun Razak membuktikan Zahid adalah seorang pembohong kerana telah menjanjikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa tidak akan ada blogger dalam kapal selam itu.

Katanya, laporan dalam blog Papagomo yang disertakan dengan gambar-gambarnya jelas menunjukkan bahawa Zahid bukan sahaja manusia yang tidak boleh dipercayai tetapi juga mencerminkan bahawa Papagomo adalah "pecacai istimewa UMNO dan penasihat khas" kepada Zahid kerana dibenarkan berada di dalam kapal selam itu yang penuh dengan rahsia ketenteraan negara.

Beliau juga menjelaskan Zahid telah banyak kali menipu, termasuk terhadap beliau sendiri (Pua) awal tahun ini di mana Zahid menuduh Pua ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di Singapura yang menyebabkan Pua tidak layak menjadi Ahli Parlimen di negara itu.

Menurutnya, Zahid membuat tuduhan tidak masuk akal di mana Pua didakwa mempunyai kabel politik dengan kerajaan Singapura yang membolehkan Pua dibebaskan untuk kembali ke Malaysia bagi bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

"Cerita merapu yang tak masuk akal itu hanya boleh dicipta oleh blogger yang banyak berkhayal, yang juga telah memulakan fitnah besar terhadap anak Lim Guan Eng yang kononnya berpindah sekolah kerana melakukan kesalahan seksual dan menuduh Guan Eng pula membayar wang untuk menutup kes itu.

"Telah dibuktikan bahawa Papagomo dan konco-konconya telah membuat tuduhan palsu," ujarnya.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, Papagomo sebagai orang penting dalam kumpulan Zahid sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan, telah menyalahgunakan kuasanya.

Menurutnya, Zahid sebagai Menteri Pertahanan perlu menjelaskan kepada rakyat segala pembohongannya dan hubungan intimnya dengan salah seorang blogger UMNO yang paling dibenci kerana suka membuat fitnah.

Pua turut menjelaskan bahawa kritikan Zaid terhadapnya kerana tidak menyelam bersama adalah tidak adil kerana beliau berada di luar negara minggu lalu, sedangkan Zahid juga tidak menyelam dengan kapal selam itu atas alasan kesibukan tugas, walau pun beliau berada di Langkawi pada masa itu.

Semalam, Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun kapal selam itu boleh menyelam pada Jumaat lalu, ia tidak dapat menyembunyikan dua hakikat, iaitu:

* Kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahan kepada kerajaan Malaysia; dan

* Berbaloikah wang rakyat RM3.68 bilion dibelanjakan untuk membeli dua kapal selam dari negara asing itu.

Menurutnya, rakyat tidak seharusnya percaya dengan laporan media yang dikuasai BN yang telah diputar belit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Saya juga ingin mengulangi soalan saya sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau 'komisyen' kepada Perimekar Sdn Bhd. (Menteri Pertahanan ) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru.

"Hakikatnya, apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, dia akan membawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan memohon digantikan dengan yang baru.

"Bagaimanapun, Zahid enggan menerima cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Saya dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya. Sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal tidak pula dimaklumkan," katanya.

Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah mempertikaikan profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut Malaysia, termasuk pasukan kapal selam negara.

Katanya, apa yang tidak menggembirakan rakyat ialah harga dan proses pembelian kapal selam itu kerana Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia hanya mahukan yang terbaik untuk TLDM dan tidak pernah mempersoalkan khidmat cemerlang mereka.

Menurutnya, penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion, termasuk pembelian dan penyelenggaraan dua kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod atau pun pengalaman dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

"Kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti," ujarnya. – Roketkini.com






KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: