Ahad, 11 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tak susah untuk PR meroboh cengkaman kuasa di Sabah dan Sarawak

Posted: 10 Dec 2011 11:37 PM PST

Oleh Wan Simujan


Kewujudan komponen PR yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP merupakan gandingan yang sudah cukup ideal untuk masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sabah dan Sarawak.

Dasar perjuangan PAS yang memartabatkan Islam sudah semestinya ada penerimanya di Sabah dan Sarawak kerana terdapat kelompok umat Islam yang tinggal di negerinya.

Dasar perjuangan PKR yang menuntut keadilan dan hak rakyat juga tentunya tak susah nak menjengah kehidupan masyarakat Sarawak.

Dasar DAP yang membela nasib kesamarataan hak rakyat berdasarkan Perlembagaan Malaysia juga rasa-rasanya bukanlah terlalu canggung untuk dimengertikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Secara umumnya keseimbangan yang terdapat dalam PR seharusnya mampu menjadikan PR sebagai satu altenatif untuk rakyat Sabah dan Sarawak memperjuangkan hak dan suara mereka.

Namun kenapa ia nampak terlalu sukar ? Apakah mentaliti rakyat Sabah dan Sarawak harus dijadikan sebagai kambing hitam dalam fakta hujahan pihak PR. Jangan sampai ke tahap itu pula pemikiran pimpinan PR pusat kerana segala-galanya terletak atas kebijaksanaan kepimpinan PR pusat untuk menggerakkan pimpinan PR negeri melaksanakan visi dan misi perjuangan PR sebagai ganti kerajaan BN.

Sebagai rakyat yang hidup di bumi Sarawak, beberapa perkara perlu dipertimbangkan secara fokus oleh kepimpinan PR pusat kalau mereka benar-benar ingin merobohkan benteng kuasa cengkaman BN di Sabah dan Sarawak. Persoalannya taklah susah sangat. Terlalu mudah untuk diuruskan. Lebih-lebih lagi pengurusan PR di empat buah negeri pimpinannya telah pun menerima laporan yang baik daripada pihak Ketua Audit Negara.

Pertamanya, jentera PR negeri. Pimpinan pusat PR hendaklah memberi fokus utama kepada jentera PR di peringkat negeri. Meskipun jentera PR negeri PR begitu aktif dan bekerja keras dari segenap segi di Semenanjung, tetapi di Sabah dan Sarawak jentera PR dilihat masih kaku, beku dan longlai. sedangkan di Sabah dan Sarawak isu ini seakan-akan tidak member apa-apa makna kepada jentera PR. Jentera PR di Sabah dan Sarawak masih lagi terbelenggu dengan gerak kerja yang tidak sistematik. PAS masih terbelenggu dengan sentiment agama yang menakutkan mereka bergerak secara bebas. PKR pula dengan sentimen perebutan jawatan. DAP pula hanya mementingkan kawasan yang mampu mereka kuasai.

Rakyat Sabah dan Sarawak masih jelas memperlihatkan tentang perbezaan gerak kerja PR untuk mendampingi rakyat. Rakyat juga melihat akan ketakutan jentera PR untuk menerobos isu-isu dalam kehidupan rakyat. Lihatlah bagaimana jentera PR mampu menerobos pengundi hantu, pengundi pos dan rasuah kepimpinan BN di Semenanjung, tetapi di Sabah dan Sarawak hanya berdiam diri meskipun perkata tersebut juga nyata berlaku di Sabah dan Sarawak.

Rakyat juga boleh mentafsir bahawa kepimpinan parti PR hanya bekerja semasa kempen pilihanraya. Yang paling nyata ialah ketakutan jentera PR untuk melaksanakan program dalam masyarakat untuk mendekati rakyat. Sekiranya keputusan PRN Sarawak nak dijadikan ukuran, kemenangan DAP merobohkan kawasan BN adalah disebabkan keberanian jentera DAP berhadapan dengan ugutan BN dalam melaksanakan program mereka. Nyata dan cukup jelas kesungguhan jentera DAP berjuang menentang ketidakadilan BN begitu mengujakan semangat rakyat menolak BN. Selepas PRN tersebut jentera PR di Sarawak mula longlai. Dan kini pun di saat gendang PRU13 sudah dipalu oleh Najib, jentera PR masih lagi terpingga-pinga untuk mendepani rakyat. Program-program penerangan langsung tidak ditemui rakyat melalui program jentera PR.

Keduanya, isu yang dimanifestokan oleh pimpinan PR dalam pilihanraya bagi rakyat Sabah dan Sarawak belum cukup ampuh untuk menerjah minda dan hati rakyat Sarawak. Kalau ada pun hanya segelintir sahaja yang memahaminya. Majoritinya nampak tak terasa pun manifesto PR untuk membela nasib rakyat.

Kehidupan masyarakat yang kurang pendedahan maklumat bukanlah semudah yang disangka untuk membicarakan pemasalahan negara. Rakyat tidak akan terasa perjuangan PR kalau mereka tidak faham perjuangan PR.

Maka hendaknya dalam PRU13 nanti pihak PR mampu menyediakan manifesto yang ampuh untuk menerjah jiwa rakyat Sabah dan Sarawak. Rasuah kepimpinan BN begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak . Rakyat Sabah dan Sarawak cukup sedar akan situasi ini.

Tetapi mereka tidak punya kekuatan untuk menentang kepimpinan BN ini. Untuk itu diharapkan pihak PR mampu membantu rakyat mengatasinya.

Terlalu sukarkah untuk pimpinan PR memberi jaminan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa golongan kepimpinan perasuah dan perompak hak rakyat ini untuk diadili jika PR memerintah ?

Jika pihak PR tidak punya kekuatan dan keyakinan untuk mendakwa mereka, apakah nasib rakyat selamat jika golongan perasuah ni masih hidup bebas dalam masyarakat. Jangan pihak PR tak percaya bahawa ugutan jentera BN terhadap rakyat terutamanya di luar bandar amat kuat mencengkam minda rakyat. Justeru itu jika PR mampu menjanjikan kekuatan kepada rakyat menghadapinya maka rakyat tidak sukar untuk bersama PR menangkap kepimpinan zalim BN. Jika rakyat sudah yakin akan keupayaan PR maka adakah sukar untuk menumbangkan BN di Sabah dan Sarawak.

Ketiganya ialah keikhlasan dan kejujuran PR dalam membela, menjaga dan mengangkat hak rakyat Sabah dan Sarawak sekiranya mereka memilih PR sebagai pemimpin mereka. Sesungguhnya rakyat Sabah dan Sarawak masih kabur tentang perkara ini. Kepimpinan PR seharusnya yakin dan percaya bahawa gelombang kesedaran dan sensitiviti rakyat terhadap dasar UMNO mencengkam hak rakyat Sabah dan Sarawak sudah semakin terserlah.

Golongan bijak pandai, golongan yang terdedah kepada maklumat, golongan yang nampak dengan mata sendiri dan golongan yang tertindas sudah mula sedar akan ketidakadilan dasar UMNO menjaga hak rakyat Sabah dan Sarawak. Mereka ini mula bercakap sampai bila mereka ditipu dan ditindas oleh kuasa UMNO.

Sampai bila mereka harus percaya kepada kepimpinan BN negeri yang tidak bersungguh-sungguh membela nasib rakyat dan mengangkat maruah rakyat Sabah dan Sarawak setanding dengan masyarakat Semenanjung. Pembangunan, kemiskinan, kesamarataan hak sebagai bangsa Malaysia disedari telah dicengkam oleh UMNO untuk kepentingan UMNO semata-mata.

Sedangkan rakyat Sabah dan Sarawak hanya dipandang sebelah mata. Dan setiapkali pilihanraya datang menjenguk undi rakyat Sabah dan Sarawak, apakah pihak PR sudah mampu memberi keyakinan kepada hak rakyat Sabah dan Sarawak ? Fikir-fikirkanlah. Rakyat pun sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk membela kehidupan mereka yang masih dibelenggu kemiskinan, kesempitan dan kemunduran pembangunan. Pastinya rakyat tidak akan menolak jika mereka diberi harapan yang lebih baik jika PR dipilih sebagai kerajaan menggantikan BN.

Sebagai pendedahan awal dan persiapan PR menuju Putrajaya dalam PRU13 nanti, maka diharapkan pihak pimpinan PR mampu memikirkan bagaimana hendak mengatasi faktor yang dinyatakan di atas secepat mungkin. Media yang mencanangkan BN tidak berhenti-henti menerjah pemikiran rakyat bagi menjamin undi rakyat kepada BN setiap masa.

Rakyat hanya menanti pihak PR pula menerjah rakyat dengan segala kelengkapan yang ada. Jika 16 kerusi BN mampu ditumbangkan dalam PRN Sarawak yang lepas maka tidak mustahil akan ada lagi kerusi BN yang akan tumbang dalam PRU13 nanti. Terserahlah kepada pimpinan PR pusat untuk mencari jalan terbaik untuk merobohkan kerusi BN di Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya bersedia untuk berubah kepada kepimpinan yang lebih baik daripada BN.

PENUBUHAN MALAYSIA – PEMIMPIN-PEMIMPIN SABAH RASA TERTIPU….KECUALI?

Posted: 10 Dec 2011 11:31 PM PST

oleh Musli Oli

KM Sabah akan datang! Merenung nasib pada PRU 13


Perjanjian Malaysia ditanda tangani di London pada 8 Julai 1963.

Seawal tahun 1965, sebaik sahaja Lee Kuan Yew membawa Singapura keluar dari Persekutuan, pemimpin Sabah mulai mempersoalkan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

Pemimpin pertama yang mempersoalkannya ialah Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stephens (Tun Mohd Fuad). Dia beranggapan Perkara 20 dan peruntukan-peruntukan perlindungan telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia tetapi tidak begitu kukuh melindungi negeri Sabah.

Akibat tindakannya, Donald Stephens diarah mengosongkan jawatan Ketua Menteri Sabah digantikan dengan Peter Lo dari parti SCA. Jawatan Peter Lo di Kuala Lumpur sebagai menteri Pusat disandang Stephens.

Tun Mustapha membentangkan kertas kerja berjudul "KEDUDUKAN MASA DEPAN SABAH DALAM MALAYSIA". Kertas kerja itu dibentangkan pada April 1975 pada mesyuarat tertinggi parti USNO.

Kandungannya ialah rasa tidak puas hati Tun Mustapha berikutan keengganan kerajaan Pusat menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 10 hingga 20%. Dalam kertas kerja itu, Tun Mustapha dengan berani berkata, kedudukan Sabah dalam Malaysia lebih menguntungkan kerajaan Pusat!

Tun Mustapha yang lantang itu kemudiannya ditumbangkan dengan penubuhan parti BERJAYA oleh Kuala Lumpur. Tun Mustapha difitnah dengan bermacam-macam tohamahan termasuk dikatakan ingin menjadi SULTAN SABAH.

Tun akhirnya melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah sebelum pilihan raya umum untuk selamatkan USNO dan mengelakkan perpecahan perpaduan bumiputera Sabah. Tetapi parti USNO pimpinan Tun Mohd Said Keruak, bagaimanapun kalah pada PRN 1976 kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Mohd Fuad..

bersambung…………

ANTARA PEJUANG TANPA WAJAH DAN PEJUANG BANYAK WAJAH

Posted: 10 Dec 2011 11:29 PM PST

RONTOG DAILY

Tulisan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belut yang memperjuangkan pejuang-pejuang tanpa wajah dalam UMNO, yang tersiar di http://www.mpkotabelud.blogspot.com memang cukup menarik. Tidak hairan kalau ia dipetik dan disiarkan semula oleh bebeberapa portal dan blog.

Memang benar seperti kata Abdul Rahman, adalah tidak adil untuk menuduh semua perwakilan dan ahli UMNO sebagai kaki ampu, kaki bodek, kuat beretorik dan sebagainya. Seperti kata beliau juga, masih banyak – malah sangat banyak – yang berjuang dengan ikhlas, dengan bersemangat dan dengan penuh kesedaran tanpa mengharap apa-apa laba dan pulangan.

Jiran saya di Kuala Lumpur, orang Sabah juga, telah 65 tahun usianya menjadi satu-satunya orang yang memacakkan bendera BN di depan rumah di taman perumahan kami. Dia bukan ketua cawangan, bukan ajk dan bukan siapa-siapa. Dan sepanjang mengenalinya sejak lama dahulu saya cukup tahu bahawa dia tidak pernah meminta sebarang permit, projek atau apa pun juga daripada sesiapa. Jika ada pun mungkin sedikit 'duit penat' kerana membantu menampal poster pada musim pilihan raya.

Tapi semangatnya jangan dibuat main. Burukkanlah BN atau UMNO di hadapannya, kemudian lihatlah bagaimana dia bermati-matian mempertahankannya.

Orang macam dia sebenarnya masih ada dan masih ramai dalam UMNO.

Masalahnya mereka ditenggelamkan oleh puak satu peratus, yang disifatkan sebagai dalang yang tidak boleh dijadikan kayu pengukur oleh Abdul Rahman. Puak satu peratus inilah yang sangat banyak muka dan wajahnya, yang telah menjadi 'suara besar' dan 'kepala besar' dalam UMNO. Mereka inilah punca tercetusnya bermacam-macam persepsi negatif terhadap parti itu, BN dan seterusnya kerajaan.

Satu peratus itu kecil jika ahli UMNO cuma beberapa ratus orang. Tetapi dengan angka keahlian lebih 3.3 juta, maka satu peratus itu bersamaan dengan lebih 33,000 orang. Satu jumlah yang tidak kecil. Jika dibahagi secara rambang bermakna setiap bahagian UMNO mempunyai kira-kira 171 orang 'dalang' ini. Kalau seekor kerbau membawa lumpur sudah boleh menyebabkan satu kandang terpalit, bayangkanlah jika di kandang itu ada 171 ekor kerbau.

Inilah cabaran besar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinannya. Bagaimana hendak menangani puak 33,000 orang ini sedangkan mereka umumnya licik-licik belaka? Kita pun tidak tahu berapa ramaikah antara 33,000 itu yang berjaya menyelit masuk untuk berada dalam barisan perwakilan di Dewan Merdeka? Di muka mereka bukannya ada cop…- TB

DIVIDE AND RULE:TANGAN-TANGAN GHAIB

Posted: 10 Dec 2011 11:23 PM PST

oleh MUSLI OLI


Setiap bangsa mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza. Negara-negara bekas blok kominis USSR sungguhpun berpuluh-puluh tahun menjadi sebuah negara akhirnya kerana perbezaan bangsa, budaya dan agama terpisah kepada 12 negara yang merdeka mengikut bangsa yang majoriti.

Negara-negara seperti Russia, Ukraine, dan Chechnya sempadan hanya terpisah oleh gunung atau sungai bukan lautan yang luas.

Bangsa Jepun, Korea, Cina mempunyai rupa yang hampir sama tapi budaya dan cara hidup tidak sama. Anutan agama juga berbeza. Malah dalam negara China sahaja berbagai etnik, dialek dan agama yang boleh membezakan mereka.

Bangsa Jepun tidak mungkin dapat diterima sebagai pemerintah di Korea atau China kecuali secara paksa seperti ketika Jepun menjajah negara China dan Korea. Begitu juga sebaliknya bangsa Korea tidak mungkin menjadi Perdana Menteri di Jepun.

Bumi pulau Borneo terpisah beribu kilometer dengan tanah besar Semenanjung. Sungguhpun ramai rakyat yang beragama Islam dari rumpun Melayu sepanjang persisiran pantai pulau Borneo namun sikap dan budaya mereka amat jauh berbeza dengan bangsa Melayu di tanah Semenanjung.

Budaya dan sikap terbentuk dari peradaban bangsa. Bangsa yang selalu berperang seperti di Selatan Filipina, Vietnam dan Kemboja melahirkan bangsa yang kasar dan agresif. Bangsa Melayu di Tanah Melayu turut melalui beberapa siri peperangan dan krisis. Samada perebutan kuasa antara mereka atau dengan bangsa lain seperti Siam dan China.

Kali terakhir krisis ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang sehingga ke hari ini peristiwa itu terus dikenang dan sentiasa menimbulkan syak wasangka malah dendam antara bangsa Melayu dan kaum Tionghua di Tanah Melayu.

Permusuhan bangsa Melayu yang beragama Islam dengan penganut agama Kristian sesekali ditunjukkan secara terbuka. Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita headline "Agama Kristian menjadi agama rasmi?" sebagai berita provokasi.

Permusuhan agama tidak berlaku di Pulau Borneo. Jauh sekali mencerca dan menempelak agama lain.

Bangsa-bangsa di Borneo tidak pernah melalui krisis, jauh sekali peperangan antara mereka. Umumnya bangsa-bangsa asli terutama suku kadazan, Iban, Dayak, Murut dan Rungus adalah etnik yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan suka kepada keamanan.

Sabah asalnya adalah negeri yang paling aman di Malaysia.

Namun akan timbul persoalan, kalau benar secara semula jadi dan secara budaya suku-suku kaum di Sabah suka kedamaian, kenapakah dalam politik mereka terlalu kerap bertelingkah dan berebut kuasa terutama antara bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam? Kenapa Ketua Menterinya bertukar sebanyak 13 kali?

Saya berhujah, sikap toleransi yang tinggi ditunjukkan Donald Stephens. Beliau adalah tokoh Kadazandusun berdarah keturunan Scots, a very proud Scotsman yang amat bangga dengan agamanya. Dia tidak memeluk Kristian melalui mubaligh seperti kaum Kadazan yang lain. Bapanya orang Scotland berasal dari Australia dan ibunya suku kadazandusun.

Tetapi kerana perpaduan bumipuitera Sabah. Demi mengelakkan rakyat bumiputera dipecah-pecahkan, Donald memeluk Islam. Partinya UPKO dibubarkan dan semua ahli diarah menyertai USNO. Dia bersumpah minum darah depan Kaabah dengan Tun Mustapha, menjadi saudara sedarah demi negeri dan rakyat Sabah.

Tetapi Tun Mohd Fuad Stephens (Donald Stephens) akhirnya dipujuk dan dipaksa untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Mustapha.

Sama-sama kita renungkan…..

Pahang kembali dilanda banjir

Posted: 10 Dec 2011 11:22 PM PST


MALAYSIA KINI

Pahang kembali dilanda banjir apabila seramai 10 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Kuantan sejak malam tadi.

Mereka yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Isap Damai, ungai Isap Perdana, Kampung Tiram, Kampung Segantang Lada, Kampung Razali, anah Putih serta Cenderawasih.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, semua angsa dipindahkan sejak tengah malam tadi berikutan hujan lebat sejak semalam ang menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter.

"Daripada jumlah itu, seramai 42 orang dipindahkan ke Sekolah Menengah ebangsaan Bukit Rangin; dewan orang ramai Kampung Tiram (19), Sekolah ebangsaan Galing (4) dan Tadika Perpaduan Cenderawasih (45)," katanya di Kuantan, hari ini.

Tiada kejadian banjir dilaporkan di daerah lain setakat ini, katanya.

Namun katanya, orang ramai terutama yang berada di kawasan berisiko banjir iminta berhati-hati berikutan hujan lebat masih berterusan pada hari ini.

"Orang ramai perlulah segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak keselamatan," katanya. Bernama

Anwar mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat

Posted: 10 Dec 2011 11:19 PM PST


Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarWalau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".

"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

PERKASA: Bukan Melayu jangan campuri urusan Islam

Posted: 10 Dec 2011 11:14 PM PST

MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini memberi amaran kepada semua pemipin bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

NONE"Di sini juga kita mahu memberi amaran keras kepada (Datuk Seri) Chua Soi Lek dan MCA serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti daripada mempertikaikan isu Hudud, biar Hudud ditentukan oleh orang-orang Islam sendiri.

"Jangan masuk campur urusan Islam! MCA, jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama mereka," kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Selain itu, beliau juga meminta MCA, khususnya Chua supaya tidak campur tangan dalam rusan Islam dengan menjadi "duri dalam daging", "gunting dalam lipatan".

Sambil menyindir kekalahan memalukna parti Cina itu pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PERKASA berpendapat MCA sepatutnya berusaha kerasa mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina kepada parti itu.

"Kepimpian Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan tentang Islam.

"Amaran kepada semua pemimpin yang bukan beragama Islam, jangan mencampuri urusan agama Islam..." kata Irwan sambil memberi amaran PERKASA mempunyai pengundi-pengundi di pelosok negara.

azlan"Harus diingat PERKASA kita mempunyai pengundi-pengundi di pelusuk negara, Kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU akan datang."

Sebelum ini, MCA mencabar ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berdebat dengan presidennya berhubung soal hudud. Chua juga dikatakan antara pemimpin bukan Islam yang banyak mengeluarkan kenyataan membidas hukum hudud.

Politik lucah strategi murahan Umno

Posted: 10 Dec 2011 11:12 PM PST

Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah.



PETALING JAYA: Umno melalui blogger upahan mereka didakwa menggunakan strategi murahan dengan menyebarkan fitnah, penipuan dan mempraktikkan amalan politik lucah dalam cubaan melemahkan imej musuh mereka.

Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan terbukanya semalam.

Beliau menafikan dakwaan seorang blogger pro-Umno yang mendakwa beliau menghantar seseorang untuk menawarkan bayaran sebagai balasan agar rakaman video ketika beliau menonton video lucah kontroversi itu tidak disiarkan.

"Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka dengan menjalankan fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka.

"Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka dan apa perlunya Chegu Bard melayan sebuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut.

"Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh Chegu Bard untuk membeli blogger tersebut," ujar Chegu Bard yang juga merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia itu.

Chegu Bard itu menjelaskan rakaman video yang dimaksudkan oleh blogger yang lebih terkenal dengan penggunaan bahan lucah itu hanyalah rakaman cubaan beliau meyakinkan Dato' Shahrin Eskay Abdullah dan Tan Sri Rahim Tamby Chik untuk menyerahkan salinan rakaman itu.

Beliau mengesyorkan kepada blogger terbabit agar menyiarkan rakaman penuh tanpa suntingan termasuklah komen Rahim mengenai kes sensasi yang melibatkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Video yang kononnya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana Chegu Bard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut.

"Chegu Bard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan di mana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu," menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa lakonan beliau seolah-olah mempercayai rakaman video yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah diperjelaskan dalam kenyataan media dan dalam beberapa siri ceramah yang disertainya sebelum ini.

Pura-pura percaya

"Sejak 24 Mac 2011, dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah-ceramah kemudiannya lagi dipertegaskan, betapa Chegu Bard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut.

"Ini kerana saya berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan.

"Eskay, pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika Chegu Bard berjaya menyakinkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menonton video tersebut.

"Namun setelah Chegu Bard nyatakan esoknya kononnya Wan Azizah setuju walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya kepada Wan Azizah, tiba-tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut.

"Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi," beritahu beliau.

Dalam kenyataannya turut menjelaskan bahawa Anwar telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum beliau pergi ke lokasi tayangan video itu. Sebaik selesai tayangan video itu, beliau telah bertemu Anwar dan Wan Azizah di kediaman mereka.

"Tidak ada apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton Chegu Bard telah memaklumkan kepada Anwar mengenainya.

"Sebaik sahaja selesai menonton, beliau terus pergi ke rumah Anwar memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar dan Wan Azizah sendiri termasuklah (menceritakan) usaha meyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut," jelas kenyataan beliau itu.

Identiti blogger terdedah

Beliau turut menempelak tindakan blogger pro-Umno yang gemar melindungi identiti mereka berbanding blogger pro-Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menyebarkan fitnah ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan.

Chegu Bard juga memberitahu blogger upahan Umno tersebut berada dalam keadaan panik setelah identitinya diketahui dan satu laporan polis dibuat atas dakwaan fitnah liwat membabitkan blogger pro-Pakatan, Amin Iskandar dan Anwar.

"Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah.

"Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin diliwat oleh Anwar.

"Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

"Namun yakin mereka dilindungi polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah," katanya dalam kenyataan itu.

Chegu Bard juga menganggap Umno telah menilai rendah tahap pemikiran rakyat negara ini dengan terus bermain dengan taktik politik lucah dan cacian dengan menaja blogger dengan bayaran tertentu sehingga ada yang mencecah RM80,000 sebulan.

SAMM: Hentikan politik ugutan!

Posted: 10 Dec 2011 11:07 PM PST

Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur mereka.



PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cawangan Johor berikrar untuk menggerakkan semua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Muar esok, 11 Disember.

"Sehubungan itu, kami menyeru Umno-Barisan Nasional (BN) untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka.

"Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda," tegas Ahmad Anwar Asyraf Ismail, penyelaras negeri SAMM Johor dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata langkah ini diambil bagi mengelak trajedi yang berlaku di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini berulang kembali.

"Ramai yang tidak lupa bagaimana Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis.

Oleh itu, SAMM Johor sekali lagi menyeru Umno Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum mereka.

Ujar beliau, "jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan.

"Begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas," katanya.

Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan polis oleh beberapa NGO dan Pemuda Umno Bahagian Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Mohamad @ Mat Sabu di Muar esok.

Ahmad Anwar menerangkan bahawa atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur.

"Namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain Umno-BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri," tambahnya.

Isu Hitam Metalik: Zambry Serah Kepada Rakyat Hukum Kor Ming

Posted: 10 Dec 2011 11:04 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dalam isu "hitam metalik" tetapi sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum kebiadaban setiausaha DAP Perak itu.

Beliau berkata hukuman rakyat merupakan pengadilan terbaik dan tepat kerana kenyataan Nga yang menggelarkannya "hitam metalik" dibuat di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk mencerca peribadi, bukannya menghasut.

"Saya sering ditanya, kenapa saya berdiam diri, kenapa tidak ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Saya jawab bahawa perlu apa saya mengambil tindakan mahkamah kerana kenyataan itu dibuat di hadapan orang ramai dan ditujukan khusus dengan mencemuh dan mencerca keperibadian saya.

"Beliau tidak membuat kenyataan yang dikatakan menghasut dan sebagainya tetapi mencerca dan menghina, jadi pengadilan yang sebaik-baiknya ialah saya pulangkan kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke-57 dan Seminar Pemikiran Najib Razak Dari Nazrah Generasi Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Sabtu.

Pada 9 September lepas, Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, didakwa menghina Zambry pada dalam satu ceramahnya di Perak dengan menggelarkannya sebagai "hitam metalik" dan "haram jadah".

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak berkata isu itu akan menjadi indikasi kepada rakyat untuk menilai sendiri perwatakan sebenar pemimpin yang kononnya mendakwa memperjuangkan kesaksamaan antara kaum sama ada mereka melaksanakannya atau sebaliknya.

Nga bagaimanapun telah memohon maaf atas kenyataannya itu.

Mengenai seminar itu, Zambry berkata penganjurannya adalah tepat dalam memberi peluang kepada generasi muda khususnya dalam mengupas dan memahami gagasan besar yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata antara pemikiran besar perdana menteri terhadap generasi muda ialah bukan hanya sekadar memberi harapan bahawa mereka adalah pewaris kepimpinan negara di masa hadapan sebaliknya mengenai ruang dan peluang yang harus diberikan kepada golongan itu bermula sekarang.

"Kalau sekiranya mereka mempunyai segala kelayakan, maka seharusnya mereka itu diberi ruang dan peluang ketika itu juga untuk turut menyertai pentas nasional dan negeri tanpa perlu tunggu lebih lama, itu pemikiran perdana menteri terhadap generasi muda," katanya.

Pada majlis itu Zambry turut mengumumkan sumbangan RM50,000 untuk aktiviti GPMS.- BERNAMA

KLCC mohon perintah mahkamah jika flashmob diteruskan?

Posted: 10 Dec 2011 11:02 PM PST

MerdekaReview


Mungkin sesuatu yang mengejutkan, apabila pihak pengurusan Kuala Lumpur City Centre menghantar surat guaman kepada tujuh orang anggota yang terlibat dalam Kempen Kebebasan Berhimpun ("Jom Ke Jalan"). Surat guaman tersebut mendakwa bahawa pihak KLCC akan memohon perintah mahkamah untuk menghalang mereka menjejak langkah ke kawasannya seandainya berkeras kepala untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, anggota Kempen Kebebasan Berhimpun, yang menggelar diri mereka "KillTheBill.org", enggan tunduk kepada permintaan KLCC, yang mahu mereka membalas surat dalam tempoh 24 jam, memaklumkan kepada KLCC bahawa perhimpunan pada Sabtu ini dibatalkan. "Kami tidak percaya kepada mana-mana ideologi authoritarian untuk mengawal aktiviti kawan kami di Facebook. Kami berpegang teguh bahawa rakyat Malaysia memiliki kebebasan untuk menjemput kawan melalui Facebook untuk bertemu di mana-mana tempat awam."

"Justeru itu, kami tidak akan respon kepada notis dalam 24 jam daripada KLCC, dan mereka bebas untuk memohon perintah mahkamah," kata mereka dalam satu kenyataan media. Pihak pengurusan KLCC melalui anak guamannya, Zul Rafique & Partners telah menghantar surat guaman kepada Wong Chin Huat, Vienna Looi, Hew Li Huang, Chom Lee, Jason Tong, Ducky Charis Siah dan Aduka Seri Perkasa (En Jawa), pada hari ini.

"Kami percaya bahawa mungkin ini kali pertama di Malaysia, kalau bukan di dunia, di mana satu flashmob dilihat sebagai ancaman besar yang memerlukan perintah mahkamah. Ini adalah memilukan selepas dunia bersetuju dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 63 tahun yang lalu," kata "KillTheBill.org".

Bagaimanapun, mereka bersetuju untuk menggugurkan perkataan "Flashmob" dan "Human Rights", dengan kefahaman bahawa istilah yang biasa untuk semua negara bertamadun pada abad ke-21 ini mungkin menimbulkan kerumitan terhadap pengurusan KLCC atau parti yang berkenaan di Malaysia.

Dua perhimpunan telah diadakan sebelum ini, pada 3 Disember dan 26 November di perkarangan KLCC sebagai bantahan kepada Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman. Dua aktiviti ini menarik kehadiran ratusan orang, namun RUU Perhimpunan Aman ini diluluskan pada 29 November di Dewan Rakyat, dengan pembangkang keluar dewan sebagai protes.

*Facebook: Malaysians Can Go Shopping & Pose with Xmas Trees without Police Permit

SAMM: Jangan lacurkan anak muda

Posted: 10 Dec 2011 10:57 PM PST

SAMM Johor


Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis oleh beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.

Atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.

Sebelum ini, dalam beberapa siri ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda.

Baru-baru ini juga dalam aksi perarakan peguam di Taman Tasik Perdana yang berkisar menolak Bil Perhimpunan Aman, anak muda sekali lagi digunakan untuk membuat provokasi yang mengelirukan. Sekumpulan anak muda dipercayai diupah oleh UMNO, cuba untuk turut sama berarak dan telah mengenakan seragam baju kuning kononnya mewakili seketariat BERSIH. Lebih pelik, kumpulan anak muda tersebut turut memegang sepanduk yang menyokong "pesta seks bebas". Ini sama sekali satu taktik jahat yang mengundang fitnah dan anak muda tidak terlepas dari menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan parti politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda.

Sebagai penggerak anak muda, SAMM selain berperanan melahirkan anak muda berkualiti, SAMM juga berpendapat anak muda sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mendatangkan manfaat kerana golongan inilah yang menjadi pelapis kelangsungan negara, bukan diajar menjadi samseng dengan upah semurah RM10. Jangan hina anak muda dengan tawaran yang tidak bermaruah. UMNO jangan lacurkan anak muda.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar memorandum selamat sampai kepada yang dituju, dengan etika dan syarat yang ditentukan. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa "terlepas pandang" dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini. Ramai yang tidak lupa peristiwa di Rembau memperlihat bagaimana PERKASA dan UMNO lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis.

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum anda. Serta, jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng.

*Kenyataan media oleh Ahmad Anwar Asyraf selaku Penyelaras SAMM Johor.

,160 pemimpin PAS lafaz ikrar bai'ah hari ini

Posted: 10 Dec 2011 10:55 PM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Seramai 1,160 orang pemimpin PAS dari seluruh negara melafazkan ikrar bai'ah memikul tanggungjawab kepada perjuangan parti untuk menegakkan perintah Allah di negara ini, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat; Ahli-ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya PAS Pusat; Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.

Selain itu termasuk Yang Dipertua dan Setiausaha PAS kawasan-kawasan: Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri-negeri; Pengarah, Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS kawasan-kawasan; Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS negeri-negeri.

Turut serta Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS kawasan-kawasan; Pengerusi dan Setiusaha Lajnah Tarbiyah Dewan Ulama negeri, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS negeri; Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah Urusan Ulama kawasan, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat kawasan dan 10 orang wakil Nisa' negeri-negeri.

Bacaan ikrar bai'ah diketuai oleh Pengarah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dengan diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-Naib Presiden dan pemimpin-pemimpin utama PAS lain bersama-sama pemimpin-pemimpin terbabit.

Lafaz baiah tersebut dibacakan sekitar jam 3.30 petang yang berbunyi: "Alhamdulillahi hirabbil alamin, wassalatu wassalam ala asrafil ambiai warmusalin, waala alihi wa sohbihi ajmain, am ma bad ......

"Dengan nama Allah yang telah mengutuskan rasul-Nya Muhammad sallallahu alaihi wasallam, saya dengan ini berikrar dan berbai'ah bahawa saya akan memikul amanah dan tanggungjawab dalam mengikhlaskan diri kepada perjuangan PAS untuk menegakkan agama/perintah Allah subhanahu wataala dan rasul-Nya.

"Saya juga akan sentiasa menjaga dan memelihara semua perkara yang menjadi kerahsiaan urusan dan perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)".

Ikrar bai'ah itu dilafaz dengan Idris, Abdul Hadi, kepimpinan utama parti dan kesemua pemimpin terbabit berdiri sambil tangan memegang kertas yang bercetak kata-kata tersebut, tetapi tidak dengan mengangkat tangan seperti ikrar-ikrar yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Lafaz ikrar bai'ah itu dibuat sempena program Ijtimak Tarbawi Pilihanraya anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Politik PAS Pusat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM bermula jam 8.00 pagi tadi.

Ijtimak tersebut dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 pagi yang turut menyampaikan ucapannya atas tajuk "Teguhkan Jamaah Teruskan Jihad".

Selepas itu, program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad yang bertajuk "Peranan Tarbiyah Kepada Petugas Pilihan Raya".

Kertas kerja kedua pula dibentangkan oleh Bendahari PAS Pusat yang juga dari Majlis Syura, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang bertajuk "Jihad dan Penghayatannya - Bertekad Memenangi PRU 13".

Manakala majlis penutupnya disempurnakan oleh Abdul Hadi dengan ucapannya yang berkisar atas tajuk "Kesepaduan Fikrah dan Amal Jamaie Dalam Menghadapi PRU 13".

Sebaik sahaja Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang selesai menyampaikan ucapannya yang juga amanatnya selaku Presiden parti, pengerusi majlis terus menjemput Idris untuk memulakan majlis bai'ah yang dibacakan dengan penuh keikhlasan oleh beliau, Abdul Hadi, kepimpinan utama parti dan kesemua pemimpin terbabit.

Perpaduan suara mereka membuatkan Dewan Datuk Fadzil Noor bukan sekadar bergema dengan janji para pemimpin PAS untuk terus berbakti di jalan Allah, tetapi turut menjadi saksi tentang kesepaduan semangat mereka untuk menempuhi pelbagai halangan dalam usaha mendaulatkan agama Allah di tanah air ini.

Gamis lapor polis, gesa siasat video hina Islam

Posted: 10 Dec 2011 10:52 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dalang video Sembang Rakyat yang menghina Islam.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, mereka mahu siasatan segera dijalankan terhadap penyebaran video tersebut di laman sosial facebook dan youtube.

Video tersebut yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu jelas meraka dikhuatiri akan mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam yang juga menjatuhkan kesucian agama Islam.

"Gamis memohon pihak berkuasa terutama polis dan Kementerian Penerangan dan Komunikasi, menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita juga mendesak agar semua krew penerbitan video ini termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat memohon maaf secara terbuka terutama kepada seluruh umat Islam kerana penyiaran dan penyebaran video ini menyentuh sensitiviti umat islam," laporan itu dipetik.

Sementara itu, Presiden Gamis, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, laporan itu dibuat bukan kerana kepentingan politik mana-mana pihak namun ianya soal penghinaan terhadap Islam dan hukum Allah.

"Bagi peringkat mahasiswa, kami tidak peduli soal pertembungan parti politik dalam video ini, tetapi yang kami rasa tercabar ialah penghinaan terhadap hukum Islam tersebut.

"Lakonan mereka jelas menunjukkan penyelewengan tentang kefahaman hukum hudud dan yang lebih merisaukan ialah ia akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, beliau memohon agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku pihak yang berautoriti memberi penjelasan sebenar berkaitan hukum hudud kepada masyarakat bagi mengelakkan salah faham seperti dalam video tersebut.

Contohi semangat 'Angry Birds', lawan kezaliman

Posted: 10 Dec 2011 10:45 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini mencontohi semangat juang burung-burung yang menentang pencuri dalam permainan Angry Birds.

Dalam satu kenyataan sempena ulangtahun kedua Angry Birds, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan menyifatkan Angry Birds sebagai permainan yang mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman.

"Slogan 'Jangan Curi !!' dalam permainan itu adalah simbol kemarahan rakyat terhadap empat pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia.

"Ianya adalah penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum, penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka, keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS dan kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara", katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarah Institut Polisi Studi dewan itu, Mohd Syahir Sulaiman pula berkata, rakyat negara ini wajar mengambil semangat sama demi menentang budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin negara.

Angry Birds katanya memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak dengan semangat yang ditunjjukan secara kreatif dan penuh tekad berusaha untuk mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri.

"Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung.

"Ini mengajar kita tiga perkara iaitu; rakyat perlu bangkit menentang kezaliman, pencuri akan ditentang dan pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah"," katanya.

Media sebelum ini melaporkan 'Angry Birds' adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.

Pengarah Besar Felda Dzulkifli diarah cuti lapan bulan

Posted: 10 Dec 2011 10:44 PM PST


KUALA LUMPUR – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.

Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.

Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.

Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.

"Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam," kata sumber itu.

"Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama," kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.

Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Tiada komen," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.

"Saya tidak mahu komen," katanya lagi.

Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam 'kontroversi' semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.

"Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri," kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.

"Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti" katanya lagi.

Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.

Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.

Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.

Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara 'kontroversi' menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.

Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.

Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.

Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anak rancang perhimpunan protes jika Najib tak selesai krisis Felda

Posted: 10 Dec 2011 10:43 PM PST




GOMBAK― Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mahu mengadakan protes besar-besaran, dijangka awal bulan depan, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menarik balik surat yang mengarahkan Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Pengerusinya Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Najib pada 20 Disember ini, menggesa agar proses penyenaraian Felda dibatalkan, selain menarik balik surat arahan bercuti yang dikeluarkan ke atas Dzulkifli, Jumaat lalu.

The Malaysian Insider difahamkan surat itu berkuat kuasa akhir bulan lalu.

"Kami akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan meminta beliau mengambil tindakan-tindakan ini.

"Dan, jika tidak ada apa-apa kemajuan, kami akan menggerakkan perhimpunan besar-besar seperti yang diadakan sebelum ini," kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan menentang dasar PPSMI dua tahun lalu dan Bersih 2.0 Julai tahun ini.

"Kemungkinan ia akan diadakan awal tahun depan," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ketika ditemui di Markas Tarbiyah parti itu di sini malam tadi.

Anak juga akan menyerahkan memorandum sokongan kepada Dzulkifli Selasa ini berkaitan isu semasa ini.

"Kami hendak memberi sokongan kepada Datuk Dzulkifli, kami tidak mahu pegawai kanan Felda berhadapan dengan masalah seperti ini," katanya lagi.

Kata Mazlan, pihaknya akan menyerahkan dua memorandum ini untuk menyelamatkan Felda daripada terus berhadapan dengan kontroversi dan perpecahan di kalangan para peneroka.

The Malaysian Insider difahamkan Dzulkifli akan berlepas ke United Kingdom hari ini ekoran surat arahan bercuti untuk mengikuti pengajian jangka pendek.

"Kami melihat ini usaha halus untuk menyingkirkan Datuk Dzulkifli dari Felda... jadi, kami mahu Datuk Seri Najib kembali memberi jawatan itu kepada beliau dan membatalkan surat arahan bercuti ini," katanya lagi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Dzulkifli bercuti selama lapan bulan.

The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.

Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.

Beberapa sumber yang rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.

Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.

Dzulkifli yang dihubungi pagi semalam enggan mengulas mengenai perkara itu.

Beliau yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.

Dalam pada itu, Isa yang dihubungi The Malaysian Insider juga enggan mengulas.

Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.

Isa sebelum ini menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.

Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara 'kontroversi' menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.

Sebelum ini, Anak melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.

Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.

Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Guan Eng: Exco Pulau Pinang isytihar aset dalam sebulan

Posted: 10 Dec 2011 10:42 PM PST

TERKINI



KUALA LUMPUR ― Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.

Ia akan dipaparkan kepada umum menerusi Internet.

Lim berkata, langkah itu diambil sejajar dengan janji dibuat sebelum mereka mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan ia juga sebahagian daripada usaha Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan enam langkah integriti.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan," kata beliau.

Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung DAP mengatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai pagi ini.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

Lim berkata melalui pentadbiran yang bersih, kerajaan negeri telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.

Ekoran usaha-usaha itu tambah beliau, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.

"Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011," katanya lagi.

Lim berkata perubahan-perubahan yang dapat "dilihat, dirasa dan disentuh" sekarang adalah hasil pengamalan enam langkah integriti, antara lain parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni dan hak untuk maklumat tidak sulit dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Lain-lain ialah kesemua penjawat awam yang memegang amanah awam membuat pengisytiharan aset mereka.

Malah kata beliau, langkah-langkah itu juga boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
"Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat," katanya lagi.

Negara Berkebajikan: PAS tawar 10 agenda, janji tunai penggal pertama kerajaan

Posted: 10 Dec 2011 10:35 PM PST


KUALA LUMPUR ― PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.

Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan untuk memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih sebagaimana dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam untuk bertindak terhada aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengdakan pungutan suara yang diletakkan di bawah Parlimen.

Di bawah agenda kedua yang menyentuh aspek masyarakat penyayang, aman dan bersatu, dokumen Negara Berkebajikan ini, yang diperoleh The Malaysian Insider menekankan, parti Islam itu akan memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai debgan matlamat meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin, dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.

Berkaitan agenda ekonomi mampan, seimbang dan saksama, PAS berkata dokumen Negara Berkebajikan akan menyusun kembali keutamaan pembangunan supaya 'pertumbuhan' tidak diukur daripada kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mahu ia selaras dengan matlamat dan strategi pembangunan mampan.

Ia termasuklah penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatn isu rumah RM1,500 ke bawah daripada belenggu tersebut.

Di bawah agenda itu, dokumen tersebut mahu membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham sebagai alat tukaran alternatif dalam transaksi perdagangan dan perniagaan.

"(Juga) akan menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import bagi barangan makanan utama.

"(Dan) mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan dari negara-negara membangun dan memperluas jaringan rantaian perbekalan," kata dokumen 60 halaman, bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS, yang akan dilancarkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, petang ini.

Dokumen itu, PAS berkata, dasar Negara Berkebajikan pihaknya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.

Agenda keempat dokumen Negara Berkebajikan menggariskan lima inisiatif, antaranya "memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

PAS juga menyenaraikan inisiatif mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan masing-masing, dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah.

Agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan enam inisiatif.

Inisiatif-inisiatif itu termasuklah memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat, meminimumkan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada penerima dan meningkatkan harga hartanah rakyat dengan menukarkan status hartanah kediaman daripada status pegangan pajakan kepada status pegangan bebas bagi memberikan pengiktirafan hak milik yang kekal dan boleh diwarisi.

Tiga inisiatif di bawah agenda itu ialah menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang memerlukan dengan mengagihkan tanah melalui Felda Plantation, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, dan mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minimum untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum memiliki kediaman sendiri.

Agenda ketujuh juga menawarkan lima inisiatif, antaranya memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas daripada sebarang aktiviti 'selepas tengah malam', dan mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami mereka bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.

Dokumen Negara Berkebajikan PAS meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela sebagai agenda kelapan.

Antara inisiatif itu ialah mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.

Dua inisiatif lain ialah mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta selaras dengan haja tuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.

Agenda itu juga mahu meminda akta berkaitan dengan gaji minimum berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja dan meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

Dua agenda lain ialah kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia, dan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.

Lim: Semua exco Pulau Pinang akan isytihar aset

Posted: 10 Dec 2011 10:33 PM PST

MALAYSIA KINI

Semua ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet dalam masa sebulan lagi, umum Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Selain itu, beliau juga mengumumkan enam langkah integeriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih bertujuan bukan sahaja membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru kepada rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.

penang dap convention 111211 1"Parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

"Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?

"Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun," kata Lim pada ucapnnya semasa Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai, hari ini.

Menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

NONE"Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

"Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau berkata untuk memastikan ketelusan, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas manakala semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

lim guan eng and penang"Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.

"Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011," katanya lagi.

Penyokong Ramasamy berhimpun di mesyuarat DAP

Posted: 10 Dec 2011 10:32 PM PST


Susan Loone

Krisis politik di Pulau Pinang semakin panas apabila, kira-kira 200 penyokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berhimpun di luar Hotel Pearl View Butterworth, pagi ini, bagi meluahkan sokongan mereka kepada pemimpin itu.

penang dap convention 111211 2Pemimpin DAP Pulau Pinang dijadual berkumpul di hotel itu hari ini bagi konvensyen tahunan parti itu.

Ramasamy terbabit dengan pertelingkahan "bapa angkat - panglima perang" yang tercetus awal minggu ini apabila didakwa bertindak sebagai "panglima perang" dengan mengumumkan keputusan mengenai agihan beberapa kerusi parti itu.

Kumpulan yang sebahagian besarnya berbangsa India sejak jam 8 pagi tadi, membawa sepanduk dan melaungkan slogan membidas ADUN Seri Delima dan Batu Kawan - RSN Rayer dan A Thanasekharan - kerana menuntut Ramasamy menarik balik kenyataannya mengenai "bapa angkat" dan memohon maaf kepada pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kumpulan yang mendakwa diri mereka pengundi di kawasan Nibong Tebal dan Batu Kawan itu, termasuk anggota NGO dari Hindraf dan Makkal Sakhti menjerit "Kami mahu Ramasamy" dan "Rayer adalah pemngkhianat masyarakat India".

penang dap convention 111211 ramasamyKedua-dua wakil rakyat itu juga dibidas berhubung kegagalan mempertahankan tanah penduduk Kampung Buah Pala dan didakwa kurang turun padang bagi membantu penduduk kampung.

Mereka mendakwa, sebaliknya, Ramasamy yang sering mendekati penduduk kampung dan memberikan bantuan yang sewajarnya.

Apabila Karpal tiba di lokasi, jeritan mereka semakin kuat. Dakwa mereka, Ramasamy, adalah antara pemimpin India yang terbaik di Pulau Pinang dan mesti dibiar meneruskan jawatannya.

Zahid diminta dedah hubungan dengan blogger

Posted: 10 Dec 2011 10:22 PM PST

MALAYSIA KINI

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan yang dimilik penulis blog Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 07Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Papa gomo blogger at scorpene diveDalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.

Tiada ulasan: