Ahad, 11 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ulama di Eropah LARANG Wanita Pegang Buah/Sayur Berbentuk "Zakar" Jika...

Posted: 11 Dec 2011 05:44 AM PST


...sayur dan buah itu "menaikkan syahwat" mereka.

Seorang ulama yang tinggal di Eropah dan tidak dinyatakan namanya didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak seharusnya "mendekati" buah atau sayur seperti pisang dan mentimun supaya tidak berimaginasi tentang seks.
Ulama itu seperti dipetik oleh el-Sawsana didakwa berkata jika wanita mahu makan sayur atau buah tersebut, mereka perlu mendapatkan saudara mara, terutamanya lelaki untuk memotongnya kecil-kecil sebelum dimasak atau dihidang tanpa dimasak.

Ulama itu didakwa berkata sayur dan buah itu menyerupai kemaluan lelaki dan boleh menaikkan syahwat wanita atau mendorong mereka memikirkan perihal seks seperti dilaporkan oleh portal berita Mesir,  Bikya Masr.

Beberapa media Barat pula melaporkan  kenyataan ulama itu telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan Muslim dan mereka melontarkan pelbagai pendapat mempertikaikan pendapat ulama itu.
Menurut media, setakat ini tiada respons dikeluarkan oleh ulama lain berkaitan dengan hal itu. 

Apa pendapat anda? -DCM


Lagu Dangdut Lucah: "Cinta Satu Malam", "Aku Ingin Dilubangi", "Hamil Duluan"

Posted: 11 Dec 2011 02:04 AM PST


Saya petik:

JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dbuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV," kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.

Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk 'Mobil Bergoyang', 'Cinta Satu Malam', 'Hamil Duluan','Aku Ingin Dilubangi' dan 'Mari Bercinta 2'.

"Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Lagu 'Hamil Duluan' ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

"Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam," katanya.

Ibu bapa pula mengalu-alukan pengharaman itu dan seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata beliau amat terganggu apabila mendengar anak perempuannya berusia dua setengah tahun menyanyikan lagu 'Cinta Satu Malam'.

"Ia tidak manis untuk didengar," katanya yang memberitahu anaknya mendengar lagu itu daripada televisyen dan beliau meminta isterinya menukar saluran lain apabila video itu disiarkan.



P/s: Negara ini pernah dilanggar tsunami terbesar abad ini, negara ini digegarkan oleh beberapa siri gempa bumi, namun segelintir warganya tidak pernah mengambil iktibar.

Mengata negara orang, negara sendiri pun apa kurangnya. Cuma kita bernasib baik kerana ada pihak yang menapis kandungan lagu atau filem walaupun kadangkala kita bengang dengan cara penapisannya. Untuk lagu, memang penapisannya agak ketat, walaupun ada unsur kepentingan politik, namun untuk filem, memang agak mengecewakan apabila adegan berunsur berahi dan ganas masih dilepaskan dalam kebanyakan filem tempatan. 





KITA Boleh Sertai Pakatan Rakyat? PR Mahu Beri NYAWA kepada KITA?

Posted: 11 Dec 2011 12:34 AM PST


Saya baca kenyataan pemimpin PR bahawa KITA boleh menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat jika penyertaan parti itu dipersetujui Majlis Pimpinan PR. Adakah mereka serius dengan kenyataan itu? Selepas apa-apa yang berlaku sebelum ini, adakah PKR begitu mudah menerima Zaid Ibrahim? Adakah "perbalahan" yang berlaku antara Zaid dengan Anwar sebelum ini hanya wayang semata-mata? Jika bukan wayang, bolehkah Anwar dan Zaid duduk semeja membincangkan masa depan PR? Sambung baca di sini.

Pada padangan DCM yang jahil politik, penyertaan KITA dalam Pakatan Rakyat hanya helah untuk memberikan nyawa politik kepada parti itu. Tanpa PR atau BN, KITA seperti AKIM dahulu, tidak memberikan apa-apa impak kepada senario politik negara. Perhatikan rekod penyertaan AKIM dalam PRU atau PRK, semua penyertaan calon parti itu tidak memberikan impak besar kepada pihak lawan. Walapupun sudah dijenamakan semula oleh Zaid, KITA tetap seperti dahulu. Pertelingkahan dalaman dalam parti itu juga memberikan impak kepada perkembangannya. Malah, tiada tokoh hebat dalam parti itu yang mampu menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka.  Zaid bukanlah tokoh yang ada karisma yang dapat menarik sokongan masyarakat umum. Dia popular sebelum ini pun kerana menyertai PKR, adakah dia masih popular sekarang?

Sebelum ini, KITA melalui Zaid mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon di Pagoh dan Pekan kerana kononnya mahu meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya. Kata Zaid seperti dipetik oleh UtuSex: "Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan. "Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut." Cubalah anda taksir kenyataan Zaid itu, terutamanya tentang tidak mahu membuat perubahan tampuk pemerintahan negara.

IRONINYA, Zaid baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa KITA akan menyokong Pakatan Rakyat. Zaid dalam satu kenyataan menyatakan, "Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar."  

Mengapa tiba-tiba flip flop, sedangkan sebelum ini KITA juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan meletakkan calon di kerusi DUN Selangor yang menunjukkan seolah-olah mereka mahu mengacau penguasaan PR di Selangor?

 Kita tidak tahu strategi KITA mahupun PR atau BN, namun menerima KITA dalam Pakatan Rakyat bukanlah idea yang bijak. Sesungguhnya, setiap orang seharusnya belajar daripada kesilapan silam bukannya hanya tahu memaafkan kesilapan seseorang!




[Wajib Baca] Negara Berkebajikan: PAS Tawar 10 Agenda, Janji Tunai Penggal Pertama

Posted: 10 Dec 2011 10:00 PM PST

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Dis ― PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.

Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan untuk memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih sebagaimana dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam untuk bertindak terhada aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengdakan pungutan suara yang diletakkan di bawah Parlimen.

Di bawah agenda kedua yang menyentuh aspek masyarakat penyayang, aman dan bersatu, dokumen Negara Berkebajikan ini, yang diperoleh The Malaysian Insider menekankan, parti Islam itu akan memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai debgan matlamat meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin, dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.

Berkaitan agenda ekonomi mampan, seimbang dan saksama, PAS berkata dokumen Negara Berkebajikan akan menyusun kembali keutamaan pembangunan supaya 'pertumbuhan' tidak diukur daripada kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mahu ia selaras dengan matlamat dan strategi pembangunan mampan.

Ia termasuklah penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatn isu rumah RM1,500 ke bawah daripada belenggu tersebut.

Di bawah agenda itu, dokumen tersebut mahu membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham sebagai alat tukaran alternatif dalam transaksi perdagangan dan perniagaan.

"(Juga) akan menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import bagi barangan makanan utama.

"(Dan) mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan dari negara-negara membangun dan memperluas jaringan rantaian perbekalan," kata dokumen 60 halaman, bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS, yang akan dilancarkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, petang ini.

Dokumen itu, PAS berkata, dasar Negara Berkebajikan pihaknya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.

Agenda keempat dokumen Negara Berkebajikan menggariskan lima inisiatif, antaranya "memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

PAS juga menyenaraikan inisiatif mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan masing-masing, dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah.

Agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan enam inisiatif.

Inisiatif-inisiatif itu termasuklah memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat, meminimumkan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada penerima dan meningkatkan harga hartanah rakyat dengan menukarkan status hartanah kediaman daripada status pegangan pajakan kepada status pegangan bebas bagi memberikan pengiktirafan hak milik yang kekal dan boleh diwarisi.

Tiga inisiatif di bawah agenda itu ialah menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang memerlukan dengan mengagihkan tanah melalui Felda Plantation, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, dan mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minimum untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum memiliki kediaman sendiri.

Agenda ketujuh juga menawarkan lima inisiatif, antaranya memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas daripada sebarang aktiviti 'selepas tengah malam', dan mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami mereka bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.

Dokumen Negara Berkebajikan PAS meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela sebagai agenda kelapan.

Antara inisiatif itu ialah mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.

Dua inisiatif lain ialah mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta selaras dengan haja tuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.

Agenda itu juga mahu meminda akta berkaitan dengan gaji minimum berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja dan meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

Dua agenda lain ialah kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia, dan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.


P/s: Terbaik!

Anwar Mahu Kehadiran Pope Gomo di dalam Scorpene Disiasat

Posted: 10 Dec 2011 09:21 PM PST

 
Saya sudah komen hal ini semalam di sini.
Saya petik:
Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarWalau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".

"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
 
 
 P/s: Hancurrr!!!

Geng LEMBU Dalang Video HINA Hudud, Fitnah PAS, Mat Sabu, DSAI

Posted: 10 Dec 2011 07:00 PM PST



Tanpa butiran lanjut, kita dapat mengagak dalang video lahanat ini kerana kandungan dan skripnya jelas memfitnah PAS, DSAI dan memperlekeh hukum hudud.Siapa lagi kalau bukan geng lembu!



Pendedahan lanjut yang dibuat oleh Hanief dan geng boleh anda baca di sini, di sini dan di sini.









Langsuyar Bertenggek?

Posted: 10 Dec 2011 06:02 PM PST


Saya petik:

[SH] HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. 

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.

"Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. 

"Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. 

"Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang," katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

"Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. 

"Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan," katanya.

Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.



P/s: Yang muncul itu ialah syaitan untuk menakut-nakutkan manusia. Janganlah mengeluarkan pandangan jahil dengan mengaitkan syaitan itu dengan  perempuan mati bersalin dan sebagainya.



Jika Umi Hafilda Mahu Bertanding, Sudah Tentu Lawannya AZMIN atau DSAI

Posted: 10 Dec 2011 04:00 PM PST

Baca di sini.


Kalau benar, UMCO sanggup menanggung risiko meletakkan Umi Hafilda sebagai calon BN, maka sudah tentu lawannya nanti sama ada Azmin atau Anwar Ibrahim. Baru kita tahu sama ada buku bertemu dengan ruas atau buku bertemu dengan kaki gebang!
Kalau setakat meletakkan Umi di kawasan kubu kuat BN di ceruk pedalaman atau Felda, apa gunanya Umi menjelajah ke seluruh negara menggebang kepada beberapa kerat orang dan kerusi kosong memburukkan abangnya dan DSAI?





Tiada ulasan: