Ahad, 11 Disember 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Terbongkar - Rahsia Bagaimana Scorpene Boleh Menyelam!

Posted: 11 Dec 2011 08:04 AM PST

Lucu tengok gelagat dua ekoq monyet ini. Tatapilah gelagat lucu itu sebelum anda berasa nak muntah melihat gelagat dua blogger pencacai murahan Umno BN berikutnya.

Sekonyong-konyong maka berkatalah Papa Gomo dengan angkuhnya : Gua bangga gila dapat jadi BLOGGER Pertama belayar menaiki KD Tun Razak Kapal Selam Scorpene : )

Betul ke? Tetapi Bigdog juga buat pengakuan yang sama.Siapa cakap betul dan siapa yang cakap bohong.Susah nak percaya sebab dua-dua spesis ini memang kuat mohong!

Walau bagaimana pun,si Anjing Besar padanlah bercakap besar : I was given the trust by the Minister of Defense and Chief of Navy, to be given the honour of the first new media practitioner and blogger to go inside the Perdana Class submarine, KD Tun Razak.

Lihatlah gambar di atas - Bigdog aka Anjing Besar. Agak-agak berapa kilo berat anjing ini? Ha! Ha! Ha! Nah sekarang kita semua sudah boleh tahu rahsia sebenarnya. Lim Guang Eng pun patut tahu kenapa kapal selam scorpene tu sudah boleh menyelam pada hari itu ....Ssh...ini rahsia negara, tolong jangan bocorkan!

Bijak betul kepala hotak Menteri Pertahanan, Zahid menjemput anak gajah ni !

Ngah Kor Meng Cakap Betul pun, orang marah?

Posted: 11 Dec 2011 02:33 AM PST

Zambry tak saman isu hitam metalik

Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nga Kor Ming ekoran isu "hitam metalik" tetapi menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum setiausaha DAP Perak itu. Klik sini

Nak saman pasal apa pula? Kankah Ngah Kor Meng dah minta maaf? Tak kisahlah, sama ada Zambry nak maafkan atau tidak.Bukan kesalahan bagi Ngah Komeng panggil Zambry 'hitam Metalik'

Ha! ha! Ngah Kor Meng telah berkata benar bila sebut Zambry tu 'Hitam Metalik'. Kenapa mesti terasa? 'hitam' bukan satu penghinaan. Ramai kalangan orang Melayu digelar dengan perkataan tersebut. Maka itu, biasalah kita dengar sebutan Pak Tam atau Mak Tam dikampung-kampung – panggilan kepada mereka yang agak gelap kulitnya.

Cuma tidaklah mereka guna pakai perkataan 'metalik' kerana ianya istilah orang puteh dan agak baru bagi kalangan orang Melayu kita.

Alahai, takkanlah kita lupa penyanyi Hanifah bin Md Hanafiah, yang lebih dikenali sebagai Black, yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu?

Apa masalahnya Zambry dan puak-puak Melayu Umno yang jakun sangat nak marahkan Ngah Kor Meng memanggil Zambry 'Hitam Metalik'?

Tentulah Ngah berbohong kalau dia kata Zambry tu puteh melepak! Orang cakap betul-betul pun dia orang nak marah-marah pasal apa?

Tentu korang ingat lagi filem badul - Pak Tam Duda tahun : 1989 . Badul tak kisah pun dengan nama Pak Hitam dalam filem tersebut. Dalam Senario The Movie pun Badul pakai nama 'Pak Tam. Macam dah sinonim Badul dengan nama Pak Hitam atau Pak Tam itu. Dia tak ada apa-apa masalah pun! Hina sangat ke Zambry kalau dipanggil 'hitam'? Korang layanlah lagunya kat sini

Umno/BN sedang mengorat Hasan Ali ...

Posted: 11 Dec 2011 12:17 AM PST

Utusan Meloya nampaknya sedang melobi Hasan Ali sebagai 'calon winnable' dengan memujinya –

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara. Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut.
Klik sini

Umno/BN nampaknya cuba nak menangguk di air yang keruh. Rupa-rupannya panglima jihad yang telah mereka perolehi seperti Zulbabwe dan Ibrahim Katak itu masih belum memadai bagi Umno/BN.

Kini Umno/BN sedaya upaya sangat mahukan yang dari PAS. Mereka sedang mengorat Hasan Ali sambil menjeling-jeling kearah Ust. Nasha.

Jadi, apakah pula reaksi Hasan Ali dan Nasha? Dan apakah pula agaknya tawaran Umno/BN kepada mereka? Tentunya ada runding tara sedang berlaku – muqabalah!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah di petik sebagai berkata :

"Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja,"
Klik sini

Hasan dan Nasha bolehlah gunakan ayat yang sama diatas itu untuk menguatkan alasan untuk berhijrah.Tetapi Hasan dan Nasha perlu lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno seperti Asri Muda dan juga Nakasone Nakaie .

Asri telah pergi menemui Ilahi dan entah apa khabarnya Nakasone Nakaie (asalnya Umno masuk PAS zaman Asri) setelah dibersarakan sebagai Yang DiPertua YADIM pada November 2009, yang dia sepatutnya bersara pada April 2012.Dia sendiri tidak tahu sebab apa!

Menjadi ahli gerakan Islam, jangan sekali-kali fanatik kepada kepimpinan. Wajib untuk kita taati pimpinan tetapi tidak fanatik. Kerana mulianya seseorang pimpinan kerana Islam dan gerakan yang disertainya. Keluarnya Asri Muda dan Nakasone Nakaie hanya diikuti oleh beberapa ribu sahaja dan Pas akan terus mara.Fikir-fikirlah wahai Hasan dan Nasha.

Elok juga Hasan dan Nasha merenungi kehendak PM Najib sewaktu perasmian PAU yang lalu :

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.
Klik sini

Hasan dan Nasha mesti buktikan mereka ada kualiti tersebut. Mampukah mereka menjadi 'Khalid al-Walid' dalam perjuangan PAS? Inilah ujian getir yang akan mereka harungi dalam karier politik mereka kini.

Tiada ulasan: