Khamis, 8 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Utusan usah putar belit anugerah kepada Hasan

Posted: 08 Dec 2011 05:36 AM PST

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Datuk Dr Hasan Ali tidak sewajarnya diputarbelitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, realiti itu juga berlaku ke atas penganugerahan yang diberikan oleh Sultan Selangor atas dasar Hasan adalah Exco kanan kerajaan negeri.

"Utusan Malaysia seperti yang diketahui umum sememangnya mempunyai agenda untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, akhbar Utusan Malaysia menerusi tulisan kolumnis tetapnya membuat andaian, anugerah tersebut perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Penulis kolum tersebut, Zaini Hassan, menegaskan dalam tulisannya itu bahawa Hasan perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno.

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno.

Menurut Salahuddin, namun putarbelit Utusan Malaysia itu sememangnya sudah diketahui oleh pelbagai pihak dan pasti gagal mempengaruhi orang ramai

"Utusan Malaysia pasti akan berusaha menjayakan agendanya yang juga agenda para pemimpin Umno BN untuk memecahbelahkan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

"Apa yang dinyatakan berhubung pengenugerahan yang diterima oleh Dr Hassan ini juga sememangnya salah satu dari agenda mereka, tetapi dakwaan mereka itu hanya akan menjadi bahan ketawa sahaja dalam masyarakat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pada sidang medianya hari ini turut sependapat dengan beliau.

DAP: Musa tak berhak tuntut permohonan maaf

Posted: 08 Dec 2011 05:27 AM PST


Susan Loone
DAP membidas Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai tidak berhak untuk menuntut permohonan maaf daripada dua akhbar berbahasa Cina yang didakwa menyiarkan pembohongan berhubung ucapannya dalam perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur.

NONEADUN Komtar, Ng Wei Aik (kiri) berkata, timbalan ketua badan perhubungan Umno Pulau Pinang itu mungkin tidak menuturkan kenyataan yang disiarkan di muka depan kedua-dua akhbar berkenaan - Kwong Wah Jit Poh dan Guang Ming Daily.

Bagaimanapun, kata Ng, rakan Musa dalam Umno yang juga perwakilan Melaka - Hasnoor Sidang Hussein - memang mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan itu, semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

Katanya, Hasnoor dipetik dalam akhbar-akhbar berkenaan dan Malaysiakini sebagai berkata parti komponen BN perlu menyerahkan kepada Umno semua kerusi yang mereka tidak yakin untuk menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Hasnoor juga, dakwa Ng, berkata bahawa MCA dan Gerakan tidak boleh memenangi kerusi tertentu di Pulau Pinang dan mereka perlu menyerahkan kerusi berkenaan kepada Umno.

Katanya, Musa tidak boleh menafikan bahawa Hasnoor rakannya dalam Umno dan kenyataannya mencerminkan sikap parti itu yang didakwa Ng, tidak menghiraukan kewujudan dan relevannya parti komponen BN lain.

Gerakan, MCA membisu

Ng mempersoalkan apa yang didakwanya kurangnya keberanian di kalangan pemimpin MCA dan Gerakan untuk menyangkal kenyataan tersebut walaupun ia bukan dari Musa.

Beliau berkata, ini menunjukkan kedua-dua parti tersebut menyedari bahawa kenyataan itu telah dibuat oleh seorang perwakilan Umno dan tahu bahawa mereka tidak boleh begitu sahaja menolak perkara itu.

NONENg menambah, Musa mungkin boleh meminta kedua-akhbar berkenaan menyiarkan pembetulan tetapi tidak sepatutnya diminta memohon maaf kepada Umno dan BN Pulau Pinang.

Semalam, Musa (kanan) mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang untuk menyangkal laporan kedua akhbar tersebut, yang menurutnya sebagai "pembohongan dan berita palsu", dan memberi mereka tujuh hari untuk menyiarkan pembetulan di muka depan dan memohon maaf kepada beliau, Umno dan BN Pulau Pinang.

RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB

Posted: 08 Dec 2011 05:22 AM PST

MALAYSIA KINI

Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

NONEMaina (kanan) berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri.

"Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 November dan ia diluluskan secara tergesa-gesa dengan beberapa pindaan, dalam tempoh kurang daripada dua minggu - pada 29 November.

NONEIa diluluskan walaupun ahli parlimen pembangkang bertindak keluar
dewan selepas membahaskan rang undang-undang tersebut, dan juga bantahan oleh lebih 1,000 peguam pada hari yang sama.

Rang undang-undang itu juga termasuk larangan ke atas bukan warganegara dan warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman.

Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB sehingga 2013.

NONESeorang lagi pelapor khas bagi hak kebebasan untuk bersuara,
Margaret Sekaggya (kiri), berkata beliau memandang berat peruntukan melarang warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun.

"Penyertaan politik dan sosial melalui protes secara aman, bukan sahaja merupakan satu pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak, belia dan pelajar, tetapi juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya," tegasnya.

Manakala pelapor khas bagi hak kebebasan bersuara, Frank La Rue, menggesa kerajaan Malaysia menimbang semula secara serius rang undang-undang itu.

"Keupayaan semua individu untuk bersuara secara bebas, termasuk dalam bentuk perhimpunan aman, merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara."

NONEFracois Crepeau, pelapor khas hak asasi manusia bagi pendatang,
juga menggesa supaya rang undang-undang itu segera dikaji semula.

"Setiap orang berhak terhadap kebebasan berhimpun dan berpersatuan, tanpa sebarang apa jua pembezaan, termasuk kewarganegaraan," kata Crepeau.

Kesemua pakar tersebut melaporkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Geneva, dalam kapasiti bebas dan tidak dibayar.

Julai lalu, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan kuasa yang berlebihan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kontraktor ditembak mati: Suhakam digesa buat inkuiri

Posted: 08 Dec 2011 05:20 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan awam berhubung insiden seorang kontraktor ditembak mati, dipercayai oleh seorang anggota polis pada 15 September lalu.

PSM membuat desakan itu demi mendapatkan pembelaan dan keadilan terhadap keluarga Kathir Oli a/l Pakeer Mohamed, yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

NONEDalam memorandum yang dihantar kepada Suhakam pagi ini, PSM berkata, laporan bedah siasat menyebut kematian Kathir Oli adalah disebabkan "luka tembakan di dada" sebelah kiri.

Memorandum itu yang dibaca oleh wakil PSM Perak, Mahonarani Rasiah, mendakwa bahagian ringkasan laporan bedah siasat itu menyatakan bahawa luka tembakan di dada 'telah menembusi dan mencederakan struktur-struktur vital, iaitu jantung, aorta dan paru-paru sekaligus menyebabkan kematiannya.

Berikutan itu, PSM mendakwa dalam memorandum tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa tembakan itu berniat untuk menyebabkan kematian dan bukannya untuk tujuan menghalang atau melemahkan mangsa.

Laporan bedah siasat - yang turut dilampirkan dalam memorandum tersebut - menyatakan "tembakan yang dilepaskan adalah jarak lekap iaitu muncung senjata melekap pada badan sebelum tembakan dilepaskan".

NONEWakil PSM Perak itu mendakwa alasan bahawa anggota polis itu terpaksa menembak "untuk mempertahankan diri" dicabar oleh saksi-saksi yang menyatakan bahawa mereka bersama mangsa sudah mula beredar dari kawasan pub, tetapi dihentikan oleh anggota polis berkenaan.

Memorandum itu dipetik mendakwa, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan cuba menutupnya dengan mempertahankan insiden tersebut "dengan membuat cerita bahawa Kathir Oli dan kawan-kawannya membawa parang dan memasuki pub dengan niat mencuri".

"Polis memberi gambaran seolah-olah anggota polis yang membunuh Kathir Oli telah memperkenalkan dirinya dan bahawa nyawanya terancam yang memaksanya menembak untuk mempertahankan dirinya. Kesemua ini dinafikan oleh saksi-saksi," memorandum itu dipetik.

Kenyataan Mohd Shukri yang dilaporkan itu turut disertakan dalam memorandum tersebut.

Mengikut memorandum tersebut, Kathir dan lima rakannya pergi ke sebuah pub untuk makan dan minum, pada lewat malam 14 September lalu.

"Menurut aduan polis yang dibuat oleh kawan-kawan yang ada bersama mendiang P Kathir Oli, mereka tidak dibenarkan masuk di pub itu dan ini telah menyebabkan pertelingkahan mulut, membaling botol dan tolak menolak.

"Kemudian Kathir Oli dan kawan-kawannya telah memasuki kereta masing-masing dan mula beredar daripada situ," menurut memorandum itu lagi.

Memorandum itu mendakwa, sewaktu kereta yang dinaiki Kathir Oli sedang berundur, tiba-tiba datang seorang lelaki mengacukan pistol ke arah belakang kereta dan menghentikan mereka.

NONEMenurut memorandum itu lagi, Kathir dan rakan-rakannya tidak sedar bahawa lelaki tersebut adalah seorang anggota polis kerana "dia berpakaian biasa" dan mengikut aduan polis, lelaki itu dikesan keluar dari pub dengan "gerak-gerinya tidak stabil".

"Kathir Oli dan rakan-rakannya turun dari kereta dan berlaku pergaduahan antara mangsa dan anggota polis itu, cabar mencabar, tolak menolak dan tumbuk menumbuk.

"Menurut aduan polis rakannya juga, tiba-tiba tanpa sebarang amaran, kedengaran bunyi tembakan kuat, dan Kathir Oli pun rebah ke atas kawannya," memorandum itu dipetik.
Menurutnya lagi, selepas mangsa ditembak, anggota polis tersebut menggari dua kawan mangsa yang ada bersama dengannya.

Malah, seorang lagi rakan mangsa dari kereta yang lain, yang datang ke tempat kejadian, juga turut digari.

Memorandum itu lagi, PSM risau berhubung siasatan kejadian itu yang telah dihantar ke Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk tindakan seterusnya.

"Kami risau kertas siasatan ini berpihak kepada pembunuh kerana tidak ada sesiapa di pihak keluarga mangsa yang dipanggil untuk temuduga atau siasatan.

"Ini sangat penting kerana menurut suratnya bertarikh 10 November, ketua polis Perak masih memegang kepada versi ceritanya kepada media pada 15 September, iaitu hari Kathir Oli ditembak mati," demikian menurut memorandum itu lagi.

NONESebelum aduan dibuat, mereka menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah di pejabatnya kira-kira jam 11.45 pagi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh isteri mangsa, S Janaky (kiri).

Turut hadir ialah anggota keluarga mangsa serta beberapa pemimpin PSM termasuk setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.

Dalam aduan lisannya kepada Suhakam, Janaky berkata dakwaan yang menyatakan suami mahu mencuri di pub tersebut adalah salah, sebaliknya mendakwa suami dan rakan-rakan pergi untuk makan dan minum.

Katanya, suami pergi ke pub berpakaian dengan memakai seluar pendek dan selipar.

Janaky menyifatkan suaminya itu adalah seorang suami, ayah dan majikan yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam bagi "membersihkan nama baik suami" daripada dakwaan melakukan jenayah.

"Saya tidak mahu anak saya dikatakan ayah mereka melakukan jenayah. Saya mahu membersihkan namanya," katanya.

Sementara itu, dalam jawapannya, Muhammad Sha'ani berkata Suhakam akan meneliti permintaan PSM dan keluarga Kathir Oli supaya diadakan siasatan awam terhadap kes kematian kontraktor tersebut.

Syabas tarik balik saman

Posted: 08 Dec 2011 05:18 AM PST

"Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini," kata Menteri Besar Selangor.



PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air.

Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) dimana empat saksi Syabas telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini. Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika," kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu.

Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat kerajaan negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas.

Sementara itu, punca kekeruhan Sungai Selangor sehingga menggangu operasi empat loji pembersihan air adalah disebabkan oleh runtuhan tebing sungai di beberapa tempat sepanjang anak Sungai Kerling.

Menurut satu kenyataan media semalam, siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan kejadian runtuhan tebing berlaku kira-kira 2km dari Stesen Janakuasa Mini Hidro Sungai Kerling berhampiran sempadan Selangor-Pahang.

Runtuhan ini dipercayai terjadi secara semulajadi akibat hujan lebat kerana tiada aktiviti luar biasa dikesan di kawasan tersebut. Luas dan agensi serta jabatan lain yang terlibat akan terus memantau runtuhan untuk mengelak kejadian lebih teruk.

Calon boleh menang yang bagaimana?

Posted: 08 Dec 2011 05:17 AM PST

Ada perbezaan di antara calon yang masyarakat akar umbi mahu dan calon yang pemimpin atasan mahu.

COMMENT



Calon boleh menang (winnable candidate) yang bagaimana pemimpin parti politik mahukan dan calon boleh menang bagaimana pula yang kita mahu?

Dalam memperkatakan pemilihan calon selalu ada perbezaan calon bagaimana yang dimahukan masyarakat akar umbi dengan calon yang dimahukan oleh sang pemimpin di atas sana.

Perbezaan kemahuan pemimpin dengan kemahuan rakyat terbanyak ini bukan sahaja berlaku dalam parti pemerintah sahaja, malah parti pembangkang juga tidak ketinggalan.

Kalau kita mungkin mahukan calon yang berani mendedahkan penyelewengan, tetapi sebaliknya sang pemimpin pula mendambakan calon yang boleh diharap untuk melindungi segala rahsia, baik rahsia parti mahupun rahsia mereka sendiri.

Ketika kita mahukan calon yang berani berkata 'tidak' dan 'jangan' kepada sang pemimpin walaupun pahit untuk ditelan, sang pemimpin mungkin mahukan seseorang yang sentiasa mengatakan 'baik tuan' kepadanya.

Jika kita mahukan calon yang bijak mengendalikan masalah yang dihadapi oleh rakyat terbanyak, sang pemimpin lebih berminat dengan calon yang pandai mengendalikan urusan perniagaan.

Kalau kita mahukan calon yang bersih dan beramanah, mungkin sang pemimpin pula mahukan orang yang boleh 'diajak berunding'.

Kalau kita mahukan calon yang cukup mengenali setiap jalan, lorong, bukit-bukau dan masyarakat di kawasan kita, sang pemimpin pula mengidamkan calon yang cukup dia sendiri kenal.

Kalau kita mahukan calon yang kita kenal sejarah, latar belakang, asal-usul, emak bapak dan keturunannya, sang pemimpin lebih suka calon yang umum tidak mengetahui sejarah silamnya.

Kita mungkin mengharapkan calon yang selalu berada di kawasan, lebih-lebih di saat diperlukan tetapi sang pemimpin pula lebih gemar calon yang umpama 'super escort' kepadanya.

Kota janji atau tabur janji?

Apabila kita mahukan calon yang tahu mengotakan janji, sang pemimpin lebih suka calon yang pandai menaburkan janji.

Jika kita mahukan calon yang boleh diharap untuk menasihati sang pemimpin, sang pemimpin juga mahukan calon yang boleh menjadi penasihat 25 persen kepadanya.

Begitulah lebih kurang kemungkinan-kemungkinan perbezaan kemahuan antara rakyat bawahan dengan ahli-ahli politik di atas puncak sana.

Agaknya, mungkin itulah yang dimaksudkan calon 'winnable' yang menjadi sebutan ahli politik dan pemerhati politik masa kini.

Mungkin baginya, calon-calon yang dipilihnya itu adalah 'calon 'winnable' seperti yang disyaratkannya.

Bagaimanapun, kalau tidak kena gayanya nanti bukanlah calon 'winnable' yang sang pemimpin dapat, sebaliknya calon yang menyebabkan sang pemimpin berkata, 'wa kena beb!'

Sikap Umno-BN bantut Kg Seri Aman

Posted: 08 Dec 2011 05:16 AM PST

Kerajaan negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot kampung itu.



PETALING JAYA Sikap acuh tak acuh pentadbiran Umno-Barisan Nasional terdahulu berkenaan pembangunan lot tanah Kampung Seri Aman, Kuala Selangor membawa masalah kepada pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurut satu kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, antara tahu 2001 hingga 2007, kerajaan negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot itu.

Berdasarkan maklumat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), pada 16 Januari 2001 kerajaan negeri membenarkan cadangan pembangunan secara penswastaan kepada Westmine Development Sdn Bhd (Westmine) dan sebagai timbang balas, pemaju mestilah membina bangunan JKR, surau serta dewan.

Pada 29 Mei 2001, Pentadbir Tanah Kuala Selangor menerima permohonan rasmi dari Westmine yang telah menjalankan bancian yang mana terdapat 169 peneroka yang terlibat. Pemaju bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) bersetuju untuk menyelesaikan masalah setinggan

Kata kenyataan itu, mereka ditawarkan dengan sebuah rumah kos rendah berharga RM35,000 dan elaun perpindahan RM2,000 manakala setinggan fasa 1 diberi pilihan samada pindah ke rumah sementara atau menerima elaun sewa sebanyak RM500 sebulan.

Namun, pada 5 Disember 2005, Upen menulis surat kepada Pentadbir Tanah Selangor memberitahu bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Oktober 2005 menarik balik kelulusan pembangunan penswastaan kepada Westmine, tambah kenyataan itu.

Tetapi pada 18 Oktober 2006, MMKN mengubah keputusan dengan membenarkan Westmine meneruskan kerja dan pentadbir tanah menyelesaikan masalah 27 setinggan yang terlibat dengan pembangunan Fasa 1. Pemaju diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan masalah setingggan.

Pada 2007, kerajaan negeri sekali lagi mengubah keputusan dengan membatalkan projek pembangunan penswastaan kepada Westmine sebaliknya meluluskan pemberimilikan tanah kepada 169 pemohon di kawasan tersebut.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, notis 5A untuk pemilikan tanah tidak dikeluarkan kepada mereka.

Pada 15 Julai 2008, Westmine menyaman kerajaan negeri kerana membatalkan projek penswastaan. Kes saman ini memberi kesan kepada kerajaan negeri kerana kerja pembangunan tidak dapat dijalankan.

Kerajaan negeri hanya dapat meneruskan pembangunan tanah tersebut apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu.

Kata kenyataan itu, setelah meneliti semua aspek, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menyediakan satu penyelesaian yang menyeluruh dengan mengambil kira pembangunan yang teratur.

Tawaran rumah teres dua tingkat

Baru-baru ini, kerajaan negeri menawarkan sebuah unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20' x 60' dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dijual pada harga subsidi iaitu RM70,000 berbanding harga pasaran sekitar RM120,000 kepada 111 penduduk Kampung Seri Aman.

Sekiranya penduduk tidak berminat dengan tawaran pembelian ini atau tidak layak mendapat pinjaman bank/pembiayaan, kerajaan negeri akan memberi jaminan (underwrite) kepada penduduk untuk membeli semula unit tersebut pada harga RM110,000 sekaligus memberi keuntungan RM40,000 apabila unit tersebut dijual.

"Jika penduduk lebih berminat untuk memiliki tanah sedia ada tanpa kerja tanah dianggarkan sejumlah RM2 juta bagi memastikan kemudahan infrastruktur dapat disediakan untuk penduduk.

"Ini adalah satu keputusan wajar memandangkan kampung ini seringkali menghadapi masalah banjir akibat kedudukan rumah yang tidak tersusun, kemudahan jalan dan sistem perparitan yang tidak sempurna," jelas kenyataan itu.

Kerajaan negeri perlu memastikan pemberimilikan tanah memenuhikeperluan dan perancangan pembangunan yang ditetapkan oleh

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan mengambil kira keselamatan, kesihatan, bencana alam dan untuk kepentingan ramai.

Pilihan ini akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kepada semua penduduk kampung yang berhak pada pertemuan yang akan ditetapkan kelak.

Justeru, dakwaan penduduk bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok tidak melakukan sebarang tindakan adalah tidak benar sama sekali. Sepanjang kes ini dibawa ke mahkamah, kerajaan negeri tidak boleh mengadakan sebarang pembangunan.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, kerajaan negeri faham masalah penduduk yang menunggu terlalu lama untuk mendapat pembelaaan sewajarnya.

Tambah pula, ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan penduduk. Lebih malang, individu yang membuat kecoh ketika majlis dialog pada 4 Disember lalu tidak tersenarai sebagai pemilik tanah.

Menurut kenyataan itu, penyediaaan perumahan yang selesa kepada penduduk menjadi agenda penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Walaupun masalah-masalah ini ditinggalkan kerajaan negeri terdahulu, kerajaan negeri yang ada sekarang akan menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat," terang kenyataan itu.

Lembah Pantai tolak Shahrizat sejak 2006

Posted: 08 Dec 2011 05:13 AM PST

"Sejak 2006 lagi, kami tidak mahu Ketua Wanita Umno itu bertanding di Lembah Pantai. Hari ini pun kami tidak mahu dia bertanding di sini," kata Yusri Ahmad.



PETALING JAYA: Umno Bahagian Lembah Pantai tidak mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dicalonkan lagi bertanding di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata timbalan ketua bahagian, Yusri Ahmad.

"Sejak 2006 lagi, kami tidak mahu ketua Wanita Umno itu bertanding di Lembah Pantai. Hari ini pun kami tidak mahu dia bertanding di sini.

"Waktu itu (2006) Umno Wilayah Perrsekutuan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Tun Mohd Khalil Yaakub mengenai perkara tersebut. Tetapi entah macam mana parti masih memilih beliau bertanding pada tahun 2008," katanya.

Dalam PRU 2008, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat kalah kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.

Shahrizat cakap sendiri

Shahrizat kini berdepan dengan dakwaan terbabit dengan penyalahgunaan dana awam sebanyak RM250 juta yang diberi kerajaan dalam bentuk pinjaman mudah untuk projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas.

Menurut Yusri, Ketua Wanita Umno itu pernah memberitahu bahawa PRU 2004 merupakan yang terakhir beliau bertanding di Lembah Pantai.

Beliau berkata, calon paling tepat bertanding di Lembah Pantai ialah Ketua Umno Bahagian, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Bagaimanapun, menurut Yusri, parti mempunyai kata putus untuk menentukan siapa yang akan mewakili Barisan Nasional di Lembah Pantai.

PRU ke 13 dijangka diadakan pada awal tahun depan.

Hudud: PAS gesa Umno nasihati MCA

Posted: 08 Dec 2011 05:12 AM PST

Tindakan MCA mencabar DAP untuk berdebat mengenai hukum Islam itu disifatkan pelik dan aneh kerana sepatutnya cabaran itu dilontarkan kepada PAS atau Umno.



SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menggesa Umno menasihati MCA, rakan komponennya dalam Barisan

Nasional (BN), berhubung hukum hudud yang masih menjadi polemik dalam arena politik tanah air dewasa ini.

"Berbanding MCA, DAP rakan dalam Pakatan Rakyat lebih bersikap lunak apabila berdepan dengan isu ini," kata ahli parlimen Shah Alam kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, tindakan MCA mencabar DAP untuk berdebat mengenai hukum Islam itu disifatkan pelik dan aneh kerana sepatutnya cabaran itu dilontarkan kepada PAS atau Umno.

"Kenapa nak cabar DAP sedangkan DAP sejak awal lagi sudah kata mereka tidak setuju tentang hudud. Itu pendirian mereka. Pelik dan aneh kerana DAP dan MCA, kedua-duanya tidak setuju dengan perlaksanaan hudud.

"Perkara ini sengaja ditimbulkan untuk menimbulan keretakan hubungan DAP dengan rakan-rakan dalam Pakatan. Sepatutnya Presiden MCA (Datuk Seri Chua Soi Lek) mencabar PAS atau Umno.

"Lihat sikap DAP jauh lebih lunak berbanding MCA. Umno nak tunjuk DAP ini ekstremis, sedangkan parti MCAlah yang ekstremis. Saya cabar Umno kemuka hudud Islam dan mereka (MCA) berdebat dengan Umno.

Umno ultra Melayu, ekstremis

"Macam Umno kata PAS ekstremis….sedangkan kita lihat ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Umno menunjukkan belangnya sebagai parti ekstremis. Umno adalah ultra Melayu yang ekstremis," tegas beliau.

Baru-baru ini, MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan secara langsung di televisyen.

Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak.

Sementara itu, menyentuh mengenai pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, beliau berkata rundingan dalam Pakatan masih berjalan dan setakat ini kerusi yang sama masih dikekalkan.

Malah beliau mengakui bahawa wujud cadangan agar DAP bertanding di kawasan Melayu namun timbul pula kebimbangan Umno akan mengekploitasi isu tersebut untuk menghentam PAS.

Maka bagi mengelak perkara itu berlaku katanya, tuntutan sedemikian tidak akan dilaksanakan bagi menghalang Umno menggunakan isu tersebut untuk memecah belahkan Pakatan.

Kita tetap bertanding pilihan raya

Posted: 08 Dec 2011 05:10 AM PST

Parti itu akan meletakkan calon di kawasan di mana peluang Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menang adalah seimbang.



PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanan Air (Kita) tetap bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) akan datang tetapi di kawasan tertentu sahaja, kata AJK Pusat Zamil Ibrahim.

Parti itu, katanya akan meletakkan calon di kawasan di mana peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menang adalah seimbang.

Sehubungan itu, Pengerusi Kita Kedah menolak laporan media bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRU13.

"Saya dapat pengesahan dari Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan beliau menegaskan parti tetap akan bertanding.

"Namun begitu sehingga ini, Kita di negeri-negeri tidak menerima apa-apa arahan dari pucuk pimpinan tinggi supaya tidak menggerakkan jentera parti dan mengenal pasti calon-calon," katanya kepada FMT hari ini.

Menurut Zamil, Kita tidak akan bergabung dengan BN mahu pun Pakatan dalam menghadapi PRU13.

Dakwat kekal: PAS bersikap tunggu dan lihat

Posted: 08 Dec 2011 05:08 AM PST

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu besama parti gabungan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat mahu melakukan reformasi dalam demokrasi.



KUALA TERENGGANU: PAS mengambil sikap tunggu dan lihat dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang (PRU13).

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu besama parti gabungan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat mahu melakukan reformasi dalam demokrasi.

"Pemulihan demokrasi tidak akan berjaya sekiranya kerajaan tidak bersungguh menyokong usaha tersebut. Kerajaan mestilah bersungguh-sungguh (mahu melakukan perubahan)," katanya kepada media di Wisma Darul Iman di sini selepas menghadiri sidang

Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan dalam PRU13.

Presiden PAS itu berkata, PRU13 tidak sepatutnya diadakan kecuali beberapa perubahan penting telah dilakukan dalam sistem pilihan raya, di antaranya pembersihan daftar pemilih dan kebebasan media.

"Pembersihan daftar pemilih (penting bagi) mengelakkan penipuan dan kebebasan media untuk semua parti politik sebagaimana diamalkan di negara-negara lain. Contohnya Indonesia sudah berubah (dan) Thailand sudah berubah.

"Media cetak dan elektronik bukan saja hak kepada parti yang memerintah tetapi parti-parti yang bukan memerintah supaya rakyat boleh mendengar kerana media adalah saksi (dan) rakyat adalah hakim," jelasnya.

Menurutnya, rakyat tidak mungkin boleh membuat penghakiman yang adil sekiranya hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Majlis Fatwa: PRU-13 boleh guna dakwat kekal

Posted: 08 Dec 2011 05:04 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

"Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini.

Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.

Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.

NFC: Debat 12 Dis tak jadi, Rafizi beri Khairy masa lagi

Posted: 08 Dec 2011 05:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Debat berkenaan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin tidak menjadi kenyataan pada Isnin ini sebagaimana telah dirancang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Rafizi (gambar) berkata Khairy menerusi suratnya bertarikh 6 Disember lalu mengatakan bahawa tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember kerana bertembung dengan program lain.

Bagaimanapun Rafizi berkata, undangan debat masih terbuka dan Khairy boleh memilih mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai sama ada tahun ini ataupun tahun depan.

"Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," katanya.

Rafizi berkata beliau telah mengutus jawapan balas hari ini, yang antara lain menekankan beliau sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun ini dan tahun depan untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan.

"Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau," katanya.

Kata Rafizi, beliau mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri.

"Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengah hari 12 Disember, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini," katanya lagi.

Katanya, jika keadaa itu berlaku, PKR akan meneruskan debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember ini.

"Sekiranya Saudara Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan beliau dalam debat tersebut dialu-alukan.

"Sebagai pemimpin Umno yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian dua (unit) kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC," katanya lagi.

Tony Pua: Mansuh 29,000 jawatan ekoran laksana SBPA bukti hipokrasi Najib

Posted: 08 Dec 2011 05:02 AM PST




KUALA LUMPUR — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi "teramat tinggi" sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

"Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

"Bermakna ia tidak sampai 10 peratus," katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

"Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

"Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau 'right-sizing', kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus ('outsourcing'), perekayasaan proses kerja ('business process reengineering') dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, "ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung."

"Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

"Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?" kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

"Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis," katanya lagi.

Khalid nafi Datuk Paduka iktiraf Hasan Ali ‘kahwinkan’ PAS-Umno

Posted: 08 Dec 2011 04:59 AM PST




SHAH ALAM — PAS menolak tanggapan bahawa pengurniaan pingat Datuk Paduka Mahkota Selangor kepada Datuk Dr Hasan Ali sempena sambutan hari keputeraan Sultan Selangor minggu ini bertujuan menghargai usaha beliau "mengahwinkan" parti Islam itu dengan Umno.

"Ia hanya satu anugerah, berdasarkan tafsiran saya, satu pengiktirafan diberi untuk mewakili parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pada sidang media di sini hari ini.

Khalid yang juga Ketua PAS Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, Sultan Selangor telah bertindak dengan adil dan mengurniakan pingat yang sama kepada seorang pemimpin dari setiap komponen Pakatan Rakyat.

"Saya fikir Sultan Selangor telah bertindak dengan adil di mana pada tahun pertama, baginda memberi pingat Datuk Seri kepada (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili PKR dan satu pengiktirafan ke atas kepimpinan PKR di Selangor.

"Ketika tahun kedua, baginda menganugerahkan pingat Datuk kepada (Speaker) Teng Chang Kim selaku wakil DAP, sebagai parti komponen kedua terbesar dalam Pakatan Rakyat dan tahun ini, tahun ketiga pentadbiran, kami diberikan gelaran Datuk Mahkota, kepada Datuk Dr Hasan Ali, sebagai bekas pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco kanan (dalam pentadbiran negeri)," kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.

Semalam, akhbar milik Umno menulis Hasan (gambar), yang akan menerima pingat Datuk Paduka sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

"Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya semalam.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.

"Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi awal minggu ini.

Teras politik: Umno terus bodohkan orang Melayu, kata Presiden PAS

Posted: 08 Dec 2011 04:58 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sambil menegaskan Umno terus memperbodohkan orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan luar bandar, PAS memberi jaminan bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Isu berkenaan menjadi antara fokus dalam perhimpunan agung Umno yang berlangsung minggu lalu.

Kata Hadi (gambar), semua kaum dan semua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut.

Menurutnya, mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam akan menjadi teras kepada politik negara ini.

"Kita perlu menyedari bahawa semua kaum di Malaysia, semua parti di Malaysia sama ada kerajaan atau pembangkang, sama ada Umno, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain.

"Mereka (rakyat) menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini ialah Melayu Islam. Sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik negara," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara PAS dengan Umno kerusi Melayu tidak terjejas atau hilang.

Malah, kata beliau, kuasa politik Melayu Islam menjadi semakin kuat dan kukuh apabila PAS menggantikan kerusi Umno dan BN tersebut.

"Umno hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS 23 kerusi dan PKR ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, PAS dapat 40 kerusi lagi menjadikan PAS 63 kerusi, Umno jadi menurun jumlah kerusinya.

"Dalam keadaan ini, teras kuasa politik masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Siapa yang menguasai teras politik, dialah yang menguasai politik negara.

"Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Terengganu dan disebarkan jika Umno kalah DAP yang memerintah Terengganu sedangkan DAP satu kerusi pun tidak bertanding di Terengganu. Kita memperbodohkan orang kita sendiri," ujarnya.

Menurutnya, andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika Umno kalah dalam pilihan raya adalah tidak benar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi.

Tetapi malangnya, kata Hadi apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan majoriti bukan Melayu, maka diambil kerusi-kerusi yang majoriti Melayu campuran untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Menurutnya, strategi politik Umno tersebut silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walaupun BN masih majoriti.

"Kerusi bukan Islam secara majoriti sekitar 40 kerusi dari 220 kerusi di Parlimen. Apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan mereka (bukan Melayu), Umno telah mengambil kerusi-kerusi yang majoriti campuran Melayu untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

"Ini boleh mengurangkan kerusi Melayu sendiri. Ini satu kesilapan strategi politik dari Umno sendiri walau pun BN masih majoriti," ujarnya.

Oleh itu tambah beliau, kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan adalah kerjasama wala' yang boleh menggadai prinsip dan perhitungan halal dan haram.

Tony Fernandes nafi tinggalkan AirAsia

Posted: 08 Dec 2011 04:53 AM PST


KUALA LUMPUR — Tan Sri Tony Fernandes lewat petang ini menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua AirAsia dalam waktu terdekat, sebaliknya menegaskan syarikat penerbangan murah itu harus bersedia untuk menerima kepimpinan baru kelak.

"Bukan meletakkan jawatan dari AirAsia. Apa yang saya katakan ialah dalam 10 tahun lagi, kita harus bersedia untuk (menerima) kepimpinan baru dan masa saya (untuk berundur kelak) semakin hampir," kata beliau menerusi mesej Twitter sekitar 7.40 petang tadi.

Khalid: AGM bukti Umno ‘makin keras’, Najib pamer ‘stunt politik’

Posted: 08 Dec 2011 04:49 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE



SHAH ALAM— Perhimpunan Agung Umno minggu lalu menjadi bukti ia sebuah parti ektremis Melayu yang rasis manakala presidennya Datuk Seri Najib Razak mampamerkan "stunt politik" yang jelas bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia, tegas PAS.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Khalid Samad (gambar) berkata, ucapan Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri sewaktu perhimpunan itu jelas membuktikan beliau merupakan "ultra Melayu" yang melampau dan menidakkan bangsa lain.

"Ucapan Najib sewaktu perhimpunan Umno dilihat sebagai 'stunt politik' yang bercanggah dengan prinsip 1 Malaysia yang diwar-warka beliau sebelum ini.

"Perdana Menteri cuba menunjukkan kepada umum, Umno satu-satunya parti yang mampu memperjuangkan bangsa Melayu di negara ini," katanya dalam pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, Najib dengan jelas cuba menunjukkan sekiranya Umno ditentang, itu merupakan penentangan terhadap orang Melayu sendiri.

"Dalam ucapannya, Najib seolah-olah menyarankan pengikut Umno untuk menepikan masalah rasuah, seleweng dan pembaziran yang dilakukan Umno.

"Mereka seperti disuruh untuk mempertahankan dominasi Umno di negara ini dan mereka yang menentang Umno dilihat menentang Melayu," tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Tambahnya, tindakan Perdana Menteri menyertai Perhimpunan Perdana Pekida di sini Isnin lalu merupakan bukti bahawa ekstremis Melayu Umno semakin keras.

"Tindakan Najib hadir ke perhimpunan Pekida itu membuktikan perjuangan ekstrimis Melayu beliau semakin keras, Pekida merupakan 'ultra Melayu; berhaluan kanan yang dominan di negara ini," tegasnya.

Menurutnya, Najib secara jelas membuktikan kehadiran beliau pada perhimpunan tersebut menyimpang daripada retorik wasatiyyah yang dicanangkannya selama ini.

"Pakatan Rakyat menawarkan keadilan untuk semua, Pakatan adalah kepimpinan Melayu yang benar yang tidak menindas masyarakat Melayu seperti Umno.

"Keadilan yang diwujudkan Pakatan Rakyat adalah keadilan untuk semua," tegasnya.

Menurutnya, melalui Pakatan Rakyat, masyarakat Melayu dijamin tidak akan kehilangan kuasa, sebaliknya matlamat utama adalah untuk menjatuhkan dominasi Umno.-themalaysianinsider

Jakim haramkan buku terbaru Kuan Yew

Posted: 08 Dec 2011 04:47 AM PST

Jakim haramkan buku terbaru Kuan Yew

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan buku terbaru bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, yang menggesa agar Muslim republik itu supaya tidak terlalu "ketat" dalam amalan prinsip-prinsip Islam.

Buku "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going" yang merupakan koleksi temu bual dengan beliau, diterbitkan Januari lalu, disenaraikan sebagai antara 15 terbitan yang "diperakukan haram" oleh Jakim dua bulan lalu.

Perakuan itu akan dibawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim mengesahkan keputusan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam Jakim, Oktober lalu.

Pengarah bahagian itu dan juga ketua pengarah Jakim tidak respons kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan sebab keputusan itu diambil selepas sembilan bulan buku berkenaan berada di pasaran Malaysia.

Pada 9 Februari lalu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, ketika itu ketua pengarah Jakim berkata, Lee sememangnya seorang negarawan yang hebat kerana berjaya memajukan Singapura.

Malangnya, kata Wan Mohamad Sheikh, beliau kurang berjaya dalam membangunkan minda keseluruhan rakyat kerana masih terpengaruh dengan landskap 1960-an yang penuh dengan prejudis dan prasangka terhadap penganut Islam.

"Sudah tentu Lee Kuan Yew juga tidak tergamak merosakkan agenda dan pendekatan harmoni yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri Singapura sekarang.

"Di samping itu, zaman menyimpan perasaan cemburu tidak berasas kepada negara jiran sudah pun berlalu dan tidak perlu dibangkitkan kerana zaman Lee Kuan Yew juga sudah menjadi sejarah. Sisa usia yang berbaki elok dimanfaatkan untuk mewujudkan rantau yang harmoni," katanya lagi.

Lee, 88, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri yang pertama, menteri kanan dan menteri mentor Singapura sebelum bersara Mei lalu berkata dalam buku itu bahawa Muslim di Singapura, dari segi sosial, telah berpisah dan menjauhkan diri mereka dan oleh itu, mereka perlu kurang "ketat" dalam amalan mereka demi membantu integrasi dan proses bina negara negara pulau itu.

Pandangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam di Singapura dan juga di Malaysia.

Ekoran protes itu, beliau menarik kenyataannya Mac lalu - beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Anaknya, Lee Hsien Loong yang kini mengetuai parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya memperoleh undi kurang kurang 60 peratus pada pilihan raya umum tahun ini, keputusan paling buruk dalam sejarah negara itu.

Mengikut senarai diperoleh The Malaysian Insider, buku yang turut diperakukan untuk diharamkan ialah 1000 Hikmat (Ali Zulfakar), Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur), 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie), Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz), Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan), 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA), Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani), Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy), Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid) dan Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).

Lain-lain ialah Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook), The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton), Sabda Rasullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan) dan Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali).-themalaysianinsider

Dakwaan Nik Aziz Menderita Kanser Tidak Benar

Posted: 08 Dec 2011 04:41 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PETALING JAYA- Para pemimpin PAS Kelantan pada Khamis menafikan khabar angin yang menyatakan yang Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat kini sedang menderita sakit kanser dan oleh itu telah menamakan pengantinya.

Dakwaan tersebut yang khabarnya disiarkan oleh bloger Kickdefella, turut membuat andaianya bahawa Nik Aziz hanya akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka tetapi akan memberi laluan kepada tokoh lain untuk memerintah sekiranya Kelantan masih di bawah kepimpinan PAS selepas pilihan raya umum akan datang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Aziz sebenarnya hanya mengalami masalah gastrik dan bukannnya sakit kerana kanser sebagaimana yang diandaikan oleh bloger berkenaan.

"Ia adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal," katanya sambil menambah, "Setakat apa yang kami semua tahu, Tuan Guru tidak mengalami sebarang komplikasi akibat kanser..."

Malah katanya, Nik Aziz tidak pernah pun membangkitkan soal penganti dalam mesyuarat dan pertemuan dengan kepimpinan PAS negeri.-mStar

Deepak, rakan Rosmah bawa kembali Altantuya ke dalam dunia korporat Malaysia

Posted: 08 Dec 2011 03:10 AM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Deepak Jaikishan, yang popular setelah akuan berkanun yang dibuat oleh seorang penyiasat persendirian mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, sekarang sedang muncul semula tetapi dalam senario berlainan dan kemungkinan tempat yang paling tidak disangka- dunia korporat Malaysia. Inilah yang dikatakan oleh pengkritik sebagai bisness dicampur politik.

Deepak yang juga dikenali sebagai 'lelaki karpet' Rosmah kerana keluarganya memiliki kedai karpet di Jalan Tunku Abdul Rahman telah muncul sebagai pemegang saham utama dalam Envair Holdings Bhd, sebuah syarikat yang kerugian dalam pembuatan penapis air dan udara yang dikatakan akan ditukar menjadi sebuah syarikat minyak dan gas. Sahamnya telah disenaraikan di Mesdaq untuk saham kecil dan tech.

"Ini suatu perubahan besar baginya. Walaupun Enviar adalah sebuah firma kecil, ia tetap lebih besar dan berbeza dengan suasana perniagaan karpetnya yang adalah bebentuk runcit. Ini menunjukkan betapa berkuasanya kita sekiranya kita kenal orang yang beul dan kadang-kadang, ia adalah lebih kepada siapa yang kita kenali daripada apa yang kita tahu." Kata seorang penganalisis di sebuah fima broker kepada Malaysia Chronicle.

From selling carpets to oil-and-gas on Mesdaq

Deepak yang berusia 39 tahun itu telah membeli 5.06% kepentingan dalam Enviar bernilai RM1.32 juta atau 6 juta saham bernilai 22 sen seunit. Beliau yakin bahawa ia adalah 'pelaburan jangkamasa lama'. Sungguhpun begitu, kenyataan beliau yang agak mentah itu menunjukkan bahawa beliau kurang arif dalam dunia yang baru diceburinya.

"Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada lembaga eksekutif dan pengurusan syarikat yang berkembang ini. Saya menegaskan disini bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan saya akan cuba untuk meningkatkan ia kelak." The Star memetik Deepak sebagai berkata.

Selain daripada latar belakang Deepak yang kontroversi, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, transaksi itu menjadi perhatian kerana Jiang Chuan Yi, pemegang saham yang berkepentingan 6.75% dalam syarikat itu telah menjualnya sebulan selepas membelinya pada 1 Nov lepas.

Jiang, seorang warga negara Cina tidak menjelaskan mengapa beliau menjual saham tersebut. Penjualan itu berlaku di transaksi pasaran terbuka pada harga yang tidak dinyatakan. Saham Enviar berakhir ke satu sen lebih rendah pada 30.5 sen pada hari Selasa.

Harvest and Tiong King Sing

Setelah kisah panas mengenai saham penny yang dikaitkan dengan keluarga PM Najib Razak iaitu Harvest Court Industries Bhd, terdapat cakap-cakap bahawa Enviar adalah cubaab kedua Najib untuk mendapatkan wang daripada pasaran saham. Terdapat spekulasi bahawa perjanjian itu adalah untuk mendapatkan keuntungan sendiri atau untuk mendapatkan dana untuk pilihanraya pada tahun depan.

Saham Harvest sememangnya telah naik di paras yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita bahawa anak Najib yang berusia 28 tahun, Nazifuddin telah menyertai lembaga dan mempunyai kepentingan dalam syarikat. Spekualasi menjadi begitu kuat sehinggakan kesemua saham penny dalam pasaran tempatan juga naik menyebabkan pemerhati mengeluarkan amaran bahawa kejadian yang sama berlaku pada tahun 1998 sebelum kejatuhan pasaran saham.

Dalam kekecohan itu jugalah Nazifuddin meletak jawatan dalam lembaga Harvest dan beliau juga seperti Deepak telah berjanji untuk mengekalkan kepentingan dalam Harvest untuk jangkamasa yang lama.

Berita bahaw seorang lagi tokoh yang kaitkan dengan Najib, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing akan menjual 31% kepentingan beliau dalam firma Wijaya Baru Global telah menyebabkan ramai yang berpendapat bahawa ahli politik Malaysia meninggalkan pasaran sebelum pilihanraya yang dikatakan berkemungkinan akan menyaksikan pertukaran dalam kerajaan persekutuan untuk kali pertama dalam masa 54 tahun.

Mejar bersara Anuar Adam, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang telah jatuh, Halim Saad dikatakan disokong oleh sekumpulan ahli perniagaan daripada Indonesia untuk perjanjian ini seperti yang dilaporkan Business Times. Beliau dikatakan mahu membeli Rm1.10 saham seunit daripada Tiong untuk kepentingan dalam Wijaya. Saham Wijaya ditutup pada 4.5 sen lebih tinggi di 80.5 sen pada hari Selasa manakala warran mengakhiri dagangan pada 9.5 sen lebih tinggi pada 33 sen.

"Dari Harvest ke Enviar dan juga Wijaya, semua perjanjian ini kelihatan seperti boleh memberikan gambaran yang salah. Walaupun sekiranya ia adalah tidak lebih daripada satu kebetulan , ia tetap mencurigakan. Untuk pelabur yang sudah arif, ia adalah ibarat orang ramai cuba melepaskan diri di suatu jalan keluar yang sempit dan inilah yang membuatkan ia menjadi perhatian." Kata penganalisis itu lagi.

"Tidak kisahlah sekiranya ia adalah untuk faedah peribadi atau untuk Umno dan BN, ia tetap tidak betul dalam kes ini. Walaupun Najib dan Perkasa mengatakan bahawa ia adalah untuk kepentingan nasional atau keselamatan nasional, ia tetap salah. Pasaran saham bukanlah mesin basuh yang anda boleh juga untuk lemparkan baju kotor anda. Membina dana untuk sebab politik adalah salah dan pedagang haruslah di beri amaran. Pengawal selia haruslah berpegang kepada peraturan. Mengapa ahli politik masih dibenarkan untuk memain peranan aktif dala firma dan bukankah sepatutnya ia dilepaskan kerana mereka ada jawatan dalam kerajaan? Pilihlah sama ada anda ahli perniagaan atau ahli politik. Pada hari ini apabila ketelusan dan pentadbiran baik adalah sangat penting, janganlah pula anda ingin jadi ahli politik dan ahli perniagaan sekaligus. Tiada tempat untuk kamu!"

Dari penapis udara kepada bantuan terbesar Petronas

Sementara itu, Deepak rupanya bersahaja dengan pertukaran Enviar ke sektor minyak dan gas. Mungkin kerana sangat senang mendapat bantuan daripada syarikat minyak negara, Petronas. Walauapapun, industry minyak dan gas kelihatan seperti diminati oleh keluarga orang-orang kuat Umno.

Keluarga bekas PM Mahathir dan Abdullah Badawi kedua-duanya terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi. Sekarang, giliran Najib pula untuk mendapatkan bahagian beliau.

Enviar telah mengejutkan pasaran pada bulan lepas dengan memasuki sektor Minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen daripada Petronas untuk membeli diesel dan lain-lain produk jenis minyak dan gas. Enviar meyakinkan pelabur bahawa ia dapat membekalkan 2 juta tong minyak mentah sebulan untuk 60 bulan kepada sebuah syarikat di Cina, An Hong Shenzhen.

Cita-cita tinggi ini kelihatan telah ditegaskan lagi oleh Deepak walaupun tiada petunjuk apa jenis kepakaran yang beliau boleh bawa untuk usaha itu.

"Saya , dengan menyatakan kepentingan dalam Enviar telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada bisnes ini (minyak dan gas) dan dalam beberapa bulan seterusnya akan mengumpul kekuatan untuk memperkembangkan bisnes ini," ujar Deepak.

Kisah silam yang tidak selesai

Mungkin mustahil kita harapkan Deepak akan bercakap mengenai P Balasubramaniam, penyiasat peribadi yang telah membuat perakuan berkanun pada tahun 2008 mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam Scorpenes.

Najib telah menafikan bahawa beliau kenal Altantuya tetapi, menurut Bala, PM itu bukan sahaja mengenali Altantuya tetapi merupakan kekasihnya sebelum memberikannya kepada kawan rapatnya Razak Baginda.

Kemudian, kurang 24 jam selepas itu, Bala menarik balik perakuannya dan menghilangkan diri. Dia kemudiaanya muncul kembali dalam sebuah video yang boleh ditonton oleh semua rakyat dunia dan menceritakan bagaimana beliau telah diberi dua cek berjumlah RM5 juta dan dipaksa pergi ke Chennai di mana beliau dan keluarga beliau masih tinggal sehingga kini.

Yang menariknya, Bala juga menceritakan bagaimana dia telah di culik dan dibawa berjumpa seorang lelaki di showroom Volkswagon dan kemudiannya dia kenali sebagai Nazim Razak, adik Najib yang merupakan seorang arkitek. Isteri Nazim yang juga bekas wartawan ada bersama.

Deepak telah menafikan cerita Bala namun mengaku bahawa pernah berjumpa Bala sebanyak 2 kali."Selepas pegawai polis Suresh memperkenalkan kami, saya telah jumpa dia sekali lagi.Dia minta wang daripada saya sama ada RM500 atau RM 1000 tetapi saya beritahu dia bahawa saya tidak dapat berikan wang kepadanya. Saya tidak mahu terlibat dalam hal kewangan beliau." Deepak memberitahu sidang akhbar pada April lepas.

Nazim enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Perjanjian baru dengan Bala?

Deepak juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah 'toy-boy" atau 'orang suruhan" Rosmah. Beliau mengatakan bahawa Rosmah adalah seperti kakak beliau. Beliau juga memuji Rosmah dan Najib memperkenalkan pelanggan baru kepada kedai beliau. "Saya pertama kali mengenali beliau (Rosmah) enam atau tujuh tahun lepas semasa beliau pergi ke kedai saya. Saya kenal dia dan anggap dia seperti kakak saya," kata Deepak.

Semasa itu, Deepak telah memanggil sidang akhbar untuk melenyapkan spekulasi bahawa beliau sedang cuba membuat perjanjian baru dengan Bala iaitu membawa balik Bala ke Malaysia di mana Bala akan membuat perakuan baru yang membersihkan nama PM dan isteri daripada kes bunuh itu.

Altantuya berusia 28 tahun semasa beliau dibunuh oleh 2 orang bekas pengawal peribadi Najib di sebuah kawasan hutan di Selangor. Beliau telah ditembak di muka dan diletupkan dengan C4 untuk mengelak daripada badan nya dapat dikenalpasti dan juga menghapus segala bukti bahawa beliau hamil ketika itu seperti yang telah diberitahu beliau kepada pembunuh beliau. Kedua-dua pembunuh itu sekarang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati dan juga menunggu keputusan rayuan selepas disabitkan bersalah pada tahun 2008.

Mengelak dan menafi

Tidak ramai yang percaya bahawa hanya mereka berdua yang bersalah selepas pihak berkuasa memekakkan telinga mengenai permintaan supaya mereka yang benar-benar mengarahkan pembunuhan untuk dibawa ke muka pengadilan. Menurut surat Altantuya dan perakuan Bala, wanita Mongolia itu datang ke Malaysia untuk mendapatkan USD500000 yang merupakan komisyen beliau daripada pembelian 2 buah kapal selam Scorpenes daripada firma gergasi Perancis DCN.

Bala juga pernah menawarkan diri untuk berjumpa dengan SPRM di London pada tahun lepas untuk membuat laporan formal mengenai perjumpaan beliau dengan Deepak dan Nazim. Malangnya, perjumpaan yang dinanti-nantikan itu tidak menjadi kerana SPRM pada saat akhir menolak.

Mengelak- itulah yang sangat jelas dalam gaya Kerajaan Persekutuan menangani kes Scorpenes dan Altantuya. Ini telah menyebabkan timbul lebih banyak perasaan curiga dalam peranan pasangan pertama negara dan juga Umno walaupun sering menafikan bahawa mereka terlibat dalam kes bunuh dan juga rasuah pembelian kapal selam yang dianggarkan bernilai 114 juta Euro atau RM570 juta. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: