Khamis, 8 Disember 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lagi Blogger Umno Kena Belasah

Posted: 08 Dec 2011 08:01 AM PST


Pak Chat merujuk blogger pengampu Umno/BN 'bigdog' atau 'Anjing Besar' sebagai 'apple-polisher' – 'kaki ampu' kata orang Melayu atau 'kaki bodek' kerana memuja segala apa saja yang Umno! (Tapi cece tengok kamus di sini – ketiga-tiga maksud tersebut amat menepati sekali!)

Bigdog dalam artikelnya disini mendakwa seorang pegawai pesara tentera, Brig Jen Dato Abdullah Mohammed beserta 50 personal tentera yang lain telah menyertai PKR.

Beliau mencabar Anjing Besar supaya menunjukkan bukti –bukti yang kukuh terhadap segala dakwaan dalam blognya itu atau akan dipanggil A LIAR OF THE HIGHEST ORDER – darjah bintang anugerah pembohong yang paling tinggi! Klik sini

Gambar MB Perak Yang Mesra Melampau

Posted: 07 Dec 2011 08:09 PM PST

Ini real punya gambar. Bukan photoshop punya! Ada nampak NST punya marking. Alahai Zambry, kalau nak tunjukan kemesraan kau tu janganlah buat sampai lagu tu!Nak nunjuk-nunjuk kononnya kau tu tidak rasis konon! Dey anney podah lah lu!


Dengar cerita kau nak singkirkan beberapa pimpinan negeri era Tajol Rosli untuk PRU 13 nanti.mampukah engkau nak buat gitu?

Cuma aku harap kau berhati-hati sikit dengan Hamidah Osman yang khabarnya dalam siasatan SPRM. Aku tahu sebab pegawai SPRM pernah datang ke rumah aku menemuramah aku berkaitan dengan sewa dewan yang kononnya pernah diadakan pameran kesihatan disitu ... Kau pilih dia habislah kau...orang Perak dah kenal sangat dengan Hamidah tu!

Tiada ulasan: