Rabu, 7 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU-13: Lembaga Disiplin Umno turun padang elak ahli sabotaj

Posted: 07 Dec 2011 03:55 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Lembaga Disiplin Umno sedia turun padang bagi membuat tinjauan di kawasan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 diadakan bagi memastikan anggota parti mematuhi disiplin yang ditetapkan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Malaysia Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pihak lembaga akan membuat siasatan ke atas mana-mana aduan atau perbuatan salah laku anggota parti.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil bagi mana-mana anggota parti yang melanggar Perlembagaan Umno dan tataetika anggota Umno semasa pilihan raya.

"Lembaga Disiplin khususnya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota yang melakukan sabotaj parti sehingga boleh menafikan kemenangan calon parti yang dipilih pucuk pimpinan parti," kata beliau dipetik Bernama Online.

Beliau berkata, sehubungan sumbangan dan kerjasama anggota Umno dalam membuat aduan amatlah dialu-alukan serta maklumat yang tepat akan memudahkan lagi Lembaga Disiplin menjalankan tugas dengan cekap dan berhemah.

Tengku Ahmad Rithauddeen mengulas ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno Ke-62 baru-baru ini yang mencadangkan supaya Lembaga Disiplin parti membuat pemantauan semasa pilihan raya umum nanti.

Muhyiddin berkata Presiden parti Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan perwakilan yang meminta anggota Lembaga Disiplin membuat pemantauan sebelum dan semasa pilihan raya untuk memastikan tiada anggota melanggar disiplin parti semasa pilihan raya.

Beliau berkata pada pilihan raya umum 2008 terdapat 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin parti dan daripada jumlah itu tiga anggota dipecat manakala enam orang digantung keanggotaan selama tiga tahun.

Katanya seorang lagi diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti manakala 12 lagi anggota tidak dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh.

AMK gesa Pakatan usah terima Kita

Posted: 07 Dec 2011 03:52 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozen Azen Mat Razip mahu Pakatan Rakyat menolak jika Kita mahu menyertainya di saat-saat akhir.



PETALING JAYA: AMK PKR menyifatkan keputusan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai ikhlas dan matang.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozen Azen Mat Razip, dalam satu kenyataan media hari ini, mahu Pakatan Rakyat menolak jika Kita mahu menyertainya di saat-saat akhir.

"AMK berpandangan ianya perlulah ditangguhkan kerana bimbang berlakunya insiden dan tuduhan sabotaj dari dalam terhadap kelancaran gerak kerja jentera dan kempen Pakatan.

"Sekiranya ada pengumuman terbaru dan di saat akhir dicadangkan agar parti Kita bergabung dan bertanding sebagai salah satu komponen Pakatan atau mana-mana ahli Kita ingin kebebasan demokrasi bertanding sebagai calon Bebas apabila Parlimen dibubarkan kelak bagi menjalankan PRU 13, ianya perlu ditangguhkan," katanya.

Katanya, AMK bersetuju dengan prinsip asas Datuk Zaid Ibrahim menunjukkan solidariti bahawa Kita secara terbuka ingin turut membuat penolakan total terhadap corak fasisme dan authoritarian Umno-Barisan Nasional.

Menurutnya, AMK percaya kemungkinan faktor-faktor real politik seperti persediaan jentera yang belum cukup, calon boleh menang, manifesto yang belum cukup mantap dan menarik, strategi tidak mapan dan berhasil, pengalaman yang kurang serta persaingan sengit adalah di antara punca pengumuman itu dibuat.

Semalam Zaid mengumumkan Kita tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Peminjam yang disenarai-hitamkan saman PTPTN

Posted: 07 Dec 2011 03:49 PM PST

MALAYSIA KINI
Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.

'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.

ptptn logo"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.

"Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini.

Ini, di sebalik fakta bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa telah menjelaskan pinjaman yang belum dibayar kepada dana pendidikan itu berjumlah RM2,330,82.

Pembayaran, itu, kata Mandeep disahkan oleh PTPTN dengan pengeluaran resit rasmi.

Katanya, beliau juga telah memberitahu PTPTN terlebih dahulu berhubung niatnya untuk melancong ke luar negara dan memohon namannya dikeluarkan daripada senarai hitam hampir itu sebulan sebelum perjalanan dijadualkan.

"Defendan (PTPTN), walaupun diberi notis terlebih dahulu daripada plaintif telah gagal, ingkar dan cuai dengan tidak mengeluarkan nama plaintif daripada senarai hitam imigresen," petik afidavit itu lagi.

Mandeep menuntut untuk ganti rugi am, punitif dan teladan yang difikirkan layak oleh mahkamah. Beliau juga menuntut kos guaman serta ganti rugi khas yang terpaksa ditanggungnya sehingga menyebabkan percutiannya di China, yang berjumlah RM19, 000 dalam kos tiket, deposit hotel dan mata wang asing ditukar dibatalkan.

Jabatan Kimia sedia uji status halal dakwat kekal

Posted: 07 Dec 2011 03:48 PM PST


Salhan K Ahmad

Ketua pengarah Jabatan Kimia, Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata jabatan itu bersedia untuk menguji sama ada sampel dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya umum akan datang mempunyai bahan yang melanggar syarak.

Bagaimanapun, jabatan berkenaan masih belum menerima arahan rasmi untuk menjalankan tugas berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Belum ada arahan rasmi, tapi kalau diperlukan kita akan buat mengikut apa yang diminta. Kita ada keupayaan untuk jalankan kerja tersebut," katanya.

Sepanjang pengetahuannya, jabatan itu setakat ini hanya akan ditugaskan untuk menguji sama ada sampel berkenaan akan kekal seperti didakwa pembekal, kata Ahmad Ridzuan lagi.

"Tugas kita lebih ke arah mengesahkan dakwat itu boleh tahan mengikut apa yang dinyatakan oleh pembekal, katakan kalau (pembekal kata) kekal dua hari, ia benar-benar akan kekal dua hari," katanya lagi.

Beliau menjangkakan Jabatan Kimia akan menerima sampel berkenaan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa suruhanjaya itu akan menyerahkan sampel dakwat berkenaan untuk ujian Jabatan Kimia bagi mengenalpasti sama ada ianya mengandungi bahan terlarang.

Keputusan daripada ujian berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan juga Majlis Fatwa untuk mendapatkan pandangan, kata Wan Ahmad seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasil daripada proses berkenaan akan dilaporkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya (PSC), kata Wan Ahmad lagi dalam laporan tersebut.

Majlis Fatwa dalam persidangan jawatankuasa khasnya pada Ogos 2007 telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal adalah dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan najis yang diharamkan oleh syarak.

Keputusan itu juga menyebut, bahan dalam dakwat berkenaan tidak menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam kerana tidak menghalang air daripada sampai ke kulit.

Menurut hujah yang dikemukakan bersama fatwa tersebut, ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan bahawa dakwat yang mengandungi alkohol etanol itu juga tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadat orang Islam.

"Penggunaan alkohol dalam dakwat kekal bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

"Memandangkan dakwat kekal ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak," fatwa itu dipetik.

Syarikat Prema diperintah bayar RM50,000 pada Ummi

Posted: 07 Dec 2011 03:47 PM PST

MALAYSIA KINI

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi gantirugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

NONEPanel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah ayaran gantirugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang ianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah M100,000 sebagai gantirugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan.

Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk "Malaysia Sweeps 10 Oscars" (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya ercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 November 999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak apat dikesan.
- Bernama

PRU-13: Noh serah pada PM tentu kedudukannya

Posted: 07 Dec 2011 03:40 PM PST

MALAYSIA KINI

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan sama ada beliau akan dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atau tidak.

Katanya beliau sendiri tidak tahu sama ada akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang yang disandangnya dalam pilihan raya umum nanti.

NONE"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceramah sambi Makan Tengah Hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia di Petaling Jaya hari ini.

Majlis itu disertai ketua-ketua pegawai eksekutif daripada enam sektor utama industri syarikat Multi National Company (MNC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) peringkat negeri Selangor meliputi sektor elektronik, automotif, pengangkutan dan logistik, percetakan, makanan serta pertanian dan perladangan.

Ia bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama di antara industri bagi mencapai keperluan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan 12 Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Program Transformasi Ekonomi di sesebuah negeri

Ditanya sama ada beliau mempunyai senarai nama bakal calon untuk
diketengahkan, Noh berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

"Saya telah berulang kali buat kenyataan yang semua orang kena terima hakikat bahawa apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan semua orang sudah hilang jawatan wakil rakyat dan apabila ini berlaku, kuasa untuk memilih bakal calon ialah di tangan Perdana Menteri," katanya.

Sehubungan itu Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menasihati mereka yang tidak terpilih sebagai calon serta mereka yang tidak terpilih mempertahankan kerusi agar berpegang kepada prinsip "kerja sebagaimana kita ingin orang lain bekerja untuk kita."

Beliau berkata jika itu dapat dijadikan pegangan maka usaha untuk merampas semula negeri yang kini dikuasai pembangkang termasuk Selangor akan menjadi lebih mudah.

"Jadi, prinsipnya ialah jika yang dulu (bekas calon) tidak terpilih semula, mereka kena berikan sokongan kepada calon baru.

"Kalau dulu waktu dia bertanding dia perlukan orang untuk sokong, tidak mahu orang sabotaj, jadi jika orang baru bertanding, maka dia juga mesti mengelak daripada mensabotaj dan perlu memberikan sokongan yang penuh sebagai mana yang beliau harapkan semasa dia bertanding dulu," katanya sebagai mengulas mengenai keupayaan Umno menguasai semula Selangor yang sering diperlekeh pakatan pembangkang.

Noh berkata mereka yang tidak dicalonkan semula oleh Perdana Menteri perlu menerima dengan hati terbuka kerana beliau yakin Najib selaku Presiden Umno tentu mempunyai sebab tersendiri untuk memilih calon berkenaan.

"Kalau prinsip ini dapat dipegang, maka saya ingat kita boleh terima calon itu. Bagaimanapun (dalam memilih calon) Perdana Menteri ada sebut bahawa beliau juga akan berunding dengan pimpinan di peringkat bahagian," katanya.- Bernama

SPRM digesa siasat sepenuhnya dakwaan Alstom

Posted: 07 Dec 2011 03:37 PM PST


MALAYSIA KINI

Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.

Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah "melawat" pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.

Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star.

"Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia," kata satu kenyataan TI.

Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa.

Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

NONEIa berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an.

The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut

Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas.

Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah "mangsa salahlaku kakitangannya", tetapi enggan mengulas lanjut.

Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara.

Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif," serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia.- AFP

ADUN Pakatan demo bantah lawatan sambil belajar

Posted: 07 Dec 2011 03:30 PM PST

Elissa Helmy

Kira-kira 15 anggota Pakatan Rakyat Melaka, termasuk beberapa wakil rakyat DAP, mengadakan demontrasi secara aman di hadapan Bangunan Graha Makmur, Ayer Keroh yang menempatkan Pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini.

Mereka membantah tindakan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang menghantar beberapa ahli majlis masing-masing ke luar negara, kononnya atas urusan lawatan sambil belajar.

NONEKetua Pembangkang Melaka yang juga ADUN Kesidang, Goh Leong San berkata, bantahan itu diadakan kerana tidak mahu PBT terbabit menggunakan wang rakyat, terutama dari hasil cukai digunakan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk melancong.

"Hari ini kita buat bantahan terhadap rombongan sambil belajar itu dan ini adalah perkataan yang sering digunakan oleh PBT di Melaka setiap kali membuat lawatan ke luar negara.

"MBMB membawa beberapa ahli majlisnya ke Perth, Australia manakala Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ke China," katanya.

Menurut Goh, perkara itu juga sudah sering kali dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

"Dulu mereka kata nak buat lawatan sambil belajar untuk menyelesaikan masalah banjir tetapi malangnya masalah itu tidak selesai-selesai sehingga kini.

"Tapi perkataan sambil belajar masih lagi digunakan, kita tidak tahu apa yang mereka belajar di luar negara.

"Saya dengar kata, mereka membawa keluarga sekali, jadi saya hendak tahu bagaimana perbelanjaan mereka di sana adakah mereka gunakan wang pembayar cukai. Kita nak tahu bagaimana mereka menguruskan perbelanjaan itu.

"Kita kesal sedangkan dalam masa sama kerajaan negeri sudah menaikkan harga lesen perniagaan dan sepatutnya mereka gunakan wang lebihan cukai ini untuk kebaikan dan kemudahan rakyat bukan gunakannya untuk tujuan persendirian dengan sesuka-hati.

"Justeru, kita mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terhadap pengurusan kewangan ini," katanya.

Selain Goh, turut menyertai demonstrasi itu ialah ADUN Bachang, Lim Jak Wong, ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Manakala PAS disertai Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamed dan Ketua Penerangan PAS bahagian Bukit Katil, Yusof Wahab.

Demonstrasi tersebut yang diadakan selama lima minit hampir mencetuskan ketegangan apabila segelintir yang dikatakan penyokong BN, didakwa cuba melakukan provokasi.

Namun kebijaksanaan polis berjaya mententeramkan keadaan dan perhimpunan kemudiannya bersurai.

Rosmah mula campur tangan skandal NFC?

Posted: 07 Dec 2011 04:55 AM PST

Oleh: Masdar Wahid



KUALA LUMPUR: Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai 'fitnah pembangkang' terhadap'pemimpin BN' membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, 'amaran' Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

"Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat," katanya kepada Keadilandaily.com

Rosmah walaupun hanyalah isteri Perdana Menteri, namun diberi ruang menyampaikan ucapan penting dihadapan Skuad Sayang Wanita Umno pada 28 November lalu seperti dilaporkan Bernama.

Mengikut laporan itu, Rosmah menggesa wanita Umno mematahkan apa yang didakwanya sebagai 'fitnah pembangkang' terhadap 'pemimpin BN'.

Selepas 'amaran' itu, Shahrizat buat pertama kalinya menjawab skandal projek Lembu kononnya tiada kaitan dengannya semasa berucap pada perhimpunan Agung Umno.

Sebelum ini, Shahrizat berusaha mengelak menjawab skandal itu termasuklah ponteng dari menghadiri sidang Parlimen selepas ianya didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu.

Projek Lembu yang diusahakan syarikat NFC mendapat 'pinjaman mudah' dari kerajaan RM250 juta antara 2008 hingga 2009 dan dilulus oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malah, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli turut menemui bukti pinjaman hasil wang rakyat itu diseleweng demi kepentingan peribadi Sharizat dan keluarganya termasuk membeli dua Kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Pembelian itu turut disahkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dalam sidang media baru-baru ini.

Terbaru, NFC didedah membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Rafizi menegaskan, pinjaman RM250 juta itu akhirnya akan dilupus kerajaan sebagaimana berlaku pada skandal Perwaja Steel kerana projek itu terus mencatatkan kerugian.

"Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7juta pada 2008 dan RM11 juta pada 2009," kata Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mendedahkan RM250 juta yang diberi kepada NFC disalur sepenuhnya antara 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian antara kerajaan dengan syarikat itu hanya dibuat pada 2010.

SPR mesti laksana 7 lagi tuntutan Bersih – Maria Chin

Posted: 07 Dec 2011 04:47 AM PST

Oleh: Masdar Wahid



KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.

Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.



Tujuh lagi tuntutan itu ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti politik bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.

Beliau juga mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi alasan bahawa agensi kerajaan itu akan menemui Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meminta pandangan.

"Ini hanyalah alasan politik SPR yang dikitar semula sejak 2008, walhal Majlis Fatwa sudahpun memutuskan tiada masalah jika dakwat kekal diguna dalam pilihan raya," tegas Maria.

Menjelang PRU-12, SPR bersetuju melaksana dakwat kekal, namun membatalkannya disaat akhir pengundian dengan alasan memudaratkan ketenteraman awam.

Pada PRU itu, buat pertama kali, Umno BN hilang dua pertiga kerusi di Parlimen selain tumbang di lima negeri.

Skandal NFC : Orang ramai tuntut penjelasan

Posted: 07 Dec 2011 04:45 AM PST

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR : Skandal projek lembu oleh National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, terus menerima kecaman banyak pihak selepas isu itu didedahkan beberapa minggu lalu.

Ia berikutan kerugian operasi syarikat berkenaan dan kegagalannya mencapai sasaran penternakan lembu, meskipun mendapat peruntukan dana sebanyak RM250 juta.

Antara lain, NFC didakwa membeli dua unit kondominum mewah di Bangsar, termasuk membeli kereta mewah Mercedes Benz dan membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara.

Tinjauan yang dijalankan Keadilan Daily mendapati rata-rata orang ramai yang ditemui mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung penyelewengan dana berkenaan.


Seorang pekerja sektor kerajaan Abdul Majid, 46, ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap penafian Shahrizat dengan syarikat milik suaminya itu.

"Ini bukan duit yang sikit. Projek Lembu ini besar dan dana RM250 juta adalah jumlah yang besar. Rakyat berhak tahu bagaimana wang dana rakyat yang disalurkan.

"Dia (Shahrizat) kata tiada kaitan dengan perniagaan suaminya. Kita boleh fikir secara logik akal. Takkanlah tiada apa-apa pengaruh dari jawatannya dalam projek tersebut?," soal beliau.


Seorang pelajar kolej swasta, Nabila Wan Mohd, 21 pula menganggap sesuatu projek yang melibatkan dana awam, perlu diuruskan secara amanah dan tidak patut diselewengkan.

"Bila kita dah diberi kepercayaan untuk menjayakan satu projek. Kita perlu amanah dan tidak sewenangnya menggunakan duit rakyat sesuka hati. Beliau (Shahrizat) perlu jawab bukan hanya nafi. Duit dari Kerajaan adalah hasil duit rakyat," ujarnya.


Manakala pekerja swasta Aidil Ali, 26 pula berkata, beliau sudah lali mendengar isu-isu yang mengaitkan penyelewengan duit rakyat.

Bagi beliau, penganugerah kontrak dari Kerajaan sepatutnya dibuat secara terbuka dan bukannya hanya kepada individu berkepentingan dan kroni.

"Projek Lembu tersebut tidak sampai ke orang awam yang sepatutnya lebih telus perlaksanaannya. Saya ada kawan yang cuba untuk mendapatkan tender ini namun kertas cadangan mereka ditolak," katanya.


Namun berbeza pendapat Midy Lian, 51 seorang suri rumah, beliau menganggap penganugerahan kontrak kepada kroni bukan isu utama tetapi cara ia dikendalikan.

"Perniagaan tetap perniagaan dan saya tidak kisah siapa punya projek tetapi projek lembu tersebut perlu telus agar rakyat tahu kemana perginya," katanya.

Lulus Akta Perhimpunan Aman, BN bakal hilang undi mahasiswa

Posted: 07 Dec 2011 04:42 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

PUTRAJAYA: Umno-BN bakal kehilangan undi mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang apabila meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.


Demikian 'manifesto' yang dinyatakan wakil-wakil kesatuan mahasiswa dalam himpunan aman membantah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

"Apakah Malaysia sudah menjadi negara polis hingga rakyat tak dibenarkan bersuara? Mana agenda tranformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak?

"Fokus RUU PA ini jelas untuk menyekat suara mahasiswa, sedangkan kami adalah golongan semak dan imbang.

"Kami tahu di mana akan pangkah," kata Akram Ikrami, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Kira-kira 50 aktivis mahasiswa berarak dari Masjid Putra, Putrajaya menuju Seri Perdana selepas solat Zohor untuk menyerahkan memorandum bantahan RUU PA yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat, minggu lalu.


Antara yang hadir termasuk dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Mereka melaungkan slogan 'tuntut himpunan aman', 'tolak akta zalim', 'hidup mahasiswa, 'tolak AUKU' dan 'hidup rakyat' sambil membawa sepanduk tertera perkataan 'demokrasi mati' dan 'mahasiswa bukan lembu fidlot'

Kumpulan mahasiswa berkenaan turut berjalan sejauh kira-kira 500 meter sambil diperhatikan beberapa anggota polis beruniform dan preman yang diiringi sebuah kereta peronda.

Selepas perbincangan dengan pihak berkuasa lima wakil dibenarkan memasuki bangunan Seri Perdana dan menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Sulit Perdana Menteri, Saiful Azhar.


Menyentuh isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata, surat jemputan debat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

"Ini tawaran mahasiswa kepada kerajaan dan pembangkang. Mana pihak yang akan membebaskan mahasiswa dan ahli akademik," katanya memaklumkan tarikh debat AUKU akan dimaklumkan selepas menerima jawapan rasmi Perdana Menteri.

Lakonan “polis baik, polis jahat” UMNO-BN

Posted: 07 Dec 2011 04:41 AM PST

Oleh Muhammad Zir


Jika kita perhatikan betul-betul ucapan dasar Presiden UMNO Najib Razak berbanding timbalannya Muhyiddin Yassin sewaktu perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, kita akan dapat melihat corak serangan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Dua susuk ini akan memainkan peranan yang amat penting dalam taktik dan strategi kempen serangan besar-besaran mereka ke atas Pakatan Rakyat.

Lakonan ekstrem

Berdasarkan ucapan Muhyiddin, jelas sekali beliau begitu fokus kepada agenda Melayu. Kata-kata atau fitnah beliau untuk membakar emosi Melayu cukup hebat. Manipulasi beliau tentang DAP untuk membangkitkan kebencian melulu kepada apa sahaja yang 'Cina' sungguh menakutkan.

Kita lihat bagaimana tuduhan melampau Muhyiddin tentang DAP dihamburkannya secara langsung melalui stesen TV UMNO, iaitu TV3, serta laporan-laporan media kawalan UMNO-BN. DAP dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai republik, DAP ditohmah mahu melantik Perdana Menteri tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, DAP didakwa menindas Melayu, dan pelbagai lagi kata nista yang bukan-bukan.

Para perwakilan yang mengikut skrip Muhyddin pula menyambungnya dengan menggambarkan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP dalam soal negara Islam, hukum hudud dan pelbagai lagi. Sasaran pastilah kelompok warga Islam yang membesar dengan membaca lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia serta menonton berita TV3 dan RTM.

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sentimen perkauman dan agama dimanipulasi tanpa rasa tanggung jawab pihak mereka. Tujuannya hanya satu, iaitu Muhyiddin akan mengepalai kempen menarik sokongan orang Melayu dan Islam dengan membenci DAP, dan dengan itu mereka menjadi takut untuk mengundi rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR.

Lakonan moderat

Berdasarkan ucapan Najib pula, ungkapan beliau sangat berhati-hati. Hinggakan nama parti DAP, PAS dan PKR sekali pun tidak mahu disebutnya, hanya digantikan sebagai parti A, B dan C. Ini memberi imej yang bertentangan sekali dengan ucapan timbalannya yang secara terang-terangan mencaci-maki DAP.

Najib lebih menekan isu nasional, agenda transformasi dan slogan 1Malaysianya. Jelas di sini peranan beliau sebagai ketua parti dan kerajaan yang mahu dilihat lebih inklusif dalam mencari sokongan rakyat dari pelbagai kaum, dan bukan dari orang Melayu sahaja.

Beliau seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada emosi perkauman yang dibangkitkan oleh timbalannya sendiri serta ramai kalangan perwakilan UMNO sewaktu perhimpunan itu. Beliau mahu dirinya dilihat sebagai pemimpin moderat atau sederhana.

Seolah-olahnya wujud perbezaaan pendapat, dan mungkin ada yang menganggap kedua-dua perpimpin tertinggi UMNO itu sudah tidak sehaluan. Tetapi adakah itu hakikat sebenarnya?

Lakonan terancang

Teknik soal siasat polis "good cop, bad cop" atau "polis baik, polis jahat" adalah taktik psikologi yang sering digambarkan dalam filem dan drama TV antarabangsa.

Dalam babak soal siasat suspek, seorang pegawai penyiasat polis akan berlakon garang dan ganas serta agresif untuk menakutkan suspek. Dalam ketakutan itu, seorang pegawai lain yang berlakon baik akan memujuk suspek supaya memberitahu polis segala maklumat yang diperlukan.

Tekanan psikologi sedemikian dapat menghasilkan apa yang diperlukan kerana suspek biasanya akan tunduk dan bekerjasama dengan pegawai yang dilihatnya sebagai baik, bersopan-santun serta 'boleh dipecayai'.

Malah ada juga suspek, kerana terlalu takut dengan ugutan watak 'jahat', terus mengaku segala-galanya kepada pihak polis.

Inilah yang menjadi permainan politik pucuk pimpinan UMNO sekarang bagi memanipulasi minda para pengundi agar percaya bahawa mereka tidak ada pilihan lain kecuali mengekalkan kuasa BN dalam PRU akan datang.

Wang rakyat untuk menjayakan lakonan

Pakej serangan ini akan diselaraskan dengan pelincir yang paling kuat, iaitu wang. Ringgit dan sen akan mengalir deras dalam kempen kali ini, malah lebih dari kebiasaannya berbanding pilihan raya yang lalu.

Dakwaan tentang warga asing yang telah mendapat kad pengenalan Malaysia dan dijadikan pengundi berdaftar sudah berkali-lagi dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO prihatin.

Tetapi semua itu hanya dijawab dengan pelbagai alasan oleh agensi-agensi pemegang amanah rakyat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tanpa mengambil sebarang tindakan serius.

Para pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipergunakan secukup-cukupnya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Rakyat pula ditawarkan dengan pelbagai program pembangunan dan kebajikan. Semua ini memakan belanja yang besar, semua ini adalah wang rakyat dan hasil sumber negara.

Melihat dari situasi ini, maka tidak hairanlah mengapa Najib menganggap PRU akan datang sebagai ibu segala pilihan raya. Kita sebagai rakyat pula memahaminya sebagai ibu kepada kempen yang paling kotor, zalim dan tidak adil.

Lakonan komponen BN

Dengan lakonan politik yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga hebat berkempen di kalangan kaum Cina dengan memperlekehkan hukum hudud. Katanya hudud akan menjadikan Malaysia negara mundur dan semua pelabur akan lari.

Strategi MCA ialah untuk menakutkan kaum bukan Melayu, iaitu oleh kerana PAS mahu kepada hukum hudud, jadi DAP yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan, juga dituduh sebagai parti yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Soal sama ada DAP telah menolak hudud atas dasar prinsip, termasuk kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak diambil kira oleh Chua yang hanya mahu orang Cina menolak Pakatan Rakyat.

Kesan hubungan antara kaum tidak dipedulikannya kerana pemimpin MCA itu hanya mahu menjayakan tugasnya sebagai alat kepada pucuk pimpinan UMNO yang lebih awal lagi telah menolak pelaksanaan hudud.

Seperti yang kerap dilakukan sekarang, UMNO mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP manakala MCA mengatakan DAP diperkudakan oleh PAS. Logik hujah mereka juga semakin mereng.

Pertimbangan rakyat terhadap lakonan politik

Strategi UMNO menerusi Najib dan Muhyiddin bukanlah sekadar untuk memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya rakyat perlu melihat, jika BN mengekalkan kuasa sebagai kerajaan, ia membawa maksud bahawa ia adalah kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa dan perosak demokrasi.

Rakyat menyeru kepada 3.3 juta ahli UMNO, yang kita rasa ramai antara mereka yang masih waras serta malu dengan kerakusan para pemimpin mereka yang hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni masing-masing, supaya membuang politik benci dan fitnah.

Kita merayu supaya semua pihak berjuang di atas landasan yang betul. Sekurang-kurangnya jika kalah pun, ia adalah kekalahan yang bermaruah. Maksudnya pihak yang kalah, walau pun berjuang secara bersih, adil dan jujur, akan tetap dihormati umum.

Sebaliknya, jika UMNO-BN menang dengan cara yang keji, maka itu bukan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO-BN sendiri. Kemenangan dengan cara yang kotor hanya mencerminkan kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa, penindasan dan ketidakadilan.

Jika rakyat, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, membiarkan ini berlaku, bayangkan nasib diri dan keluarga yang terpaksa menanggung kesan politik kotor dan keji di mana perkauman akan berleluasa, benci-membenci menjadi budaya dan hanya yang di atas terus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nasib kita.

Perlukah kita menanggung sengsara semata-mata kerana mahu mempertahankan segelintir pemimpin yang mahu meneruskan politik keji mereka yang semakin tidak relevan lagi? – Roketkini.com

Negara-negara jiran makin pulih, Malaysia makin teruk dengan rasuah di bawah UMNO-BN

Posted: 07 Dec 2011 04:38 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Sementara negara-negara jiran yang terkenal dengan amalan rasuah sejak lebih sedekad lalu telah mula pulih, Malaysia semakin merudum tersungkur di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional.

Justeru, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meramalkan bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) anjuran Transparency International (TI) untuk Malaysia akan jatuh teruk ke tangga 80 berbanding kedudukan pada paras 60 pada tahun ini.

"Negara-negara Asia yang sebelum ini di bawah ranking TI sedang meningkat naik sementara Malaysia pula dengan menurun dengan pantas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, China, Thailand dan Indonesia adalah contoh negara-negara yang sedang pulih dari masalah rasuah apabila rakyat mereka berjaya mendesak kerajaan untuk mengamalkan pentadbiran yang lebih bersih.

Menurutnya, China pada tahun 1995 berada di tangga ke-40 dengan markah CPI 2.16 daripada 41 negara yang ditinjau oleh TI. Kini China berada di tangga ke-75 daripada 183 negara dengan markah CPI 3.6

Pada masa yang sama, Malaysia yang menduduki tangga ke-23 pada 1995 telah merosot kepada tangga ke-60 tahun ini, yang terburuk dalam sejarah negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kit Siang berkata, secara purata tahunan, pemulihan China dari rasuah dan kemunduran Malaysia dengan rasuah sejak 17 tahun dahulu menunjukkan bahawa negara komunis itu bukan sahaja mengejar Malaysia, malah akan jauh meninggalkan Malaysia di belakang hanya dalam masa empat tahun mendatang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia jatuh ke tangga 11, di mana ia berada di belakang Singapura dan Brunei di rantau ini.

Mengikut laporan TI 2011 bagi rantau Asia Pasifik (dalam kandungan adalah tangga kedudukan manakala nombor di sebelahnya adalah markah CPI):

New Zealand (1) 9.5

Singapura (5) 9.2

Australia (8) 8.8

Hong Kong (12) 8.4

Jepun (14) 7.8

Taiwan (32) 6.1

Bhutan (38) 5.7

Korea Selatan (42) 5.4

Brunei (44) 5.2

Macau (46) 5.1

Malaysia (60) 4.3

"Malaysia adalah negara terkecuali dan tekebelakang dalam TI CPI sejak 1995 sementara negara-negara lain bertambah maju dalam usaha melawan rasuah.

"Inilah sebab kenapa perlu ada perubahan dalam kerajaan persekutuan dalam pilihan raya akan datang, kerana hanya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja mempunyai keupayaan politik yang tinggi untuk menghapuskan rasuah," katanya.

Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?

Posted: 07 Dec 2011 04:31 AM PST

harga minyak dunia Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?

Staff Berita Semasa


Nampaknya jika benar-benar Amerika Syarikat (AS) & kesatuan Eropah (EU) bertindak mahu mengenakan sekatan baru terhadap Iran, yang untung siapa sehingga bakal menyebabkan harga minyak dunia naik mendadak? Negara-negara minyak seperti kita inilah, Malaysia, Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Brunei termasuklah Tehran sendiri.

Ketua Suruhanjaya Ekonomi Parlimen Iran, Arsalan Fathipour kalau Amerika Syarikat & kesatuan Eropah (EU) masih meneruskan sikap degil dan bongkak mereka, harapan untuk melihat harga minyak dunia akan mencecah US$250 juta setong bersamaan sekitar RM750 setong.

Harga Minyak Dunia Akan Naik? Apa Sebab Amerika Nak Teruskan Rancangan Ini ?

Menekan Iran supaya menghentikan kegitan nuklear yang mereka anggap kontroversi

Kami nak komen lebih-lebih, kami rasa ramai yang dah tahu. Kawan mereka sendiri Israel, memiliki begitu banyak senjata nuklear. Ada negara-negara ini membuat rancangan yang sama terhadap Israel. Tidak berani waima nak "jentik" Israel sekalipun.

Antara pelangggan utama minyak dari Iran adalah :

  • China, India, Jepun, Korea Selatan dan Turki
  • Negara-negara Eropah
Turun naik harga minyak dunia bukannya sehingga berlaku peperangan semata-mata, tetapi spekulasi-spekulasi yang timbul seperti ini pun sudah membolehkan ada berlakunya anjakan harga minyak dunia yang ada sekarang ini.
  • Harga minyak dunia kelmarin ditutup pada paras US$100.96 (Rm300) bagi minyak mentah
harga minyak dunia 2 Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?

Iran bukannya calang-calang negara. Iran merupakan negara keempat yang membekalkan minyak dunia selepas Arab Saudi, Rusia dan UAE. Manakala pembeli minyak mereka pula antara pengimport terbesar di dunia iaitu China, Jepun & Korea

Walauapapun, yang pastinya negara yang akan tersenyum lebar dengan kenaikan harga minyak dunia ini tidak lain tidak bukan adalah Malaysia? Sebab Malaysia adalah pengeksport. Takkan negara pengeksport boleh terkesan teruk juga. Pelik bunyinya betul berlaku sebegitu rupa kesannya kepaad Malaysia. Setiap kenaikan 1 dollar Amerika setong minyak, Malaysai untung beratus juta juga.

Persoalannya sekarang, adakah Malaysia akan buat sekali lagi tindakan menaikkan harga minyak di Malaysia yang mendadak jika kenaikan harga minyak dunia menjadi kenyataan seperti mana Malaysia pernah melakukan sebelum-seblum ini?

P/S : Sebab apa kami katakan begitu, di Malaysia pada pengamatan kami kalau naik harga minyak dunia, Malaysia "cukup pantas" tindakannya, tetapi apabila acapkali berlakunya penurun harga minyak dunia, Malaysia semacam tidak sedar apa yang berlaku di pasaran luar. Kenapa?

Mana lebih penting - calon atau parti boleh menang?

Posted: 07 Dec 2011 04:25 AM PST

Oleh Syed Imran


Setelah berakhirnya perhimpunan agung UMNO, orang kebanyakan terutama 'orang UMNO' masih memperkatakan mengenai pilihan raya umum ke-13 dan soal 'calohttp://umno-online.com/wp-content/uploads/2009/04/tanda-soal-baru.jpgn boleh menang' yang seharusnya diutamakan oleh parti.

Soal sama ada bila PRU-13 akan didakan bukan menjadi tajuk perbincangan utama tetapi soal calon parti yang boleh menang atau berdaya menang.

Bermacam andaian dan pendapat dibuat oleh sama ada pemerhati politik dari dunia akademik yang tidak semestinya pakar dan pengamat tidak profesional di warung-warung kopi dan gerai rakyat bawahan yang tidak pernah atau amat jarang menjejak kaki ke "Coffee House" hotel berbintang-bintang yang sering dijadikan tempat melepak 'orang UMNO' bergelar, berjawatan dan berpangkat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kenyataan pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan yang juga mantan menteri kabinet, Tan Sri Anuar Musa yang saya dapati jauh lebih tepat dan kena dengan keberadaan politik semasa.

Anuar berpendapat bahawa soal calon boleh menang tidak dapat menjamin atau gerenti boleh menang sekiranya parti, iaitu UMNO, tidak diterima dan tidak boleh menang. Oleh itu, yang lebih penting ialah soal parti boleh menang, bukan calon boleh menang.

UMNO sepatutnya meninjau suasana dan penerimaan rakyat akar umbi sama ada mereka menerima kehadiran parti itu atau tidak, UMNO harus sedar bahawa bukan semua orang Melayu adalah 'orang UMNO" dan bukan semua 'orang UMNO' akan mengundi calon UMNO atas sebab-sebab tertentu termasuk soal calon.

UMNO juga harus sedar bahawa rakan-rakan kongsinya dalam Baisan Nasional, MCA, MIC dan Gerakan, belum tentu dapat menarik sokongan pengundi Cina dan India untuk menyokong calon BN dari UMNO. UMNO mesti sedar bahawa ia amat memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu untuk menang dan inilah salah satu fakta yang perlu ditangani segera jika parti itu ingin menang.

Jika dilihat pada senarai wakil rakyat UMNO yang berkhidmat sekarang, saya berani menyatakan bahawa lebih separuh daripada mereka bukan calon yang berdaya menang termasuk sebilangan besar anggota Kabinet.

Oleh itu, UMNO mesti serius mencari calon-calon 'muka baru' yang tidak semestinya dari kalangan 'orang muda' dari sama ada Pemuda atau Putri UMNO. Calon 'muka baru' berada di mana-mana sahaja termasuk di kalangan pengkhidmat awam, sektor korporat dan golongan profesional yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Beranikah UMNO memilih mereka untuk bertanding pada PRU-13 dan mahukah 'orang UMNO' yang menerajui bahagian-bahagian parti menerimanya?

Budaya UMNO selama ini yang mengutamakan calon dari kalangan pemimpin peringkat bahagian - sama ada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan AJK - mesti diubah dan pemilihan calon seharusnya dibuat secara menyeluruh. Calon tidak semestinya menjadi ahli di bahagian berkenaan tetapi anak tempatan yang bermastautin di tempat lain. Sebagai contoh, calon yang dipilih untuk bertanding di Titiwangsa mungkin anak Kampung Baru yang menetap di Johor. Yang penting calon itu diterima dan boleh menang, asalkan UMNO boleh menang.

Masalah yang lazim menghantui UMNO ialah kepimpinan bahagian berkenaan yang terlalu mengidam untuk menjadi calon tetapi apabila tidak dipilih, dia enggan bekerjasama atau memberi sokongan sepenuhnya kepada calon yang dipilih.

Dalam hubungan ini, kenyataan Anuar Musa bahawa yang penting ialah parti boleh menang, bukan calon boleh menang mesti diutamakan. Jika parti boleh menang, soal calon tidak menjadi masalah tetapi jika calon dikatakan boleh menang tetapi parti ditolak rakyat, maka ia adalah satu masalah besar.

Seperti yang disebut oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka yang sudah lama menjadi wakil rakyat mesti undur untuk memberi peluang kepada muka baru yang boleh menang dan saya ingin menambah mereka yang menjadi 'beban' kepada parti seharusnya sedar dan undur.

Contoh yang dapat saya berikan ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dia kini lebih merupakan 'beban' kepada UMNO dan dia harus sedar akan keadaan itu dan tidak semata-mata 'menyerah' kedudukannya kepada presiden parti untuk membuat keputusan. Mentimun dan pisau berada di tangan Shahrizat, bukan di tangan orang lain.

Kepada 'orang UMNO' yang berada dalam kedudukan sedemikian, mereka harus sedar bahawa hari sudah terang dan mereka tidak perlu lagi bersuluh.

http://kudaranggi.blogspot.com


Pendirian Betul Oleh Nik Aziz

Posted: 07 Dec 2011 04:21 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

PERNYATAAN Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus mempertahankan kerusi Chempaka yang disandangkan kini dalam pilihan raya ke-13 nanti satu keputusan tepat dan betul.

Walaupun saya secara peribadi merasakan sudah sampai Nik Aziz cuci tangan dengan tidak bertanding, tetapi perkembangan kini 'meminta' beliau menangguhkan untuk berundur. Ada sesuatu yang belum selesai dan harus diberesi oleh MB Kelantan itu sebelum beliau meletakkan tongkat jihad dari mikrab siasah.

Memang sudah ada hasrat dinyatakan oleh Nik Aziz sendiri yang beliau sudah letih dan mahu melepaskan tanggungjawab memimpin Pas kepada pemimpin lain. Beberapa pemimpin Pas Kelantan dikira sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan menerajui Pas selepas Nik Aziz melepaskan tanggungjawab itu.

Pas tidak 'kasik' dengan barisan pemimpin dan tokoh untuk mengambil alih menjadi kapten bahtera Pas. Nama-nama seperti Ahmad Yaacob yang kini TMB Kelantan, Mohd Amar Abdullah adalah dua nama yang dipanggang atas dapur politik untuk jadi pengganti Tok Guru.

Walaupun sebelum ini ada satu lagi nama juga turut dipanggang tetapi nampaknya nama itu telah hangus dan rentung di bakar bara cinta-cita yang tersangat panas. Ianya rentung sebelum sampai masanya kerana kesilapan diri dan juga persepsi ke atasnya semakin memburuk.

Namun kerana ada keperluan lain, khasnya dari segi pengaruh dan sakti yang ada kepada Tok Guru itu maka beliau diperlukan lagi. Permintaan itu bukan dari dirinya tetapi dari kalangan para penganalisa dan master mind Pas yang melihat Tok Guru masih boleh membantu memenangi Pas di Kelantan. Nik Aziz dilihat masih menjadi 'reng' kepada Pas Kelantan.

Adapun pendapat atau desakan agar Nik Aziz berundur ia dibuat oleh Umno yang gerun dengan pengaruh Nik Aziz. Desakan itu sebenarnya tidak bijak dari pihak Umno dan dengan desakan itu menjelaskan kepada Umno yang Nik Aziz tetap merupakan aset dan bagi diri Umno sendiri mereka kecut perut dengan Nik Aziz. Sebenarnya desakan Umno itu memberi markah tambahan kepada Nik Aziz.

Ada yang memberi alasan Nik Aziz harus berundur kerana Mahathir Mohamad telah pun berundur begitu juga Abdullah Badawi. Orang yang mengguna alasan begitu untuk melihat Nik Aziz berundur ternyata mereka yang dangkal dan tohor tasik politik. Orang yang tidak dapat membezakan di antara buah rambai dengan buah jejentik.

Mahathir walaupun hebat dia diminta berhenti kerana telah memberi liabiliti kepada Umno. Demikian juga dengan Abdullah walaupun baru empat tahun jadi ketua didesak berhenti kerana ia makin melemahkan Umno. Berbeza dengan Nik Aziz makin lama Pas menjadi makin kuat dan ampuh dengan adanya beliau. Nik Aziz juga menjadi pengikat kepada perpaduan Pas dan Pakatan Rakyat sekaligus.

Dalam pada itu umum tahu Umno sangat takut kepada arus Nik Aziz. Nik Aziz menjadi satu fenomena di Kelantan yang masih relavan hingga ke hari ini. Bahkan fenomena Nik Aziz yang diterima sebagai tokoh spiritual diterima semua golongan menjadikan beliau sebagai aset dan modal kepada Pakatan Rakyat.

Saya merasakan kalau Nik Aziz berusia di bawah 60 tahun pasti calon PM untuk Pakatan Rakyat bukan Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim tetapi beliau. Ini kerana penerimaan semua masyarakat terhadap pendekatan dan uslub politiknya menyeluruh. Orang Cina, India, Siam, Asli dapat menerima Nik Aziz sebagai pemimpin dalam masyarakat rencam dan majmuk di Malaysia ini.

Memandangkan Nik Aziz menjadi idola dan ikon mungkin boleh kalau Pas fikirkan untuk mempertaruhkan Nik Aziz menjadi PM. Masalah tua dan keletihan tidak timbul. Kalau Nik Aziz jadi PM dia boleh membentuk majlis atau badan khas untuk menjadi penasihat dan pelaksanaan tugas PM.

Badan itu nanti mungkin boleh dibentuk di kalangan pemimpin tertinggi dari parti-parti Pakatan Rakyat.

Dalam memperkatakan fenomena Nik Aziz ini Umno melakukan silap besar. Apabila Umno dalam perhimpunan mereka menyerang Tok Guru itu menjadi namanya semakin harum. Pengaruhnya semakin meluas dan pemerhati melihat Nik Aziz terus menjadi fenomena yang akan menguatkan Pas dan melemahkan Umno. Nik Aziz terus diingati dengan pelbagai konotasi.

Umno silap. Kalaulah benar Umno mengharap kemangan setelah Nik Aziz tidak memimpin Pas parti itu sepatutnya tidak menyebut Nik Aziz. Tidak memberi kredit kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan itu. Tetapi kerana kurang bijak dan mendalam dalam politik terjadi sebaliknya. Nik Aziz menjadi getah sekerap yang makin 'dihenyek' dan dilayak makin anjal dan melenting ke atas sehinggakan menjadi satu objek yang mendapat perhatian umum.

Dalam menghidupkan hayat politiknya Nik Aziz tidak banyak memberi idea dan mengemukakan gagasan baru sebalik beliau hidup kerana kebijaksanaannya menjawab dan menempelak serangan dan kritikan Umno ke atasnya. Tanpa ketukan dari Umno mungkin beliau akan sunyi dan tidak jadi sepepular hari ini.

Berbalik kepada pendirian Nik Aziz untuk mengekalkan kerusi tadi, ia jangan pula menjadi tiruan pemimpin lain terutamanya wakil rakyat. Jangan pula bila Nik Aziz bercadang untuk mengekalkan kerusinya maka mereka juga berbuat demikian mengelisik bulu untuk terus kekal di kerusi masing-masing.

Nik Aziz adalah Nik Aziz yang tidak akan ada dua apa lagi tiga. Tidak mungkin kalau dicampur kesemua wakil rakyat Pas Kelantan yang ada mereka mampu melawan atau menyamai Nik Aziz. Tuhan memberikan orang seperti Nik Aziz untuk 100 tahun sekali. Nik Aziz adalah mujadid siasah yang harusnya tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa.

Cuma apa yang perlu dijagai peluang Pas khasnya dan rakyat negara ini memiliki Nik Aziz hendaklah dijaga dan diwarisi agar anugerah Tuhan ini tidak dipersia-siakan.

Umno bukan parti berteraskan agama

Posted: 07 Dec 2011 04:15 AM PST

Petikan New Sabah Times

KOTA KINABALU: Penolong Setiausaha Umno Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, parti Umno bukan parti agama kerana di Sabah parti itu turut dianggotai oleh bumiputera bukan Islam.

"Dalam konteks Sabah, memang betul Umno bukan parti rasis, kerana kalau kita lihat, apabila Umno membuka cawangan di negeri ini, keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum bumiputera Sino Kadazan dan Dusun bukan Islam.

"Malah di tempat kami sendiri di Ranau, Bendaharinya adalah Sino Dusun dan nama Cina," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak bina Bangunan Konservasi Balai Seni Lukis Sabah di Batu 2, Jalan Penampang, di sini, kelmarin.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Umno bukanlah sebuah parti rasis malah ia adalah pencetus dan perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum dan telah mencipta kestabilan sosial.

Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, Umno juga telah membawa kemakmuran nasional sejak dahulu lagi menerusi kerjasama dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik melalui gabungan Umno, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan.

Masidi berkata, apabila Umno sampai ke Sabah, parti itu sendiri dari segi identiti dan gerak kerjanya sudah bertukar kerana komposisi kaum di negeri ini adalah berlainan daripada Semenanjung.

"Kalau di Sememanjung, biasanya Melayu itu Islam tetapi di Sabah, ada bumiputera Islam dan bukan Islam … ia secara tidak langsung menjadikan Umno itu lebih bersifat nasional.

"Misalnya di Ranau, satu pertiga daripada ahli Umno seramai 20,000 adalah bumiputera atau Dusun yang bukan Islam iaitu Kristian dan sambutannya amat baik kerana kita bersikap adil," katanya.

Masidi berkata, kejayaan atau kemunduran sesuatu parti itu bukan ditentukan oleh nama parti itu sebaliknya ditentukan oleh cara kepimpinan dan sikap pemimpin itu sendiri.

"Ini kerana parti adalah ciptaan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. Kita boleh panggil apa sahaja nama parti misalnya kita panggil nama "Parti Emas" tapi kalau tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat, tiada guna kita panggil "Parti Emas".

"Begitu juga dengan Umno, walaupun ada perkataan "Melayu" tetapi apa yang terjadi ialah kita berkhidmat untuk semua kaum.

"Bagi saya, parti itu hanya satu wadah untuk kita meneruskan khidmat kepada masyarakat kerana parti itu sendiri bukan agama," katanya. New Sabah Times


Note:

Komentar Abu_Uwais:

Semasa Persidangan Agung UMNO, lunak bangsa melayu masih berkumandang dan makin perhebat didalam Televisyen memperjuangkan bangsa. Bagi mereka yang kata UMNO parti perjuangkan agama, hanya ungkapan bibir yang tersekat kerana phobia dengan perpecahan BN.

Agama hanya mainan survival mereka sahaja tanpa disedari mempersenda hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Fikir-fikirkan....

UMNO, MCA Bagaikan Perut Ditendang Najis

Posted: 07 Dec 2011 04:13 AM PST

MSO


CONTRACTION atau pun tekanan najis di dalam perut menyebabkan kita tidak selesa, gelisah dan gerun. Keadaan itu akan memberi kesan kepada seluruh anggota kita terutamanya wajah. Orang boleh membaca akan ketidaktenangan kita bila perut memulas-mulas dan usus memedih. Air muka mempamirkan keadaan kita seluruhnya.

Muka jadi merah menyala kalau tekanan menjadi-jadi dan najis mengasak-asak terus. Saat ini keadaan sungguh tidak tenteram dan selesa menyebabkan seseorang dalam situasi itu akan ditekan kemarahan dan ditimpa gundah memanjang.

Begitulah anologi yang dapat saya berikan kepada Umno dan MCA dua rakan karib utama dalam BN yang masing-masing mengungguli dua kaum terbesar Melayu dan Cina. Keadaan mereka hari ini seperti orang yang sedang diserang dari dalam perutnya, berlaku contraction yang melampau. Mual dan terasa hendak muntah. Mereka menggeliat kerana impak itu yang menyebabkan mereka seakan sudah kehilangan punca.

Baik Umno dan MCA tidak dapat menyembunyikan akan perasaan resah gelisah mereka. Kian mampirnya pilihan raya umum ke-13 menjadikan mereka semakin iseng. Walaupun mereka cuba melindungi dengan melakukan aksi, membuat kenyataan dan serangan politik kepada pembangkang, tetapi ia semakin menunjukkan akan kegelisahan dan rasa cemas itu. Tindakan dan serangan itu bukan saja tidak menjadi, bahkan menunjukkan kedangkalan idea politiknya.

Umno dan MCA mundur ke belakang.

Dalam usaha mengatasi ketakutan dan kebimbangan itu Umno dan MCA nampak terpaksa mundur ke belakang dengan memainkan isu yang sudah dianggap basi. Mereka terpaksa mengguna senjata lama yang dulunya ampuh tetapi kini sudah menjadi klasik dan berkarat. Paling menonjol Umno menimbulkan semula isu masa depan Melayu yang kononnya dibimbangi akan terhakis sekiranya Umno tidak akan disokong.

Umno kini mencanangkan kuasa politik orang Melayu akan hilang kalau Umno tidak menang. Begitu juga dengan kedudukan agam Islam akan tercabar. Presiden Umno Ha Najib Razak ketika menggulung perbahasan di akhir perhimpunan Umno menekan kononnya kuasa politik Melayu dan kedudukan Islam tidak selamat kalau Umno kalah. Najib meletakkan seolah-olah kuasa dan kedudukan orang Melayu dan agama Islam termutlak ditangan Umno saja. Baginya seolah Umno saja berhak ke atas nasib Melayu dan agama Islam.

Sebenarnya isu yang dibangkit itu – kebimbangan kuasa politik Melayu dan agama, mungkin ada munasbaahnya untuk 60 tahun lalu. Waktu itu memang ada tanda-tanda kedudukan politik Melayu cuba digugat, bahkan telah dikuasai , paling jelas ialah oleh penjajah.

Waktu itu orang Melayu bersatu untuk capai kemerdekaan walaupun ada Umno, PKMM yang kemudian memunculkan Api, Awas dan Pas tetapi mereka satu matlamat mengnyahkan penjajah.

Begitu juga setelah meletus 13 Mei 1969 berlaku huruhara di beberapa buah bandar ekoran kemenangan besar parti pembangkang yang dimonopoli Cina ia boleh dijadikan isu untuk menyatakan kuasa politik Melayu dalam keadaan telor di hujung tanduk. Itu ketika itu.

Tetapi selepas merdeka dan selepas 13 Mei isu itu sudah tidak relevan lagi. Kerajaan sendiri telah menggubal DEB untuk mengimbangi jurang ekonomi yang dikenal pasti antara menjadi sebab meletus tragedi itu. Kerajaan juga mengambil pendekatan mengeratkan perpaduan antara kaum dengan pelbagai dasar dan polisi termasuk dasar pendidikan nasional, kebudayaan nasioal dan semua lain-lain yang bernama 'nasional'.

Hasil itu juga orang Melayu bersatu dibawah kerajaan campuran di antara Pas dengan Umno di Kelantan dan akhirnya Pas menjadi salah satu komponen BN. Natijahnya pilihan raya 1974 menunjukkan kesuksesan idea dan agenda itu.

Pertelingkahan dianggap sudah selesai dan semua kamu terutama Cina dan Melayu insaf. Orang Cina dari sisi lain berhati-hati kerana mereka bimbang dengan kedudukan mereka. Walaupun ada niat untuk menguasai Malaysia dengan menuntut hak, tetapi saya tidak fikir kaum itu akan bertindak lebih dari itu tanpa mengambil kira realitik politik Malaysia. Orang Cina lebih mementingkan keselesaan untuk mereka mencari makan dari 'bertaboo' untuk mendapatkan kuasa.

Kita semua berpegang kepada sejarah Malaysia, bumi ini adalah asal Melayu manakala India dan Cina diberikan hak dan taraf kewarganegaraan kemudiannya. Orang Cina dan India ingat hakikat ini dan mereka kena insaf sepanjang hayat mereka. Semua syarat atau peraturan itu diikat dalam dokumen bernama perlembagaan.

Harapan kepada Raja-raja

Kebimbangan terhadap kermungkinan Cina dapat menguasai politik Malaysia dengan lebih jauh meminda perlembagaan juga rasanya tidak perlu risau. Kita ada raja-raja yang menjaga hak kepentingan Melayu dan agama Islam. Dalam perlembagaan ada perkara-perkara yang tidak boleh dipindah tanpa persetujuan raja-raja Melayu walaupun dewan cukup kuasa 2/3. Ini menjadi kunci dan rahsia bagi Melayu. Kecualilah raja-raja kita bersedia untuk dijual tidak mustahil mereka akan memberi perkenaan. Tetapi ingat perkenan itu seolah melancar tombok ke dada sendiri.

Jadi isu yang dibangkit Umno kononnya Melayu akan hilang kuasa dan kedudukan Islam tercabar dalam pilihan raya ke-13 kalau mereka kalah, hanya ilusi saja yang tidak mungkin jadi kenyataan. Kalau pun hilang kausa bukan Melayu tetapi Umno. Orang Melayu masih ada Pas dan PKR untuk dijadikan tempat bergantung. Apakah Pas dan PKR demi kuasa mereka sanggup menggadaikan segala-galanya. Adalah jahil sangat kalau ada yang membuat perhitungan begitu.

Dakwaan Umno kuasa Melayu akan hilang kalau Umno kalah adalah ego Umno semata-mata. Ironisnya lagi sudah lama kuasa Melayu dan kesucian Islam terhakis di bawah Umno. Umno sudah lama merogol hak Melayu dan kesucian Islam sebelum isu Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembacuh kopi.

Isu atau modal yang dibawa Umno itu juga tidak mudah diterima oleh pengundi generasi muda hari ini yang sudah terdidik oleh Umno sendiri untuk menerima dasar pemerintahan mereka selama ini yang bercampur dan kerjasama dengan semua kaum yang ada di negara.

BN itu sendiri yang merupakan gabungan berbagai parti diterima oleh rakyat negara ini dan terbukti akan keberkesanannya. Kepercayaan kepada dasar BN itu satu contoh, cuma kenapa akhir-akhir ini mereka menolak BN kerana sistem pemerintah UBN itu sudah rosak. Kerana terlalu lama berkuasa menyebabkan BN kekeringan idea dan tepu untuk membawa kebaikan nyata kepada rakyat melainkan mencipta dan menukarkan slogan demi slogan saja.

Kepada saya isu yang ditimbulkan itu momokkan sebagai satu dongengan semata-mata. Ia tidak lebih dari untuk mempertahankan hegomeni mereka yang kini sedang dimamahi anai-anai.

Begitu juga dengan MCA yang ungkitkan isu hudud tidak lebih dari untuk menimbulkan keraguan dan rasa takut di kalangan pengundi Cina kepada Pas. MCA terdesak bagaikan najis yang menendang usus perut tadi untuk mendapat sokongan padu orang Cina yang kini sudah membenci MCA dan beralih kepada DAP. Orang Cina sudah tahu yang pemimpin Cina sudah seperti pemimpin Umno yang songlap harta rakyat. Sebagai kaum yang melahirkan bidalan kata berbunyi "ikan kalau busut bermula dari kepada", orang Cina sudah tahu bahawa tengah dan ekornya juga turut sama kohong.

Tindakan MCA itu juga tidak menjadi kerana kebanyakan orang Cina sudah tahu dan matang dengan perjuangan Pas. Perubahan sikap, pendekatan serta elemen-elemeh baru yang diperkenalkan dan diinjekkan ke daalm Pas menjadi mereka arif dan memahami Pas.

Penampilan yang dilakukan Nik Abdul Aziz Nik Amat benar-benar membuka hati mereka melihat akan progresifnya perjuangan Pas apabila Kelantan itu meletakkan soal agama lebih penting dari soal bangsa sebagai intipati dalam perjuangan Pas. Tindakan ini menunjukkan Pas lebih dinamik dan tidak mengamalkan perkauman.

Justeru usaha Umno dan MCA menimbulkan isu itu akan ditolak dan orang ramai akan beranggapan Umno dan MCA sudah ketiadaan modal sehingga cuba mengingatkan kembali peritiwa lama yang telah terlibat dalam sejarah.

Dan sikap pengundi hari ini terutama pengundi muda mereka tidak akan peduli apakah benar dakwaan Umno dan MCA itu, apa yang penting mereka mahu melihat akan berlaku perubahan pemerintahan di negara ini. Kepada saya faktor ingin berubah dan menukar kerajaan lebih penting dari segala isu lain yang ditimbulkan termasuk juga isu Anwar Ibrahim akan dinobat sebagai perdana menteri. Faktor kini ialah mahukan perubahan

Produk KR1M Berkualiti Rendah - Kasalahan Pelabelan Tidak Dipandang Serius

Posted: 07 Dec 2011 04:11 AM PST

KELAB GREENBOC



K
isah Nasi Kandar 2 Kepak Ayam dan Susu Racun 1Malaysia

Dalam jangkamasa pendek Perdana Menteri Najib Razak berkuasa, sudah pelbagai taktik dan strategi diusahakan demi menyolek imej beliau sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat, sempoi, dan berkeyakinan diri tinggi apabila menghadapi cabaran. Sering kali juga Najib disifatkan sebagai mempunyai keperibadian yang menawan di samping penampilannya yang segak lagi tampan.

Kata puji-pujian yang digunakan untuk membina jenama Najib dalam surat khabar serta saluran tv dan radio milik UMNO-Barisan Nasional tiada habis-habisnya. Tidak dinafikan, strategi penjenamaan Najib memang nampak berhasil. Dalam sekelip mata, seluruh Malaysia seolah-olah gilakan jenama 1Malaysia. Dari artis popular hingga ke syarikat korporat malah kanak-kanak sekolah semuanya sudah mengambil bahagian dalam macam-macam program 1Malaysia.

Bagi mereka yang tidak percaya akan keajaiban simbol 1Malaysia, peristiwa malam 10 April, 2011 membuktikan ada rakyat biasa yang sanggup membahayakan keselamatan diri untuk memiliki barang berjenama 1Malaysia. Peristiwa yang saya maksudkan ialah ceramah Najib di Stadium MBKS di Kuching semasa kempen pilihanraya negeri Sarawak tahun ini. Pada malam itu, selepas Najib berucap, semangat 1Malaysia terus meresap dalam hati setiap satu rakyat dan ribuan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan "beg goodies" yang mengandungi sekeping gambar portret Najib dan sebuah bekas plastik jenama "Tupperware".

Ada pihak yang mengetawakan peristiwa tersebut. Menurut golongan ini, mereka yang menggilakan hadiah-hadiah 1Malaysia sebenarnya hanya berminat dengan bekas "Tupperware" dan bukan jenama 1Malaysia mahupun gambar Presiden UMNO. Namun, perkara ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan buat masa ini, imej ribuan rakyat biasa berebut-rebut demi sebuah beg 1Malaysia cukup untuk menggambarkan keajaiban jenama baru yang dibawa Najib.

Menyedari bahawa strategi memberi barang percuma walaupun berjaya masih tidak cukup radikal, berbagai-bagai lagi program diperkenalkan sebagai rancangan besar Bapa Transformasi untuk menanggani keadaan hidup rakyat yang semakin perit. Dibebani dengan dakwaan bahawa isterinya Rosmah Mansor seorang yang tidak cukup sederhana dan sebenarnya idamkan gaya hidup selebriti, Najib terpaksa mencari jalan baru untuk menjalin hubungan dengan rakyat bawahan.

Antara program yang paling signifikan ialah program "Kedai Rakyat 1Malaysia" (KR1M). Di bawah program ini, rangkaian kedai KR1M menjual barangan keperluan harian di bawah harga pasaran biasa. Beza harga sehingga 40% dijanjikan apabila KR1M dilancarkan. Penjimatannya berlaku di mana? Adakah kerajaan membayar subsidi kepada pengendali KR1M, iaitu Mydin? Adakah produk yang dijual itu jauh lebih rendah kualiti dan kosnya? Kata Mydin, ketiadaan sebarang kempen penjenamaan atau pengiklanan membolehkan kos produk yang serupa dengan produk di pasaran dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Oh begitu rupanya.

Maka, tidaklah mengejutkan apabila Najib memakan sepinggan Nasi Kandar 2 Kepak Ayam (NK2KA) berharga RM3.00 sahaja. Sekali lagi, jenama 1Malaysia dengan ajaibnya menurunkan harga keperluan harian secara mendadak. Walaupun penulis ini belum pernah terjumpa rakyat biasa yang memerlukan dua kepak ayam sekali makan, saya percaya Bapa Transformasi telah menetapkan piawai baru cara makan rakyat Malaysia untuk kebaikan kita semua.

Sebanyak 1050 kedai makan dan restoran di seluruh Malaysia telah melibatkan diri dalam inisiatif ini untuk menyediakan hidangan lazat pada harga yang rendah demi memberi tenaga kepada rakyat untuk bekerja lebih keras lagi. Namun, sekali pandang Menu Rakyat 1Malaysia, tiada NK2KA disenaraikan. Mana NK2KA RM3 yang dijanjikan Najib? Rakyat biasa perlu terima hakikat bahawa tugas seorang Perdana Menteri itu jauh lebih berat berbanding kerja-kerja kecil kita, maka saya rasa munasabah juga setiap orang makan ikut keperluan masing-masing. Dan sekiranya Perdana Menteri perlukan NK2KA, apa salahnya? Yang penting, rakyat diberi harapan NK2KA mungkin berjaya dicapainya satu hari nanti jika dia berusaha lagi.

Sementara itu, rakyat perlulah berjimat cermat supaya modal boleh dikumpul untuk masa hadapan yang lebih cerah. Tokoh Menabung Kebangsaan, "Saudari RM" adalah model terbaik untuk diteladani rakyat bawahan. Tiada rakyat miskin yang perlu berasa kecewa, kerana melalui aktiviti menabung, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Mungkin sehari nanti, cincin berlian terbesar pun boleh dimiliki. Apa salahnya rakyat digalakkan menabung?

Walaupun kos sara hidup saban hari meningkat, usaha-usaha Najib untuk mentransformasikan Malaysia menjadi 1Malaysia jelas menunjukkan komitmen beliau untuk pembinaan sistem ekonomi yang baru. Jika dahulu rakyat berpendapatan RM3 ribu dan ke atas tidak layak memiliki rumah kos rendah dan sederhana rendah, pada masa depan semua rakyat berpendapatan tengah akan layak membeli kondominium PR1MA. Jika dahulu susu segar dijual dengan gambar kartun lembu atas kotaknya, pada masa depan susu segar yang serupa akan dipek dalam kotak yang hanya mengandungi logo 1Malaysia.

Serupa, tetapi jauh berbeza.
Penemuan ujian makmal bebas yang dipanggil DAP baru-baru ini menunjukkan berbagai-bagai produk atas rak KR1M bukan sahaja tidak lulus tahap minima piawai keselamatan makanan kerajaan malah ada produk yang mengandungi bakteria yang berpotensi mengancam nyawa. Sungguhpun ujian menunjukkan terdapat bakteria E. Coli dalam Susu Segar 1Malaysia (SS1M), perkara ini tidak dilihat sebagai isu yang terlalu serius. Kerana masalahnya hanya pada label pakej. Dengan mengubah labelnya sahaja, KR1M tidak lagi boleh difitnah menipu rakyat.

Maka, dari hari ini, SS1M harus dilabel semula menjadi Susu Racun 1Malaysia (SR1M). Seperti janji-janji perubahan demokratik, langkah melabel semula produk KR1M tidak begitu drastik dan tidak perlu ditakutkan rakyat. Rakyat harus terus memberi sokongan kepada Parti 1Malaysia. Hidup 1Malaysia!

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Rakyat masih yakin produk dijual KR1M

KUALA LUMPUR: Rakyat masih percaya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan pembangkang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang memburuk-burukkan produk dijual di kedai itu.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti digembar-gemburkan pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik kerana kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya, semalam.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai 'sebatian minyak sapi' tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa.

"Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi, tapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata, dua daripada 13 produk yang ditarik balik ialah 'ikan sardin dalam sos tomato' (komposisi) dan 'krimer sejat' (dulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada pada masa depan.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan juga memanggil 60 usahawan PKS terbabit untuk diberi taklimat mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan. – BERNAMA


Ulasan GB

Salah palebelan. Itu alasan yang diberikan. Sedangkan kesalahan palebelan kepada produk adalah satu kesalahan yang serius yang para peniaga sering diancam dan didakwa akibat meletakkan label yang salah pada produk mereka. Produk mereka disita dan dirampas, dan kebanyakannya dimusnahkan.

Tiba-tiba untuk kes produk KR1M, kesalahan palebelan tidak dilihat sebagai serius, di sebaliknya menjadi hujjah untuk menjustifikasikan bahawa produk KR1M sebagai selamat.

Menteri yang bernama Ismail Sabri Yaakob mendakwa rakyat masih percaya kepada produk KR1M. Ia memberi erti bahawa rakyat begitu mudah terpedaya dengan palebelan dan mudah tertipu dengan laporan-laporan akhbar arus perdana yang menutup kelemahan dan kemerbahayaan produk KR1M.

Sebelum ini GB telah ulas. Petikan:

Sepatutnya produk-produk yang berjenama 1Malaysia perlu menjalani ujian kualiti terlebih dahulu kemudian baru dipasarkan. Ini sudah terbalik. Ia dipasarkan kemudian diuji, itupun masih ada pihak penjual seperti Mydin yang mengampu menteri dan produk 1Malaysia tak tentu pasal kononnya ingin mendedahkan KEBENARAN!!!, sedangkan hakikatnya ialah KEPALSUAN!!!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Negara Perlu Transformasi Kerajaan Dari BN Kepada Pakatan Rakyat

Posted: 07 Dec 2011 04:04 AM PST

KELAB GREENBOC



T
ransformasi juara rasuah Umno-BN Oleh Mohd Rashidi Hassan

Umno-Barisan Nasional boleh cuba membohongi rakyat, kononnya meraka adalah juara transformasi yang mampu menjulang negara ke suatu tahap untuk dibanggakan.

Laungan transformasi bergema sejak Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur oleh Umno.

Transformasi bermakna anjakan perubahan. Sudah tentunya ia merupakan suatu gagasan untuk perubahan kepada keadaan yang kurang baik, kepada situasi yang lebih baik.

Lalu slogan transformasi dilaung, diulang dan diuar-uarkan media pro Umno-BN setiap hari. Malah dalam Perhimpunan Agung Umno 2011, kalimah transformasi menjadi zikir setiap perwakilan mereka.

Malangnya daripada Presiden Umno, Pengerusi Tetap, perwakilan sehinggalah kepada juak-juak bawahan, mereka mengulang sebut kalimat transformasi seumpama buruk kakak tua yang ditambat oleh tuannya.

Di PWTC berdegar-degar kononnya Umno-BN sudah berjaya transform. Sebaliknya dikeluarkan dari fakta sahih oleh Transparency International (TI) bahawa di bawah pentadbiran Najib, indeks rasuah negara, terjerumus ke tahap yang paling rendah.

Fakta ini amat memalukan Umno, kerana jelas laungan transformasi mereka hanya omongan kosong. Hakikat sebenarnya, kerajaan yang ditunjangi Umno-BN mencapai tahap prestasi terburuk terus-menerus selama 10 tahun


Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh TI, ia menggariskan kegagalan Najib untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini, membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas.

Kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas.

Pada 2003 semasa Abdullah Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara.

Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.

Laporan itu memetik Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali yang menegaskan, CPI Malaysia terus merosot kerana unsur-unsur kerajaan yang memudahkan rasuah besar masih lagi tersebar luas.

Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

Serangan Umno ini harus dianggap sebagai langkah terdesak mereka bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Umno mengatasi masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa, khususnya dalam isu Fidlot Kebangsaan yang hangat diperkatakan sekarang.

Kita mahu tegaskan di sini bahawa, rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat akan menolak Umno-BN, kerana rakyat sedar, masa depan anak bangsa akan terhapus jika Umno-BN dibiarkan kekal berkuasa. Hidup Pakatan Rakyat, hancur umno-BN. -HD

Ulasan GB

Transformasi? Apa transformasi?

Memang negara perlukan transformasi. Tetapi apa yang diperlukan sekarang ialah TRANSFORMASI KERAJAAN daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Itu transformasi sebenar yang akan menjamin keamanan, kesejahteraan dan keadilan untuk rakyat di negara ini.

KPDNKK Terengganu jangan bersikap lepas tangan

Posted: 07 Dec 2011 04:03 AM PST


Kenyataan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Mohamad di dalam sebuag akhbar harian (6 Disember 2011) bahawa bekalan minyak masak di Terengganu adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di negeri ini serta tiada masalah dengan bekalan minyak masak, dan stok yang sedia ada dijamin cukup, disifatkan oleh Lujnah Pengguna PAS Terengganu sebagai cuba lari dari isu dan permasalahan sebenar.

Turut dipaparkan gambar di media tersebut, foto beliau memegang botol minyak masak cap bunga matahari bersama para pegawai KPDNKK Terengganu berlatar belakangkan rak yang juga dipenuhi minyak masak cap bunga matahari dan minyak jagung di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuala Terengganu.

Pengarah KPDNKK Terengganu perlu memahami keluhan sebenar rakyat yang keputusan bekalan minyak masak sawit, minyak masak yang menjadi kegunaan rutin rakyat kebanyakkan, malah fenomena kekurangan atau boleh diistilahkan ketiadaan langsung bekalan ini telah menjadi makluman masyarakat umum, bukan lagi suatu yang perlu dinafikan sekadar untuk melepaskan tangan.

Minyak masak bunga matahari atau minyak jagung bukanlah pilihan pengguna lantaran harganya yang berlipat ganda. Difahamkan 3 kg minyak bunga matahari bernilai RM27 berbanding 5 kg minyak sawit jenama Saji berharga RM13. Tambahan pula negara kita adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia.

Sikap pegawai mudah lepas tangan dan mengeluarkan kenyataan tanpa penelitian seperti inilah menyebabkan masalah sama berpanjangan dan sering berulang. Bagaimana beliau boleh mengeluarkan kenyataan bahawa minyak masak mencukupi dan pengguna boleh membelinya tanpa had kalau rakyat yang ke kedai runcit atau ke pasaraya gagal untuk mendapatkan bekalan?

Lujnah Pengguna PAS Terengganu mengulangi gesaan supaya KPDNKK meneliti tiga permasalahan pokok yang menjadi sungutan pengguna dan dikhuatiri malah diyakini menjadi punca ketiadaan bekalan tanpa perlu beliau membuang masa menafikan hal yang sememangnya wujud.

Yang pertama, tindakan pemborong dan pembekal yang menyorokkan bekalan setiap kali ada ura-ura harganya akan dinaikkan.

Yang kedua, permasalahan berkenaan kuota bekalan yang menjadi sungutan peniaga yang didakwa telah berusia hampir empat tahun dan tidak lagi relevan dengan pertambahan jumlah kedai runcit, pasaraya dan jumlah pengguna.

Yang ketiga, Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu

Tiada kerusi buat DAP di Kelantan

Posted: 07 Dec 2011 03:47 AM PST

KL TODAY.COM




PAS dan PKR, masing-masing akan mengekalkan 'staus quo' agihan kerusi yang akan mereka tanding pada pilihan raya umum ke-13, akan datang.Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah PAS akan bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima DUN."Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya dipetik Harakahdaily.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan harapan satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP yang sedang mengintai beberapa kerusi di negeri berkenaan bagi mengketengahkan calon Melayu parti itu.

Selepas kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, DAP dikatakan memperhebatkan usaha melebarkan pengaruhnya ke kawasan-kawasan pengundi bukan Cina.

DAP sebelum ini dilaporkan mensasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu.

Akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan Mohd Amar sebagai berkata, persetujuan mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu itu dicapai kira-kira dua bulan lalu.

PAS dan PKR juga tidak akan menukar sebarang kerusi tetapi akan bertanding di kerusi seperti yang diperuntukkan pada pilihan raya 2008.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat.

11 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi DUN pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan agihan kerusi di negeri berkenaan berjaya diselesaikan.

Panas: Peneroka Gugusan Keratong Serta Chini 3 Pula Saman Felda Isu Kadar Perahan Gred (KPG)

Posted: 07 Dec 2011 02:53 AM PST

PAHANG DAILY


KUANTAN - Selepas berhadapan dengan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka.

Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said (foto), tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG).

"Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG.

"Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar," kata Suhaimi dalam satu kenyataan.

Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli UMNO yang sedar akan hak mereka.

"Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda. Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

"Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama sertai peneroka lain mahu menfailkan saman terhadap Felda," tambah beliau lagi.

[Nampaknya Felda kini berhadapan dengan ribuan saman oleh para peneroka sendiri. Malah, peneroka Felda yang menyokong UMNO juga sudah tidak sanggup lagi ditipu oleh agensi itu.

Gara-gara manusia yang bernama Isa Samad, akhirnya penipuan dan penyelewengan itu semakin terserlah lagi. Kini para peneroka semakin benci dengan tindakan tersebut dan mereka mula memperjuangkan hak-hak mereka.

Berdasarkan rekod, Felda pasti akan kalah dalam kes saman menyaman ini kerana mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mempertahankan tindakan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG).

Lantaran itulah kita tidak hairan bila mana ramai para peneroka yang menyokong UMNO kini mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka, biar pun pada awalnya bersama Felda.

Mereka tidak tahan lagi hanya dibayar wang sara hidup RM1,500 sebulan, sedangkan rakan-rakan mereka menikmati pendapatan berkali-kali ganda daripada itu.

Felda kini sudah tidak relevan lagi, apabila cuba dikorpratkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Inilah yang berlaku !]
.

Panas: Blogger Pro - UMNO Bertindak Keluar Parti Dan Sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Di Sabah !

Posted: 07 Dec 2011 02:45 AM PST

PAHANG DAILY


KUALA LUMPUR - Seorang blogger yang juga ahli UMNO, Musli Oli (foto) bertindak keluar parti seterusnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam satu kenyataan, Musli berkata, beliau meninggalkan UMNO kerana parti itu gagal memperjuang antaranya hak royalti minyak untuk rakyat Sabah. UMNO juga katanya hanya mendendangkan lagu pembangunan walhal krisis sosial, ekonomi dan pengangguran kekal membelenggu rakyat Sabah.

"Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, di manakah mereka bekerja?'

"Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way,"
kenyataan beliau dipetik.

Borang penyertaan Musli bersama sekumpulan penyokongnya ke dalam KEADILAN dibuat di Cabang Kota Belud sempena lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan itu.

Selain menjadi ahli UMNO di bahagian Kota Belud, Musli juga ialah bekas Yang Di Pertua (YDP) Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), sebuah NGO pro UMNO dan penulis buku.

Penyertaan beliau ke dalam KEADILAN sekaligus memberi tamparan hebat kepada Ahli Parlimen Umno Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kerap menyerang peribadi Anwar semasa perbahasan di Parlimen sebelum ini.



Blogger Pro UMNO, Musli bergambar dengan pakaian kebanggaannya dulu


[Nampak berita terbaru ini adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan kita semua. Di saat pemimpin UMNO menyerang pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bertalu-talu pada Persidangan Agung parti itu minggu lalu, tiba-tiba orang kuat yang selama ini memainkan peranan untuk membuat propaganda supaya rakyat Sabah menyukai UMNO bertindak meninggalkan parti itu.

Sesuatu yang amat malang, bila orang sehebat Blogger Musli ini akhirnya tidak yakin lagi dengan perjuangan parti itu dalam membela rakyat Sabah.

Akhirnya terbongkar rahsia bahawa UMNO gagal memainkan peranan untuk menjaga kebajikan rakyat Sabah tidak seperti apa yang diwar-warkan oleh mereka selama ini. Tindakan Musli ini dijangka akan diikuti oleh ramai lagi blogger-blogger UMNO yang sudah bosan untuk mempertahankan parti itu.

Kini, hanya rakyat Sabah yang berhak menilai apa yang berlaku ini hendaknya. Lakukanlah perubahan !].

Tiada ulasan: