Biaqpila |
Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor Posted: 07 Dec 2011 03:20 PM PST KUALA LUMPUR, 7 Dis: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air.Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) yang telah menyaksikan empat saksi Syabas telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur."Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini."Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika," kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu.Tan Sri Abdul Khalid telah diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co. Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas.Syabas menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air.Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja Syabas atau PEKA.Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Roslan Hassan.Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan Syabas tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010.Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi.Bagaimanapun, mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011.HD Published with Blogger-droid v1.7.4 |
LEMBU PUN BOLEH MENGUNDI KAH! KAH! KAH! Posted: 06 Dec 2011 04:13 PM PST "Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah. DEY MACHA!!! MEMANG GILA BABI BALAI POLIS PUN ADA DALAM DAFTAR MENGUNDI 1MALAYSIA APA PUN BOLEH DAH HABIS MANUSIA TAK PERCAYA PADA BN KASI DAFTAR PULAK LEMBU JADI PENGUNDI ASALKAN BOLEH BAGI BN MENANG KAH! KAH! KAH! Lebih 90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar. 'Balai Polis Kerinchi' yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru. "Ini adalah senarai dari lebih 2000 pengundi pos Parlimen Lembah Pantai yang disemak, tidak termasuk nama pengundi biasa," kata Nurul Izzah. Menurut beliau, apabila pihaknya menyemak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya. Katanya, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd . "Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?" soalnya sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR. "Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah. "Ini masalah serius. Bagaimana sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat? Ia tak bersih dan tak adil. Mana perubahan sistem yg dijanjikan?" soal Nurul Izzah dengan nada kecewa. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan