bumiperak |
Posted: 30 Nov 2011 05:50 PM PST Datuk Seri Muhyidin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang dianugerahkan Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011 ke-18 (AIM18) baru ini. Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu bila dikaitkan menang atas populariti bapanya. "Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja," katanya. "Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Ada lagu untuk Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor yang diilhamkan difacebook; Ayahanda di medan jihat Anakanda di medan seni Sama-sama berkubang Sama-sama berbakti Semoga tabah hati Majulah Ayahanda maju jangan undur Anakanda mohon doa restu Rela sehidup semati bersamamu Oh! Mujahidku |
Muhyiddin buktikan Umno sudah kering idea Posted: 30 Nov 2011 12:58 AM PST 29 Nov 2011 Telah berlangsung malam tadi persidangan serentak 3 sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin. Mahyiddin mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke-13 adalah "ibu segala pilihan raya" maka perjuangan adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara.. Pilihan raya ini adalah medan jihad iaitu Jihad untuk keadilan dan Jihad untuk pertahan hak dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi. "Apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja," kata Timbalan Presiden Umno "Maka DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Akibatnya, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. "Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," kata beliau. "Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan," katanya lagi. "Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. "Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya lagi. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri. "Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya. "Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau. Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya. |
You are subscribed to email updates from BumiPerak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan