Khamis, 1 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lembu - PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

Posted: 01 Dec 2011 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.

"Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?" kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan.

Akhirnya Muhyiddin Mengaku Umno Racis Tapi Kurang Sikit La..

Posted: 01 Dec 2011 01:00 AM PST

Muhyiddin: Ada pihak 100 kali lebih rasis dari Umno

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan bahawa ucapannya ketika merasmikan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - kelmarin adalah bersifat rasis.

Katanya, apa yang diucapkannya "bukan suatu yang berbeza sebaliknya memperkukuhkan kesedaran baru" di kalangan orang Melayu tentang perjuangan parti itu.

"Tidak ada perbezaan, apa yang disebutkan dengan sejarah yang telah dinyatakan.


"Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata dia (ini) rasis.

"Mereka tidak sedar, dia lebih seratus kali lebih rasis daripada kita," katanya menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan dengan jelas identiti yang dimaksudkan sebaliknya menyifatkan mereka itu "tak ada bukti bahawa dia sanggup bekerjasama dan sanggup berkongsi pengalaman dan kuasa".

Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.

Ini kerana, kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno sedia berkongsi kuasa dan memperjuangkan prinsip bukan untuk satu kaum.

"Walaupun sejarah dahulu, kita dalam satu peringkat boleh menubuhkan kerajaan Umno sendiri dalam pilihan raya pertama lalu, tetapi kita tidak buat begitu. Kita berkongsi kuasa.

"Dalam fasal-fasal pilihan raya selepas itu, Umno menang kerusi 51 peratus dalam parlimen (tapi) kita berkongsi kuasa. Dan ini kita tidak buat dalam pilihan raya sekali sekala, kita buat sepanjang masa selama 54 tahun.

"Jadi saya, sebagai timbalan presiden, sewaktu berucap, saya menyuarakan perkara yang serupa. Bukan luar biasa," katanya.

Katanya, parti itu mementingkan memberi kesedaran kepada orang Melayu kerana Melayu "faham dan bersama-sama mempertahankan perpaduan antara kaum".

Pada sidang media itu, juga beliau mengucapkan terima kepada presiden parti yang memujinya sebagai timbalan presiden yang "setia".

Muhyiddin menganggap ia satu pengiktirafan dan penghargaan sambil menegaskan beliau "sentiasa setia" untuk membantu Najib dalam segala urusan.

Beliau juga menganggap ucapan Najib yang menggariskan sejarah perjuangan parti, sebagai "ucapan terbaik" dalam mana-mana perhimpunan parti itu.

Shahrizat Diselamatkan Oleh Timbalan Ketua Polis Negara

Posted: 01 Dec 2011 12:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan," kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.


Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu. /TMI

“Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS"..

Posted: 30 Nov 2011 09:11 PM PST

PAS lawan Umno, tak kan yang menang DAP

KUALA LUMPUR, 1 Dis: "Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.

"Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.

"Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung," ujarnya kepada Harakahdaily.


Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.

Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

"Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.

"Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno," ujarnya.


Rasis: Terima Kasih Umno

Posted: 30 Nov 2011 08:10 PM PST

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?


Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling 'rasis', mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan 'selamat tinggal' kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga 'Selamat tinggal' kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak 'mengajar' UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di'gelap'kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di'didik' dengan 'bahasa' undi kerana hanya itu sahaja 'jalan' yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Najib Akui Kehebatan Media Baru

Posted: 30 Nov 2011 07:55 PM PST

'Gerakan terancang atau tempuhi tragedi'

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, parti itu harus memahami faktor yang menjadi "game changer" atau peneraju cara gaya baru politik negara, atau bakal menempah tragedi.

Katanya, untuk merangka semula "game plan" atau gerakan terancang, realiti baru politik dan kepesatan media baru harus diambil kira.

"Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan.


"Ia berupaya mendatarkan the playing field atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara," katanya dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang bertemakan "Umno menjuarai transformasi" di PWTC pagi ini.

"Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, Umno selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

"Ketiga, Umno juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka.

"Umno tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita," tambahnya.

SPR Tipu Daftar Pemilih Lagi..

Posted: 30 Nov 2011 05:56 PM PST

Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.


Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

Khoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

http://www.malaysiakini.com/news/182876

Kain Shahrizat Jalil Semakin Terlondeh..

Posted: 30 Nov 2011 05:21 PM PST

Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC

KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.


"Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya.
Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand.

Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.

"Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS).

"Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
"Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi.

Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.

"Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?

"Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya.

(Oleh: Nabihah Hamid)

Sumber: keadilandaily

Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru

Posted: 30 Nov 2011 04:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti "satu kegelisahan" masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.


Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak "luar biasa" untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai "ibu kepada segala pilihan raya."

"Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

"Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai 'kunci pengikat' mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu," kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.

Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

"Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

"Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya," kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.

Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka," katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

"Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

"Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka," katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

"Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

"Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga," kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

"Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

"Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?" soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, "itu strategi Umno yang salah."

"Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Shahrizat tak payah kait Wanita Umno

Posted: 30 Nov 2011 04:13 AM PST

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.


"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.

"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.

malaysiakini

Allah, Umno Dan Nabi Muhammad S.A.W Sama Taraf Ke??

Posted: 30 Nov 2011 03:44 AM PST


Meletakkan umno di tengah2 Allah SWT dan Muhammad SAW.. yang neh lagi aku pelik. Selalunya yang aku tahu kalimah Allah SWT Muhammad SAW.. biasa larh bersebelahan antara satu sama lain. Tapi yang neh dia meletakkan umno di tengah2 bagi mengambarkan bahawa umno = kalimah suci.. ye ke?


Kalau aku salah faham aku minta maaf. Tapi bagi pandangan aku, cara neh tidak boleh diteruskan. Dari segi hukum aku tatau. Tapi benda neh siyes.. ia dilihat tidak patut dibolehkan. Sebab.. ko lihatlah sendiri di atas.. boleh ka? Minta tolong ubah strategi larh. Aku faham korang nak bodek umno tapi ada banyak lagi cara yang boleh digunapakai tanpa menimbulkan apa2 kontroversi. Benda neh kemon larh.. songkok beb.


Baca seterusnya di sini

Keluarga Shahrizat Kenyang Makan Ratus Juta, Ahli Umno Pula Disuruh Pertahan Dan Bela.. Bodoh Punya Pemuda Umno..

Posted: 30 Nov 2011 01:54 AM PST

Skandal NFC: Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan "keluarga" mereka.

"Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.


"Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka," kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu.

"Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!" kata Reezal lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal.

"Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka," katanya lagi.

Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis.

Tiada ulasan: