MIMPI SENJA |
- Berhenti mengamuk : Arah Amy pada Nabila
- Isu Lembu Shahrizat : Shahrizat semakin terlondeh ...
- Kelantan bolot 3 anugerah di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011
- Ng Yen Yen bayar RM10 ribu sebulan sekadar nak 'monitor' FB 'Tourism Malaysia' ... banyak tu!
- Isu Lembu Shahrizat : Akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.
Berhenti mengamuk : Arah Amy pada Nabila Posted: 30 Nov 2011 09:03 PM PST Selepas mengejutkan ramai peminat dengan berita perceraiannya, Nabila Huda terus mencipta kontroversi apabila gambarnya berciuman dengan jurulatih selam tersebar di internet. Terbaru, anak kepada Amy Search ini mengamuk di laman twitter miliknya. Walaupun Nabila tidak menulis nama individu yang dimarahi, tetapi ayat-ayat yang tulis jelas merujuk kepada bekas suaminya itu. Nabila dilihat tidak puas hati apabila bekas suaminya mempertikaikan soal penjagaan anak. Mengulas tentang perbuatan Nabila itu, Amy Search yang ditemui di sidang media 'Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo kelmarin memberitahu dia telah menasihatkan Nabila supaya tidak menggunakan laman twitter untuk melepaskan perasaan. "Walau apa pun yang berlaku di antara mereka berdua, saya sebenarnya tidak mahu campur tangan. Tetapi sebagai seorang ayah, saya telah menasihatkan Nabila supaya tidak menggunakan twitter untuk melepaskan kemarahan. Lebih baik berbincang secara baik dengan berjumpa. Perbuatan Nabila itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi ia turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau ditanya tentang perasaan saya, perasaannya pasti sama dengan ayah-ayah yang lain. Saya berharap Nabila dan bekas suami boleh cari jalan terbaik," ujar Amy. Dalam masa yang sama, Amy juga menafikan imejnya telah tercalar dengan perbuatan Nabila itu. Jelas Amy, apa yang dilakukan oleh Nabila itu adalah urusannya sendiri dan peminat sudah boleh menilai. gua.com |
Isu Lembu Shahrizat : Shahrizat semakin terlondeh ... Posted: 30 Nov 2011 05:21 PM PST (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu. "Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. "Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS). "Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura. "Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ? "Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23915 |
Kelantan bolot 3 anugerah di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 Posted: 30 Nov 2011 05:10 PM PST GERGASI Pantai Timur, Kelantan membolot tiga anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 yang diumumkan semalam. Penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik, manakala Norshahrul Idlan Talaha meraih anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 2011. Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) Pemain Pertahanan Terbaik: Norhafizah Zamani Misbah (Negeri Sembilan) Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (Selangor) Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) Anugerah Supermokh untuk Pemain Paling Bernilai: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Persatuan Negeri Terbaik: Persatuan Bola Sepak Selangor Kelab Bola Sepak Terbaik: Kelab Bola Sepak Selangor PKNS |
Ng Yen Yen bayar RM10 ribu sebulan sekadar nak 'monitor' FB 'Tourism Malaysia' ... banyak tu! Posted: 30 Nov 2011 08:01 AM PST It took six months for the Tourism Ministry to provide a detailed breakdown of the RM1.8 million spent on six Facebook applications. KUALA LUMPUR: Tourism Ministry paid data entry personnel "more than what journalists earned" in the country to monitor 'wall posts' messages on its six Facebook sites over eight months. Revealing this in parliament, Rasah MP Anthony Loke said the ministry spent RM80,000 to managing the 'wall posts', to delete obscene posts, content control, to give feedback on tourism campaigns and promotions to interested Facebook users. The money was part of RM200,000 allocated to manage marginal functions on six Facebook applications for eight months. "This is the expenses just to reply Facebook queries… just to do data entry for the ministry, one can earn more than journalists do in a month," quipped Loke. The ministry had spent a controversial RM1.8 million on six Facebook pages to promote Malaysia, an issue which was highlighted by Loke in June this year. Almost six months after the issue was raised, Deputy Tourism Minister James Dawos Mamit provided a cost breakdown of the RM1.8 million to Loke last week. According to Dawos,"RM80,000 was allocated for eight months for data management and monitoring where the person or persons answered to queries over the ministries' campaigns and updated the database". Loke said that the ministry's Facebook pages did not attract many users and hence such exorbitant costs were unjustified. "You have seven or 13 comments (to attend to), there are only a few updates…its scandalous and the cost cannot be justified," he said. Ridiculous expenses Disclosing further breakdowns of the RM1.8 million spent, Loke said RM600,000 was spent on applications such as flash programming, testing and debugging maintenance for the six Facebook campaigns. Another RM360,000 was used to purchase advertisement on Facebook and Google for the duration of eight months. He said the balance RM558,432 was spent on prizes for contests organized by the Facebook campaigns. Loke also questioned the exorbitant allocation of funds for prizes saying that the ministry could have sourced for sponsors to safe cost. "One of the prizes was a tour to the food places in Penang and a four days- three nights stay. "If Ng Yen Yen (Tourism Minister) had spoken to the Penang Tourism Board, they could have sponsored the trip and the ministry could have saved on the cost," he said. Ng drew much flak when the issue was first highlighted as many detractors claimed that Facebook and its applications which are free, can be maintained at almost no cost and did not require millions spent on it. However Ng stood her ground saying that the maintenance of these Facebook pages required maintenance which only professionals were capable of offering. |
Isu Lembu Shahrizat : Akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau. Posted: 30 Nov 2011 03:18 AM PST Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau. Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan