BRIGED MP SEGAMBUT |
- KENAPA HASSAN ALI MASIH MAHU MENGHANGATKAN SUASANA?
- PERKASA lapor polis isu perhimpunan 9 Jan, Paderi Eu
- ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGV
- ZAID NAFI JUMPA NURUL IZZAH?
- PAS LAMAR AZIZ BARI?
- Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti
- WALAUPUM MAHADHIR TAK CERDIK KULI ASIK KENA BULI....?
KENAPA HASSAN ALI MASIH MAHU MENGHANGATKAN SUASANA? Posted: 29 Dec 2011 08:00 AM PST Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI |
PERKASA lapor polis isu perhimpunan 9 Jan, Paderi Eu Posted: 29 Dec 2011 06:30 AM PST NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini membuat laporan polis berhubung isu penyebaran risalah dan laporan berita yang mengajak rakyat hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari. Satu lagi laporan polis turut dibuat ke atas ketua Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Paderi Dr Eu Hong Seng (foto) yang didakwa mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan melalui satu kenyataan. Laporan berkenaan, masing-masing dibuat oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2.30 petang ini. Dalam laporan polis yang dibuat oleh Ibrahim, beliau mendakwa "terdapat cubaan satu golongan" menyebarkan risalah yang bertujuan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan mahkamah berkenaan pada tarikh itu. "(Ia) bagi tujuan mengganggu proses perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan (diputuskan) pada tarikh tersebut. "Pada saya amat jelas cadangan perhimpunan itu menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara serta boleh menimbulkan huru hara mengganggu keselamatan negara," laporan polis itu dipetik. Sehubungan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berharap polis dapat menyiasat kumpulan yang bertanggungjawab itu dan mendesak polis menggunakan kuasa dengan tegas demi keselamatan rakyat dan negara. Manakala dalam laporan polis yangg dibuat oleh Abdul Rahman, beliau mendakwa kenyataan Dr Eu merupakan "satu kenyataan menghasut" kerana fasal 153 tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu dan rakyat Malaysia. "Sesiapa yang berbuat demikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan," katanya. Beliau juga mendesak polis menyiasat paderi tersebut dan menggunakan kuasa undang-undang yang ada dengan tegas serta mendakwa paderi itu di bawah akta berkenaan. Kedua-dua pemimpin PERKASA itu turut mengemukakan laporan berita yang berkaitan sewaktu membuat laporan polis itu. Dalam sidang media selepas itu Abdul Rahman menyatakan kekecewaannya terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Koh Tsu Koon yang didakwanya hadir sewaktu paderi menyampaikan ucapannya. "Apakah Koh Tsu Koon tidak membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan dengan apa yang telah diperkatakan. Kita kecewa dengan Koh Tsu Koon dan pihaknya yang membuat kenyataan yang tidak sepatutnya," katanya. Beliau juga mempertikaikan kehadiran beberapa pemimpin PKR, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ibrahim pula mendakwa kenyataan paderi itu bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung bila-bila masa. "Saya percaya ini motif politik untuk memesong kerajaan dan rakyat kononnya kerajaan yang ada sekarang ini tidak berlaku adil kepada lain-lain kaum di bawah (Perkara)153. "Kenyataan ini boleh menjuruskan kemarahan lain-lain kaum marah kepada kerajaan, menolak Umno dan Barisan Nasional... Kenyataan ini tidak jujur dan merbahaya," kata Ibrahim. |
ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGV Posted: 29 Dec 2011 04:51 AM PST Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia. Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda. "(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini. Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu. Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali. "Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan. Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa). "Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia. NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. |
Posted: 29 Dec 2011 01:00 AM PST 29 Dis — Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim menafikan kandungan satu surat layang kononnya beliau ada berbincang dengan Nurul Izzah Anwar untuk menyertai PKR semula. "Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah). "Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka," kata Datuk Zaid Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Zaid (gambar) ditanya berhubung dengan satu surat yang disiarkan oleh beberapa blog kononnya Nurul Izzah berbincang dengan beliau untuk membawanya pulang kepada PKR semula. Zaid dikatakan ditawar oleh Nurul untuk bertanding di Petaling Jaya Selatan. Surat yang ditujukan kepada ahli PKR ini mengajak ahli PKR menyekat perancangan ini. Blog-blog termasuk laman Malaysia Today menyifatkan surat ini dari musuh politik Nurul Izzah dalam PKR. Ia ekoran nama Nurul Izzah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut Zaid, apa yang difikirkan oleh beliau sekarang adalah untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. "Soal bertanding atau tidak tak timbul, yang penting Pakatan kena menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Zaid. Zaid bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu sebelum ini menentang Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub. Namun beliau menarik diri selepas mendakwa berlaku salah urus dalam pemilihan tersebut. Di tanya tentang perancangan dan masa depan beliau, Zaid berkata, "tengoklah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam." Zaid juga berkata, dia hanya akan bertanding dalam pilihan raya ini jika ia menguntungkan Pakatan. "Kalau dapat kukuh dan untungkan Pakatan, saya akan bertanding, jika rugikan saya rasa tidak perlulah saya bertanding," kata Zaid lagi. |
Posted: 28 Dec 2011 10:30 PM PST Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini. Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat. "Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan. "PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar," katanya. Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS. "Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri," tambahnya. Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini. "Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya," katanya lagi. Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insider sebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja. Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat." "Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi. |
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti Posted: 28 Dec 2011 08:14 PM PST Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA. Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan. Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka. Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas. Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri. Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu. Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri. [Baca berita penuh] |
WALAUPUM MAHADHIR TAK CERDIK KULI ASIK KENA BULI....? Posted: 28 Dec 2011 11:30 AM PST Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO. Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. "Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak. "Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak. Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah. Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali. Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. "Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal. "Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat. "Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi. Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan