Aku Budak Balun |
- Hanya UMNO Mampu Memerintah! Bukti!
- Ini Bukan Derma Duit Kalau Nak Kedekut Pun!
- Kerajaan Negeri Kedah Perlu Bijak Kali Ini!
- Dimanakah Jamil Khir?
Hanya UMNO Mampu Memerintah! Bukti! Posted: 29 Dec 2011 07:00 AM PST Gambar diatas takde kena mengena dengan tulisan dibawah! Kalau dah MB UMNO Khir Toyo pun kantoi rasuah.. Apalah nak diharap dengan anak-anak buahnya.. Nak dapat jawatan di projek mega macam Iskandar tu pun.. Kompom bukan calang-calang orang! Kompom kena ada 'cable emas'.. Kompom kena ada macam-macam 'link'.. Takat tu je teman leh komen! wakakakaka! budakbalun 29122011 Siasatan skandal projek IskandarKUALA LUMPUR 28 Dis. - Lebih 30 saksi termasuk dari Singapura, Switzerland, Pakistan, India dan Arab Saudi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia. Saksi-saksi itu terdiri daripada pegawai-pegawai Iskandar Investment Berhad (IIB), ahli perniagaan, kontraktor, ahli politik, konsultan dan orang tengah. Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan terhadap saksi-saksi dari luar negara ekoran terdapat maklumat turut wujud unsur rasuah di kalangan konsultan asing dalam projek itu. Difahamkan siasatan kes itu masih diteruskan dan dijangka beberapa lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat. Menurut sumber, skandal itu disifatkan sebagai terancang berikutan wujudnya rangkaian termasuk orang dalam yang mendedahkan maklumat berkaitan kontrak dan beberapa projek Iskandar Malaysia. "Perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa difahamkan berlaku ketika pegawai-pegawai kanan IIB menyalurkan maklumat tender kepada syarikat kontraktor berkaitan. "Orang-orang tengah atau runner pula bertindak mengambil wang suapan untuk disampaikan kepada pihak yang berurusan dengan mereka.-melayau |
Ini Bukan Derma Duit Kalau Nak Kedekut Pun! Posted: 29 Dec 2011 06:15 AM PST Teman rayu pada semua yang membaca@terbaca posting teman neh.. Lapang2kanlah masa untuk menderma darah.. Tak kiralah dimana pun! Banyak faedahnya.. Selain untuk kesihatan diri sendiri.. Mana tau kita sendiri memerlukan bantuan darah satu hari kelak! Kalau kedekut derma duit, takkan kedekut derma darah gak! kemut betoiii!! budakbalun 29122011 Pusat Darah Negara Rayu Penderma Darah KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara merayu orang ramai agar tampil dan menderma darah bagi menampung kekurangan bekalan di pusat itu. Pusat itu dalam satu kenyataan berkata, bermula 8 Januari depan, Pusat Darah Negara akan dibuka pada setiap Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang bagi memudahkan orang ramai menderma darah. - BERNAMA |
Kerajaan Negeri Kedah Perlu Bijak Kali Ini! Posted: 29 Dec 2011 05:45 AM PST Nasihat teman.. Hati-hati dan wasapada... Takde isu pun UMNO boleh buat isu.. Takde bukti pun UMNO boleh jaja isu.. Takde sperma pun UMNO boleh buat sperma! Inikan pula bila ada bulu tangkis atas net! Inikan pula bila ada bolatakraw naik sedap untuk dilipat! Lagi macam Lee Chong Wei la depa smash! Lagi macam Zabidi Sharif la depa gulung! Moga Ustaz Azizan berhikmah dalam isu ini.. Jangan untung secupak rugi segantang! budakbalun 29122011 Lupakan agenda politik, selamatkan madrasahALOR SETAR 28 Dis. - Semua pihak perlu melupakan agenda politik dan bersatu hati dalam menyelesaikan isu yang membabitkan Madrasah Salihiah di Kanchut di sini. Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan kini adalah bagaimana mahu menyelamatkan madrasah itu daripada dirobohkan. "Kini yang penting adalah agenda ummah dan kita perlu meneutralkan pemikiran serta mempertahankan madrasah ini. Oleh itu, saya minta, Pemuda Pas lupakan soal politik dan tidak perlu membuat laporan polis mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis hari ini untuk menghalang perhimpunan yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.-Melayau |
Posted: 29 Dec 2011 04:52 AM PST Hok aloh.. Ini aje jawapan yang mampu Majlis Agama Islam Wilayah bagi? 'Berbaur politik"? Abis? Tuduhan liwat Anwar tak berbaur politik? Abis? Tuduhan Mat Sabu Komunis tak berbaur politik! Woi! Ni melibatkan duit zakat! Asnaf zakat secara Muhkamat jelas Allah SWT terangkan dalam Al-Quran! Adakah Kes Jamil Khir ini tergolong dalam asnaf? itu aje soalannya? Abis tu.. Yang bagus-bagus macam BR1M tu tak berbaur politik? Bantuan RM100 untuk anak-anak sekolah tak berbaur politik? Aduyaiii.. Dah terang lagi bersuluh pun masih kabur tak nampak puak-puak nih! Ingat mati la woiiii.. Takkan nak menongkat langit! Macam mana la nak bagi faham makcik pakcik Felda neh! budakbalun 29122011 Dakwaan guna wang zakat berbaur politik - Jawi29/12/2011 8:25pm PUTRAJAYA 29 Dis. - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik. Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan. "Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan